Pages

Banner

Wednesday, June 23, 2010

Anak ku Muhammad Naqib

Nama : Muhammad Naqib Mohammad Nizam
Tarikh Lahir : 15 June 2010

Alhamdulillah...selamat datang ke dunia baru wahai Muhammad Naqib, tanggal 15 June tu merupakan saat yang mendebarkan bagi papamu ini. namun hanya kegembiraan yang dapat digambarkan...mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang...itulah perumpamaan bagi seseorang yang bakal bergelar ayah..dulu orang selalu cerita kat aku macam tu..tak boleh duduk diam..hati tak senang..sekarang baru aku rasa betapa gembiranya perasaan tu...sehingga setiap kali aku melihat atau terfikirkan wajah Naqib, aku akan rasa sayu sehingga rasa nak menitiskan air mata...sesungguhnya itu lah anugerah Allah paling bermakna...

aku selalu dengar ceramah Ustaz Kazim, Setiap ujian pasti ada hikmah, dan bila berjaya kita akan merasakan nikmatnya disebalik ujian itu, ibu akan merasa nikmatnya bersalin, bila melihat tangan sikecil, bapa akan rasa nikmatnya kehidupan berumah tangga dengan isteri selepas kelahiran cahaya mata, patut ada pepatah...anak itu pengikat kasih sayang untuk menjadi lebih utuh. semua orang gembira dengan kelahiran Naqib, satu lagi ahli keluarga baru buat kami sekeluarga.

Aku rasa teruja sehingga semua ahli keluarga baik di sebelah aku mahupun isteri semua diberitahu, masing-masing tumpang gembira, Kawan-kawan tak dilupa juga...bila masing-masing buat ucapan tahniah..lagi sekali air mata ku hampir menitis..air mata kegembiraan..yang tak dapat diucap oleh kata-kata...aku jadi terlalu sensitif sekarang..

Mak aku..tok Naqib..paling gembira..sebab dia yang akan jaga Naqib..adik-adik aku....masing-masing dah ada pangkat untuk dipanggil...maknjang(Eja), Makngah(kakak), Makndak(Wani), Makcik(Madihah), Maksu(Pina), Pakteh(Syamim) dan Paklang(Wan)...TokWan(MakMertua), acik Ilah(kakakIpar), acik Amni and Acik Tasnim, Acik Yo. (keluarga sebelah isteri ku...

walaupun kedua-dua ayah ku tak sempat bertemu mata dengan cucunya..aku redha..ini ketentuan dariNya. Cuma satu Doaku:

" Ya Allah, engkau jadikanlah Muhammad Naqib ini, seorang yang berakhlak mulia seperti mana mulianya Kekasihmu (Muhammad) Ya Allah. Jadikanlah dia seorang yang berbudi perketi, jadikanlah dia seorang yang berjaya di dunia dan akhirat, jadikanlah dia seorang anak yang taat dan menghormati orang yang lebih tua darinya Ya Allah, jadikanlah dia seorang yang tetap imanya dalam Islam, jadikan lah dia seorang yang betul menjalankan hukum Mu Ya Allah, Ya Allah murahkan lah Rezeki yang Halal buat insan bernama Muhammad Naqib ini Ya Allah dan semoga engkau tempatkan dirinya di kalangan orang-orang yang diredhai oleh Mu Ya Allah" Amin..amin ya Rabbal Alamin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...