Pages

Banner

Saturday, May 5, 2012

Siapa yang betul??

Isu yang cukup hangat di pekatakan minggu ni...aku malas nak komen sangat terlalu sensisitf..tapi pada aku..cukup sekadar setiap perkara yang berlaku tetap ada pro and kontra nya..baik bagi pembangkang mahupun kerajaan....betul lah kata orang..politik tu bagus..tapi orang yang menggunakan politik tu yang menjadikan politik kotor....pada aku seperti orang kebanyakan yang tak ambil kisah sangat pasal memperjuangkan benda2 politik ni...cukup sekadar orang yang aku akan undi nanti boleh membuat kebajikan keatas penduduk setempat, itulah tujuan utama mereka di pilih...tetapi malang...selalunya bila sebelum di undi macam2 percaturan yang di buat..tak kira sebelah mana pun semua sama...selepas  di undi..hilang...nak jumpa susah...lepas tu cakap minta je apa sahaja..tulis surat..tapi tak bagi2 pun....bila penduduk di timpa musibah..perghh ramai yang datang bagi sumbangan..macam2 dari adun, parlimen, kerajaan, semua ada, siap masuk berita..(tu yang semua orang tahu tu)lepas tu yang pembangkang buat tak masuk plak...mana yang adil tu..bukan nak marah...cuma rasa geram..kadang2 orang TV yang mengetengahkan mereka2 ni baru datang bantuan tu...kalau takde TV rasanya pun senyap juga..ada alasan yang bunyi...diorang tak register dengan kebajikan macam mana nak tolong...aku tak rasa orang yang susah ni tahu macam mana nak register...itu guna orang yang di lantik...adun, pegawai daerah, JKK, ketua kampung, JK penduduk dan macam2 lagi...

Tugas kita ni macam fardu kifayah (betul ke..kalau salah tolong betulkan lah ye) bukan semua orang boleh buat..macam doktor..tak semua orang boleh jadi doktor..tetiba semua orang berebut nak jadi doktor...kang sapa pula nak belajar jadi arkitek...takde pulak orang buat bangunan..so tak berkembang lah dunia ni..sebab tu memang patut setiap orang kena ambil peranan masing2...dah ada orang jadi ahli politik biar dia perjuangkan apa yang sepatutnya..dan aku tak nafikan dia patut dapat sokongan rakyat...tapi jangan lah salah guna.....tapi orang yang kat luar ni pun macam2 ragam mintak nye...mentang2 dah ada orang minta untuk kebebasan bersuara....sampai nak minta macam2..nak minta seks bebas lah bagai...lesbian, gay, bioseksual dan transeksual(LGBT) pikir pakai otak la weii....aku rasa bersyukur ada di Malaysia yang aman ni...dan semua rakyatnya mempunyai agama...dan setiap agama dah menerapkan nilai-nilai moral yang murni...sebab pada aku yang minta benda-benda macam ni...sebenarnya mereka yang dah jauh terpesong dari agama masing2...sebab mungkin kawan2 aku ramai yang bukan beragama islam pun mengaku benda yang sama...seks di luar tabii ni dilarang..tak mengembangkan generasi yang sihat kata mereka...

Pada aku tak salah nak menyokong apa yang ahli politik tu perjuangkan.....biarlah kita sokong setakat yang patut..sebab yang aku nampak bila menyokong ramai yang jadi taksub, bila taksub, banyak perkara buruk boleh berlaku, ada sahaja provokasi tak kira besar atau kecik, boleh menyebabkan rusuhan berlaku....tak kisah kerajaan atau pembangkang....bila dah rusuhan berlaku semua orang menunding jari, polis salah, pembangkang salah, kerajaan salah, penyokong perhimpunan salah, alih2 orang yang tak pergi ni...semua pening..sapa yang betul?..budak2 muda yang pergi la mangsanya...darah muda la katakan....yelah diorang yang teruk2 kena..tapi orang atas atau ahli politik lain tu rilek je makan cendul bawah pokok...esok masuk paper atau TV cakap mereka yang buat kekacauan patut di kenakan tindakan undang2...siapa yang tahu siapa buat kacau dalam ramai2 tu?pikirlah...aku pun rasa kalau aku di tempat penyokong tu aku pun mungkin akan buat perkara yang sama, begitu jugak kalau aku kat tempat polis tu..kita semua orang yang di cipta olehNya, yang punya perasaan yang sama....so selalulah pikirkan sekiranya kita di tempat mereka...bercakap memang senang dari tindakan semasa..orang tak nampak dan tak lalui saat itu...sebab diluar ramai yang masih tertanya2 siapa yang betul?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...