Pages

Banner

Thursday, August 29, 2013

Antara punca, serangan dan kaedah merawat GOUT


Ini merupakan artikel yang aku jumpa di internet berkenaan Gout..boleh baca di sini




GOUT adalah penyakit eksklusif untuk lelaki dan jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita mengalami menopaus. Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Gout kronik berupaya untuk mengganggu kehidupan harian yang normal. Paling digeruni adalah kecacatan sendi dan otot, sama ada kecacatan ringan atau berat. Kajian menunjukkan bahawa pesakit gout juga berisiko untuk mendapat penyakit sistem kardiovaskular serta berupaya menyebabkan kegagalan ginjal.


BAGAIMANA SERANGAN GOUT BERLAKU...??

Akibat pemendapan kristal asid urik dalam rongga sendi. Lama kelamaan akan menyebabkan kristal garam dan mencetuskan rasa sakit sendi teramat sangat. Selalunya bermula dari sendi ibu jari kaki dan menular ke sendi lain. Serangan gout berpunca dari peningkatan kadar asid urik dalam darah (hyperuriceamia).
JENIS-JENIS GOUT
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; -asimptomatik (tiada simptom), -akut -simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi, interkritikal, kronik -serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.
TOFUS
Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.
Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Jumlah tofus berkait rapat dengan berat badan dan kadar asid urik di dalam badan manusia. Tofus akan berkurangan apabila kadar asid urik berada di bawah paras empat mg/dl, dan menjadi lebih besar berat jika paras asid urik berlebihan dari 11 mg/dl. Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan – yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.
RISIKO
Jantina – lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus.
Gaya hidup – Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
Obesiti – individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
Sesetengah penyakit – tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah).
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba.
Ubat tertentu – ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Genetik – kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
Umur – gout biasa menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.
RAWATAN
Tiada rawatan khas untuk menyembuhkan gout tetapi masalah ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit bukan steroid (NSAIDs) seperti endomethacin, diclofenac atau ubat penahan sakit generasi baru seperti celebrex dan arcoxia. Individu yang kerap mengalami serangan gout akan dibekalkan dengan ubat allopurinol oleh doktor untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.
Penyakit Gout amat di takuti bukan?? malangnya ramai dikalangan kita mendapat penyakit ini!. Cadangan saya, ambil Alpha Lipid Lifeline untuk mencegah Gout.

Wednesday, August 28, 2013

10 Cara Kurangkan Boroi.

Perut boroi menjejaskan penampilan. Malah, beberapa jenis penyakit turut berselindung di sebalik perut buncit itu yang mana saiznya tidak sepadan dengan keseluruhan tubuh pemiliknya.

Menurut pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal, lemak yang menyebabkan kebuncitan pada perut sebenarnya terdiri daripada dua jenis. Pertama, lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit atau yang biasanya dipanggil lemak subkutaneus.  Kedua, lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut, yang dikenali sebagai lemak viseral.

Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal (vena besar yang membawa darah dari usus ke hati). Lemak ini tahan dengan kesan insulin (hormon yang mengawal metabolisme karbohidrat).  "Semakin tinggi jumlah lemak viseral ini, maka semakin buncitlah orang itu," ujarnya. Beliau menegaskan yang jumlah lemak viseral adalah berkait langsung dengan tahap kebuncitan perut.

Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu juga menjelaskan bahawa antara kedua-dua jenis lemak itu, lemak viseral nyata lebih berbahaya. Ini kerana lemak viseral mempunyai kaitan    dengan metabolisme seperti pertahanan insulin, diabetes, serta sistem peredaran darah.

Menurut doktor yang kini berkhidmat di Hospital Sari Asih, Tangerang itu lagi, semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahanan insulin. Keadaan ini boleh membawa kepada beberapa penyakit.  Antara penyakit yang mudah hinggap ialah sakit jantung, strok, beberapa jenis kanser, diabetes jenis 2, serta kekebalan insulin. "Memang orang buncit berisiko besar mendapat pelbagai penyakit. Sebab itulah perut buncit adalah perkara yang perlu dirisaukan," tegasnya.

Bagaimana mengatasinya? Berikut adalah beberapa tip daripada Dr. Selfie:

1.   Makan lemak sihat
Percaya atau tidak, program diet rendah lemak tidak akan menghilangkan perut buncit. Perkara itu didedahkan oleh Profesor Dr. Mehmet Oz, dari Colombia University.  Sebenarnya perkara yang harus dilakukan ialah berhenti makan nasi putih dan menggantikannya dengan roti gandum murni. Makanlah lemak sihat seperti avokado dan minyak zaitun.

2.  Turuti keinginan tubuh
Kajian American Journal of Clinical Nutrition mendapati, jika seseorang memenuhi keinginan tubuhnya ketika lapar, dia akan cenderung makan lebih sedikit dalam tempoh tertentu.  Apabila seseorang mengidam untuk makan burger keju, dia mungkin akan makan burger keju selama beberapa hari sebelum akhirnya tubuh akan berasa bosan dan mengurangkan keinginan terhadap makanan itu.  Namun pastikan saiz hidangannya tidak berlebihan.



3.  Kurangkan saiz hidangan
Kajian oleh seorang pembantu profesor pemakanan di University of Illinois, Chicago, Krista Varady, mendapati orang yang mengurangkan jumlah hidangan hariannya sehingga 25 peratus, akan kehilangan berat badan sehingga 15 kg dalam 8 minggu. Makan secara terkawal  pada hujung minggu juga dapat membantu seseorang mengurangkan berat badan.

4.  Senaman sit-up tidak menghilangkan lemak
Sebanyak mana pun sit-up yang anda lakukan, ia tidak akan menyingkirkan lemak di perut. Sit-up akan menguatkan otot namun lemak sukar terbakar hanya dengan senaman itu. Sebaliknya, lakukan latihan menyeluruh di otot besar yang lain seperti kaki, bahu dan dada agar proses pembakaran lemak lebih optimum.

5.   Banyakkan senaman kardio
Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan beban, maka seterusnya lakukanlah senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak.  Berlari atau melakukan senaman aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan dengan syarat pengambilan  lemak buruk dihentikan.

6.  Jangan kurang / lebih tidur
Kurang tidur akan membuatkan kadar metabolisme tubuh berkurangan sekali gus menyukarkannya membakar lemak.  Manakala tidur berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak. Kedua-duanya mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.

7.   Berhenti minum minuman bersoda (termasuk soda berlabel "Diet")
Kajian selama 10 tahun oleh University of Texas mendapati mereka yang kerap minum soda diet menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak minum minuman itu. Ini kerana pemanis tiruan dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat. Gantilah minuman ini dengan teh atau air lemon kosong.

8.  Bertafakur
Tahukah anda, ketika berdoa dan bertafakur, pengeluaran hormon stres kortisol akan berkurangan? Ya, inilah hormon yang menyebabkan perut buncit. Jadi, hindarilah stres, perbanyakkan berdoa dan bertafakur untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Walaupun hanya 15 minit setiap hari, ia sudah cukup membantu.

9.  Gula yang sihat

Makan makanan manis sudah menjadi budaya orang Malaysia, namun biarlah manis yang sihat. Buah-buahan mengandungi gula semula jadi, begitu juga madu. Apabila makan makanan yang mengandungi gula seperti kerepek dan nasi putih, sebahagian besar kalori yang dimakan akan berubah menjadi lemak di perut.

10. Bersenam secara bijak, bukan secara keras

Apabila lemak di perut kian berkurangan, maka tibalah masanya untuk memulakan senaman  perut. Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan melakukannya.  Otot perut yang mantap akan membantu seseorang  tampil lebih sihat dan segar.

Punca Perut Buncit

Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.  

Pertama, faktor keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

Kedua ialah faktor penuaan. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan.  Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

Ketiga ialah makanan dan minuman tertentu.  Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh.  Ini kerana alkohol mengandungi  kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak.  Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.
“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak.  Pada masa sama, alkohol juga  dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.
Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.

Keempat bagi perut buncit ialah tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman.  Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.

Kelima, stres.  Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

Keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus.  Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.
Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa.  Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.

“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie.  Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar.  Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya. 
Begitu juga dengan minuman bersoda.  Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.

Thursday, August 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Cepat betul masa berlalu, rasa macam semalam je baru start puasa, alih-alih dah raya, Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk menemui ramadhan ini, diharapkan masih dipanjangkan usia untuk menemui ramadhan akan datang. Syawal kali ini kusambut biasa-biasa juga, seperti mana tahun-tahun sebelum ini. Kali ni giliran beraya di rumah mak di Kajang, sememangnya kami akan bergilir-gilir beraya, so tahun ni rumah mak, raya haji esok giliran rumah mak mertua, so raya puasa tahun depan di rumah mak mertua , manakala raya haji di rumah mak, begitulah giliran kami saban tahun. So takde masalah untuk berebut nak cuti beraya dimana-mana, semua dah termeterai begitu.

Walaupun giliran beraya di kajang tahun ni, namun kami tetap balik ke Kelantan untuk menyambut puasa bersama mertua, yelah lepaskan lah rindu si isteri untuk ketemu, sebab kami bukan selalu balik, jarang-jarang sekali, boleh bilang dengan jari lah. so belajarlah untuk berlaku adil.

Bila sebut bab giliran ni, sebelum ni pernah terjadi terkeluar isu ni di radio, "dimanakah anda akan beraya tahun ni?", sebab persoalan ni akan terjadi saban tahun. kesian bila dengar ada orang hanya balik satu kampung je setiap tahun, terutama wanita alasan yang diberi, kerana perlu utamakan sebelah suami. tak kurang juga yang lelaki asyik balik sebelah isteri je sampai mak dia sendiri tak pernah beraya dengan dia, itu aku tak berani komen kena tanya ustaz, apa hukumnya. yang aku nak cerita untuk yang asyik balik belah suami sampai belah isteri tak berpeluang untuk balik beraya. YES, alasan untuk utamakan sebelah suami itu aku tak nafikan betul, tapi untuk sisuami tu kena beringatlah, ibu yang telah mengandungkan si isteri kita juga pasti merasa sedih kerana tak pernah berpeluang untuk beraya bersama keluarga anaknya, kalau si isteri tu adik beradiknya ada 3 orang dan semuanya perempuan, adakah maknanya, siibu terpaksa beraya sendirian???, kalau ada suami ok, tapi kalau takde..rayalah dia sorang-sorang. kerana dek sifat si suami yang terlalu taksub dengan kuasa Veto yang diberikanNya.

Pada aku suami sebegini kena banyak pergi mengaji lagi ni (takde la kata aku ni pandai, tapi pada pandangan aku la), sebab dalam islam bukan itu sahaja yang diajar, mereka diajar untuk menghormati ibu mertua seumpama ibu mereka sendiri, cuma turutan nya mungkin tak menjadi keutamaan. Tak percaya pergilah tanya mana-mana ustaz sekalipun, pergilah semula kursus perkahwinan, tanyalah. aku nak keluar hujah aku tak pandai, tapi sedih tengok keadaan sebegini berlaku dalam hidup, tambah-tambah dua-3 minggu lepas (ketika puasa), keluar dalam paper macam-macam cerita pasal menantu pukul ibu mertua, menantu tak benarkan ibu mertua tengok cucu...walau apa pun isunya, dia tetap seorang IBU pertimbangkanlah...menangisnya seorang IBU, nerakalah jawapannya...

Jom sama-sama kita muhasabah diri...semoga aku menjadi suami yang baik..(terbaik tu mungkin tidak)..InsyaAllah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...