Pages

Banner

Tuesday, May 6, 2014

Kehilangan sebutir bintang - Datuk Aziz Sattar

Negara kehilangan seorang lagi ahli bujang lapok terkenal tanah air. Wajahnya, dialognya, lakonannya pasti akan diingati.
Berbangga aku seketika kerana pernah hidup dizaman ketika arwah masih hidup. Sampaikan dalam upin ipin pun dia sempat bekerjasama. Seronok tengok drama upin ipin yang tu (episod - Kenangan Mengusik Jiwa)
Yelah, masa zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, tak sempat, dia meninggal 1972, 8 tahun sebelum kelahiran ku.
Begitu juga Arwah S.Shamsuddin juga aku masih sempat, dan sempat melihat telatah lakonannya disaat beliau masih hidup sehinggalah 2013. Walau dia tak dapat anugerah atau apa-apa pangkat sekalipun, dia tetap seorang yang berwibawa.
Teringat seorang kenalan yang merupakan cucu kepada arwah. Muka saling tak tumpah.
Didoakan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Sunday, May 4, 2014

Penggunaan blog melalui handphone

Alhamdulillah, kini saya dah masuk dalam dunia teknologi baru dimana saya tak perlu lagi menggunakan laptop untuk berurusan, cukup sekadar handphone, cuma untuk media-media social sahaja. Tapi kalau untuk penggunaan teknologi berkapasiti tinggi, tetap perlukab laptop seperti merekabentuk laman web dan editing gambar menggunakan photoshop.

Saya terpaksa tukar kaedah yang mana sebelum ni banyak memerlukan saya lebih ke arah media social, diharapkan dengan bantuan teknologi ini akan dapat membantu saya untuk terus maju dalam persaingan yang serba sengit ini.

Dalam dunia globalisasi ini, saya masih lagi percaya tentang pebggunaan laptop lebih menyeluruh, namun disebabkan oleh saiz, saya terpaksa akur dgn perubahan ini, tapi ternyata handphone sebenar lebih praktikal untuk media social.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...