Pages

Banner

Friday, October 8, 2010

Audit...oh Audit...

Selesai sudah 2 hari yang penuh penyeksaan bagi aku....dulu aku dah pernah rasa masa kerja dekat UPM dulu..audit Sirim..ini audit yang lebih kurang sama tapi dari jabatan lain plak..biasa la kita private ni kena di monitor oleh jabatan kerajaan..kalau tak dia kata tak ikut standard..

Tension...

itu je ayat yang boleh aku cakap....4 tahun pengalaman aku belajar di IPTA dan 4 tahun aku bekerja di UPM..tau dah selok-belok industri pendidikan ni macam mana..tapi aku tak pernah terbayang..industri pendidikan swasta ni jauh lebih menyeksa kan...aku cuba bawa apa yang pernah diamalkan di UUM dan UPM dulu disini..harapan ku agar apa yang kerajaan amalkan akan memudahkan kami untuk menaik taraf institusi pendidikan ini....sampai ke saat ini aku terdetik untuk menulis blog ini aku masih terkilan dengan komen yang diberikan oleh pihak Jabatan kerajaan ini...walau komen yang diberikan itu membina, tapi sepatutnya, kita patut berpijak dibumi yang nyata...berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, ibarat masuk kandang kambing kita mengembik masuk kandang harimau kita...

Bukak satu warung...tapi mesti ikut standard restoran, mampu kah kita??? nasib baik warung tak perlu mintak kelulusan...

tinggi harapan aku moga-moga keputusan laporan itu nanti akan boleh buatkan aku dan student aku tersenyum kembali...harap-harap aku takkan gunakan perkataan "sekiranya tidak.."

Wednesday, July 14, 2010

Kenangan sek..

ini lah sekolah pertama aku dulu...bila tgk-tgk balik macam tak percaya aku dah sekolah time ni...nampak kecik je...

member aku paling rapat masa sek ni..James Wong...dia berdiri belakang 2 dari kanan...ada 2 orang lagi yang aku masih ingat nama dia selain James tadi...edward dan raja muadzam shah....

dengan tubuh kecik ni jugaklah aku kuatkan semangat untuk redah susah naik bas tiap2 petang...

Bas mini no 15 tulah pengangkutan aku selalu...kalau rasa x best....aku tukar naik bas leng seng no 248...banyak pengalaman naik bas ni..terlepas tempat turun lah..duit tak cukup, bas turunkan kat tempat salah la....pergghh...itu lah nasib..sekrg ni kalau aku tgk balik budak-budak balik sek...sian..kecik lagi aku masa tu..mak aku dah ajarkan berdikari sendiri..budak2 sekrg nak suruh naik basikal pun malas...

aku sekolah sini sampai darjah dua jer..semua lelaki..lepas pindah aku jadi kaget..sebab masuk sekolah campur pompuan, lepas tu aku sorang pakai seluar pendek..yang lain seluar panjang...seluar pendek tu lah kenangan aku...mak aku simpan duit tambang dalam seluar ni..dia ikat ngan getah..senang sebab boleh seluk dari bawah je ikat...kalau seluar panjang takleh...tapi nak kata budak2 la kan..asal nampak motor aiskrim, teringin..duit tu jugak yang dia bedal..itu yang naik bas duit tak cukup..buat la muka seposen..nasib dapat naik...pergghh...

sekrg dah berubah..tengok sekolah tu pun dah makin cantik...bas mini pun dah takde..bas lengseng pun sama..ini sekolah peninggalan Inggeris...dulu pejabat british...takde tingkap..pintu jer...kedai buku atas sekali..puncak menara..kena naik tangga pusing masa tu...

aku ni..duduk merantau..banyak tempat aku pindah sekolah pun banyak...sekolah renda saje dua..sekolah menengah 3...uiversiti saje satu..apa pun tempat-tempat ni dah jadi sejarah..aku nak abadikan supaya adik-adik aku tau..anak-anak aku tau..dimana ayah dia pernah bersekolah..nanti aku nak pergi shoot gambar sekolah ni plak lah...to be continued..




Wednesday, June 23, 2010

Anak ku Muhammad Naqib

Nama : Muhammad Naqib Mohammad Nizam
Tarikh Lahir : 15 June 2010

Alhamdulillah...selamat datang ke dunia baru wahai Muhammad Naqib, tanggal 15 June tu merupakan saat yang mendebarkan bagi papamu ini. namun hanya kegembiraan yang dapat digambarkan...mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang...itulah perumpamaan bagi seseorang yang bakal bergelar ayah..dulu orang selalu cerita kat aku macam tu..tak boleh duduk diam..hati tak senang..sekarang baru aku rasa betapa gembiranya perasaan tu...sehingga setiap kali aku melihat atau terfikirkan wajah Naqib, aku akan rasa sayu sehingga rasa nak menitiskan air mata...sesungguhnya itu lah anugerah Allah paling bermakna...

aku selalu dengar ceramah Ustaz Kazim, Setiap ujian pasti ada hikmah, dan bila berjaya kita akan merasakan nikmatnya disebalik ujian itu, ibu akan merasa nikmatnya bersalin, bila melihat tangan sikecil, bapa akan rasa nikmatnya kehidupan berumah tangga dengan isteri selepas kelahiran cahaya mata, patut ada pepatah...anak itu pengikat kasih sayang untuk menjadi lebih utuh. semua orang gembira dengan kelahiran Naqib, satu lagi ahli keluarga baru buat kami sekeluarga.

Aku rasa teruja sehingga semua ahli keluarga baik di sebelah aku mahupun isteri semua diberitahu, masing-masing tumpang gembira, Kawan-kawan tak dilupa juga...bila masing-masing buat ucapan tahniah..lagi sekali air mata ku hampir menitis..air mata kegembiraan..yang tak dapat diucap oleh kata-kata...aku jadi terlalu sensitif sekarang..

Mak aku..tok Naqib..paling gembira..sebab dia yang akan jaga Naqib..adik-adik aku....masing-masing dah ada pangkat untuk dipanggil...maknjang(Eja), Makngah(kakak), Makndak(Wani), Makcik(Madihah), Maksu(Pina), Pakteh(Syamim) dan Paklang(Wan)...TokWan(MakMertua), acik Ilah(kakakIpar), acik Amni and Acik Tasnim, Acik Yo. (keluarga sebelah isteri ku...

walaupun kedua-dua ayah ku tak sempat bertemu mata dengan cucunya..aku redha..ini ketentuan dariNya. Cuma satu Doaku:

" Ya Allah, engkau jadikanlah Muhammad Naqib ini, seorang yang berakhlak mulia seperti mana mulianya Kekasihmu (Muhammad) Ya Allah. Jadikanlah dia seorang yang berbudi perketi, jadikanlah dia seorang yang berjaya di dunia dan akhirat, jadikanlah dia seorang anak yang taat dan menghormati orang yang lebih tua darinya Ya Allah, jadikanlah dia seorang yang tetap imanya dalam Islam, jadikan lah dia seorang yang betul menjalankan hukum Mu Ya Allah, Ya Allah murahkan lah Rezeki yang Halal buat insan bernama Muhammad Naqib ini Ya Allah dan semoga engkau tempatkan dirinya di kalangan orang-orang yang diredhai oleh Mu Ya Allah" Amin..amin ya Rabbal Alamin...

Tuesday, April 20, 2010

Monday, April 19, 2010

Tuesday, March 16, 2010

12 March 2010..tarikh keramat untuk eja...


Alhamdulillah...selesai dah majlis adik aku....dan bertambah dah sorang lagi ahli keluarga aku...dah ramai yang kitorang boleh ajak kalau ada perjumpaan..lepas ni kalau nak pergi mana2 lagi ramai la convoi nampaknya..


ini dah hari kedua selepas majlis tu...12 march 2010, ini lah kali pertama dan terakhir aku cuba untuk menggunakan khidmat jurumasak hotel/chef yang tak pandai nak orter barang masakan...menyesal aku rasa...hajat dihati pada mula, taknak nyusahkan jiran-jiran yang sibuk bekerja...lagipun family aku ramai yang datang, harapnya mereka boleh lah tolong...sebab diorang yang nak hari sabtu tu..kalau aku..aku nak buat hari ahad..senang orang nak datang tolong....anyway..semua orang nampak tenang selepas chef tu balik...yelah dia dah habis masak berambus lah apa lagi...


aku happy tengok suasana berkumpul ramai2...mungkin lepas ni aku akan jumpa lagi suasana ni selepas beberapa tahun lagi..untuk adik aku yang lain plak...ada 3 orang lagi perempuan..itupun kalau aku panjang umur..adik beradik mak aku semua datang..adik beradik ayah aku pun datang tanpa ada tertinggal pun...happy nyer...maklong aku sampai nangis tengok adik aku...masa aku ajak dia merenjis menitik air mata dia..mungkin terkenangkan ayah aku yang dah takde....

Wednesday, January 20, 2010

Januari 2010...

Pergghh..masuk tahun baru dah..tak selamanya kita boleh duduk dalam tahun 2009...masuk tahun ni...aku akan cecah 30 tahun...cecah tau..bukan dah masuk...sbb aku disember baru cukup...ok anyway..walau kemana pun kita sekrg ni..kita pasti teringat tahun-tahun yang sudah..yang mungkin jadi kenangan...yang pahit, yang manis, yang masin, semuanya ada...orang tua-tua kata..garam tu masin..jangan makan..nak makan juga..esok pesan dekat anak tu jangan makan garam...masin...sebab ayah dulu dah makan garam...baru rasa erti hidup...

2010 ni menjadikan aku matang sekali lagi....dah masuk kali kedua aku menguruskan perkahwinan adik aku..ni adik aku yang no 4 plak...eja...pernah ada kawan aku bgtau..."zam ko jadi matang berbanding umur ko"...tapi nak buat mcm mana..aku kena belajar untuk jadi ayah kepada adik-adik aku..itu tanggungjawab yang diamanahkan olehNya...aku jadi wali untuk waris aku...walau aku takde anak sekalipun..aku tetap akan mengatakan aku pernah menjadi seorang wali...bukan kehendak kita..walau belum bersedia..kerana Dia telah menetapkan pelajaran ini untuk aku terima...tapi ini pengalaman kedua..yang menjadikan aku lebih cerdik dari yang sebelum ni.

Wednesday, January 13, 2010

Monday, January 4, 2010

Wan & sari...

Ini serba sedikit hasil kerja tanganaku tahun lepas yang baru nak upload...majlis kahwin wan & Sari...

















































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...