Alhamdulillah...selesai dah majlis adik aku....dan bertambah dah sorang lagi ahli keluarga aku...dah ramai yang kitorang boleh ajak kalau ada perjumpaan..lepas ni kalau nak pergi mana2 lagi ramai la convoi nampaknya..
ini dah hari kedua selepas majlis tu...12 march 2010, ini lah kali pertama dan terakhir aku cuba untuk menggunakan khidmat jurumasak hotel/chef yang tak pandai nak orter barang masakan...menyesal aku rasa...hajat dihati pada mula, taknak nyusahkan jiran-jiran yang sibuk bekerja...lagipun family aku ramai yang datang, harapnya mereka boleh lah tolong...sebab diorang yang nak hari sabtu tu..kalau aku..aku nak buat hari ahad..senang orang nak datang tolong....anyway..semua orang nampak tenang selepas chef tu balik...yelah dia dah habis masak berambus lah apa lagi...
aku happy tengok suasana berkumpul ramai2...mungkin lepas ni aku akan jumpa lagi suasana ni selepas beberapa tahun lagi..untuk adik aku yang lain plak...ada 3 orang lagi perempuan..itupun kalau aku panjang umur..adik beradik mak aku semua datang..adik beradik ayah aku pun datang tanpa ada tertinggal pun...happy nyer...maklong aku sampai nangis tengok adik aku...masa aku ajak dia merenjis menitik air mata dia..mungkin terkenangkan ayah aku yang dah takde....