Pages

Banner

Wednesday, November 30, 2011

Kenegerian???

Assalamualaikum...lama dah aku tak update blog ni...hampir 6 bulan...tiba-tiba terpanggil untuk menyatakan satu isu yang aku rasa cukup panas...aku dah lama tinggalkan dunia study..benda ni jadi masa aku study dulu..ingatkan takkan jumpa lagi perkara ni...memang tak disangka ia berulang kembali...tapi kawan-kawan ku alhamdulillah semua boleh bergaul tanpa mengira negeri masing-masing...thanks to all my friends..
aku terlupa..yang aku bekerja di dunia pendidikan tinggi swasta...yang mana rata-rata pelajar adalah dari pelbagai negeri dan bangsa...aku tak nafikan dulu isu kenegerian di kebanyakan IPTA dan IPTS memang kerap kali diutarakan...dan semenjak aku bekerja disini..isu ini tak pernah timbul..tiba-tiba bila ada pelajar dari satu negeri di pantai timur dalam kuantiti yang banyak, isu ini mula timbul...
Secara keseluruhan selepas beberapa lama aku menjadi sebahagian dari pihak pengurusan, baru aku ternampak isu ini memberi impak kepada pelajar sendiri..pada pihak pengurusan tiada isu yang timbul..ada komen pelajar yang mengatakan susah nak buat assignment dengan budak-budak negeri ni, susah nak bercommunicate sebab tak paham..dan mereka akan tinggal di hostel dengan kalangan mereka sahaja. alasan yang diberikan mengapa ini terjadi..ada pihak yang menyatakan itu adalah cara untuk memudahkan mereka belajar, yelah belajar dengan kawan-kawan yang mereka selesa.
bagi pandangan pihak pengurusan, isu ini akan memberi kesan apabila pelajar dan pensyarah memberi komen yang negatif tentang isu ini. atas dasar keperihatinan untuk menyenangkan semua pihak, kebanyakan IPTA/IPTS cuba untuk mengikiskan isu ini, bukan menghapuskan 100% tetapi mengelakkan dari masalah yang sama berulang. Jadi macam-macam usaha yang dijalankan untuk menyesuaikan diri mereka dengan dunia baru...dan aku tak nampak sekiranya pihak kolej/universiti dinasihatkan untuk kekalkan keadaan ini untuk membantu mereka belajar agar mengurangkan risiko Berhenti belajar atas dasar tidak sefahaman...tetapi ini sebenarnya menambahkan lagi ketidaksefahaman mereka dalam pembelajaran..yelah dah tak faham apa lecturer ajar..lepas tu tanya kawan negeri dia yang sama tak faham apa lecturer ajar..so kemana ilmu dia???interm of business..ye aku setuju...tapi untuk nak jaga kualiti pembelajaran..aku tak sokong 100% dengan solution itu.
Isu yang dibangkitkan oleh pensyarah ialah susah untuk memahamkan mereka ini walau pun dalam bahasa melayu, kerana dialek mereka terlalu pekat...Apatah lagi kalau bahasa inggeris..sebab itu pada pandangan aku yang tak berapa nak nampak sebagai pihak pengurusan IPTS, aku merasakan mereka ini perlu keluar dari dunia kenegerian, cuba bergaul dengan orang luar dari negeri masing-masing, cuba faham budaya orang lain..dan orang lain juga akan turut cuba untuk faham budaya mereka...lambat laun, bukan sahaja dialek tu kita kurangkan, mereka turut boleh berkomunikasi dengan normal. bukan niat untuk hilangkan dialek mereka, tetapi dialek mereka menjadi penghalang untuk orang luar berkomunikasi..tukar sikit tune dialek tu supaya tidak terlalu pekat. dan dengan mudah, asignment mereka tidak menjadi masalah, grouping bukan lagi isu, hostel bukan lagi isu tak dapat kawan senegeri. Tapi kita menambahkan budaya, dialek, teman dan idea baru dalam hidup. dan bahasa inggeris bukan lagi satu isu yang susah untuk dipelajari sekiranya kita boleh bergaul dengan semua orang. pernah ada satu pepatah "jika kita berkawan dengan orang yang jual minyak wangi..kita turut akan terkena tempias wanginya itu", so belajar-belajar lah bercampur dengan orang.
aku sendiri berasal dari kedah, berkomunikasi dialek utara di rumah, tetapi keluar dari kawasan rumah, aku tetap jadikan diri aku seperti orang kebanyakkan, sebab mungkin telah dididik untuk mengikut keadaan semasa, "Masuk kandan kambing mengembek, masuk kandang hrimau mengaum" bukan hipokrit untuk jadi orang lain, tetapi bila berkomunikasi dengan orang senegeri dengan ku..aku tetap berkomunikasi dengan loghat yang sama. Alhamdulillah, aku juga punya teman dari kalangan kawan yang bebeda negerinya, dari timur ke barat dan dari utara ke selatan.

Sunday, June 19, 2011

Diary Naqib



Diary Naqib : 19 June 2011



7.30 am – biasalah cuti lambat sikit..Bangun Kejutkan
papa..mama dah takde kat sebelah..dengar mcm tengah basuh kain..


7.35 am – menjerit (menangis) panggil mama nak susu

7.55 am – baru sudah minum susu…ajak papa main kejar-kejar
atas katil


8.15 am – baru mama bawak pergi mandi


8.20 am – siap mandi sambung main balik dengan papa…mama
sambung buat kerja umah


8.30 am – main sorang-sorang..papa terlayan TV plak…so pergi
lah dapur nak “tolong” mama


8.40 am – mama dah jerit kat dapur….papa amik letak depan
(Grrhhhh)


8.45 am – lari balik pergi dapur sambil menangis…


8.50 am – baru nak duduk mama dah jerit balik…duduk balik
ngan papa..


9.00 am – tengah pikir macam mana nak main…(sambil main buku lagu twinkle2)


9.05 am – uinnkk!!! Ada idea.. anjak sikit-sikit..mula-mula
pergi ke kerusi makan..lepas tu
Terus dapur..


9.10 am – kena tangkap lagi dengan papa......huuuwaaaaa…nak
pergi dapur tolong mama…


9.15 am – nak pergi dapur jugakk(sambil meronta dalam
dakapan papa)…papa suruh mama siap kan kerja cepat..


9.30 am – baru mama siapkan kerja..so dah takde kerja nak di
tolong..duduk jelah depan tv sambil layan Baby TV ngan Papa n Mama


9.35 am – terus tertidur depan tv ngan mama…


11.30 am – baru bangun…tengok papa tengah buat kerja depan laptop…tolong
lah kejap…


11.35 am – papa dah panggil mama bangun…aarrgghh..orang nak
tolong papa…


11.40 am – mama siapkan nasik naqib


11.45 am – mama siapkan nasik papa plak..mcm tadi
jugak..kena main ngan papa dulu…


12.00 pm – baru siap nasik..mama ajak makan…


12.30 pm – baru sudah siap sepahkan nasik yang mama nak suap…orang
taknak makan..bagi jugak..sepah la jawabnya..


12.45 pm – mama basuh pinggan pun takleh nak tolong..tengok
mama basuh sambil nangis dalam tangkapan papa..


1.00 pm – alih-alih mama plak teman duduk ngan naqib…asyik
nak tolong jer..ingatkan dah habis kerja..rupanya papa plak amik alih tugas
mama.. basuh pinggan..


1.10 pm – nak tolong papa plak..


1.15 pm – mama plak tak bagi…huaaahuaaa…


1.30 pm – papa baru sudah siap kerja umah..lepas tu lepak
depan TV sekali lagi dengan mama dan papa layan Baby TV..


1.40 pm – tengok papa dah tertidur dulu…


1.45 pm – mama plak tidur…


1.50 pm – tidur jugak lah.


4.00 pm – tgk papa ngan mama dah bangun..papa layan TV..mama
tetap kat dapur..


4.30 pm – baru terasa nak tolong mama..papa dah ajak keluar


5.00 pm – lepas siap
mandi dan pakai baju dalam keadaan terpaksa..baru keluar..papa ajak
pergi rabbit farm..apa ntah tu..ikut jelah…


5.30 pm – sampai ler ke Rabbit Farm semenyih…la ataman arnab
rupanya..


5.40 pm – excited jugak..tp taknak mama yang dukung..nak
papa jer yang bawak….


6.30 pm – baru habis tengok dan balik…


7.00 pm – on the way balik dah tertidur sampai kat
rumah..sampai ler ke katil sampai la pagi besok..letihnya nak tolong mama tak
dapat…


ini beberapa gambar sewaktu lawatan ke Rabbit Farm
macam mana taknak mama dukung...dia bawak tengok dari jauh jer..
Tengok papa...dekat jer..

Friday, April 1, 2011

Kursus Percuma untuk blog

01/04/2011 baru selesai sessi kedua untuk kursus buat blog, ramai jugak lah yang berminat untuk datang...yelah percuma la katakan..kitorang jemput semua pelajar sekolah yang baru habis SPM, senang sikit yang tak kerja sementara tgh tunggu Result UPU, ada jugak lah ilmu percuma yang susah orang nak bagi atau pun kepada mereka yang susah nak explore. bukan apa..aku pernah buat training lain..tp ramai yang tanya tentang blog, actually benda ni senang jer, tapi tak tahu kenapa ramai yang susah nak explore, mungkin bukan dari background IT kot.. best ajar diorang ni sebab nampak orang tambah ilmu baru yang rasa mungkin berguna..excited..aritu baru ajar guru-guru kaunseling seluruh hulu langat, termasukla ,member sendiri dan Office Mate, tp dia takdatang, Suriatini Md. Arif...semua excited, walaupun ada yang dah tahu guna Publisher, tp bila datang sini rupanya lagi banyak diorang tak tahu...yang dia tahu tu cuma basic sahaja...

habis sessi tu..kitorang buat sessi interview to check their SPM and what they plan for their future. setakat ni ramai yang berminat untuk belajar mungkin kesedaran tentang pelajaran tu dah menular kepada semua orang...tp sedih jugak sebab masih ada yang tak tahu kemana dia nak pergi...bila check result...ada yang cukup makan...tp apa yang kitorang buat bg nasihat sambung lah at least diploma...mana yang berminat untuk masuk sini dah register terus...bukan apa..bila aku compare...


SPM


dia layak buat diploma tp tak buat..lepas tu kerja dengan Gaji RM900+ OT busuk2 pun dapat RM1300, dan jawatan paling tinggi boleh sampai ialah supervisor...itu pun bertahun baru dapat


Diploma


Kalau sambung Diploma atleast minimum RM 1200 + OT mungkin boleh cecah RM RM1800 - RM2000...Jawatan plak mungkin boleh sampai Officer/Pegawai...so pikir-pikirlah

Tuesday, March 1, 2011

Pulau Pinang...

Semalam, aku baru balik dari pulau pinang, ada kerja audit, pagi isnin tu bertolak ke ipoh buat audit di ipoh, pastu pukul 5.00 baru bertolak ke penang, sampai kul 7.30, aku pergi bertiga, yang bestnya, sampai je penang, bos aku ajak nasik kandar, walaupun mcm kenyang lagi ni...tp nasik kandar punya pasal, layan jugak...

Itu lah penarik pulau pinang, makananya memang satu kemestian, kalau tak makan rugi...belum pekena pasembor, mee udang sg dua, ikan bakar, baryani claypot. perghh..mcm-mcm, tp aku pergi sehari jer, tak sempat nak rasa semua tu,,pastu pergi atas tiket kerja. kalau nak betul-betul feel, kena pergi cuti dan jalan-jalan habis...

kat KL bukan takleh dapat..kadang-kadang lauk dia tak special mcm sana, murah lagi, kedai sama-sama mamak, sama-sama branch, tapi stail masakan Tak sama...

untuk yang bujang lelaki memang sesuai pergi penang, awek dia pergghhh..anak mami la katakan cantikkk....senang kenai, kalau lembut tu anak mami lah...majoriti anak mami ni lembut-lembut belaka...aku dah kawen susah sikit...tp kalau bujang mau ramai lagi sangkut kot..tapi belum pernah test lagi lah umur-umur mcm ni...

anyway aku tak lupa buah tangan untuk opis mate, isteri dengan mak aku kat umah yang jaga anak aku, opis mate aku belikan jerukl buah pala, antara ole-ole famous dari pulau pinang, untuk mak dan isteri aku belikan buah limau bali khas dari IPOH..saja beli buah tu sebb dulu kampung aku ada buah tu tokwan tanam, lepas dia takde, itu jelah yang jadi kenangan kitorang....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...