Pages

Banner

Wednesday, November 30, 2011

Kenegerian???

Assalamualaikum...lama dah aku tak update blog ni...hampir 6 bulan...tiba-tiba terpanggil untuk menyatakan satu isu yang aku rasa cukup panas...aku dah lama tinggalkan dunia study..benda ni jadi masa aku study dulu..ingatkan takkan jumpa lagi perkara ni...memang tak disangka ia berulang kembali...tapi kawan-kawan ku alhamdulillah semua boleh bergaul tanpa mengira negeri masing-masing...thanks to all my friends..
aku terlupa..yang aku bekerja di dunia pendidikan tinggi swasta...yang mana rata-rata pelajar adalah dari pelbagai negeri dan bangsa...aku tak nafikan dulu isu kenegerian di kebanyakan IPTA dan IPTS memang kerap kali diutarakan...dan semenjak aku bekerja disini..isu ini tak pernah timbul..tiba-tiba bila ada pelajar dari satu negeri di pantai timur dalam kuantiti yang banyak, isu ini mula timbul...
Secara keseluruhan selepas beberapa lama aku menjadi sebahagian dari pihak pengurusan, baru aku ternampak isu ini memberi impak kepada pelajar sendiri..pada pihak pengurusan tiada isu yang timbul..ada komen pelajar yang mengatakan susah nak buat assignment dengan budak-budak negeri ni, susah nak bercommunicate sebab tak paham..dan mereka akan tinggal di hostel dengan kalangan mereka sahaja. alasan yang diberikan mengapa ini terjadi..ada pihak yang menyatakan itu adalah cara untuk memudahkan mereka belajar, yelah belajar dengan kawan-kawan yang mereka selesa.
bagi pandangan pihak pengurusan, isu ini akan memberi kesan apabila pelajar dan pensyarah memberi komen yang negatif tentang isu ini. atas dasar keperihatinan untuk menyenangkan semua pihak, kebanyakan IPTA/IPTS cuba untuk mengikiskan isu ini, bukan menghapuskan 100% tetapi mengelakkan dari masalah yang sama berulang. Jadi macam-macam usaha yang dijalankan untuk menyesuaikan diri mereka dengan dunia baru...dan aku tak nampak sekiranya pihak kolej/universiti dinasihatkan untuk kekalkan keadaan ini untuk membantu mereka belajar agar mengurangkan risiko Berhenti belajar atas dasar tidak sefahaman...tetapi ini sebenarnya menambahkan lagi ketidaksefahaman mereka dalam pembelajaran..yelah dah tak faham apa lecturer ajar..lepas tu tanya kawan negeri dia yang sama tak faham apa lecturer ajar..so kemana ilmu dia???interm of business..ye aku setuju...tapi untuk nak jaga kualiti pembelajaran..aku tak sokong 100% dengan solution itu.
Isu yang dibangkitkan oleh pensyarah ialah susah untuk memahamkan mereka ini walau pun dalam bahasa melayu, kerana dialek mereka terlalu pekat...Apatah lagi kalau bahasa inggeris..sebab itu pada pandangan aku yang tak berapa nak nampak sebagai pihak pengurusan IPTS, aku merasakan mereka ini perlu keluar dari dunia kenegerian, cuba bergaul dengan orang luar dari negeri masing-masing, cuba faham budaya orang lain..dan orang lain juga akan turut cuba untuk faham budaya mereka...lambat laun, bukan sahaja dialek tu kita kurangkan, mereka turut boleh berkomunikasi dengan normal. bukan niat untuk hilangkan dialek mereka, tetapi dialek mereka menjadi penghalang untuk orang luar berkomunikasi..tukar sikit tune dialek tu supaya tidak terlalu pekat. dan dengan mudah, asignment mereka tidak menjadi masalah, grouping bukan lagi isu, hostel bukan lagi isu tak dapat kawan senegeri. Tapi kita menambahkan budaya, dialek, teman dan idea baru dalam hidup. dan bahasa inggeris bukan lagi satu isu yang susah untuk dipelajari sekiranya kita boleh bergaul dengan semua orang. pernah ada satu pepatah "jika kita berkawan dengan orang yang jual minyak wangi..kita turut akan terkena tempias wanginya itu", so belajar-belajar lah bercampur dengan orang.
aku sendiri berasal dari kedah, berkomunikasi dialek utara di rumah, tetapi keluar dari kawasan rumah, aku tetap jadikan diri aku seperti orang kebanyakkan, sebab mungkin telah dididik untuk mengikut keadaan semasa, "Masuk kandan kambing mengembek, masuk kandang hrimau mengaum" bukan hipokrit untuk jadi orang lain, tetapi bila berkomunikasi dengan orang senegeri dengan ku..aku tetap berkomunikasi dengan loghat yang sama. Alhamdulillah, aku juga punya teman dari kalangan kawan yang bebeda negerinya, dari timur ke barat dan dari utara ke selatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...