Pages

Banner

Thursday, April 5, 2012

In Memories...

Kini kolej Mutiara kehilangan satu lagi aset penting, pekerja yang berdedikasi dan susah untuk mencari galang gantinya....dahulu dah hilang sorang Mr. Pratheeban bermula Nov 2011.
My exbos yang tak pernah menganggap diri bos..tp kalau orang datang opis pun dah boleh kenal sapa bos..(Kerana size nya yang cukup besar)..tengoklah gambar tu...aku suka konsep yang di pegang, tiada istilah bos, semua orang adalah pekerja...you must trust everybody...sebelum beliau berhenti..dia ada discuss dengan aku..sekiranya dia berhenti adakah aku boleh handle semua tugas ni..aku cakap i will try my best... diakhir waktu tugas beliau..SRC buat satu majlis untuk meraikan pemergian beliau..yang aku suka cara beliau ialah..dia pandai untuk mengontrol audience supaya tidak membanjiri majlis dengan sessi airmata...aku sendiri diminta untuk membuat ucapan terakhir untuk beliau...tiada ucapan yang boleh aku sampaikan...aku sedih masa tu...ucapan tu kupendekkan..sebab takut terburai jugak airmata ini....esok selepas pemerg
ian..aku terasa kosong sekejap..tak tahu nak buat kerja..blank...tang mana nak start pun tak tahu...
setelah itu..aku diperlukan untuk menanggung tugas beliau sementara mendapat pengganti baru bagi jawatan beliau..tapi aku rasa aku tak mampu nak buat sendirian, sama seperti beliau, memerlukan aku sebagai pembantu..begitu juga aku...so aku pun membuat keputusan untuk membawa turun seorang staff Nur Afinnadia Ariffin untuk menggalas dan sama-sama memikul tanggungjawab menentukan hala tuju kolej ke arah yang sepatutnya...
kami bekerja macam biasa tugas dibahagikan mengikut tugas-tugas yang selayaknya...masing-masing nampak terbeban dengan tugas yang banyak ini...tp tetap menjalankan tanggunjawab sebaiknya...akhirnya setelah habis semester 10/2011...najwa datang tanya..boleh tak kalau dia nak berhenti...?? dan kalau nak berhenti notis berapa lama?..aku terkedu jugak..tp jawapan tetap akan sama..mesti boleh...mana boleh tahan orang...kalau company ni aku yang punya...comfirm aku offer dia macam2...akhirnya najwa pun menghantar surat untuk meletakkan jawatan...aku terima lagi dengan redha nya..ialah rezeki orang siapa yang tahu..mungkin rezeki yang lebih baik menanti..tapi aku terkilan hilang seorang staff yang merupakan aset kepada company...bukan senang nak cari staff...
Baru 5 bulan kami bekerjasama, berbincang tentang keputusan yang akan diambil, segala perlaksanaan di buat bersama..akhirnya pada bulan mac Nadia menunjukkan satu surat panggilan dari TNB yang memerlukan dia berkhidmat di TNB..."Sir kalau saya bagi surat ni..sir sakit jantung tak?..." memang berkaca mataku masa tu....tp itulah hakikat yang aku kena terima...rezeki mereka...aku tak menghalang...bos lama pun cakap...kita takkan nak bersara disini mungkin...tapi aku baru nak selesa dengan keadaan tugas yang meruncing...tiba-tiba dia perlu meninggalkan aku...aku rasa macam nak menghilangkan diri masa tu...sedih kejap..tak tau apa nak buat...semalam dia dah takde..aku terasa opis ni kosong...semalam aku pg buat majlis bacaan yaasin..selalu ada orang kat belakang untuk tengok student perempuan...kali ni aku kena duk tengah-tengah nak tengok diorang dengar ceramah..selalu pergi buat sport check hostel tengah2 malam...ada la yang teman(Untuk check perempuan)....nadia dan acap...
saat hari-hari terakhir aku jadi keadaan yang sama seperti bos ku dulu...takboleh nak buat speech...kena cakap pusing2..sedih..takboleh nak tengok muka nadia dan najwa..
namun pemergian mereka meninggal seribu kenangan buat pelajar-pelajar dan staff kolej mutiara..buat pelajar-pelajar kami akhirnya berjaya mencari pendidik yang berdedikasi untuk mendidik mereka mengikut acuan yang dikehendaki...
bagi kolej, kami akan merasa kehilangan yang amat besar bagi mereka ini, kerana dedikasi yang ditunjukkan oleh mereka tanpa berbelah bagi....aku sayang korang semua...semoga korang lebih berbahagia dengan kerjaya masing-masing..
aku perlu kuat kan semangat..meneruskan perjuangan...kadang-kadang terpikir jugak kenapa bukan aku yang pergi dulu dari diorang...kalau tidak aku takkan rasa perasaan ini...tapi takpe..aku masih ada Erda wati...bakal pengganti Nadia Ariffin...kalau orang tak sama...tapi aku rasa dia boleh buat seperti mana nadia buat...Thanks a lot to Nadia...jasa mu disini takkan dilupa dan tetap dikenang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...