Pages

Banner

Sunday, January 20, 2013

Harapan Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan

Di saat Malaysia sedang berada di satu tahun yang sukar diramal ini, aku tiba-tiba terjumpa satu gambar dalam FB juga, keakraban yang diharapkan dari pemimpin-pemimpin kita.


Kalau benar lah, aku tak tahu betapa amannya Malaysia ketika itu, betapa kuatnya semangat cintakan Malaysia, betapa kuatnya semangat satu Malaysia, betapa indahnya Islam di Mata Dunia dan tak mustahil kuasa-kuasa besar juga mungkin tunduk dengan akrabnya mereka.

Mood suka tengok gambar ni..mungkin kah menjadi realiti...???

Friday, January 18, 2013

Tips Senaman Mudah untuk dirumah

Ok..malam ni nak tunjuk serba sedikit beberapa senaman mudah yang boleh dibuat dirumah, Tak perlu nak ke Gym, atau pusat-pusat riadah, nampak simple tapi memenatkan juga.

Ok kita lihat satu persatu
1. Dipanggil Plank
Exercise ini akan menumpukan bahagian otot perut, lengan dan kaki. Buat begini dan tahan selama 5 minit dan ulang sebanyak 5 kali diselangi dengan rehat 2 minit, samada sebelah pagi atau petang. Anda akan merasakan seluruh badan anda umpama exercise seluruh anggota badan.


2. Punching

Exercise bahagian lengan, dada dan kaki. kalau tiada dumble tu pun tidak mengapa, tapi pastikan kita akan menumbuk dengan seberapa laju yang boleh, buat sebanyak 20 kali tumbukan dan berhenti rehat selama 2 minit dan sambung semula. untuk mereka yang besar dibahagian belakang, ini adalah latihan yang sesuai


 3. HighKnees
 Latihan untuk bahagian kaki, perut dan dada.

4.  Chair Dip

Latihan untuk lengan, kaki, bahagian belakang badan dan perut. Boleh dijalankan dimana-mana sahaja.


5. Windmill Exercise
Ok nampak mudah kan, ulang sebanyak 20 kali, dan diselangi dengan berehat beberapa minit dan sambung semula sehingga 5 kali.

 6. Push UP
 
Sesuai untuk wanita. tahan dalam kedudukan ini selama 5 minit, dan kemudian rehat dan ulang semula beberapa kali.


Nampak senang semua exercise ni kan, cuma rata-rata tahu nak exercise, cuma tak didedahkan dengan produk baru, cuma masih ditekankan untuk ahli supaya bersenam untuk menampakan hasil yang lebih kuat.

siapa yang belum dapat kan produk ini, sila-sila lah. tanpa exercise yang berat-berat kita masih mampu menurunkan berat badan. kalau yang nak tambah exercise ni pun digalakan bagi mereka yang tak cukup masa.


Call/sms/whatsapp 012-3203604
Facebook Page : Nizam Alpha Lipid
Facebook : Mohammad Nizam Bin Hussin

Tuesday, January 15, 2013

Sharifah & Listen listen listen listen

Fuhh..panas cerita ni hari ni..sebab ramai yang update di facebook berstatus listen. Aku pun mencari dalam google apa tu yang dikaitkan dengan Listen dan akhirnya terjumpa link ni. Click sini. walaupun sebenarnya aku tak minat bab-bab politik ni, tapi bila melibatkan institusi pendidikan aku terpanggil pula nak tulis.

Forum yang telah diadakan beberapa bulan lepas dari beberapa sumber, dan baru sahaja di upload ke Internet semalam, dari sumber yang aku dapat.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Sharifah yang memotong apa yang cuba diperkatakan  oleh Ks Bawani. tersebut. Kebetulan tajuk forum itu juga berkaitan dengan suara Mahasiswa. Dan dia juga seorang moderator yang mewakili NGO selaku Presiden (SW1M), tidak memberi contoh yang baik untuk mengiyakan tajuk Forum tersebut.

Dan sepatutnya sebuah NGO tidak patut untuk berada disebelah mana-mana parti politik pun, sehingga perlu untuk membuat kan isu mengangkat sumpah dengan isu keamanan, itu juga salah satu kaedah yang menampakan ia ada penglibatan politik.

Ternyata KS Bawani telah didedahkan dengan satu fakta yang cukup jelas, sehingga beliau dapat menerangkan dengan terperinci setiap billion yang kerajaan perolehi vs Perbelanjaan kerajaan dalam pendidikan Negara. Bawani telah menggunakan ruang forum dengan sebaiknya iaitu bersuara walaupun itu bukan tempatnya untuk bertanyakan status isu PTPTN, Aku pasti dia juga tahu, dia takan dapat jawapan yang jelas, tapi memandangkan ruang itu dibenarkan untuk bersuara, jadi dia gunakan.

Cumanya, sebagai seorang yang pernah menjadi sebagai seorang pelajar, kita juga tahu, mereka sebenarnya masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang ketua seperti kita satu hari nanti. Dan tak mustahil ramai yang sebenarnya sedang menjadi pemerhati, dengan mendengar dan belajar. Dan mereka ini juga telah terdidik untuk menjadi seorang yang radikal untuk tidak mendengar secara tidak langsung. Adakah itu pendidikan yang kita cuba terapkan di institusi pendidikan tinggi?

Apalah salahnya kalau kita menjawab

"Ok isu PTPTN saya tak boleh jawab, itu isu besar, itu isu Kerajaan, cuma kita disini cuba belajar untuk menjadi seorang mahasiswa yang boleh berbakti kepada Agama Bangsa dan Negara dalam menerapkan prinsip-prinsip rukunegara dan sebagainya. Mungkin ini bukan tempatnya untuk saudari Bawani bertanyakan soalan itu, tetapi satu usaha yang bagus kerana dia telah berani bersuara, sebab kita sememangnya dibenarkan untuk bersuara dan memilih, itu pilihan kita." 

boleh tak? Mungkin dia boleh buat lagi Ilmiah la, sebab dia lagi tinggi belajarnya. Kenapa kita perlu perbesarkan isu yang bukan bidang kuasa kita,dan sekaligus nak memastikan mereka supaya terus menyokong apa yang kita sokong? kalau begitu, dimana bebas nya memilih parti politik di Malaysia, dan apakah hak bersuara? Kalau dia dah pilih parti lain tak boleh belajar disitu? camon lah.

Kita semua tahu, semua orang sayangkan Negara Kita Malaysia. Agak-agak lah.kalau kita jawab sebegitu, adakah isu ini akan jadi panjang, panas atau sensasi? Aku percaya, kalau itulah jawapannya, Bawani tu akan terus duduk, terpinga-pinga kerana soalan nya memang ternyata ditempat yang salah. Ini isntitusi pengajian tinggi, sepatutnya tidak berpihak dengan mana-mana parti politik. Tapi hakikat di Malaysia...anda dengar..anda baca..dan anda nilai...

"Bersihkan Institusi pengajian dari Politik"

Monday, January 14, 2013

Business online sebagai income tambahan

Salam Pagi di pertengahan Bulan January 2013. Nampak??kerajaan dah suruh semua orang gunakan internet untuk dijadikan pendapatan sampingan. Agaknya dia dengar ramai yang mengeluh duit gaji tak pernah cukup agaknya, nak tambah gaji tak boleh, tu yang dapat kelulusan untuk kakitangan kerajaan pun boleh buat kerja part time.

Takpelah, apa-apa pun ini satu usaha untuk meningkatkan taraf hidup. Tapi berapa ramai yang tahu macam mana nak buat business melalui online, nak dapatkan duit. rata-rata di online sekarang ni, ada banyak jenis business online, ada yang guna blog, ada yang guna FB ada yang guna twitter dan macam2 lagi. cuma bagi yang tak tahu ni, bila dia search di Google, dia akan jumpa macam2 blog yang jual kaedah buat duit internet, yang mana kat dalam tu dah diceritakan bermacam-macam kaedah dari yang berbayar sampai la Free. Cuma kita kena fahamkan dan cuba. nampak cerita nya macam mudah, nak aplikasi tu yang buat poning sikit. tapi kalau cuba berjaya, bagus la, tak berjaya pun tak rugi. Takde nak kena bayar Bil Utiliti semua tu.

Anyway kat sini, saya pun nak cerita tentang business online yang mudah, nampak logik, dan lebih mudah nak difahami, saya bagi free je. nak cuba boleh, tak cuba pun takpe, tunggu jelah tengok orang lain jadi kaya. sebab Business Online ni silap haribulan gaji dia lebih dari kerja fulltime.

Ok kaedah yang saya nak bagitahu ialah kaedah transfer kedai conventional ke kedai online, haa Fahamkan???? yelah dari kedai yang kita sewa sebulan beribu tu, kita jadikan dia dalam bentuk alam maya. amik gambar produk-produk kita, letakan dalam internet, terpulang la FB ke Blog ke janji Online.Lepas tu kalau ada order, boleh bungkus dan pos. sama je dengan market konvetional kan?

ok cuma beza lagi yang saya punya, kita buat konsep dropship, so maknanya, siapa yang nak buat, dia just buat promotion dan amik order, itu saje, barang semua kami hantar samada terus ke rumah pembeli atau ke pengedar. Diluar pun banyak lagi jenis-jenis agen Dropship. Pilih saja, tapi biasa nya kena Reg dululah.

Lepas tu nak promote pulak...haa Online ni satu cerita bab promotion..yang selalu orang tewas bila buat business online ni, tang nak buat promotion. Orang kita dah terdedah dengan status dapat duit cepat, tapi dia tak perasan semua tu perlukan usaha. bila dah buat promotion, mula-mula buat orang beli, lepas tu lama2 dah slow sikit mula macam malas. Itu penyakitnya, nak nampak duit cepat dan sentiasa tanpa perlu kerja keras. Beli lah mana-mana E-book pun, perkara utama yang akan ditekankan ialah usaha promosi. Itu yang akan menentukan Jualan dan hasil anda. Tanpa usaha, anda takde gaji. Banyak kaedah promosi, nanti saya sharekan tentang promosi di ruangan yang lain.

Untuk yang ni siapa berminat nak mulakan business ni, boleh call/sms/whatsapp saya di talian 012-3203604. saya akan ajar macam mana nak buat, yang penting hati mesti kental, usaha tanpa Jemu.

Tuesday, January 1, 2013

Azam Tahun Baru

hari ni dah hari kedua di tahun 2013, dah ramai yang memulakan kerja rutin seperti biasa. ramai yang menunggu giliran di pejabat pos, yelah ASB dah keluar 7.7% kalau tak salah. sekolah pun dah buka semula, jalan masih lengang, kerana ramai yang menghantar anak-anak pergi sekolah agaknya. teringat sewaktu sekolah masa muda2 dulu. BEST..nanti aku update pasal sekolah balik.

dan tak kurang juga yang buat senarai ni semalam


yelah azam tahun baru, masa ni lah baru nak buat perancangan rapi, tapi berapa ramai yang jenis, ada azam dan takbuat?sure ramai berjuta-juta lemon, ini semua hanyalah tradisi di awal tahun yang dah biasa di war-warkan di corong-corong radio, TV dan media. yelah kalau takde hebahan mana mungkin semua orang sibuk membuat perancangan ini. tanyalah siapa sahaja, pasti ramai yang dapat senaraikan azam baru, walaupun secara "on the spot" (tak pernah tulis pun-orang tanya dia jawab ada juga).

Aku hidup dikalangan keluarga yang tak pernah menitik beratkan pasal nak sambut hari jadi, tahun baru, sehingga aku terbawa-bawa sampai sekarang, dan aku rasakan itu semua tak bermakna apa-apa pun. kalau buat ok je. tak buat pun takpe. takde membebankan pun..haa hari jadi tu yes..kalau keluarga susah nak buat hari jadi, siap kek bagai..itu menyusahkan, pilih cara yang sesuai la dengan kehidupan kita.

Biarlah azam tahun baru semua orang, benar-benar berjaya, jadikan ia sebagai matlamat hidup, biar kita pasang, kita berjaya untuk mencapainya...

siapa yang nak pasang azam untuk no satu tu, jangan lupa call lah saya(012-3203604), saya bersedia untuk membantu anda bersama produk Alpha Lipid. antara produk yang mudah untuk digunakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...