Pages

Banner

Wednesday, January 30, 2019

Jenis-jenis Printing Tshirt

Disini saya nak kongsi tentang jenis-jenis printing tshirt yang ada supaya ramai yang faham dan tahu bagaimana nak tahu jenis mana yang sesuai dengan kriteria mereka.

1. Silkscreen

  • sesuai untuk printing yang nak tahan lama
  • sesuai untuk printing yang buat dalam bentuk bundle/banyak
  • sesuai untuk printing jenis satu warna
2. Heat Press
    Ada beberapa jenis heat press
  • 3G Paper
    • Sesuai untuk yang nak order sikit (Min Order 1 pcs)
    • sesuai untuk design jenis banyak warna
    • sesuai untuk design  yang ada background full.
  • HD Print
    • Sesuai untuk yang nak order banyak (Min 10)
    • sesuai untuk design yang banyak color
    • sesuai untuk yang design ada banyak corak plain tengah
  • Printable PU
    • Sesuai untuk yang nak order banyak (Min 1)
    • sesuai untuk design yang banyak color
    • sesuai untuk yang design ada banyak corak plain tengah
Selamat mencuba untuk fahami.

Kerajaan PH Hari ni

2019, setelah beberapa bulan PH memerintah, kami rakyat marhaen, masih belum nampak banyak menteri PH lakukan, ternyata apa yang dikempenkan selama ini, hanyalah umpama bualan kosong. mereka menjadi seperti mana kerajaan sebelum ini memerintah, semua dapat pangkat dan jadi diam.

Isu perbalahan dalam PH juga menampakan mereka semua perlu latihan khusus untuk menjadi menteri. ada Menteri yang dilihat cuba untuk memenangi jawatan untuk kepentingan sendiri. nampak, rakyat seperti aku nampak, tunggu lah 5 tahun lagi, kalau tak sedar juga, rasanya macam tak lama, sebab bila jadi perbalahan besar, InsyaAllah macam-macam boleh jadi.

Takkan kami sebagai rakyat marhaen yang nak kena cakap apa kena buat??

Betullah kata pembangkang sekarang, Menteri yang berada di dalam kerajaan PH sekarang tidak membantu untuk bangsa melayu sendiri kerana cuba untuk menjadi bangsa yang liberal kononya, sedangkan menteri bangsa lain cuba mempertahankan bangsa mereka sendiri. Bagaimana rakyat kita cuba nak melihat ini sebagai satu yang tidak rasis?

Lihat lah, penuh di dada akhbar, media sosial, menteri bangsa lain, sibuk mengembangkan sekolah, rumah ibadat, tapi bangsa kita?? banyak yang cuba untuk disekat, termasuk budget. last last kita terpaksa bekorban? kalau nak jadi liberal, berpada-pada la. bangsa kita lebih daif dari bangsa lain, walaupun kita majority, tengoklah sekolah persendirian bangsa cina? berapa banyak yang ada di lot kedai? bangsa india? Jauh sekali,  sekali sekolah mereka dapat peruntukan pecah tanah??Wow!!!

Aku bukan suka bab rasis ni, tapi ternyata menteri PH banyak membawa maksud rasis dalam melaksanakan tugas. Kenapa perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri, sedangkan ada Menteri, Ohh kebetulan kan Menteri tak dapat hadir, ni tiba-tiba menteri kewangan pula pergi rasmi Kolej Swasta, tak ke pelik?

Menteri perpaduan cuba nak menyelamatkan Rumah ibadat mereka. Walaupun terang dan jelas mereka di pihak yang mana. Biar pun cara pemaju salah, dia perlu menunjukan sikap profesional. Ikut lunas undang-undang, jangan main cakap je, mereka betul, kaji dulu.

Menteri kita, banyak cerita negatif, kurang menonjolkan cerita cerita positif, dan ramai yang kurang bercakap.

Pada aku yang belum pegang jawatan dalam kerajaan ni, untuk nak menunjukan bahawa PH tidak Rasis cukup senang. kalau betul nak jadi liberal dalam bangsa.
Contohnya dalam isu berkaitan Agama, biar orang yang berkaitan yang bagi cadangan atau jawapan, jangan orang bangsa lain, ahli politik kena betul-betul faham ni. belajar fahami dulu maksud humanity. dan yang bahagian agama pun, tak perlu la cuba nak memberi gambaran yang kita terlalu liberal sehingga boleh menggugat isu akidah dan sebagainya, Aku yang cetek ilmu pun rasa tahu kot, dalam agama ada ketegasan dalam perlaksanaan. Rakyat marhaen dah bagi banyak komen dan cadangan, cuba baca dan fahami, majority yang menulis itu, boleh jadi ada kebenaranya.

Yang pasti Nak kekal lama, kena rajin tengok Komen di FB dan sebagainya. kita boleh kekal dalam pemerintahan kalau dengar denyut nadi rakyat. tak semua cadagan pembangkang kita perlu pangkah terus, itu bukan amalan Malaysia baru, cuma jangan lah sampai rakyat tak nampak kita ni buat kerja, asyik pembangkang bagi cadangan je baru buat kan?

Adios.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...