Jauh dah perjalanan kepercayaan bumi spera, berpuluh tahun malahan beribu tahun, tiba-tiba ada fahaman bumi berbentuk flat. Mana mungkin dapat diterima akal yang dah biasa dengan bumi bulat.
tak dapat di nafikan banyak kajian juga turut di lakukan oleh sebilangan orang dari kalangan saintis bagi kedua dua fahaman, namun persoalannya mengapa fahaman bumi flat ini tidak terlalu menonjol dan diterima Umum?
Sukar nak dinyatakan siapa betul atau salah. kedua-dua punya hujah yang boleh dikatakan hampir boleh diterima akal, tapi tiada bukti khusus untuk menyatakan pandangan mereka betul. cara nak buktikan mereka betul ialah Pihak NASA kena bawa geng Bumi Flat ni ke Angkasa, tunjukkan pada mereka bentuk bumi yang mereka nampak dari angkasa.
Soalan Geng Bumi Flat kepada geng bumi bulat
1. Bagaimana bumi yang bulat ini tidak jatuh saat kita berada di bawah
2. Dimana lengkungan bumi yang mereka nyatakan bulat.?
Soalan geng bumi bumi bulat kepada geng bumi flat
1. Bagaimana terjadinya siang dan malam?
2. Mengapa perjalanan kapal terbang tidak seperti berpatah balik, sebaliknya ia mengelilingi bumi?
Banyak lagi sebenarnya persoalan mereka? ternyata aku juga bingung. tapi ada penjelasan logik yang dinyatakan dalam youtube, boleh lihat tajuk "FLAT EARTH 101" ini versi bahasa Melayu Indonesia. banyak persoalan yang di bangkitkan
Link : https://www.youtube.com/channel/UCVgxg27PFIbur2ovDFVAAvw/videos?shelf_id=2&sort=dd&view=0
Kerana mereka juga tidak percaya tentang NASA, bagi mereka ia hanya seperti sebuah lakonan semata-mata. tapi bagi kita di Malaysia bagaimana perjalanan Dr. Sheikh Muzzafar?
Pesanan aku:
Apa pun kajian mereka, sepatutnya di berikan ruang untuk mereka buktikan.
anda yang meniliti hujah-hujah ini, tak perlu kaji secara mendalam, ini semua kuasa Allah, bacalah sekadar sebagai ilmu pengetahuan baru. ada perkara yang mampu kita fikir seadanya, dan ada perkara yang tak mampu kita fikir. Istilah hanya lah sebagai Istilah perkataan yang disebut, tapi ciptaan Nya yang maha Kuasa. Selamat menonton.