Pages

Banner

Wednesday, November 27, 2019

SPM vs SPMV

Baru baru ni ada tular cerita SPMV yg guru nya kecewa tentang tanggapan orang tentang SPMV. Sebenarnya cerita ni bukan baru, lama dah, pada aku, kebanyakan rakyat malaysia yang tak faham.

Kisah bermula saat aku tingkatan 3 lagi,  waktu ni aku baru berpindah dari manjung ke Bangi. Dan saat aku bersekolah dibangi ni, aku tak boleh terima suasana nya. Jadi aku nekad utk bertukar sekolah sewaktu tingkatan 4. So bermula pencarian aku tentang sekolah lain yang aku boleh masuk di tingkatan 4 nanti. Mostly semuanya sekolah berasrama la yang aku cari. Yelah sekolah berasrama je yang boleh kau pindah masuk lepas form 3.
1. MRSM
2. SEKOLAH TEKNIK
3. SEKOLAH VOKASIONAL
Dan dalam 3 sekolah ni. Aku dapat rasa yang aku mmg tak layak untuk MRSM. Sbb aku sedar keputusan aku bukan sebaik itu. Jadi pilihan aku hanya 2 iaitu Teknik atau Vokasional.

Jadi aku study habis berkenaan dua sekolah ni. So aku faham vokasional waktu tu ada dua aliran. Satu SPMV dan SKM. Yang orang nampak Bila sebut Vokay ni, dia takde SPM takde masa depan. Tak pernah terdedah bahawa Vokay ada SPMV. Masa aku isi borang, ada sorang makcik tu siap cakap dengan memperlekehkan aku,
"Kau minta vokay buat apa? bukan ada SPM. Rugi kau nanti."
Aku cakap ada, tapi dia berkeras kata takde. 

Aku pun sebab tak mau bertekak, sebab aku faham borang tu, aku teruskan juga, sebab ada ruang utk kau pilih SPM, SPMV atau SKM. SPM tu utk Teknik. Masa tu anak dia nak isi untuk Teknik waktu tu, borang vokay dan teknik sama waktu tu. So mak dia ada kawan, mak dia nak hantarkan, aku cakap, takpe. Aku hantar sendiri, guna pos.

Antara yang aku tak boleh lupa, budak vokay budak budak jahat. Kau masuk situ sure kena ragging punya. Macam-macam cerita buruk pasal vokay. Biarlah, janji aku pundah waktu tu.

Alhamdulillah aku dapat. Anak dia?tak dapat, still masih kat sekolah yang sama. Aku tahu aliran vokay ni sebenarnya lebih kearah teknikal dan teori. So aku dapat dua-dua sekali disini. Dan aku juga lihat budak yang ambil aliran SKM, 100% mereka didedahkan dengan amali sepenuhnya. Akademik hanya untuk perkara asas. Dan akhir sekali mereka akan digred dengan tahap tahap tertentu.

Sebagai contoh aliran elektrik sekiranya mereka berada sampai satu tahap 4 contohnya mereka bukan sahaja boleh jadi juruteknik, tapi boleh sampai ke tahap chargeman jika ditambah beberapa sijil lain yang diperlukan, yang mana merupakan tahap yg lebih tinggi dari SPM. Hanya orang teknikal sahaja yang tahu.

Makcik-makcik kat rumah atau mereka yang tak terdedah hanya nampak, Vokay ni hanya tempat budak yg takde masa depan.

Betul ramai yg masuk sini untuk aliran SKM tak perlukan kelayakan tinggi pun, sebab memang aliran ni, sesuai untuk mereka yang jenis malas dengan sistem akademik yang biasa, yang lebih sukakan kearah teknikal, main spanar, main mesin, mereka dapat lebih fokus dan cekap. Why not pilih vokay, dari kau membazir masa 2 tahun, lebih baik cari skill. Dah tak minat akademik, sistem menghafal, membaca tapi duk teruskan kerana percaya yang vokay takde masa depan?kau rasa dengan kau teruskan di sekolah biasa dan keputusan kau terus teruk, kau rasa apa yang kau dapat? Skill takde. 

At least budak SKM tu boleh keluar paling tidak boleh jadi Technician. Yang acah amik SPM tu? Still jadi operator. Bukan aku nak memperlekehkan mereka-mereka ni, kerana adik-adik aku juga serupa. Aku sendiri nampak kebolehan masing-masing, tapi apakan daya, aku tak mampu nak beri petunjuk, dah puas paksa, tapi mereka juga tak ikut. Masih ada pemikiran begitu dalam koloni keluarga ku sendiri.

Pernah ditanya oleh seorang guru, untuk anak dia, dia nampak anak dia tak minat belajar,tak.minat dengan buku, aku sarankan jangan buang masa, teruskan dengan sistem skill. Tapi apakan daya. tetap tak percaya, masih ada faktor takut takde SPM.

SPM hanya tiket. Takde SPM kau masih boleh bekerja. Atau kalau nak sangat SPM amik jadi pelajar tumpang, kalau nak sangat. Tengok result macam mana. Silap silap tak guna juga SPM tu. Sebab tak kerja dengan goverment.😁

Yang pasti setiap cabang pendidikan yang disediakan itu pasti ada ruang untuk masa depan, yang jadinya ramai salah pilih sebab asyik fikir kan apa orang kata!!!

Tuesday, November 26, 2019

Berfikir untuk keselesaan semua orang

Benda ni susah nak diajar, tapi alhamdulillah aku banyak praktikkan benda ni menyebabkan orang nampak aku terlalu baik. Sampai orang tak tahu aku ni juga ada jenis baran dia. Dan benda ni juga menyebabkan banyak urusan aku dengan orang jadi lancar, dan banyak perkara jadi mudah. Biarpun orang lain kata susah.

Sebenarnya ia jadi susah sebab kita cuba mencari kaedah lain dari yg sedia ada. Sebagai contoh. Bayaran saman, seboleh boleh kita nak cari orang yang dikenali, untuk kawtim untuk kita, kenapa sampai begitu? Kan senang kalau kita bayar sahaja berapa yang dikenakan. Mudahkan kerja kita dan pasti selesai. 
"Yelah, kau ada duit, boleh la cakap macam tu", 
Bukan masalah duit. Tapi rules.
Kau cari kawan, konon kenal, orang dalam pula tu, kawan kepada kawan kepada kawan kau, dia boleh tolong, tolong punya tolong dah dekat setahun nama still blacklist atau sangkut saman, macam mana? Duit dah jalan. Tak tahu kemana.

"Yela kau ada satu je saman. Aku ada 14 saman."
Dah tu, dah tahu banyak kenapa still tak boleh ikut peraturan? Orang buat benda salah ni sekali je, once dah kena orang serik, tapi kalau dah sampai berbelas, kau mmg tak serik dan tenyata kau ni kategori degil. Mmg selama nya kau cari susah tu.

Jangan ikut cara tu. Kadang kadang orang kata nampak macam mudah, dan senang, tapi sebenarnya menyusahkan kita, kalau tak kena gaya. 

Begitu juga dengan kes excident, bila excident, biar insurance settlekan, tak perlu nak kawtim. Ini tak, Seboleh-boleh nak selesaikan cara luar, takut kena saman dan gara-gara taknak guna insurance nanti ncb habis. 😲 Habis kau bayar insurance buat apa? Kalau kau salah insurance boleh cover, kalau tak salah insurance orang tu cover kernderaan kau.. apa ada hal. Jangan fikir jadi susah.

Begitu uga dengan kes jiran tetangga, aku jenis tak melawan. Pasal antena je pun, aku call balik kontraktor suruh dia ubah semula, aku bayarkan semua kos, siap kontraktor tu kata tak payah upah bos. You baik, tak mau gaduh sama jiran, i buat utk you free juga. Kan? Nikmat tuhan mu yang mana kau dustakan?

Lepas pada tu, jiran tu malu sendiri, dia pula nak bayar kontraktor tu. Terus kontraktor tu tazkirah dia, nasib ni abang ada baik. Saya tolong sama dia.

Hidup ni ibarat cermin, macam mana kita cuba jadi depan orang lain, Allah berikan seperti mana yang kita jadi. Alhamdulillah aku masih boleh ikut.

Dan disebabkan ini, orang tak berani marah aku, sebab mereka tahu aku pasti tak buat salah. Mak aku tak marah aku, kalau aku marah adik aku hisap rokok dulu. Sebab dia tahu aku betul. Dan ternyata aku tak jadi macam cakap tak serupa bikin. Macam ketam ajar anak berjalan.

Bos aku tak pernah marah aku. Event aku pernah buat silap, lepas je aku tahu teammate aku kena marah, aku terus pergi mengaku kesilapan aku, dia still cakap dia tak marah aku, tp dia marahkan teammate aku, sebab tiada kerjasama. Dasyat kan? Ini bukan miracle, tapi inilah lumrah alam.

Dan yang pasti. Jangan terlalu angkuh dengan setiap tindakan kita, kerana keangkuhan itu bakal menyusahkan kita.

Yang pasti setiap tindakan itu, fikirkan juga tentang kesanya kepada orang lain.

Saat membebel malam buta.

Monday, November 25, 2019

Pengalaman Kerja yang pertama

Aku dah mula bekerja seawal usia 15 tahun. Kerja hotel, jadi house keeping. Asalnya waktu tu nak apply jadi KD, kat kelab golf, entah macam mana boleh masuk ke hotel, silap kaunter agaknya masa tanya tu, tapi bila dapat tu, belasah jugak lah. House keeping pun house keeping lah. Target aku kerja sebulan. Cukuplah cuti hujung tahun sekolah kan.

Seronok kerja hotel ni, tapi aku tak pernah diberikan tugas kemas bilik, aku selalu diberikan kerja cuci toilet. Toilet ballroom, toilet lobby dan perkarangan lobby, ok je pada aku. Kerja bersendirian, disini aku dah bekerja tanpa kawan. Rehat pun  sendirian, adala kadang-kadang ada yg kenal sembang la juga dgn orang lain, teruk sgt la kan asyik sendiri je. Ada yg aku kenal dalam hotel ni, jiran setaman aku pun ada kerja kat sini, kenal tgk muka jelah, takde la kenal rapat. Cuma perwatakan mereka di hotel dan di taman tu lain sikit. Biasalah makcik bawang ramai.

Untung kerja hotel ni, rehat makan ditanggung. Makan pun sedap, So jimat banyak kat sini. Lagipun aku pergi kerja mmg tak pernah bawa duit. Pergi naik basikal. Mmg jenis aku, aku tak suka bergantung pada orang.

Aku kenal sorang senior aku kat sekolah kat sini lah, seingat aku nama dia Mani. Melayu. nama Je pelik. Masa ni dia mmg baik la dgn aku, (tak ingat aku dia housekeeping ke dia budak banquet, lupa dah aku), sbb dia tak tahu aku akan jadi junior dia masa kat vokay nanti 😁.(nanti lah cerita pasal dia)

Tapi rezeki aku tak lama kat hotel tu, ngam ngam nak dekat cuti nak habis. Aku kena tangkap sebab bawa balik chemical yang cuci chrome (kilatkan warna chrome), budak budak waktu tu, main basikal punya pasal, takde la basikal canggih pun, tapi part kilatkan rim tayar tu jadi minat, dapat pula kerja yang dapat guna chemical macam tu, mmg teringin la bawa balik. Tuang sikit masuk plastic ngam ngam utk dua rim aku tu. Kau nak amik banyak pun buat apa? Cukup cukup kau punya je lah. Sekali pak guard tu tahan nak check. Sekali jumpa la dia plastic tu, then bawa la jumpa manager tu, manager tu pesan, ini last day lah. Next week datang amik gaji je. 

Masa tu aku menangis lah bawa basikal, tapi sampai rumah aku buat rilek je. Cakap kat mak aku, dah esok malas nak pergi kerja, nak rilek pula, kebetulan next week tu abah aku nak ajak balik kedah, awal dia dah bgtau suruh cuti time tu,terus aku cakap malas dah kerja, cuti terus lah sampai balik kedah. Dan kebetulan time amik gaji tu lepas tu esok balik kedah. Dan sampai hari ni diorang tak tahu aku kena buang kerja tu.🥺

Duit gaji aku, rasanya masa tu dapat la juga dalam RM400 kot (sebab gaji hotel ni dapat dua kali sebulan) aku bagi terus kat mak aku semua. Dan aku tahu, duit aku tu juga abah aku buat balik kampung. Tampung dengan kebetulan gaji dia juga dalam masa yang sama.

Sebab aku tahu aku duduk sini (Kajang) tak sama macam masa aku duduk manjung dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...