Pages

Banner

Thursday, June 10, 2021

Selepas PMR/PT3 ke mana kah aku? SPM atau SVM

Sebelum ni aku pernah cerita pasal SPM or SPMV, korang check artikel aku tahun 2019, kali ni aku nak buat sambungan sikit, kali ni nak cerita secara mendalam sikit berkenaan SPMV dulu dan sekarang. bagi memudahkan adik-adik kita yang habis PMR nak buat keputusan.

Point ni aku dah pernah tekankan dulu, kalau kau rasa kau minat kearah Akademik atau kearah bidang profesional yang tak melibatkan teknikal, betul kau tak perlu kemana-mana, habiskan sahaja akademik kau tu di Sekolah biasa atau sekolah yang kau sedang duduk sekarang ni. Tapi kalau kau ada cita-cita kearah Teknikal, atau memang tak minat kearah akademik memang aku suggestkan Vokasional. Bukan bermaksud kat vokasional tak belajar langsung akademik, cuma bahagian akademik nya kurang sedikit dari sekolah biasa.

Dulu Sekolah aliran Vokasional di kenali sebagai sekolah aliran teknikal dan di dalam nya terdapat dua aliran, iaitu SPMV dan SKM. yang mana SPMV ni ada juga sedikit akademik berbanding SKM. yang mana SKM ni, lebih kepada aliran Teknikal semata-mata. Dan cara kemasukan ke aliran Vokasional ni, semestinya dari tingkatan 3. dia hanya ada dua tahun sahaja, iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Jadinya pada ketika itu, siapa yang ada SPMV dia layak untuk masuk ke bidang lain di Universiti Awam dan Swasta sama seperti SPM. Sebab kedua-dua ada bidang masing-masing, cuma SPM hanya boleh di dapati di Sekolah biasa dan sekolah Teknik, dalam aliran sastera, sains dan teknologi kejuruteraan dan sebagainya, manakala SPMV lebih kepada aliran Teknikal, kepada bidang masing-masing, seperti Elektrik, automotif, aircond, welder dan sebagainya.

Waktu aku ambil SPMV dulu, kami tak terikat dengan bidang masing-masing untuk masuk Universiti, kami boleh apply semua Universiti dalam borang UPU tu, tak kisah kau elektrik ke automotif ke, aircond ke, welder ke, tapi for sure memang kami pilih bidang yang kita tengah ambil la kan. cuma waktu zaman kitorang tu, UPU ni, penuh orang apply, dan kitorang yang bidang teknikal ni pun ramai agaknya, sampai yang terlebih ni, di offer macam-macam bidang yang kitorang rasa takde kena mengena, ada yang dapat offer buat Diploma accounting, ada yang pergi matrikulasi, ada yang pergi Senibina, macam-macam lah, termasuklah aku.

so mana offer yang datang dulu, yang tu aku sebat dulu, tak pedulilah course apa, janji dapat sambung belajar. So belajarlah sampai habis. buat yang termampu. telan lah dan lupakan lah bidang yang kau ceburi masa kat vokay tu. itulah keadaan SPMV dulu, ada yang dapat aliran yang sama rezeki mereka memang di situ alhamdulillah.


SPMV terbaru (2021-setelah aku di tarbiah oleh kawan sekolah aku) kini di kenali SVM

Tapi kini, Sistem Vokay dah berubah terlalu banyak, sampai aku dah tak tahu apa status sekarang, sampai terpaksa tanya kawan aku yang sekarang memang jadi salah seorang tenaga pengajar di Kolej vokasional, baru aku faham dan aku rasa budak-budak sekarang terlalu beruntung dalam bidang masing-masing.

Mungkin masa awal-awal pertukaran sistem ada sedikit kecelaruan, tapi sedikit demi sedikit ia berubah menjadi sistem yang pada aku agak baik juga. Biasa lah benda baru. dulu aku dengar pasal kolej Vokasional takde SPM, aku macam masih tak percaya, pada aku, mesti diorang salah pilih ni. sebab ia masih sama macam zaman aku dulu, orang masih cakap Sekolah vokasional takde SPM. tapi sebenarnya masa zaman aku, kalau kau salah pilih course (SKM la tu) memang kau tak ambil SPM la jawabnya.

Tapi kali ni, memang kalau check dalam website MOE mmg dinyatakan tiada SPM di Level ini, 



tapi kau tetap kena ambil subject yang setara SPM, subject Wajib, 2 sahaja kalau tak salah, iaitu BM dan Sejarah, sebab Syarat untuk apply kerja di jabatan Kerajaan seperti SPA, selain kau perlukan Diploma, kau perlukan juga Sijil SPM/SVM (Sijil Vokasional Malaysia), so ni juga termasuk dalam proses kelayakan kau untuk dapat jawatan di jabatan kerajaan.




Diorang dah gabungkan SKM dan SPMV yang dulu, menjadi satu program berteraskan Latihan Vokasional semata-mata, yang lebih fokuskan kepada teknikal. Kau perlu habiskan selama 4 tahun sebelum kau qualified untuk di anugerah diploma. Diploma terus guys.

2 tahun Pertama, Di panggil SVM (Sijil Vokasional Malaysia), dan kau layak (kalau lulus - cgpa 2.0 keatas kalau tak salah) untuk teruskan dalam bidang yang sama/pengkhususan lagi 2 tahun untuk dapat Diploma terus. Berbanding pelajar SPM yang lain, terpaksa bersaing untuk memilih bidang atau pun ditawarkan bidang yang bukan menjadi minat mereka. 

Biarpun dah diberi pelbagai kelebihan dari segi kelebihan teknikal, ada juga ibu bapa yang masih nampak SPM sebagai satu tiket untuk berjaya di masa depan. Tak di nafikan rata-rata kita dibesarkan dalam suasana SPM, yang mana kita memandang, SPM terlalu tinggi, sehingga kita lupa, mereka yang habiskan sehingga habis 4 tahun di Vokay, mereka sebenar lebih jauh dari SPM. satu tangga ke depan berbanding SPM. Kita tak perlu setkan minda kita dengan "JIKA dan KALAU", "kalau tak habis 4 tahun tu?", kita patut set kan minda kita supaya kita kena habiskan 4 tahun sehingga memegang Segulung Diploma.

so ada jalan selepas tingkatan 3, terpulang kepada diri masing-masing, keadaan masih sama, tetap kena habiskan beberapa tahun untuk dapat segulung Diploma dan Ijazah.

habis Tingkatan 3 - > buat Diploma di Vokasional (4 Tahun) - > Degree

atau

Habis tingkatan 3 -> SPM (2 Tahun) -> Diploma / matrikulasi (Setahun/2 Tahun/3 tahun) -> Degree

Masing-masing ada cita-cita dan pilihan. jangan ikut tentang masa, fokus untuk habiskan. dan ikut kelebihan masing-masing.

Zaman sekarang, jangan terkejut andai ada yang tak habis SPM juga boleh berjaya dapat Degree, Master atau PHD, jalannya sahaja mungkin berbeza. yang penting Ilmu harus di cari, buat setakat yang termampu. jalan Terus!! Giood Luck Guys!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...