Pages

Banner

Monday, July 8, 2013

5 Applikasi android wajib ada


Assalammualaikum dan selamat sejahtera warga blogger, kali ni aku nak share ngan korang applikasi android yang seharusnya ada dalam handphone android korang. Kalau tak ada , meh kita download ye.

1. TUBEMATE
Tubemate ialah aplikasi yang membenarkan korang mendownload apa jua video yang terdapat kat Youtube. Macam aku yang kebiasaanya pakai data plan , malas nak membazir data tengok video berulang kali , so aku download je pakai TUBEMATE nie. App ni aku memang sarankan kat sesiapa yang kaki download YOUTUBE .
DOWNLOAD DISINI

2. ZEDGE
Dah bosan dengan ringtone , wallpaper , notication yang tersedia ada dalam handphone korang? Apa kata korang download zedge ni . App ni membantu korang mencari dan mendownload ringtone , wallpaper dan notification baru. Bestnya tentang app ni , kita boleh download ringtone hp lain seperti blackberry , iphone , htc dan banyak lagi. Cuma kena rajin search je .
DOWNLOAD DISINI

3. THUMB KEYBOARD

Mengunakan applikasi thumb keyboard nie , kita boleh mengubah tema keyboard yang ada dalam handphone kita. Sesuai digunakan untuk tablet dan juga handphone . Thumb keyboard ni lebih senang nak digunakan berbanding GO Keyboard , kerana ianya lebih ringkas dan banyak pilihan tema yang menarik.  Percayalah , kalau ada je app ni , keyboard korang terus jadi warna warni woa!~

DOWNLOAD DISINI

4. MobileGo Wonder Share

MobileGo ialah apps android yang paling aku suka , nak tahu kenapa? Sebab dengan mengunakan app ni , aku boleh transfer music , video , photo dan juga contact melalui wifi. Memang senang , dah tak payah cucuk kable dari hp ke komputer dah. Asalkan computer anda connect wifi yang sama dengan handphone anda , semua boleh buat. Bukan itu ada, bila wifi dah connect , kita leh sms melalui computer. Itu yang best tu.

DOWNLOAD DISINI

5. Bluetooth File Transfer
Bluetooth file transfer bukan seperti applikasi bluetooth yang sedia ada, applikasi ni membenarkan kita transfer applikasi dan permainan android dari handphone kita kepada handphone orang lain. Cool rite? Lepas ni boleh lah share2 applikasi kita ngan sedara mara
DOWNLOAD DISINI


Credit to sii penulis cerita

Friday, July 5, 2013

Krisis di Mesir

Alhamdulillah masih bernafas kita pagi ini di Malaysia, apa khabar orang-orang di Mesirye?? , harap-harap mereka ada penyelesaian mereka. Kita di Malaysia tak dapat lari terkena tempias nya juga, manakan tidak, ada pepatah kata cubit peha kiri peha kanan terasa, kita ni macam adik beradik ke dengan Mesir?yup adik beradik dalam agama.

Di Malaysia juga tak kurang hebatnya, ramai orang bertelagah kerana masing-masing nak cuba mempertahankan apa yang mereka percaya. pada aku tak salah, cuma aku tiba-tiba tertarik dengan isu ni. Persoalan yang timbul ialah

1. Kenapa ramai yang tak mahu Dr. Mursyi dijatuhkan?? ramai ni.....yelah sampai tentera digunakan untuk mengulingkan kerajaan ini.



2. Apa yang Dr. Mursyi buat sampai perlu gunakan tentera untuk merampas kembali kerajaan?

Ini antara 2 soalan yang timbul dalam kepala otak aku, yelah kita pun yang tak pernah tahu tentang mesir, tiba-tiba mesir bergolak, kecoh dunia maya ini. masing-masing menayangkan cerita yang mereka faham.

Tapi pada aku, Aku pun tak tahu nak sokong mana-mana, tapi dari penelitian aku yang kurang arif ni, ramai rakyat yang menyokong Dr. Mursyi adalah kerana keberanian nya untuk mengubah cara pemerintahan yang lebih kepada Islamik. 

Bantuan Beliau terhadap Palestin dilihat cukup besar.
Ramai yang dah lihat kekejaman Israel kepada Palestin, tapi berapa ramai yang sudi membantu? Apabila Dr. Mursyi memberi sedikit bantuan kepada palestin yang merupakan satu sokongan yang dilihat besar oleh sebahagian rakyat, so mereka kira dialah yang paling berani, melawan ancaman israel walaupun sebelum ini telah dibuat perjanjian perdamaian yang tak berkesan dan kemudian senyap sehingga hari ni, tapi kekejaman masih lagi berlaku.

Begitu juga dengan Saddam Hussein satu ketika dahulu, hanya kerana dia merupakan seorang yang berani melawan Amerika, sehingga berlaku nya perang teluk, dan hari ni selepas kematiannya, barulah disedari bahawa seorang diktator itu merupakan penyelamat sebenar.

Sebab tu aku berani cakap kita ni terlalu jauh untuk dibandingkan dengan mereka. Kita masih belum cukup berani untuk melawan kuasa besar seperti Amerika atau Israel. tapi apabila ada seorang yang cukup berani untuk cuba menegakan kembali syiar Islam, kita masih lagi cuba untuk berdiam diri, malah cuba memprotes untuk menangkan orang yang cuba gulingkan kerajaan yang nak membantu Palestin, yang peliknya kita disini juga hanya berani melaungkan kebebasan kepada palestin.

Ramai yang tak sabar menunggu kedamaian di bumi palestin. Sedih, terbayang kan itulah keluarga kita satu, hanya mengharapkan bantuan dari negara islam lain, persoalannya adakah negara lain akan turut membantu?? nescaya kita lebih lemah dari mereka...aku pasti Rakyat palestin pasti mengharapkan lahirnya seorang diktator Islam yang benar-benar tegas dan berani membantu mereka walau di negara mana sekali pun mereka ini. Dan apabila lahirnya mereka ini, dan dikerahkan bantuan yang mungkin melumpuhkan kejayaan Irael, kita gelarkan mereka diktator.

Huh..apa yang boleh aku cakap hanyalah cubalah kita untuk tolak ketepi dahulu isu politik , biarkan isu politik sejagat kita jaga terlebih dahulu, demi Islam. cuma sampai saat ini aku masih tak pasti apa yang Dr. Mursyi buat sehingga tentera digunakan, secara maya yang aku nampak, hanyalah propaganda yang mengatakan Dr. Mursyi adalah Diktator untuk menangkan politik mereka. malahan umurnya sebagai presiden pun belum lama, sedih....sedangkan Hosni Mubarak diberi sehingga 30 tahun, tetapi palestin masih ditakuk yang sama...perbincangan demi perbincangan dan perjanjian demi perjanjian, tetapi Israel masih tetap begitu. Kerana bercakap berdegar-degar di semua persidangan dan bertindak adalah dua perkara berbeza...

kalau benarlah Mursyi kalah akibat dijatuhkan, kesian palestin, nampaknya akan sentiasa berterusan berperang, semoga selamat lah hendaknya rakyat Palestin disana...semoga kita disini masih ada kekuatan untuk membantu,walau hanya sekadar Doa. Amin.

Siapakah Hosni Mubarak

Banyak cerita mengenai presiden terdahulu mesir di dunia maya ini, iaitu Hosni Mubarak, tapi ada cerita yang baik mengenai beliau yang aku jumpa, bukan apa, ramai yang menceritakan tentang apa yang mereka tak suka tentang Hosni mubarak sebelum ini, namun apa yang aku nampak kita kena menilai sejauh mana apa yang dibuat baik untuk manusia sejagat dan aku juga nampak semua orang patut kenali dahulu kedua-dua pemimpin terlebih dahulu terutama dari segi positif, kerana kita bukan penduduk mesir yang nak menghukum dan menentukan siapa yang patut menjadi Presiden, tapi mengharapkan yang terbaik bakal berlaku untuk mesir dan seluruh umat Islam sejagat dalam memartabatkan dunia khalifah khususnya. So aku bawakan sedikit info tentang Hosni Mubarak.


Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak
(bahasa Arab: محمد حسنى سيد مبارك; lahir 4 Mei 1928 )umur 82 tahun merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981. Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975
Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara.

Presiden Mesir

Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (28 tahun pada 2009).
Hosni Mubarak menikahi Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dikatakan dipersiapkan sebagai pengganti.

Mesir kembali ke Liga Arab

Keahlian Mesir dalam Liga Arab digantung akibat Perjanjian Kem David ditandatangani oleh Presiden Anwar Sadat pada 1988.Selepas Anwar Sadat dibunuh pada 6 Oktober 1981 - pada 1989, di bawah Mubarak, Mesir diterima kembali ke dalam Liga Arab. Ibu pejabat Liga Arab dipindah semula ke Kaherah.

Perang Teluk Parsi

Mesir menyertai Perang Teluk Parsi 1991. Tentera berjalan kaki Mesir mendarat di Arab Saudi untuk mengusir tentera Iraq dari negara Kuwait.


Kerajaan Kuwait membayar $500,000 bagi setiap tentera Mesir yang berjaya mengusir tentera Iraq dari Kuwait.Presiden Mesir tanpa ragu memihak kepada Amerika Syarikat untuk mengusir penjajah Kuwait itu.atas jasa Mesir itu, Eropah melupuskan hutang Mesir sebanyak $20 bilion.

Cubaan bunuh

Menurut BBC, Mubarak terselamat dalam 6 cubaan bunuh.Pada bulan Jun 1995 cubaan bunuh melibatkan Al-Gama' al-Islamiyya (Islamic Group) dan Jihad Islam Mesir . Ketika itu beliau berada di Ethiopia untuk menghadiri persidangan Organisasi Afrika Bersatu (AU). Apabila Mubarak kembali ke Mesir, beliau menahan 20,000 ahli Al-Gama' al-Islamiyya pada 1999 kerana kesalahan mahu melancarkan revolusi pertubuhan Islam.


Rasuah
Tersebar berita anak lelakinya Alaa terlibat dalam syarikat-syarikat yang mendapat tender-tender kerajaan dan penswastaan. Pembabitan dua anaknya itu secara langsung dan tidak langsung. Terdapat ungkapan di kalangan rakyat bahawa "Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang penjenayah". Pada 2008, Tranferensi International (TI) menyaksikan indek rasuah Mesir pada mata CPI 2.8.Mesir ditempat ke-115 daripada 180 negara yang tinggi rasuah.


Mubarak dan Gereja Ortodoks Koptik
Presiden Mesir Anwar Sadat mengarahkan Paus Shenouda III Alexandria, Paus Gereja Ortodoks Koptik Alexandria dibuang daripada Biara Saint Pishoy. Lapan uskup, 24 sami-sami, dan banyak lagi ditangkap. Sadat telah menggantikan hierarki gereja dengan jawatankuasa lima uskup-uskup dan tiada lagi paus. Semasa Mubarak, beliau membebaskan Paus Shenouda dari buangan pada 2 Januari 1985. Beliau kembali ke Kaherah untuk merayakan Krismas 7 Januari Liturgy (Kalendar Lama) dan kehadirannya disambut 10,000 penganut Kristian. Penganut Kristian dibenarkan bercuti pada 7 Januari dan diisytiharkan cuti kebangsaan pada 2002.


28 tahun Undang-Undang Darurat
Di bawah undang-undang Darurat, kerajaan mempunyai hak menahan seseorang tanpa bicara semenjak pembunuhan Anwar Sadat pada 1981. Mereka tidak dibicarakan di mana-mana mahkamah untuk membicarakan kesalahan sebenar mereka.

Pewarisan presiden
Banyak berita tersiar di Mesir menyatakan Mubarak menyediakan anaknya Ala sebagai pengganti beliau sebagai Presiden Mesir .Namun Mubarak menafikan khabar angin tersebut.

 
Mubarak dan Palestin
Mubarak membantu Palestin terutama perjuangan Fatah yang dipimpin oleh Yasser Arafat.Beliau menyokong semua usaha yang dilakukan oleh Liga Arab. Mubarak juga menyokong Sidang Kemuncak Beirut pada 28 Mac 2002. Israel didesak berundur dari seluruh wilayah pendudukan, termasuk Bukit Golan,pemerintahan sendiri Palestin di Tebing Barat dan di Semenanjung Gaza dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan menyelesaikan kem pelarian Palestin. Sidang Kemuncak Riyadh 2007 hasil usaha Liga Arab mendesak menteri luar Jordan dan Mesir menyokong inisiatif Keamanan itu.


Pada 19 Jun 2008, Mesir menjadi orang tengah bagi meredakan peperangan antara Israel dengan Hamas. Perjanjian itu memerlukan Hamas berhenti melancarkan serangan ke atas Israel dan menguatkuasakan gencatan senjata di Tebing Gaza. Untuk itu, Israel membenarkan antara 500 dan 600 buah lori bekalan makanan masuk setiap hari ke Semenanjung Gaza .Hamas mengkritik Israel kerana sekatan masih berterusan sehingga rakyat Palestin terpaksa melakukan penyeludupan bawah tanah untuk ke seberang. Israel menuduh Hamas menyeludup senjata dari Mesir ke Gaza melalui terong-terowong tersebut. Oleh itu Israel terpaksa meneruskan serangan roket terhadap rumah-rumah awam yang menjadi pintu terowong tersebut.



Diktator: adalah seorang pemimpin negara yang memerintah secara otoriti/tirani dan menindas rakyatnya. Biasanya seorang diktator naik takhta dengan menggunakan kekerasan


Thursday, July 4, 2013

Gastrik di Bulan Puasa

Biasa dah dengar pasal gastrik di Bulan puasa, ada yang buat sebagai alasan dan ada juga yang betul2...yang buat alasan tu, kalau jadi betul2 baru tau langit tu tinggi ke rendah...yang betul2 tu, saya nak bagi nasihat tak pandai, tapi saya ada penyembuhnya, dengan Alpha Lipid Lifeline.

Testimoni: saya sendiri.
Saya tak perasan saya ada gastrik, pernah satu hari tu, saya sampai tak boleh bercakap, dan duduk sebab tak tahu ada gastrik, alih-alih, bila pergi Klinik Dr. kata itu gastrik, saya cakap kat dia, saya tak pernah ada gastrik, dan saya selalu makan (ikut time), cuma hari tu je saya termakan lambat sikit dari biasa, tak tahu kenapa diberi alasan tu pada Dr. tapi Dr. tu cakap, penyakit ini bukan datang baru-baru ni, dia berpunca dari pemakanan kita yang tak pernah teratur dari 10-15 tahun sebelum ni...so dia takde kena mengena dengan cara kita tak makan atau apa, cuma mungkin cara pengambilan makanan kita yang tak betul itu sebab punca gastrik. dan alhamdulillah lepas amalkan Alpha Lipid Lifeline saya dah tak rasa seperti itu lagi, huk huk pedih tu.


walau apa pun kita patut cuba, mungkin dengan cara ni lebih memudahkan kita untuk berpuasa.

call cepat : 012-3203604 untuk tempahan.

Kenali Dr. Morsi

Beberapa buah buku dan cerita yang pernah aku baca dan dengar, dan kebiasaanya buat air mata aku mengalir ialah apabila aku baca kisah-kisah pejuang-pejuang Islam di Zaman Kekasih Allah Muhammad S.A.W. Kisah para-para nabi dan juga sahabat-sahabat mereka. Kini ada lagi insan yang buat aku menangis tatkala membaca kisahnya, iaitu Dr. Morsi (Bekas Presiden Mesir yang digulingkan oleh tentera baru-baru ini), mungkin aku baru kenal beliau, baru mengenali cerita tentang negara mesir akhir-akhir ini, namun jika benar ini ceritanya, Kita patut kagum dengan beliau, sehingga kan beliau sendiri mampu untuk menjadikan keluarganya sebagai al-hafiz, apa mungkin kita yang "BAIK" ini mampu untuk jadi seperti beliau? Bagi aku, kalau tak nak percaya sekalipun, atau kata itu semua karut, ambil lah cerita yang positif itu sebagai pedoman untuk kita, biar kita sama-sama ada niat untuk berjihad sehingga begitu berani. Kita masih terlalu jauh untuk dibandingkan dengan mereka apatah lagi untuk nak mempertikaikan siapa mereka sehingga sanggup mengelar mereka Diktator, hanya sekadar mendengar laporan media yang kita sendiri belum ketahui kesahihannya. Taiplah namanya di Dunia maya ini, anda pasti akan kenali siapa itu Dr. Morsi.

Disini saya kongsikan sedikit pengenalan untuk kenali siapa itu Dr. Morsi.


Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Abdul Karim:

1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain juga,insyaAllah.

Wednesday, July 3, 2013

Cerita sakit perut


Bismillahirohmanirrohim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pada kali ini saya  hendak  “cerita” tentang Nabi Musa . Semoga dengan “cerita” tersebut, iman kita menjadi semakin bertambah.  “Cerita”nya lebih kurang seperti di bawah:
Ketika dikejar oleh tentera Firaun, Nabi Musa  dan pasukannya beristirahat di sebuah lembah. Di tengah rasa takut akibat dikejar dan kebingungan menentukan strategi, tiba-tiba Nabi Musa merasa sakit perut. Kemudian dia secara spontan mengeluh kepada Allah, “Ya Allah, ketika dikejar oleh Fir’aun dan tenteranya seperti ini Engkau malah memberiku sakit perut. Aku mohon Engkau sembuhkan sakit perutku ini, Ya Allah!”. Langsung Allah menjawab, “Kamu pergi ke atas bukit sana. Di sana ada pohon lalu ambil daunnya, kemudian kamu makan. Maka sakit perutmu nanti akan sembuh.”
Nabi Musa lantas lari ke atas bukit untuk mengambil daun tersebut dan ketika tangannya baru menyentuh daun tersebut, perut Nabi Musa sudah sembuh. Nabi Musa kemudian berterima kasih kepada Allah dan turun dari bukit. Lalu Nabi Musa menyiapkan pasukannya untuk bertolak, baru tiga kali langkah sakit perutnya menjadi lagi. Musa pun langsung lari ke atas bukit, dia menghampiri pohon-pohon dan diambillah daunnya untuk dimakan. Dia makan sehelai, dua helai, tiga helai sampai berhelai-helai daun tanpa mempedulikan rasanya yang penting supaya dia sembuh. Tapi sampai lima belas helai daun dia makan, psakit erutnya tidak  sembuh juga.
Kemudian Nabi Musa protes kepada Tuhan, “Ya Allah aku sudah makan sekian daun, tapi perutku tidak sembuh juga! Tadi Engkau mengatakan kepadaku bahwa kalau hendak sembuh naiklah ke atas bukit, ambil dan makanlah daun-daun yang ada pada pohon di sana.”
Allah lalu mengatakan pada Nabi Musa, “Yang mengatakan daun boleh menyembuhkan sakit perut itu siapa? Tadi waktu sakit perut pertama kan kamu minta tolong sama Aku, jadinya sakit perutmu Aku sembuhkan. Tapi waktu sakit perut yang kedua, kamu kan tidak minta sama Aku. Kamu langsung saja naik bukit kerana kamu fikir daun boleh menyembuhkan sakit perutmu. Tidak seperti itu, Musa. Daun tidak boleh menyembuhkan sakit perutmu, yang menyembuhkan sakit perutmu itu Aku. Terserah Aku mahu menyembuhkan lewat daun, mahu menggunakan batu atau apa saja, itu terserah Aku. Jadi sembuhnya perutmu bukan karena daun, itu atas perkenanKu.”
Mungkin seperti itulah “cerita” yang pernah disampaikan kepada kita. Kita boleh merefleksikan cerita tersebut dengan kehidupan kita saat ini. Mungkin selama ini fikiran kita seperti Nabi Musa, yang menyimpulkan bahwa “daun boleh menyembuhkan sakit perut, titik!”.
Kita sering merasa boleh mengatasi berbagai masalah kerana ilmu kita. Ketika kita menjadi mahasiswa , kita yakin boleh lulus suatu subjek kursus  kerana ilmu yang  kita pelajari. Ketika kita menjadi usahawan, kita merasa boleh berjaya karena ilmu usahawan, ilmu marketing atau ilmu entrepreneur kita. Ketika kita menjadi doktor, kita merasa boleh menyembuhkan pesakit karena ilmu kedoktoran kita. Padahal rahsia sesungguhnya dari keberhasilan segala permasalahan tersebut bukan terletak pada pengetahuan atau ilmu-ilmu tersebut.
Begitu pula dengan ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu sosial, ilmu politik, ilmu sains yang sifatnya pasti, sampai kepada ilmu-ilmu yang sifatnya tidak pasti (cair) seperti kebudayaan. Itu semua hanya sekadar sehelai-helai daun. Kita tidak boleh (sedikit pun) menganggap bahwa ilmu-ilmu itu boleh mengatasi semua keadaan kita. Tetap ada suatu aotoriti di luar dimensi yang sudah kita ketahui- yang kita perlukan untuk membantu kita supaya “sakit perut” kita dapat sembuh. Syukur-syukur dapat menyembuhkan “sakit perut” negara.
Dengan kerendahan hati, mudah-mudahan kita ingat bahawa sesungguhnya semua “penyakit” kita tidak hanya dapat kita atasi dengan kehebatan/keilmuan kita saja. Akan tetapi, kita perlukan yang lain. Yang lain itu apa? Tentunya Anda dapat menjawabnya sendiri. Pokoknya jangan terjebak seperti Nabi Musa pada saat itu.

Credit to Tenaga Dalam Ilahi

Tuesday, July 2, 2013

Trend atau Fokus

Mungkin topik ni pernah ditulis dulu, lupa nak check anyway saya akan ulang balik serba sedikit sebab sejak dua menjak ni, trend ni berulang, dan mungkin akan berulang lagi, umpama roda orang kata dia akan sentiasa berulang. iaitu trend orang Join produk meletup, contohnya hari ni ada satu produk baru dan nak meletup, dia join utk jadi dealer, lepas satu masa produk lain pula meletup, dia join lagi then jadi dealer tu pula, kemudian dia join lagi satu produk baru meletup lagi dan begitulah seterusnya.

Memang dulu masa mula-mula nak join ada jugak member-member bagitahu macam tu, yelah siapa nak join benda yang merugikan ye tak?..dan memang trend pembeli juga sebegitu. lebih gemarkan barang-barang yang meletup di Media cetak/elektronik. Sebenarnya semua tu bergantung kepada pemasaran, kalau produk tu jatuh disebabkan tiada pembeli, bukan salah produk, memang trend pembeli begitu, so siapa yang rasa nak ikut trend pembeli silakan, atau anda lebih gemar untuk fokus, dan buat kajian semula tentang teknik pemasaran anda itu lebih baik, sebab terlalu ramai customer yang diluar sana masih belum sempat untuk guna produk anda. Masakan ada company masih bertahan berpuluh-puluh tahun di Malaysia, walaupun ada yang kata dah tak boleh jual atau sebagainya dengan produk yang sama.

Bukan apa, saya terdetik untuk tulis ni sebab kadang-kadang menjadi satu muhasabah diri untuk diri sendiri, kenapa perlu ditukar ke produk lain sedangkan produk ini pun masih belum berjaya, walaupun kita tahu produk ini dah cukup bagus. Apakah produk lain mampu memberi pulangan yang lebih lumayan walau dengan cara business kita adalah serupa.

Bayangkan, ada orang jual nasi lemak, dia buat memang sedap, seminggu sale dia meletup, lepas tu ada orang lain jual lagi sedap pula dari dia, agak-agak dia nak tutup atau tukar strategi? Orang yang lemah sahaja akan tutup dan kata, orang lain curi customer dia, tanpa dia tak buat apa-apa.

Pada saya lebih baik kita kaji cara pemasaran, sebab orang yang berjaya dalam business ni, mereka tak melompat sebab tu mereka mantain kekal jadi kaya. Kita dah dengar kejayaan mereka, semua nya berkat kerja keras untuk memasarkan produk walaupun ada produk lain yang lebih hebat. sebab mereka percaya produk mereka adalah yang terbaik, dan tak lapuk dek zaman, dan itulah persaingan yang sihat.

Kita hanya akan jadi seorang penjual yang terbaik kerana mengikut trend, so kita takan pernah sampai kemana-mana pun, sebab belum sempat kita capai apa-apa, pasti akan ada produk baru yang akan keluar, so dimana kah kita?? tengok sahaja teknologi Handphone, adakah kita mampu ikut? dan janganlah disebabkan kita tak berjaya, kita terus hukum tak boleh buat program macam ni, susah! ada naik turun! Rugi! dan macam-macam atas alasan usaha tak menjadi.



*pesanan untuk diri sendiri, agar tidak menjadi angkuh dan bongkak, yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu dari diri sendiri.

Monday, July 1, 2013

Anak bujang yang excited

Teringat sewaktu kecik-kecik dulu, macam ni agaknya si ayah yang tengok anak yang excited dapat barang yang dia dah mengidam lama nak main ni..lama dah nak benda ni, selalu nya kalau pergi rumah orang yang ada basikal, dia akan ingat sampai sudah rumah tu, termasuk lah rumah kawan aku si Salwati tu pun jadi...asyik nak pergi rumah kakak je katanya sebab rumah tu ada basikal.


So sempena birthday dia yang ketiga tahun ni, papa & mama mu ini tunaikan juga impian mu ini nak, petang tadi bawa la dia ke kedai basikal di Serdang, dia tak tahu nak pergi kedai basikal, tersenyum sekejap bila tengok excitednya dia....masa singgah kedai basikal tu pun, dia punya excited dah tak terhingga, semua basikal dia nak pegang, speechless tengok dia, agaknya sebab tahu semua tu orang punya, takut nak minta, sebab tengok tokey tu asyik cakap je ngan papa dia, once dah bayar, dia siap suruh koyak plastik penutup seat tu...yang best tokey tu ingat aku ni nak beli untuk anak buah, apalah..susah juga muka nampak muda ni, orang tak kata tu anak sendiri...

Letak je basikal tu dalam kereta, dia punya excited makin menjadi-jadi, siap boleh bercakap-cakap dengan basikal baru nya ini, siap tanya basikal nak minum, makan, nak singgah kedai pun nak ajak basikal pergi dalam kedai sekali... telatah yang mungkin semua orang akan rasa, mungkin orang lain dah rasa banyak kali, aku ni je baru nak rasa...baru tahu perasaan tengok betapa excitednya dia....

teringat arwah abah, sebab aku ni anak sulung, bagaimana lah agaknya dia bila tengok anak dia excited nak kan sesuatu yang diidamkannya...tapi aku ni bukan jenis yang pandai tunjuk excitednya, tak tahu lah dulu macam mana..apa pun aku bersyukur...terima kasih abah.


Ni posing sebelum dipaksa tidur, dah agak, nak tidur pun mesti nak bawak naik atas tilam punya, dia kata basikal nak tidur dengan dia...hmmm..sampai atas tilam sorry la sayang....puas pujuk juga budak ni...siap cakap kalau basikal tidur atas tilam basikal tu sakit...nanti dia kena tidur kat klinik, kena cucuk....hmmm..papa dia punya imiginasi pun dah jadi budak umur 3 tahun dah.

Apa-apa lah untuk anak papa ni....janji jangan jadi orang yang kedekut...harap tahu menghargai, boleh berkongsi kesenangan dengan orang lain.

Bukan taknak beli awal, kerana belum sampai masa nya lagi sayang...kerana setiap sesuatu patut diberi pada ketika ia sesuai dengan situasi dan keadaan. kerana pada ketika itu, ia mungkin akan jadi lebih bermakna.

Papa sayang anak papa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...