Pages

Banner

Friday, July 5, 2013

Siapakah Hosni Mubarak

Banyak cerita mengenai presiden terdahulu mesir di dunia maya ini, iaitu Hosni Mubarak, tapi ada cerita yang baik mengenai beliau yang aku jumpa, bukan apa, ramai yang menceritakan tentang apa yang mereka tak suka tentang Hosni mubarak sebelum ini, namun apa yang aku nampak kita kena menilai sejauh mana apa yang dibuat baik untuk manusia sejagat dan aku juga nampak semua orang patut kenali dahulu kedua-dua pemimpin terlebih dahulu terutama dari segi positif, kerana kita bukan penduduk mesir yang nak menghukum dan menentukan siapa yang patut menjadi Presiden, tapi mengharapkan yang terbaik bakal berlaku untuk mesir dan seluruh umat Islam sejagat dalam memartabatkan dunia khalifah khususnya. So aku bawakan sedikit info tentang Hosni Mubarak.


Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak
(bahasa Arab: محمد حسنى سيد مبارك; lahir 4 Mei 1928 )umur 82 tahun merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981. Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975
Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara.

Presiden Mesir

Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (28 tahun pada 2009).
Hosni Mubarak menikahi Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dikatakan dipersiapkan sebagai pengganti.

Mesir kembali ke Liga Arab

Keahlian Mesir dalam Liga Arab digantung akibat Perjanjian Kem David ditandatangani oleh Presiden Anwar Sadat pada 1988.Selepas Anwar Sadat dibunuh pada 6 Oktober 1981 - pada 1989, di bawah Mubarak, Mesir diterima kembali ke dalam Liga Arab. Ibu pejabat Liga Arab dipindah semula ke Kaherah.

Perang Teluk Parsi

Mesir menyertai Perang Teluk Parsi 1991. Tentera berjalan kaki Mesir mendarat di Arab Saudi untuk mengusir tentera Iraq dari negara Kuwait.


Kerajaan Kuwait membayar $500,000 bagi setiap tentera Mesir yang berjaya mengusir tentera Iraq dari Kuwait.Presiden Mesir tanpa ragu memihak kepada Amerika Syarikat untuk mengusir penjajah Kuwait itu.atas jasa Mesir itu, Eropah melupuskan hutang Mesir sebanyak $20 bilion.

Cubaan bunuh

Menurut BBC, Mubarak terselamat dalam 6 cubaan bunuh.Pada bulan Jun 1995 cubaan bunuh melibatkan Al-Gama' al-Islamiyya (Islamic Group) dan Jihad Islam Mesir . Ketika itu beliau berada di Ethiopia untuk menghadiri persidangan Organisasi Afrika Bersatu (AU). Apabila Mubarak kembali ke Mesir, beliau menahan 20,000 ahli Al-Gama' al-Islamiyya pada 1999 kerana kesalahan mahu melancarkan revolusi pertubuhan Islam.


Rasuah
Tersebar berita anak lelakinya Alaa terlibat dalam syarikat-syarikat yang mendapat tender-tender kerajaan dan penswastaan. Pembabitan dua anaknya itu secara langsung dan tidak langsung. Terdapat ungkapan di kalangan rakyat bahawa "Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang penjenayah". Pada 2008, Tranferensi International (TI) menyaksikan indek rasuah Mesir pada mata CPI 2.8.Mesir ditempat ke-115 daripada 180 negara yang tinggi rasuah.


Mubarak dan Gereja Ortodoks Koptik
Presiden Mesir Anwar Sadat mengarahkan Paus Shenouda III Alexandria, Paus Gereja Ortodoks Koptik Alexandria dibuang daripada Biara Saint Pishoy. Lapan uskup, 24 sami-sami, dan banyak lagi ditangkap. Sadat telah menggantikan hierarki gereja dengan jawatankuasa lima uskup-uskup dan tiada lagi paus. Semasa Mubarak, beliau membebaskan Paus Shenouda dari buangan pada 2 Januari 1985. Beliau kembali ke Kaherah untuk merayakan Krismas 7 Januari Liturgy (Kalendar Lama) dan kehadirannya disambut 10,000 penganut Kristian. Penganut Kristian dibenarkan bercuti pada 7 Januari dan diisytiharkan cuti kebangsaan pada 2002.


28 tahun Undang-Undang Darurat
Di bawah undang-undang Darurat, kerajaan mempunyai hak menahan seseorang tanpa bicara semenjak pembunuhan Anwar Sadat pada 1981. Mereka tidak dibicarakan di mana-mana mahkamah untuk membicarakan kesalahan sebenar mereka.

Pewarisan presiden
Banyak berita tersiar di Mesir menyatakan Mubarak menyediakan anaknya Ala sebagai pengganti beliau sebagai Presiden Mesir .Namun Mubarak menafikan khabar angin tersebut.

 
Mubarak dan Palestin
Mubarak membantu Palestin terutama perjuangan Fatah yang dipimpin oleh Yasser Arafat.Beliau menyokong semua usaha yang dilakukan oleh Liga Arab. Mubarak juga menyokong Sidang Kemuncak Beirut pada 28 Mac 2002. Israel didesak berundur dari seluruh wilayah pendudukan, termasuk Bukit Golan,pemerintahan sendiri Palestin di Tebing Barat dan di Semenanjung Gaza dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan menyelesaikan kem pelarian Palestin. Sidang Kemuncak Riyadh 2007 hasil usaha Liga Arab mendesak menteri luar Jordan dan Mesir menyokong inisiatif Keamanan itu.


Pada 19 Jun 2008, Mesir menjadi orang tengah bagi meredakan peperangan antara Israel dengan Hamas. Perjanjian itu memerlukan Hamas berhenti melancarkan serangan ke atas Israel dan menguatkuasakan gencatan senjata di Tebing Gaza. Untuk itu, Israel membenarkan antara 500 dan 600 buah lori bekalan makanan masuk setiap hari ke Semenanjung Gaza .Hamas mengkritik Israel kerana sekatan masih berterusan sehingga rakyat Palestin terpaksa melakukan penyeludupan bawah tanah untuk ke seberang. Israel menuduh Hamas menyeludup senjata dari Mesir ke Gaza melalui terong-terowong tersebut. Oleh itu Israel terpaksa meneruskan serangan roket terhadap rumah-rumah awam yang menjadi pintu terowong tersebut.



Diktator: adalah seorang pemimpin negara yang memerintah secara otoriti/tirani dan menindas rakyatnya. Biasanya seorang diktator naik takhta dengan menggunakan kekerasan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...