Pages

Banner

Thursday, October 24, 2013

Fotografi akhir tahun tadika beserta sewa Jubah Convo tadika

Alhamdulillah selesai sudah job convo untuk tadika..harap-harap lepas ni ada lagi la job-job ni bagi mengisi waktu aku di hari biasa selain menanti hujung minggu untuk job-job kahwin...kami juga menyediakan  penyewaan jubah tadika untuk photoshoot.

ni aku letak sikit lah job yang baru settle di Putra perdana Tadika Sri Kiambang.







untuk Tadika-tadika yang berminat boleh hubungi saya di talian 018-9500177

Susah yang mungkin lebih sukar digambarkan.

Teringat masa tahun 1983...mungkin aku kecil tapi aku ingat waktu ni....masa tu kami satu family (mak, abah, aku dan adik aku) baru nak pindah datang Kajang, Rumah takde, tapi dalam kawasan projek (kini bersebelahan highway Plus-area Ikram) ada tanah kosong, so tunggulah arwah abah dgn kawan-kawan dia siapkan rumah panjang untuk kami sekeluarga duduk.....

Gambar sekadar hiasan...masa tu tak reti nak amik gambar lagi...pinjam la gambar orang dulu...

Satu hari siap..malam dah boleh tidur....buat dinding lantai dan bumbung dulu masa tu pakai plywood je...esok sambung buat bilik dan dapur pulak....bersyukur dapat kenal erti perit jerih Arwah abah...tak pernah kenal susah payah bawak kami sekeluarga pindah randah....pusing satu malaysia...

masa tu aku hanya kenal orang disekeliling tu je, takde orang lain...sebab nak masuk perkampungan nak sewa rumah masa tu tak banyak lagi...dan masa tu bandar semua jauh-jauh...yang aku ingat masa tu highway plus tu pun takde lagi....so nak pergi KL tu jauh jugaklah....dan Alhamdulillah pengalaman hidup aku tu mengajar aku mengenal erti bersyukur dengan apa yang ada...mungkin dengan sebab tu aku tak pernah meminta-minta dengan Arwah abah aku...sebab aku tahu abah aku hanyalah pemandu Lori....

Abah aku ajar...kita belum lagi susah, dan jangan anggap kita pernah merasai susah untuk mengatakan kita faham erti sebenar susah itu, walaupun kita dapat mengambarkan perasaan susah namun susah yang sebenarnya adalah lebih susah dari yang difikiran...

Akhir-akhir ini, ramai yang bila isu minyak naik, harga barang naik, mereka bercakap seolah-olah mereka pandai dalam erti kata sebenar memahami erti kesusahan itu...sehingga kadang-kadang menampakan kebongkakan yang nyata...menampakan orang lain yang mengeluh susah itu adalah orang yang tak pandai dalam mengurus tadbir hidup mereka...pada aku..lain orang lain situasi kesusahan yang Allah bagi...ada orang susah mereka bertimpa-timpa sehingga membuatkan mereka terpaksa berdiam diri dan hanya mampu bersyukur dan redha sahaja lah ketentuan itu, ada orang yang mungkin Allah bukakan jalan untuk mereka terus bergerak setelah terjatuh tersungkur teruk...terpulang pada qada' dan qadar masing-masing...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...