Gambar sekadar hiasan...masa tu tak reti nak amik gambar lagi...pinjam la gambar orang dulu...
Satu hari siap..malam dah boleh tidur....buat dinding lantai dan bumbung dulu masa tu pakai plywood je...esok sambung buat bilik dan dapur pulak....bersyukur dapat kenal erti perit jerih Arwah abah...tak pernah kenal susah payah bawak kami sekeluarga pindah randah....pusing satu malaysia...
masa tu aku hanya kenal orang disekeliling tu je, takde orang lain...sebab nak masuk perkampungan nak sewa rumah masa tu tak banyak lagi...dan masa tu bandar semua jauh-jauh...yang aku ingat masa tu highway plus tu pun takde lagi....so nak pergi KL tu jauh jugaklah....dan Alhamdulillah pengalaman hidup aku tu mengajar aku mengenal erti bersyukur dengan apa yang ada...mungkin dengan sebab tu aku tak pernah meminta-minta dengan Arwah abah aku...sebab aku tahu abah aku hanyalah pemandu Lori....
Abah aku ajar...kita belum lagi susah, dan jangan anggap kita pernah merasai susah untuk mengatakan kita faham erti sebenar susah itu, walaupun kita dapat mengambarkan perasaan susah namun susah yang sebenarnya adalah lebih susah dari yang difikiran...
Akhir-akhir ini, ramai yang bila isu minyak naik, harga barang naik, mereka bercakap seolah-olah mereka pandai dalam erti kata sebenar memahami erti kesusahan itu...sehingga kadang-kadang menampakan kebongkakan yang nyata...menampakan orang lain yang mengeluh susah itu adalah orang yang tak pandai dalam mengurus tadbir hidup mereka...pada aku..lain orang lain situasi kesusahan yang Allah bagi...ada orang susah mereka bertimpa-timpa sehingga membuatkan mereka terpaksa berdiam diri dan hanya mampu bersyukur dan redha sahaja lah ketentuan itu, ada orang yang mungkin Allah bukakan jalan untuk mereka terus bergerak setelah terjatuh tersungkur teruk...terpulang pada qada' dan qadar masing-masing...
No comments:
Post a Comment