Pages

Banner

Wednesday, March 4, 2015

2 Jenis Bisnes Model Yang Disarankan Untuk Tambah Duit Poket Tahun 2015

Hidup makin terhimpit? terdesak harga barang makin naik? Gaji tak naik-naik? Bebanan keluarga semakin bertambah? Semakin hari semakin mencabar, dengan ekonomi negara yang tidak menentu.
Pasti anda tercari-cari peluang perniagaan atau side income untuk menambah pendapatan anda, yang pastinya anda tak mahu rugi. Bukan semua orang ada bakat dalam perniagaan. Orang berniaga dan berpengalaman juga rugi dalam bisnes. Ini fakta! Saya bukan sengaja mahu menakut-nakutkan anda, tapi ia realiti.
Salah satu cara untuk mengurangkan risiko anda dari terus rugi, dan membazir masa buat perkara yang sia-sia dalam menjalankan sesuatu bisnes adalah dengan mencari mentor atau ilmu yang betul dalam perniagaan.
Pemilihan bisnes model yang sesuai juga sangat penting supaya ia dapat mengurangkan risiko anda bertemu dengan kegagalan dalam bisnes pertama anda. Dalam artikel ini, saya akan berkongsi 2 bisnes model yang susuai untuk anda yang memang tiada modal sangat mahu berniaga.

Bisnes Model #1 – Jual Servis

Apabila bercakap tentang servis, ia melibatkan kemahiran yang anda ada. Cari servis yang sesuai dengan kemahiran yang anda ada.
Basuh kereta
Sebagai contoh:
  • Servis menulis teesis untuk pelajar universiti
  • Servis mencuci atau basuh kereta
  • Servis menulis Ebook
  • Servis menulis Copywriting
  • Servis penghantaran makanan
  • Servis lipat kain
  • Servis atau kelas belajar berenang
  • Servis atau kelas belajar piano, gitar atau alat muzik lain
  • Servis mengajar atau tuisyen ke rumah
Dan banyak lagi! Kenapa saya sarankan anda untuk mula buat servis? Kerana apabila anda buat servis, anda tidak perlukan modal yang sangat besar dan ia ada dalam diri anda. Kemahiran ini adalah kemahiran yang anda sudah pelajari sama ada di universiti atau sepanjang anda hidup.
Jika anda mahu mencari idea untuk buat servis yang pelik-pelik, boleh pergi ke fiverr.com. Saya sendiri pernah buat servis design yang mampu hasilkan income sekurang-kurangnya 5 USD untuk setiap tempahan yang saya terima. Paling menarik, saya mampu siapkan servis tersebut kurang 5 minit! Wow! Anda boleh cuba sendiri.

Bisnes Model #2 – Jadi “Orang Tengah

Maksud orang tengah di sini adalah dengan menjadi Agen kepada pemilik produk. Contoh orang tengah yang saya maksudkan adalah:
  • Dropship
  • Affiliate
Apabila menjadi orang tengah, anda tidak perlu risau dengan stok. Anda hanya perlu fokus kepada pemasaran sahaja. Sebab itu dalam berniaga, apa yang paling penting bukan anda perlu mempunyai kedai yang cantik, tapi anda perlu fokuskan kepada pemasaran.
Anda perlu fokus kepada bagaimana mahu memasarkan produk anda kepada pelanggan yang betul-betul perlukan produk yang anda pasarkan. Satu lagi kelebihan bila menjadi agen dropship, atau affiliate anda akan dibekalkan dengan tool promosi seperti gambar, ayat iklan dan juga cara promosi.
usahawan
Tapi awas! Anda juga perlu berhati-hati dalam memilih pemilik produk yang menawarkan dropship atau affiliate. Ini kerana tidak semua mereka boleh memberikan servis penghantaran yang pantas kepada pelanggan.
Tip untuk anda mencari pemilik produk yang menganjurkan agen dropship adalah, pastikan anda kenal dengan pemilik produk. Seboleh-bolehnya berhubung dengan mereka terlebih dahulu, sebelum menyatakan hasrat untuk menyertai sebagai salah seorang agen mereka.
Pastikan servis mereka pantas dan mereka boleh dipercayai. Kita tak mahu ada masalah nanti seperti barang tidak sampai kepada pelanggan atau lambat sampai.
Jika anda bernasib baik, cari pemilik produk yang memberikan insentif atau hadiah bonus bulanan kepada anda, jika berjaya mencapai target jualan tertinggi. Anda bukan sahaja boleh buat duit dengan jadi orang tengah, malah terima bonus dan hadiah lagi. Menarik kan?
Kredit: Vipurva dan majalah niaga

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...