Banyak bunyi yang tak sedap didengar
tentang kejatuhan nilai mata wang, ada menteri yang sanggup mengatakan itu
adalah kebaikan..kerana ramai orang nak masuk ke negara ini untuk melancong
disebabkan nilai matawang yang rendah.
Hari ni setakat aku coretkan cerita ini,
harga dah mula mencecah RM4.18 (ikut Google) untuk USD 1.
Tapi kenyataan menteri-menteri tak
menampakan mereka cuba nak membantu menanggani isu-isu ini. Tengok je lah isu
nak bawa masuk 1.5 juta Rakyat Bangladesh. Dia tak terfikir agaknya usaha itu
akan menambahkan pengaliran wang keluar.
Begitu juga dengan perbelanjaan kepada
pengeluar dari negara luar, juga akan meningkatkan pengaliran wang keluar, jadi
kita kena banyakan pembelian barangan tempatan.
Dengan kejatuhan nilai ringgit ini juga
memungkinkan banyak sector-sektor korporat swasta mahupun kerajaan akan gulung
tikar akibat nilai matawang yang mungkin tidak laku setelah di letakan status
POA. Kalau laku pun, kita terpaksa tukar ke nilai yang jauh lebih tinggi
berbanding sebelum ini. Kerana kebanyakan syarikat menggunakan bahan mentah
dari luar yang menggunakan USD sebagai nilai matawang
apabila Malaysia mengimport barang2 keperluan dr negara luar,
Malaysia akan mengeluarkan lebih wang untuk membayar harga barangan tersebut
disebabkan nilai Ringgit yg jatuh menjunam skrg.. dalam bahasa mudah, Malaysia
membayar harga yg lebih tinggi berbanding harga asal disebabkan kejatuhan nilai
Ringgit. Nilai USD mungkin tidak berubah, tapi duit kita yang makin jatuh
nilainya
kemudian, di sinilah punca kenaikan harga barang berlaku..ia
berlaku apabila pembekal yg mengimport barangan tersebut tidak akan menanggung
kerugian kesan dr kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut
kepada pengguna..so, dalam kata lain dorang akan naikkan harga barangan
tersebut dan pengguna yg mendapat kesannya.
Ini bahasa mudah. Kenapa ramai
yang bantah, sebelum nilai ini jatuh, dah ada syarikat gergasi yang gulung
tikar, ni lepas ni kita tunggu dan lihat sahaja.
Rakyat nak tengok usaha
kerajaan dalam menangani isu ini, kalau rakyat Nampak ketidaktentuan dalam
perlaksanaan, pasti ramai yang bangkang. Tambah-tambah kenyataan menteri tak masuk dek akal lagi la, cuma kita takde kuasa nak suarakan kepada mereka, mereka tak dengar walau yg cakap tu pakar ekonomi. kita yang bukan pakar ni lagi la tak dengarnya.
Sekadar untuk pemahaman bahasa
mudah.
No comments:
Post a Comment