kali ni saya nak share cara tukar setting keyboard kepada tulisan jawi, memandangkan saya ada terhutang ilmu dengan seseorang untuk share benda ni, jadi saya ajar di Blog saya ni untuk kemudahan beliau dan juga orang lain yang memerlukan, sebenarnya banyak lagi blog yang ada ilmu ni, tapi sebab nak tunjuk pada mereka yang dekat dengan saya, kena guna blog saya la. so dalam masa yang sama orang lain yang tumpang pun boleh belajar sama.
Ok gambarajah dibawah ini menunjukkan jenis tulisan yang ada di dalam komputer saya, English dan Arabic, dan automatik menunjukan saya boleh menaip menggunakan tulisan jawi.
Perkara Utama yang perlu ada, ialah anda mesti Install aplikasi Arabic terlebih dahulu. kerana by default, keyboard computer anda akan di install dengan bahasa Engeris/english, so setelah di Install dia akan memaparkan jenis-jenis language yang ada.
STEP 1 : cuba dapatkan setting ARAB.
1. Click pada Start > control panel
2. Dalam Control Panel, klik pada Clock, Language and Region (Atau seumpama, sesetangah Windows tulis Language & Region sahaja). Lihat gambar di bawah:
3. Klik pada Change keyboards or other input methods. Lihat pula gambar di bawah:
4. Klik pada ruang Keyboards and Languages, kemudian tekan butang Change Keyboards
5. Pada ruang Text Services and Input Languages, Klik butang Add.
6. Tekan pada simbol + pada Arabic (Saudi Arabia), kemudian tekan simbol + pada perkataan Keyboard dan tandakan (tick) pada Arabic (101).
7. Klik butang OK untuk tutup semua tetingkap. Apabila Bahasa Arab telah selesai di setting atau di install, satu icon dalam Microsoft Word akan keluar iaitu Right-to-Left Text Direction, iaitu kita boleh menaip dari Kanan ke Kiri (Menaip Bahasa Arab atau Jawi adalah dari Kanan ke Kiri. Lihat gambar di bawah:
8. So nanti, bila nak guna bahasa jawi, sila tukar bahasa ke bahasa arab terlebih dahulu dengan klik pada EN di sebelah Jam nanti, dan pilih AR sebagai bahasa pilihan.
9. Boleh Cuba menaip, di Microsoft Word sekarang dan lihat hasilnya, tapi sekiranya ia tidak berubah, sila ke step seterusnya
10. Download (Mediafire) : http://www.mediafire.com/?5mmwy3ax3r6kouw
Download (4shared) : http://www.4shared.com/rar/fZNKydyc/Program_Keyboard_Jawi.html
11. Download dan Install Program Keyboard Jawi di atas. Untuk mengatahui ianya berjaya di install atau tidak, klik pada Language Bar, tukar dari EN kepada AR (Saudi Arabia), bila di tukar kepada AR, satu icon keyboard akan timbul di tepi AR. Lihat gambar dibawah:
12. Cuba klik pada icon keyboard tersebut, ianya akan memaparkan dua pilihan iaitu Arabic (101) dan jawi-keyboard-sirim. Lihat gambar bawah:
13. Bila keluar jawi-keyboard-sirim dan Arabic (101) seperti gambar di atas, ini bermakna komputer anda telah di pasang dengan keyboard Jawi.
14. So boleh la beli keyboard Jawi atau sticker jawi untuk dilekatkan di keyboard anda.
Terima Kasih dan terima kasih juga FadzilMahasiswa untuk perkongsian ini.
2 comments:
Mohon mencelah admin,saya pemilik perisian Harakatku Pro.Untuk pengetahuan perisian Harakatku sudah diUpgrade kepada Harakatku Pro.Kini memudahkan menulis dan membaris Arab,Al-Quran,Jawi dan simbol.ni fb saya Harakat Ku
https://harakatkublog.blogspot.com/
syukran jazilan atas perkongsian yang bermanfaat, alhamdulillah. hadza min fadhli rabbi
Post a Comment