sebab tu setelah 3 tahun aku masih kekal buat ketupat palas, Di KL ni, ramai yang masih berminat, tapi tak ramai yang pandai buat dah.
Terkejut Pakcik Aku sebab aku boleh buat ketupat palas jual Di KL. masyuk juga bulan syawal aku 2 tahun sebelum ni, tak menang tangan.
gambar ihsan dari web ini
Asal tujuan buat ketupat palas ni ialah untuk membantu orang yang nak buat jamuan raya atau rumah terbuka, selalu dah hampir ketinggalan, nama rumah terbuka dan jamuan raya, tapi takde ketupat. Di KL/Kajang ni Lemang paling senang dapat. Banyak, tapi ketupat palas jarang sekali. dan selalunya ramai yang buat katering, tapi menu ketupat ni takde, makanan raya dah macam makan kenduri kahwin je. So biar kita buat kelainan, kembalikan kegemilangan Raya orang melayu.
Alhamdulillah setakat ni mampu membantu ramai orang yang nak buat jamuan raya dengan menu Ketupat palas, dan rata-rata orang yang cari ketupat ni, memang orang dari pantai timur dan utara semenanjung yang rindukan masakan ketupat masing-masing.
Biarpun sekarang dah ada ketupat palas segera, dan ketupat nasi segera, namun yang real dari dalam daun ni merupakan sesuatu yang special. Terhidang dengan daun menampakkan lagi suasana raya nya.
Nak order untuk Jamuan Raya untuk sekitar KL dan Kajang, Bangi, Putrajaya boleh hubungi saya di 018-9731041/ 018-9500177
No comments:
Post a Comment