Pages

Banner

Wednesday, December 28, 2016

Cara Buka Akaun Paypal

Cara Buka Akaun Paypal Dengan Debit Kad Maybank


Pertama sekali untuk membuka akaun paypal anda mesti mempunyai Debit Card Alah yang Card Visa yang kita buat cucuk gaji 24 hari bulan tu..hehe sekarang sungguh mudah semua Local bank di Malaysia seperti Maybank,Cimb,RHB Bank, Public Bank & Bank lain-2 semua dah accept paypal..


Yang penting atas card ada tulis VISA..lihat gambar dibawah..paypal juga turut menerima Mata Wang Ringgit MYR Debit Card lebih selamat berbanding Card Credit..So apa tunggu lagi.


Follow sahaja langkah dibawah..



Kelebihan menggunakan paypal

>  Pembayaran cepat secara instant..hanya satu klik sahaja


>  Maklumat anda tidak didedahkan kepada penjual


>  Paypal boleh membayar lebih 190 buah negara secara instant mahupun tempatan


>  Di percayai dan membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan pelanggan


>  Berkesan menghantar wang secara percuma (instant) dalam masa 24jam sehari ON TIME



Cara daftar paypal 2015

1. Buka link ini https://www.paypal.com dan klik SIGN UP




2. Create Your Paypal Account Pilih sebelah kiri untuk Transfer dan Terima Wang / Sebelah Kanan Untuk Business Seperti menjual secara online (sesuai untuk yang ingin menjual) jangan risau anda boleh upgrade akaun untuk Business kemudian. sekarang kita pilih kiri dahulu !!


3. Okey akan keluar FORM seperti gambar dibawah..sekarang isi maklumat anda dengan lengkap untuk bahagian nama jika NAMA anda Contoh : Muhammad Ali Bujang isi macam biasa pada 3 kotak tersebut, jika nama anda 2 suku nama Contoh : Ali Bujang , Anda cuma perlu masukkan Ali pada First Name dan Bujang Pada Last Name..Middle Name Biarkan kosong tidak mengapa *optional dan jika dah lengkap klik "agree & start"



4. Selepas itu anda akan dibawa pada bahagian VERIFIED / COMFIRM DEBIT CARD seperti gambar di bawah..bahagian sini anda perlu ALERT ok..jangan buat silap, Masukkan No Card anda yang berada di depan Card VISA anda, Masukkan Tarikh Expired Card anda dan Masukkan CSC 3 Digit number yang berada pada belakang Card Visa anda..dan klik "CONTINUE"
Contoh No Card , Expired date & CSC



5. Pada langkah ini paypal akan potong RM10 dari akaun bank anda untuk memastikan no kad yang anda masukkan adalah hak milik sendiri bukan milik orang lain. Tetapi jangan risau selepas Debit Card anda telah Comfirm, Paypal akan mengembalikan RM10 ke dalam akaun Paypal anda.



6. Kebiasaanya untuk COMFIRM kan Debit Card tersebut mengambil masa 2 - 3 hari, tapi mengikut pengalaman saya 1 hari sahaja jika anda sudah memiliki Online Banking.. Boleh semak terus Ke Maybank2u anda Lepastu klik "Account & Banking" pada bahagian Tab Menu seterusnya klik "Wadiah Saving Account" akan keluar gambar seperti dibawah..(kadang-kadang dia send 4 Digit Kode dalam SMS Hphone / Email  anda Mengikut jenis Bank)


yang ini untuk maybank


 yang ini untuk RHB-Bank..Untuk Kod send melalui SMS saya tak sempat masukkan hehee..



7. Setelah dah dapat "SALE PP-XXXX" kode masukkan kode pada bahagian Comfirm Paypal Anda Tadi apabila dia minta..Selesai..Akaun anda Sudah Verified..


8.Walaubagaimanapun anda perlu sentiasa semak email inbox anda yang mana paypal akan menghantar email, sama ada langkah-langkah yang anda buat itu berjaya ataupun tidak..

Thanks to http://trickbisnes.blogspot.my untuk artikel yang membantu ini.

Wednesday, December 21, 2016

Kerja kosong Online - View Website dan Dibayar 2017 - Part time sahaja

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan mencuba untuk amik duit usd ke akaun peribadi paypal, akhirnya telah berjaya. $10 je pun, tapi duit RM - RM43.45 ok la kan, siapa nak bagi $10 kat kau free free.


Zaman kemelesetan ekonomi, jangan bergantung sangat pada duit RM kita sahaja, patut cari cara lain, sebab teringat zaman Tok Det dulu, zaman ekonomi meleset, kerajaan pesan, jangan bawak keluar duit ke luar negara, main dalam negara je, beli barang buatan malaysia je, tapi takde pula dia pesan jangan tarik duit USD masuk Malaysia kan, so maknanya itu perkembangan yang bagus untuk kita buat duit dari USD ke RM.

Aku buat baru clixsense start Julai 2016, tapi masa tu start tapi tak sempat nak fokus betul-betul, tu yang macam lambat sikit dapat duit tu, kalau fokus hari hari, rasanya tak lama mcm ni nak dapat USD 10 tu. saja kumpul USD 10 baru withdraw ke akaun paypal, sedap sikit nampak.


Apa kerja yang kau kena buat?
Senang je kerja nya. Click website dan view untuk beberapa second, lepas tu close dan kau akan dibayar.
dan selain tu, kau boleh jawab survey, pun akan dibayar setiap survey yang kau jawab.(yang ni selalu bagi kau dapat duit cepat, sebab mahal sikit bayaran dia.)

Berapa bayaran?
Bayaran utk setiap click takde la mahal, antara $0.001 per click sehinggalah $0.01.
tapi kalau jawab survey bergantung kepada berapa lama soalan kau akan jawab antara $0.56 sehingga $2.00, tapi average $0.85 dan $1.60.

nampak kecik kan? memang ini rate sebenar untuk website yang trusted, yang lebih dari ni kebanyakan semuanya not trusted website, dah pernah cuba yang 2dollar per click, sekali buat bila nak withdraw kena bayar duit dekat dia dulu. dibuatnya lepas bayar tak boleh withdraw macam mana? dan kebiasaanya tak boleh tengok review forum dalam nya, kalau check google pun banyak persoalan negetif tentang website-website sebegini. dia punya status kejayaan yang ada dalam website pun static je, takde perubahan, mcm tipu.

kalau tengok website lain pun semua rate sama $0.001 per click, cuma kalau rajin boleh register banyak website untuk buat bagi banyak, so nanti sekali withdraw boleh jadi lagi banyak dari setiap website. so kira sendiri la, kalau satu website kita boleh withdraw $10, kalau 10 website?? Ok la kan?

macam best kan?? serius senang, click je every day kerja kau. register free. nak cuba? click sini http://www.clixsense.com/?9489680

Soalan Survey macam mana?
Soalan survey senang je, semua dalam pengetahuan kau je, boleh jawab dalam bahasa melayu, soalan pun boleh pilih bahasa melayu, yang penting semua objektif, yang subjective pun dalam satu atau dua perkataan je jawapannya.


Lain-lain bayaran?
Takde lain-lain bayaran kecuali masa nak withdraw tu kena caj $0.20, so masa nak withdraw tu aku lebihkan sikit $10.20, so aku tetap maintain dapat $10 bersih.
register Clixsense Free, cuma kalau kau bayar atau jadi premium member ada dapat kelebihan, dapat view website lebih sikit dari user biasa yang free ni. dan cash out yang kau boleh withdraw akan jadi lagi rendah la, kalau yang free ni, kau kena cukup $8 baru boleh withdraw, tapi kalau jadi member premium $6 itu je.

Buka akaun paypal pun free, just register email dan dah boleh guna akaun. Jangan lupa pula register email dalam akaun clixsense kau tu, kang nanti tak boleh withdraw pula.

Macam mana nak transfer ke akaun di Malaysia?
Guna je akaun maybank, godek paypal tu, ada status withdraw, kau boleh pilih akaun bank yang  kau ada, senang, yang ni aku belum cuba lagi, tapi dah dengar pengalaman orang lain semua senang. aku nak tunggu cukup $100 dollar baru withdraw, sebab kalau kurang dari $100 kena caj RM3. takpelah,esok esok takde duit apa kisah RM3 tu kan? tapi semua transfer ada tempoh masa, bukan kau transfer hari ni terus dapat tau. dari clixsense ke paypal akan amik masa 2-3 hari, dari paypal ke akaun kau pun 2-3 hari juga.

So kesimpulannya kerja mesti mau buat, baru la ada duit masyuk. yang tak suka duit lambat-lambat ni, tolak tepi, sebab takde maknanya kau nak buat senang-senang, orang nak bagi duit banyak, click je kot.

untuk next aku nak bagi list-list website yang trusted untuk paid to click.

Ni je website yang kau nak kena register, register dulu satu yang ni, dah ok esok baru buat yang kedua dan ketiga. Good Luck!!!

Register Clixsense
Register Paypal

Tuesday, December 20, 2016

Percutian Best dalam Malaysia - Cherating, Pahang.

Cherating, Pahang.

Ramai orang cakap takde apa kat cherating, ada pantai je. oho..memang la kalau belum pergi dan tak pernah dengar apa-apa pasal cherating, memang la tak best cherating ni, tapi kalau pandai search dan gunakan google sepenuhnya. anda mungkin akan jumpa beberapa perkara menarik tentang cherating, cukuplah untuk yang nak pergi bercuti dalam tempoh yang singkat dan nak berehat. Cherating is the best place.

Sebelum pergi tu, search la pasal cherating ni, tak banyak info yang ada, cuma ada satu dua website yang cerita pasal tempat yang best ke sana, takpe kami buat satu perjalanan yang jauh sikit, ke Kuala Terengganu dan baru ke cherating, di Kuala Terengganu kami pergi tak banyak tempat, sekadar lalu di pantai dan masjid kristal je, sempat la buat satu dua aktiviti sebelum ke cherating, sebab nak tunggu check-in kul 2.00.







 Dah penat pergi Kuala Terengganu, baru kita masuk ke Cherating untuk Check in, kami pilih villa yang ada kolam renang, senang untuk si Naqib ni mandi manda, yelah laut air dia kuat kot, tengok angin jelah, memang sesuai untuk main layang-layang, best sangat dengan cuaca redup..ohh nikmat tuhan yang sungguh indah.

Dah siap Check-in, Kita jalan-jalan dulu
 
 malam kita jalan-jalan cari makan, dengar kata dari sini dekat dengan rantau abang ada satu tempat best makan, masuk ke dalam sikit, kena pandai cari yang ni,  tempat best best ni jarang ada kat depan/tepi jalan.
terlupa nak snap nama kedai Nama kedai Warung Aziz Satar.



 Brother tempat makan ni cakap, sini memang tempat penyu bertelur, dan malam kitorang pergi tu memang musim dia, dia siap offer lagi, nak tengok mari lah, ada orang boleh tolong bawakan, sebab dulu jadi isu, terlalu ramai orang pergi buatkan penyu merajuk tak jadi bertelur, ni sekarang telah diperketatkan, kena ada list nama, siapa register je boleh pg tengok. dan dengan syarat kena DIAM!!!

dah makan best!! aktiviti siang menarik, so balik terus..zzzzzz
Tak sempat nak plan ajak pergi tengok penyu telur. sementara dia tidur, kita cari aktiviti untuk esok, tanya reception mana boleh pergi esok, walaupun kebetulan dah search dalam blog, tengok-tengok reception pun bagi idea yang sama, Hafiz Cherating Activities. so call satu tempat ni booking untk snorkeling esok pagi.

so pagi ni budak-budak bila dah cuti dia suka bangun awal pagi. kita belum bangun dia dah bangun dulu.excited la katakan. Apa-apa pun breakfast dulu.




Siap breakfast, kita get ready to hafiz Cherating Activities, tak jauh pun dari Villa ni.










Habis snorkeling dalam hampir sejam lebih. puas, tengok ikan hidup-hidup, live depan mata, belajar bernafas dengan snorkeling, satu pengalaman baru buat anak muda ini, sambil balik dalam bot, tak henti-henti bercakap, sambil kena angin, last-last dia tertidur dalam dakapan. sedap bak hang, kena angin bot ni.


Balik tu sampai jeti terus bangun, dan plan nak singgah tempat penyu, memandangkan tak jumpa penyu waktu malam , jadi kita pergi tengok siang-siang.



Comey penyu ni.



habis, terus lapar, pergi makan dan balik villa. aktiviti sebelum petang, apa lagi mandi kolam la dia. dapat sejam mandi kolam, ok. petang kita layan main pasir pantai pula.


 




 dengan angin spoi-spoi bahasa. fuh.
malam last kita makan dekat-dekat je, penat dah. nak jalan cari makan. kat luar villa tu ada restoran situ je kami pergi. tapi tak best lama sangat dia masak.

Esoknya kami check out, sambil jalan-jalan dan sambil balik tu juga sempat singgah bukit tinggi, yang tepi highway tu, best juga situ. tak la boring sangat perjalanan kami balik.















Perjalanan ni , sebenarnya kita yang rancang, nampak orang pergi menarik, tapi kalau kita tak pandai merancang kemana nak pergi dan apa nak buat, pelancongan kita pasti tak menarik. Sentiasa tanam dalam diri untuk belajar tentang budaya luar, akan menjadikan kita seronok untuk melihat dunia luar dari kepompong kehidupan kita, walaupun punya cara dan budaya yang hampir serupa, tapi hasil yang kita perolehi mungkin berbeza dari negeri yang berbeza, berjalanlah untuk luaskan pengetahuan.

Dan ini lah masanya untuk kita kembangkan minda anak-anak, melihat pembesaran mereka satu hari nanti. dan pasti kami akan teringat hari ini dan hari-hari indah yang lain, satu masa nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...