Pages

Banner

Tuesday, December 20, 2016

Percutian Best dalam Malaysia - Cherating, Pahang.

Cherating, Pahang.

Ramai orang cakap takde apa kat cherating, ada pantai je. oho..memang la kalau belum pergi dan tak pernah dengar apa-apa pasal cherating, memang la tak best cherating ni, tapi kalau pandai search dan gunakan google sepenuhnya. anda mungkin akan jumpa beberapa perkara menarik tentang cherating, cukuplah untuk yang nak pergi bercuti dalam tempoh yang singkat dan nak berehat. Cherating is the best place.

Sebelum pergi tu, search la pasal cherating ni, tak banyak info yang ada, cuma ada satu dua website yang cerita pasal tempat yang best ke sana, takpe kami buat satu perjalanan yang jauh sikit, ke Kuala Terengganu dan baru ke cherating, di Kuala Terengganu kami pergi tak banyak tempat, sekadar lalu di pantai dan masjid kristal je, sempat la buat satu dua aktiviti sebelum ke cherating, sebab nak tunggu check-in kul 2.00.







 Dah penat pergi Kuala Terengganu, baru kita masuk ke Cherating untuk Check in, kami pilih villa yang ada kolam renang, senang untuk si Naqib ni mandi manda, yelah laut air dia kuat kot, tengok angin jelah, memang sesuai untuk main layang-layang, best sangat dengan cuaca redup..ohh nikmat tuhan yang sungguh indah.

Dah siap Check-in, Kita jalan-jalan dulu
 
 malam kita jalan-jalan cari makan, dengar kata dari sini dekat dengan rantau abang ada satu tempat best makan, masuk ke dalam sikit, kena pandai cari yang ni,  tempat best best ni jarang ada kat depan/tepi jalan.
terlupa nak snap nama kedai Nama kedai Warung Aziz Satar.



 Brother tempat makan ni cakap, sini memang tempat penyu bertelur, dan malam kitorang pergi tu memang musim dia, dia siap offer lagi, nak tengok mari lah, ada orang boleh tolong bawakan, sebab dulu jadi isu, terlalu ramai orang pergi buatkan penyu merajuk tak jadi bertelur, ni sekarang telah diperketatkan, kena ada list nama, siapa register je boleh pg tengok. dan dengan syarat kena DIAM!!!

dah makan best!! aktiviti siang menarik, so balik terus..zzzzzz
Tak sempat nak plan ajak pergi tengok penyu telur. sementara dia tidur, kita cari aktiviti untuk esok, tanya reception mana boleh pergi esok, walaupun kebetulan dah search dalam blog, tengok-tengok reception pun bagi idea yang sama, Hafiz Cherating Activities. so call satu tempat ni booking untk snorkeling esok pagi.

so pagi ni budak-budak bila dah cuti dia suka bangun awal pagi. kita belum bangun dia dah bangun dulu.excited la katakan. Apa-apa pun breakfast dulu.




Siap breakfast, kita get ready to hafiz Cherating Activities, tak jauh pun dari Villa ni.










Habis snorkeling dalam hampir sejam lebih. puas, tengok ikan hidup-hidup, live depan mata, belajar bernafas dengan snorkeling, satu pengalaman baru buat anak muda ini, sambil balik dalam bot, tak henti-henti bercakap, sambil kena angin, last-last dia tertidur dalam dakapan. sedap bak hang, kena angin bot ni.


Balik tu sampai jeti terus bangun, dan plan nak singgah tempat penyu, memandangkan tak jumpa penyu waktu malam , jadi kita pergi tengok siang-siang.



Comey penyu ni.



habis, terus lapar, pergi makan dan balik villa. aktiviti sebelum petang, apa lagi mandi kolam la dia. dapat sejam mandi kolam, ok. petang kita layan main pasir pantai pula.


 




 dengan angin spoi-spoi bahasa. fuh.
malam last kita makan dekat-dekat je, penat dah. nak jalan cari makan. kat luar villa tu ada restoran situ je kami pergi. tapi tak best lama sangat dia masak.

Esoknya kami check out, sambil jalan-jalan dan sambil balik tu juga sempat singgah bukit tinggi, yang tepi highway tu, best juga situ. tak la boring sangat perjalanan kami balik.















Perjalanan ni , sebenarnya kita yang rancang, nampak orang pergi menarik, tapi kalau kita tak pandai merancang kemana nak pergi dan apa nak buat, pelancongan kita pasti tak menarik. Sentiasa tanam dalam diri untuk belajar tentang budaya luar, akan menjadikan kita seronok untuk melihat dunia luar dari kepompong kehidupan kita, walaupun punya cara dan budaya yang hampir serupa, tapi hasil yang kita perolehi mungkin berbeza dari negeri yang berbeza, berjalanlah untuk luaskan pengetahuan.

Dan ini lah masanya untuk kita kembangkan minda anak-anak, melihat pembesaran mereka satu hari nanti. dan pasti kami akan teringat hari ini dan hari-hari indah yang lain, satu masa nanti.

3 comments:

Unknown said...

Puan stay villa mane Ye. Nmpk menarik percutian keluarga

Unknown said...

*tuan

Nizam said...

Holiday Villa beach Resort

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...