Pages

Banner

Tuesday, January 17, 2017

Kari Kepala Ikan Sedap

Pagi ni bangun pagi, tengah sarapan anak bujang teringat nak makan kari kepala Ikan, tapi katanya nak papa yang masak, ohh my God!

kelam kabut cri resepi. resepi aku, memang hujung jari la jwabnya. GOOGLE!!!

Ada taste juga anak bujang ni, nak ikan merah, perghh memang dasyat.

selak-punya selak, jumpa resepi kari kepala ikan yang ni SINI

Resepi Kari Kepala Ikan Paling Lazat

Bahan2nya:
1 ketul kepala ikan (jenis ikut suka)
7 biji kacang bendi
5 biji cili kering (tak perlu potong)
2 tangkai daun kari
100 ml santan pekat (5 sudu)
2 sudu besar pes asam jawa
1 paket kecil rempah kari ikan (jenama ikut suka)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Air secukupnya


Bahan tumis:
5 ulas bawang kecil (di hiris)
5 ulas bawang putih (di hiris)
1 sudu besar biji sawi
1 sudu besar biji jintan manis

Cara memasak:
Masak bahan tumis hingga naik bau,masukan daun kari,cili kering kacau sebentar masuk pula rempah kari,serbuk kunyit,serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih,tambah sedikit air,masak hingga naik minyak,masuk pula pes asam jawa dan kepala ikan,tambah air sehingga paras ikan,
jangan terlalu banyak air untuk kuah yang pekat,perasakan dengan garam,biar mereneh sehingga ikan masak,masuk kacang bendi dan santan,biar mereneh sehingga bendi lembut,tutup api.(nak kari yang sedap masukkan 3 ulas bawang putih tanpa di ketuk atau di hiris semasa masuk kacang bendi,jika suka boleh tambah buah tomato,tapi kuah ikan tak tahan lama dan akan cepat basi),selamat mencuba!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...