Pages

Banner

Monday, May 28, 2018

Hari yang ke-19 Malaysia Baru : pucuk kepimpinan UMNO takut kehilangan kuasa dalam parti

Alhamdulillah dah masuk hari yang ke-19 dalam kerajaan Pakatan Harapan, ada nampak wajah perubahan terutama dalam media, antara yang telah lama aku tunggu. selalu takkan pernah nak nampak parti lain akan berucap atau memberi komen dalam media utama malaysia, kini ada perubahan.

Cuma masih ada sisa-sisa yang masih belum berubah, UMNO. masih kekal bongkak dan sombong. andai kata mereka redha dengan kekalahan ini, bukan begini lagaknya, mencari silap Kerajaan PH memang di akui itu tugas pembangkang, namun rakyat memerhatikan bahawa, ini bukan masanya untuk mereka menunding jari menyalahkan PH dalam pentadbiran yang tak sampai sebulan pun lagi. Usaha yang perlu di buat ialah menyatukan semula komponen BN dan UMNO khususnya yang lebih penting. Atau sebenarnya mereka masih belum sedar tentang kehendak rakyat, khususnya akar umbi UMNO.

Image may contain: 1 person, standing, sitting and indoor
-sumber gambar Malaysia kini

Di tambah kemelut Perlis. Disini juga kelihatan pucuk pimpinan negeri masih dalam keadaan "mood" sombong dan gila dengan "Jawatan" dan pangkat. Sembrono melanggar titah Seorang Raja, yang mana dibelakang Raja ini adalah Rakyat kebanyakkan yang menyokong. Disini juga dapat dilihat bahawa prihatin nya seorang raja terhadap Negeri di bawah pemerintahannya, biarpun kemengan berpihak kepada UMNO dan BN tapi ada status atau tugas sang Raja yang perlu diakur. Sukar sebenarnya mengikis mindset yang telah lama terpahat dalam pemikiran orang-orang UMNO nampaknya, khususnya kepimpinan tertinggi yang terbiasa dengan jawatan dan pangkat, sehingga merasakan orang lain perlu mengikut kehendak mereka, kerana terbiasa dengan keadaan ramai yang mengikut.



sumber gambar ; https://www.malaysiakini.com/news/427055

Aku setuju dengan gaya dan sikap YB KJ. Akur dengan kehendak rakyat dan menerima dengan hati terbuka. dan terus melihat ke depan, dengan gaya bahasa yang menampakkan profesional seorang YB, yang terus tunduk dan tidak menyalah kan kerajaan PH dalam kekalahan ini, dan hampir tidak pernah kedengaran mengutarakan untuk mengkritik Kerajaan PH dalam masa terdekat ini. bukan tak boleh tapi keadaan nya berbeza jika terlihat masih menunding jari melihat kesalahan pihak lain. Syabas KJ.

Sumber gambar : https://www.malaysiakini.com/news/424833

Banyak idea yang dia utarakan untuk memulihkan semula UMNO, ini yang sebenarnya rakyat mahu dengar dari parti UMNO dan BN buat masa ini. Bukan mencari kesilapan Kerajaan PH yang baru sebulan, biarpun nak menilai manifesto. Untuk apa yang berlaku dalam kerajaan PH, biar lah mereka laksanakan kerja mereka, ada tempoh 5 tahun lagi untuk menilai. Pulihkan dahulu kepimpinan UMNO, atau sebenarnya ramai kepimpinan UMNO takut dengan idea KJ? takut akan kehilangan jawatan dalam pucuk kepimpinan parti?

Seandainya mereka ini benar-benar gentleman, mereka akan mengajak rakyat untuk biarkan kerajaan PH memerintah, tanpa perlu melihat kepada manifesto pun, seandainya perubahan yang di bawa adalah ke arah kebaikkan, tak mustahil, PRU 15, BN akan menang dengan penuh bergaya tanpa perlu ada unsur-unsur perkauman dalam memenangi PRU15. Rakyat kita bukan seperti rakyat dahulu, yang perlukan ilmu ini melalui suapan. mereka dah pandai mencari.

Kekalahan BN bukannya kerana menangnya Manifesto PH, ada yang tidak peduli pun berkenaan manifesto, tapi rakyat muak dengan sikap dan perangai BN dan UMNO selama ini. Itu sahaja, mereka mahukan perubahan, bukan apa yang dicanang oleh UMNO dan BN tentang keburukan orang lain sahaja di media social, media arus perdana, elektronik dan cetak sehingga tak nampak waktu untuk pihak lawan membela diri, seolah olah mereka sahaja yang betul.

Rakyat perlukan YB dan parti yang gentleman, kalau ini ada, sudah cukup bagus, dan mungkin BN dan UMNO menang besar. Tak perlu jadi panglima atau tunjuk kuat depan media.


Mohammad Nizam
Pemerhati politik dari atas pokok.

Sunday, May 13, 2018

PRU14 - Kaedah pembersihan BN dan UMNO

Aku bukanlah ahli parti BN dan UMNO, tapi ini beberapa cadangan aku untuk proses pembersihan UMNO dan BN untuk memenangi semula PRU15 nanti.

1. Semua pucuk kepimpinan UMNO dan BN perlu meletakan jawatan.

2. Pilih semula pucuk kepimpinan dari kalangan mereka yang bebas dari isu rasuah dan salah guna kuasa, jangan lantik yang terpalit.

3. Siasat mereka yang ada isu rasuah, walaupun kecil.

4. Setiap pucuk kepimpinan baru perlu mengistiharkan harta masing-masing. (Aku tak tahu sebelum ini ada atau tak, sebab selama ini, siapa yang dapat jawatan dalam UMNO dan BN pasti ada perubahan besar dalam hidup mereka)

5. Perlu menyemak dan kenal pasti Dasar untuk UMNO dan BN, dan aku pasti ianya pasti berbeza.

6. Rakyat hari ini di semua lapisan lebih selesa perlukan fakta, mereka mampu menilai dengan logik. 
(kita boleh lihat sebelum ini, bagaimana PH mampu memberikan fakta yang lebih baik, walaupun perlaksanaan oleh BN ada fakta, tapi terlalu lemah, contohnya, perlaksanaan GST, Malaysia antara terendah berbanding singapura lebih tinggi. cuba lihat semula apa hujah PH?)

7. Perlu menyatukan dan mendidik ahli parti supaya tidak menggunakan isu perkauman sebagai salah satu teknik untuk memenangi hati rakyat.

8. Santuni rakyat dan bantu tanpa mengira parti dan bangsa, buat sebaiknya sepanjang 5 tahun ni.

9. Jangan menggunakan perbandingan dengan kerajaan sedia ada. (tengok apa kerajaan buat?) kesombongan dan bongkak ini menyebabkan kita jatuh.

10. Bantulah secara terbuka, datanglah sepantas mungkin. mereka mungkin tidak meminta, tapi ramai dibawah sana yang masih memerlukan bantuan, carilah.


Aku pasti dengan kaedah ini , dalam tempoh 5 tahun pasti UMNO BN akan lebih disenangi dan pasti akan menjadikan rakyat lebih mengenali calon di kawasan masing-masing. mereka perlu lawan dengan lebih telus lagi. Buang lah kaedah gengsterism. 

Yang penting jadi cerdik lah sikit, ramai penyelidik politik boleh tolong lagi.

PRU 14 - bangkitlah BN dan UMNO

Kekalahan BN di PRU14 sebenar memberikan tamparan hebat buat BN. Ternyata Kekalahan ini seperti tidak dijangka. Namun hakikatnya, rakyat seperti aku dah perasan lama dah, cuma mungkin mereka yang berada di atas tu tak perasan, dibuai dengan kuasa dan kemewahan.

Aku tak pasti tuduhan yang dibuat oleh pembangkang (PH) waktu ketika itu sebenarnya betul-betul benar atau sekadar helah untuk kemenangan politik. Namun yang itu kita akan lihat selepas mereka memerintah nanti, dan dalam sehari dua ni dah nampak prosesnya sedang berlaku.

DSN telah pun meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkuat kuasa serta merta selepas kekalahan mereka, setelah diasak oleh beberapa sayap pemuda, aku salute atas tindakan ini, namun pada aku, kenyataan nya menerima kekalahan ini masih dalam keadaan "Sombong", kerana mengakui kekalahan ini adalah kerana "Kalah persepsi". berbanding dengan KJ, yang mengakui kekalahan ini dan terus ingin bina semula UMNO, tanpa menyatakan alasan atas kekalahan ini. Salute untuk KJ. (Seperti yang disiarkan dalam laman sosial nya).

Selepas perletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, jawatan itu bakal di terajui oleh DSZH, namun aku rasa sebenarnya, kekalahan ini sepatutnya diambil tanggungjawab oleh seluruh kepimpinan UMNO dan BN. UMNO dan BN sepatutnya dibersihkan seluruh pucuk pimpinannya, kerana mereka ini lah yang mengekalkan semua mereka sendiri di tampuk kuasa itu, tanpa membenarkan cadangan perubahan kepada pucuk pimpinan baru, kerana aku pasti, ada kalangan ahli UMNO dan BN sendiri yang tidak menyokong mereka di PRU14 yang lalu.

Seperti kata salah seorang Prof penganalisis di Astro Awani, sepatutnya mereka semua perlu meletakkan jawatan dari PRU13 lagi, kerana waktu ini juga sebenarnya mereka telah diberikan hint, bahawa sokongan mereka telah semakin kurang.Namun akibat kesombongan mereka, mereka menafikan terhadap kesan kekurangan undi ini.

Ramai melihat sebenarnya BN terlalu Angkuh dan sombong, dengan jawapan jawapan mereka seperti mempersendakan rakyat, 
Bukan ini yang rakyat ingin dengar, rakyat ingin mendengar penyelesaian dan hujah bagi setiap perlaksanaan yang di buat agar ia mampu ditanggung oleh seluruh rakyat. diatas jawapan jawapan ini lah rakyat mula bertindak dari tahun ke tahun.

Rakyat bukannya bencikan perkauman, tapi kerajaan yang selalu momokkan dengan isu perkauman, di semua saluran yang ada. 
Sepatutnya isu sebegini Tidak perlu dicanang, tapi perlu dikaji, dimana silapnya. Ramai rakyat yang perasan, BN ini merupakan parti berbilang kaum, tapi tatkala keluar di kaca TV dan media massa, hanya UMNO yang menonjol, persoalan oleh rakyat, dimana parti untuk bangsa lain? MCA, MIC dan sebagainya. 

Permainan isu perkauman terlalu kuat, ditambah pula ada golongan (geng Baju Merah) yang merasakan mereka pembela melayu dan disokong oleh Parti pemerintah dan menjadi bahan di saluran utama Media elektronik. Rakyat menyampah. Perlukah ada golongan sebegini dalam BN? mentaliti gengster, memang realiti BN menafikan campur tangan BN dengan Geng ini, tapi ia sepatutnya dihalang oleh BN seandainya mereka ingin menjadi pemerintah yang disegani.

BN mampu berubah seandainya kepimpinan sedia ada mampu mengambil tanggungjawab ini untuk meletakkan jawatan, kerana ramai akar umbi percaya, BN dan UMNO perlu di ubah dari pucuk pimpinan dan Mentaliti. pembentukan mentaliti baru perlu ada, buang semua mentaliti lama. Masukkan nama-nama baru dalam pucuk kepimpinan yang lebih bersih. Biarkan pucuk kepimpinan baru buat dasar baru demi zaman baru dan politik baru, bersaing secara sihat, semoga mereka menjadi pembangkang yang lebih ketengah.

Friday, May 11, 2018

PRU 14 - Rakyat Bersuara

Terlebih dahulu mohon maaf atas coretan ini, mungkin menguris hati bagi sesiapa yang termakan cilinya, tapi ni wall aku, tak setuju? tulis kat wall sendiri.
Setelah BN Kalah, ramai bersuara menyokong PH, termasuk lah aku. Rakyat tak nampak apa yang berlaku diatas, seperti salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya. Cuma sekadar mendengar dari kalanagan ahli politik lainnya, namun rakyat nampak sesuatu dari percakapan ahli politik belah sana yang seolah olah sombong dan gengster dengan rakyat.
Yang pasti, ramai takut nak menyokong dan istihar secara terbuka, kerana melihat kelantangan mereka menyerang setiap sokongan yang diberikan.bukan kata dalam laman sosial, malah begitu juga di jalanan.
Tengok jelah team DJY pergi menghalang orang dalam menyampaikan maklumat? Kata negara demokrasi terbuka? Cuma sayang, tingkah laku ini dilihat secara bertentangan dengan sistem demokrasi yang didokong kononnya oleh BN. Dia je yang aku nampak byk memburukkan parti,kerana sifat gengsterism yang dibawa, atas alasan Untuk Melayu, tapi dia sebenar tidak mewakili semua Melayu.

Bukan sahaja orang biasa, artis dan orang kenamaan semua tak berani menyatakan sokongan terhadap PH, tapi tak menyatakan juga Tidak menyokong BN, semua mengambil inisisatif untuk berdiam diri dan berkecuali dalam isu politik.

Kini setelah kemenangan diperoleh, ramai dah berani keluar statement, walaupun masa dalam proses berkempen yang lalu, ramai datang menyatakan sokongan terhadap PH di setiap perhimpunan tapi mereka tidak istihar secara terbuka. Dan ada kemungkinan juga oleh sebab ramai Team sana terdiam kerana terkejut atas kekalahan ini.

Dan setelah proses angkat sumpah, aku.melihat ia jadi lambat, mungkjin perkara biasa, kerana ramai yang lihat sebagai kali pertama, mungkin atas sebab sebab tertentu yang kita tak pasti, namun aku pasti Agong sedang menjalankan tugas nya yang termaktub dalam pelembagaan. Lagi satu tohmahan terjawab disitu. Proses akhir perlantikan Perdana Menteri, perlu mendapat kelulusan YDP Agong dan Agong berhak menggantikan sesiapa sahaja mengikut amalan demokrasi yang ada.
Kenyataan "MUNGKIN dan KALAU" ini, aku kalah. sebab aku bukan ahli Nujum yang boleh melihat masa depan, sebab pakai KALAU dan MUNGKIN ni, Babi pun boleh terbang diorang kata.
Sekali lagi, aku juga seperti rakyat biasa yang lain, kami mampu berubah ikut arus politik, kerana kami bukan berparti, kami berkecuali, menyokong kerajaan yang mampu membawa Malaysia kearah kebaikan dan mampu jadi lebih maju dan mengharapkan PH akan membawa politik baru, dan mengharapkan BN juga akan membetulkan Politik mereka untuk menjadi lebih telus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...