Pages

Banner

Sunday, May 13, 2018

PRU 14 - bangkitlah BN dan UMNO

Kekalahan BN di PRU14 sebenar memberikan tamparan hebat buat BN. Ternyata Kekalahan ini seperti tidak dijangka. Namun hakikatnya, rakyat seperti aku dah perasan lama dah, cuma mungkin mereka yang berada di atas tu tak perasan, dibuai dengan kuasa dan kemewahan.

Aku tak pasti tuduhan yang dibuat oleh pembangkang (PH) waktu ketika itu sebenarnya betul-betul benar atau sekadar helah untuk kemenangan politik. Namun yang itu kita akan lihat selepas mereka memerintah nanti, dan dalam sehari dua ni dah nampak prosesnya sedang berlaku.

DSN telah pun meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkuat kuasa serta merta selepas kekalahan mereka, setelah diasak oleh beberapa sayap pemuda, aku salute atas tindakan ini, namun pada aku, kenyataan nya menerima kekalahan ini masih dalam keadaan "Sombong", kerana mengakui kekalahan ini adalah kerana "Kalah persepsi". berbanding dengan KJ, yang mengakui kekalahan ini dan terus ingin bina semula UMNO, tanpa menyatakan alasan atas kekalahan ini. Salute untuk KJ. (Seperti yang disiarkan dalam laman sosial nya).

Selepas perletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, jawatan itu bakal di terajui oleh DSZH, namun aku rasa sebenarnya, kekalahan ini sepatutnya diambil tanggungjawab oleh seluruh kepimpinan UMNO dan BN. UMNO dan BN sepatutnya dibersihkan seluruh pucuk pimpinannya, kerana mereka ini lah yang mengekalkan semua mereka sendiri di tampuk kuasa itu, tanpa membenarkan cadangan perubahan kepada pucuk pimpinan baru, kerana aku pasti, ada kalangan ahli UMNO dan BN sendiri yang tidak menyokong mereka di PRU14 yang lalu.

Seperti kata salah seorang Prof penganalisis di Astro Awani, sepatutnya mereka semua perlu meletakkan jawatan dari PRU13 lagi, kerana waktu ini juga sebenarnya mereka telah diberikan hint, bahawa sokongan mereka telah semakin kurang.Namun akibat kesombongan mereka, mereka menafikan terhadap kesan kekurangan undi ini.

Ramai melihat sebenarnya BN terlalu Angkuh dan sombong, dengan jawapan jawapan mereka seperti mempersendakan rakyat, 
Bukan ini yang rakyat ingin dengar, rakyat ingin mendengar penyelesaian dan hujah bagi setiap perlaksanaan yang di buat agar ia mampu ditanggung oleh seluruh rakyat. diatas jawapan jawapan ini lah rakyat mula bertindak dari tahun ke tahun.

Rakyat bukannya bencikan perkauman, tapi kerajaan yang selalu momokkan dengan isu perkauman, di semua saluran yang ada. 
Sepatutnya isu sebegini Tidak perlu dicanang, tapi perlu dikaji, dimana silapnya. Ramai rakyat yang perasan, BN ini merupakan parti berbilang kaum, tapi tatkala keluar di kaca TV dan media massa, hanya UMNO yang menonjol, persoalan oleh rakyat, dimana parti untuk bangsa lain? MCA, MIC dan sebagainya. 

Permainan isu perkauman terlalu kuat, ditambah pula ada golongan (geng Baju Merah) yang merasakan mereka pembela melayu dan disokong oleh Parti pemerintah dan menjadi bahan di saluran utama Media elektronik. Rakyat menyampah. Perlukah ada golongan sebegini dalam BN? mentaliti gengster, memang realiti BN menafikan campur tangan BN dengan Geng ini, tapi ia sepatutnya dihalang oleh BN seandainya mereka ingin menjadi pemerintah yang disegani.

BN mampu berubah seandainya kepimpinan sedia ada mampu mengambil tanggungjawab ini untuk meletakkan jawatan, kerana ramai akar umbi percaya, BN dan UMNO perlu di ubah dari pucuk pimpinan dan Mentaliti. pembentukan mentaliti baru perlu ada, buang semua mentaliti lama. Masukkan nama-nama baru dalam pucuk kepimpinan yang lebih bersih. Biarkan pucuk kepimpinan baru buat dasar baru demi zaman baru dan politik baru, bersaing secara sihat, semoga mereka menjadi pembangkang yang lebih ketengah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...