1. Beli komputer secondhand atau refurbish (kata tak mampu, jangan nak komplen pula buat apa second hand?)
2. Bagi tahun 2018 model terkini untuk processor ialah i7 4th generation kalau tak silap, rate harga model ni biasa RM3+++, jangan la gatal nak beli yang ni kalau dah tahu budget.
3. Ramai suka beli model baru yang murah, tapi tak sure setakat mana performance dia boleh pergi, ini kerana processor yang dia guna bukan spec untuk high end. contohnya yang beli jenis intel celeron.
4. Untuk jangka masa yang lama, aku rasa kita perlu beli pc yang mahal ni, tapi dengan harga yang rendah. bukan murah tak boleh tahan lama, cuma kalau kita tahu, spec yang kita guna hanya office aplication sahaja, boleh, tapi kalau ada kemungkinan kerja anda ada menggunakan software software berat seperti adobe, Auto Cad dan sebagainya, anda perlu pikir semula untuk beli yang murah tapi baru itu.
5. Untuk 2018, aku suggestkan model processor i5, antara 1st -3rd generation, model jenis ni dah murah boleh dapat, Boleh dapat antara RM500 - RM800 (Desktop atau laptop).
6. RAM bagi yang budget awal-awal ni, aku suggestkan korang guna je RAM yang di beri kan biasa nya min diorang bagi 4GB, untuk model ni, RAM masih dikategori murah, sebab masih belum terlalu lama, compare dengan ddr2 atau ddr. (harga RAM ddr3 boleh dapat RM50-RM200)
ni contoh ram yang dijual online di Mudah.my
7. Kalau beli komputer desktop,aku suggestkan korang cari motherboard yang boleh support 4 slot, boleh minta diorang tunjuk slot RAM tu. boleh la nak upgrade sampai 32GB, untuk laptop biasa akan dapat 2 slot, at least boleh pergi sampai 16 GB.
8. Aku pentingkan slot RAM ni, sebab RAM ni mampu menjadikan aplication yang kau run tak sangkut disamping digandingkan dengan processor. Makesure korang kena tambah RAM ni, aku suggestkan biar sampai jadi 8 GB at least.
9. Dan bila korang tambah RAM, korang kena makesure juga yang Windows korang pakai kena guna windows yang 64bit. kalau tak RAM korang sia sia je la. suruh diorang yang jual tu bagi windows 64bit (windows 10 64bit)
10. Sebagai tambahan boleh la tambah graphic card kalau ada budget. graphic card pun boleh je dapat yang secondhand.
Ramai orang tak berapa suka pc atau laptop secondhand ni, mungkin mentaliti orang kita masih memikirkan "apa orang kata?" InsyaAllah dengan model secondhand ini pun,mampu bertahan sehingga 4 - 5 tahun dengan budget yang cukup rendah ini.
Semoga bermanfaat.
Lokasi terbaik untuk pembelian komputer Secondhand
1. Low yat Plaza.
2. BB plaza
Online
1. Mudah.my
2. Facebook Group/page
No comments:
Post a Comment