Kenapa beruntung?
Kalau difikir dari segi kewangan, ya memang beruntung ibu bapa ini, kalau ada 10 anak, seorang bagi RM200, 10 orang sudah jadi RM2000 cukup la untuk makan berdua, kalau punya rumah dikampung, uhh lagi indah kan?
Tapi tak semua seindah itu. Bukan semua anak yang ramai itu mampu berjaya, bukan semua yang mampu berikan duit belanja setiap bulan sebegitu, tambahan pula, tinggal di hutan kota. Bak kata pepatah, setandan pisang tidak semuanya baik.
Kita mungkin tak nampak aturan Allah, ramai yang jadi manusia ni kerdil, yg hanya mampu rasa kecewa, tatkala ada pak ustaz yang selalu membicarakan tentang duit belanja utk ibu bapa, wajib diberikan. Ya tak dinafikan. Biar pun sedikit, tapi ramai tak sedar, ada anak-anak ini yang hanya mampu hidup lebih miskin dari ibu bapa masing-masing, siapa tahu? Kadang kadang disini puncanya syaitan meniup rasa dengki dengan adik beradik.
Aku selalu pesan dalam hati, aku juga punya adik beradik yang ramai, ada yg kerjanya hanya biasa-biasa, ada yg kerja gomen, ada yang kerja swasta, ada yg berniaga sendiri, namun setiap orang punya tugasan masing-masing, biar mereka berbakti kepada ibu bapa ku dengan cara masing-masing, yang mampu berikan duit, berikan lah duit, yang mampu berikan perhatian, berikanlah, yang mampu berikan pertolongan berikanlah. Itu semua jasa kamu kepada kedua orang tua mu, jangan pernah peduli pasal apa orang kata. Yang penting ibu bapamu terjaga dengan baik, itu dah cukup senang bagi mereka.
Tak semua orang perasan, Allah jadikan kita begini kerana tugasan kita berbeza-beza, bersyukurlah, mereka yang punya anak, yang berjaya keseluruhannya, yang tak berjaya ni sebahagianya dalam hidup, itu bukan pengakhiran. Mungkin Allah tetapkan kau mudah menjaga dia tatkala dia dalam kesusahan. Mungkin Allah dah tetapkan kau adalah penjaga dia saat dia keseorangan kelak, mungkin Allah tetapkan kau sebagai pemudahcara utk dia dengan sesiapa sahaja. Siapa tahu? Kita banyak tugasan, jangan terlalu fikirkan yang orang lain tak ambil berat tentang ibubapa, itu hanya bisikan syaitan agar ada perasaan dengki sesama manusia, perpecahan dalam keluarga itu yang paling disukai oleh syaitan.
Aku juga sebegitu dulu, termakan dengan hasutan sebegitu, alhamdulillah aku sedar.
Kau tak dapat bantu dengan wang ringgit, kerapkan lah melawat dia...biar pun seminit, bersembang, jangan kau bebankan dia dengan masalah duniamu. Jadikan dia Raja. Sebenar benar Raja.
Aku sendiri pernah terfikir nasib aku satu ketika nanti. Tak punya anak yang ramai, tapi aku bersyukur, aku ada anak angkat yang cukup disenangi seluruh keluarga ku. Aku sendiri dah latih hati ini, supaya tidak mengharapkan apa-apa pun dari dia satu hari nanti. Cuma dah berpesan andai kata aku menyusahkan dia satu hari nanti, hantarlah aku ke tempat yang mungkin memudahkan untuk dia berurusan duniawi nya, aku takkan pernah berkecil hati. Aku lebih rela untuk menyenangkan hidupnya, dari membebankan dia sehingga dia boleh dianggap derhaka. Pedulikan kata orang!!!
No comments:
Post a Comment