kini aku juga sebahagian dari mereka yang mempercayai kualiti produk itu sendiri, yang mana testimoni nya adalah diri kita sendiri. aku tak nafikan apa yang orang selalu sebut tentant MLM ni, tapi aku teruskaan tekad pejamkan mata, untuk jadikan MLM ni sebagai karier. Tentangan, tak payah cerita la, memang ada, terutama dari family sendiri, yelah berapa ramai yang tengok orang lain buat MLM tak berjaya. termasuk adik aku sendiri. Abg Nik Hafiz ni juga, sehingga hari ni, adik-beradiknya masih juga belum cuba untuk menceburi bidang yang dianggap mudah oleh abangnya walaupun gajinya kini sudah mencecah ratusan ribu ringgit sebulan.
so tidak dinafikan mereka yang cuba berjinak dengan business ini, perlu ada jiwa yang kental, dan semangat yang kuat. Bak kata abang Nik, Pekakkan telinga dan terus berjalan kehadapan, jangan pedulikan orang lain yang cuba nak menjatuhkan anda, yang penting Niat kita dalam berbusiness ni mesti Ikhlas, untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan, In sha Allah, keikhlasan itu akan dibalas dengan sesuatu yang mungkin kita takkan jangka.
pada aku buat la apa jenis business pun, konsep dan teknik adalah sama, cuma macam mana kita nak menjalankannya. kalau business konvesional, memerlukan orang yang betul2 pandai untuk mendapat keuntungan yang banyak, contohnya nak buka syarikat construction, modal besar dan pastinya untung pun besar, tapi nak menjalankan nya sudah pasti memerlukan seorang yang pakar tentang construction, tapi MLM tak perlu pandai, tak perlu ada pelajaran tinggi, cukup sekadar kita tahu cara untuk berkongsi kegembiraan yang kita tahu. kita akan berjaya meraih pendapatan seperti mereka yang lain.
Produk Alpha Lipid adalah produk pertama yang menjadikan Malaysia dan negara-negara asia sebagai pengedar Utama, di Asia kini yang aktif hanya Taiwan dan malaysia, dan kini telah dilebarkan sayap ke Thailand, India, dan Indonesia. berbanding dengan produk MLM lain, kebanyakan malaysia merupakan negara terakhir, dan kita sebenarnya menjadi sebagai downline Dunia besar US. tapi kini dengan Business Alpha Lipid, Malaysia merupakan Upline seluruh Dunia, kerana Malaysia akan menjadi pengedar utama dunia. dan ini akan memungkinkan rakyat malaysia menjadi antara yang terkaya di dunia.
Hanya melalui MLM sahaja lah semua orang tidak kira, apa status mereka sebelum ini, mungkin berupaya menjadi Jutawan. apa yang perlu Jiwa yang KENTAL, dan KESABARAN yang tinggi. ini kunci utama dalam business, takde yang boleh dapat duit dengan mudah. yang ada dalam iklan itu hanyalah sekadar promosi. akhirnya anda perlu bekerja juga. tiada yang mudah, kecuali skim cepat kaya. itu pun kalau ada sekejap je tutup..betul tak?
Alhamdulillah setelah beberapa bulan menceburi bidang ni..aku dah mula merasa pendapatan yang setiap bulan semakin meningkat dari 3 angka ke 4 angka..kini dalam proses untuk menjadikan nya 4 angka yang tinggi sedikit valuenya, in sha Allah..doakan untuk kami. kepada sesiapa yang berminat juga, boleh hubungi saya untuk jadi sebahagian dari kami.
No comments:
Post a Comment