Pages

Banner

Sunday, December 30, 2012

Kerja Sambilan yang memberi ruang pendapatan tambahan

Alhamdulillah...dah sampai hujung tahun dah...2012...malam ni ramai yang nak pergi AMBANG TAHUN BARU 2013...penuh la jalan lepas ni...

Ok..bila dah masuk tahun baru ni..ramai yang buka azam baru, macam-macam nak buat...azam tahun lepas pun tak siap lagi...takpelah...janji ada cita-cita...ok aku nak cerita pasal azam ni...
1. nak kurus
2. nak kaya
3. nak senang
4. nak cari kerja bagus..
5. nak berjaya
6. nak score 8A

macam-macam...cuma setakat mana kita berjaya capai azam kita, sebab setengah orang buat je azam...tapi tak pernah tercapai pun, mana tak tercapai, sekerat jalan atau tak ada tindakan pun untuk buat...

especially bila tang kaya atau nak cuba hidup senang tu...berapa ramai yang mencuba?? setiap bulan duk mengeluh itu tak cukup ini tak cukup...orang sekeliling dengar letih tau tak...sebab diorang takde masa nak tolong selesaikan masalah korang yang tak cukup tu..

aku suka tengok orang yang ada semangat nak cuba jadikan azam berjaya...especially yang buka kedai burger..rata-rata bila tanya, cari duit lebih...ada member aku buat burger sampai income 4 angka tu...





cuma aku nak bagi satu lagi kerja sambilan untuk mereka2 yang baru nak mencuba jadikan azam mereka satu kenyataan, bukan tak perlu bekerja, itu yang dinamakan kerja sambilan..income..boleh meningkat dari masa ke semasa, ikut kerajinan kita....takdelah orang kata kita ni hangat2 taik ayam...

bila sebut kerja sambilan, ramai yang dah kelabu mata dengan iklan di Internet, ramai nak mencuba, tapi akan buat separuh jalan jer...sebab kurangya rasa minat...atau mungkin tak membuahkan hasil...sebab tu kalau siapa nak start dengan aku..aku akan bgtau...kena sabar..kalau ada benda ni...In Sha Allah, dia boleh berjaya...mcam orang jual burger, berapa ramai yang boleh berniaga, dan berapa ramai yang boleh berjaya.?? dan tak kurang juga yang berani melabur dalam Skim cepat kaya, semata-mata taknak bekerja...

Business yang aku buka peluang ni...memang dasyatla..silap hari bulan income kita lebih dari gaji kita sekarang...tak percaya?? macam mana aku nak bagi percaya, selagi korang tak bertindak untuk mencuba, sebab hanya yang dah mencuba dan nampak kesannya sahaja yang akan percaya...

kesenangan dan kekayaan takkan datang bergolek pada kita..ia perlu kan kesungguhan...sebab kadang2 aku rasa macam jadi ahli motivasi untuk mereka yang baru nak menceburkan diri dalam bidang business ni...yelah..bila mereka tak mencuba, cuba separuh jalan, itu yang nampak ramai mengatakan benda ni tak berjaya..siapa yang salah sebenarnya???
ini merupakan aku punya leader dalam kerja sambilan ni....dia sendiri menceburkan dalam bidang ni separuh masa je dulu....dulu dia ni farmasi punya orang..buat sambil-sambil je...4 tahun dah dia buat...sekarang dah buat sepenuh masa....sebab gaji dia dah lebih dari gaji dia masa kerja...

aku terpanggil pun bukan apa...sebab dulu teringat...aku sendiri asyik terpikir macam mana nak bantu keluarga aku...kerja makan gaji...dah tentu banyak tu je setiap bulan, takkan bertambah...kalau nak bertambah pun kena tunggu setahun dua...baru dapat...masa aku kerja kilang dulu..tambahan RM40 je..setahun..awal2 kerja..berapa lama aku boleh bantu macam tu...aku kena mencari sesuatu...aku berniaga di uptown..sebelah malam...setahun juga aku buat berniaga tu..sampai tempat tu tutup..walaupun rugi..tp aku tetap bertahan, kerana aku rasa, aku perlu tabah kalau nak naik....

penat?? takde kerja yang tak penat..semua kena kerja...kalau taknak penat..buat la skim cepat kaya tu...tengok berapa lama boleh tahan...??kerana untuk berjaya kita memerlukan masa..

apa yang aku suka dengan biz ni ialah, aku tak perlu sibukan diri aku setiap masa macam masa aku berniaga uptown dulu...siang kerja, malam kena kerja, balik pukul 1.00 2.00 am..esok kerja balik..kalau sabtu atau ahad..ada expo mana2 sure aku amik cuti dan pergi berniaga.....itu pun terpikir kalau aku ada anak masa tu macam mana anak aku??aku taknak babitkan dia dalam perniagaan ni..biar dia membesar seperti orang lain yang takmemikirkan mengenai keluarga..Alhamdulillah aku jumpa biz ni...dia berikan aku ruang dengan anak2 dan keluarga...cuti hujung minggu aku masih bersama mereka...

so fikir-fikir dan cuba bertindak sekarang untuk ubah nasib dengan kerja sambilan yang mudah ni...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...