Cuba kita selesaikan secara profesional, tunjukan pada rakyat, yang kerajaan kita mempunyai satu kuasa, yang orang luar mungkin akan takut dengan kuasa satupadu rakyat dan kerajaan Malaysia, bila benda ni berlaku, semua orang bersatu padu cuba nak selesaikan masalah ni bersama-sama Tak kira dari parti mana sekalipun, kita akan beramai-ramai dalam satu suara untuk keamanan dari anasir luar (walau aku tak tahu sangat cerita detail nya tentang kerajaan sulu ni). Ramai juga dalam FB yang cuba elakan post tentang sentimen perkauman bila perkara ini berlaku, dan tak kurang juga yang nak tiup api kepartian dalam tu, hei, please la, Nyawa orang tu kita pertaruhkan, jangan nak main-main. Kesian anak bini orang tu. kalau korang nak berepang tentang parti, berperang lah, tapi jangan lah sampai libatkan nyawa orang yang tak bersalah dalam ni.
Aku rasa terpanggil, sebab segelintir mereka yang buat isu ni dipolitikan sampai memburukan parti lain, walau dah ada yang mati. kesianlah, kita turut sama akan terasa tempiasnya. Pada aku, biar kita berperang mulut dalam negara pasal isu kepartian, tapi biar kita bersatu dalam isu peperangan melibatkan negara. kerana tak mustahil satu hari nanti ada kuasa yang jadikan kelemahan kita dalam bersatu padu sebagai kemenangan buat mereka. sama-sama lah kita fikir kan.
1 comment:
nice entri....
Post a Comment