Antara cerita yang memberi kesan untuk aku meneruskan perjuangan dalam dunia perniagaan ini. jom kita renung-renungkan sambil merehatkan minda.
Suatu
ketika dahulu, ketika sedang terlantar sakit dan diberitahu oleh tabib
bahawa hayatnya sudah suntuk benar, seorang lelaki tua memanggil dua
orang anaknya. Dia berpesan kepada kedua-dua anak lelakinya itu supaya
menjaga perniagaan yang bakal ditinggalkannya nanti dengan baik.
“Anak-anak ayah… bila ayah sudah tidak ada nanti, kamu amalkan dua
pesanan ayah ini. Pertama, jangan sekali-kali menagih hutang pada orang
yang berhutang dengan kamu. Kedua, apabila hendak pergi dan balik dari
kedai, jangan sekali-kali kamu benarkan dirimu terkena cahaya matahari.
Amalkan pesanan ayah ini, nanti perniagaan kamu akan Berjaya,” pesan
lelaki tua itu.
Tidak berapa lama kemudian, lelaki tua itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Selepas lelaki tua itu meninggal dunia, perniagaan dan kedai-kedai yang
ditinggalkannya diuruskan oleh dua anak lelaki tadi. Kedua-dua beradik
berkenaan menuruti pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka.
Anehnya, selepas setahun, perniagaan anak yang bongsu jatuh merundum.
Sebaliknya, perniagaan yang diuruskan oleh si abang pula bertambah besar
dan maju.
Suatu petang, si ibu berjumpa dengan kedua-dua anak lelakinya tadi. Dia
bertanya, apa terjadi pada perniagaan mereka. Si adik terus mengeluh
dan memberitahu, kini dia hamper bankrap.
“Apa yang kamu buat? Kamu ikut pesanan arwah ayah kamu,” Tanya si ibu.
“Ikut, mak. Saya tidak pernah menagih hutang dari mereka yang
berhutang dengan saya. Tapi masalahnya mereka tak bayar pun
hutang-hutang mereka. Hutang itu sudah terlalu banyak sampai saya
kehabisan modal.
“Untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari, setiap hari juga
saya terpaksa keluarkan duit tambahan bagi membayar tambang beca untuk
ke kedai. Mak, sekarang duit saya dah tak adalagi, saya kena tutup
perniagaan saya.”
Si ibu berpaling pula ke arah anak sulungnya. Dia bertanya, bagaimana
perniagaannya boleh bertambah maju dan besar.
Jawab si abang, “Bila ayah kata jangan tagih hutang daripada orang yang berhutang dengan kita, maka saya buat keputusan semua urusan perniagaan saya mesti dibayar dengan tunai. Tidak boleh hutang. Hasilnya, modal saya bertambah dan perniagaan saya berjalan lancer.
“Kemudian, disebabkan ayah kata jangan benarkan diri kita kena cahaya
matahari semasa pergi dan balik dari tempat kerja, maka saya pergi kerja
sebelum matahari terbit dan pulang bila matahari terbenam. Ayah memang
bijak, pelanggan saya semakin hari semakin bertambah sebab kedai saya
dibuka paling awal dan ditutup paling lewat.”
Si ibu tersenyum. Ternyata anak sulungnya itu dapat membaca maksud di
sebalik pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dulu.
Orang tua adalah orang yang tinggi akalnya. Mereka tahu asam garam dunia dan sering menguji kita dengan cara yang tidak kita duga. Tetapi orang muda sering melihat pesanan orang tua pada satu lapis permukaan saja. Orang muda yang Berjaya adalah mereka yang mendengar nasihat orang tua dan bijak membaca ketinggian akal mereka
sumber dari bernama548 blogspot
No comments:
Post a Comment