Ok kat sini aku nak bgtahu kenapa ramai sangat orang duk tag-tag gambar produk ni dekat FB. Function tag tu sebenarnya adalah salah satu cara promosi, tapi bukan nak jual kepada empunya FB yang di tag, tetapi kepada kawan-kawan si empunya FB tu, kot-kot la ada yang berkenan dengan produk, sebab tu sebelum-sebelum ni ramai yang dah berjaya buat business guna FB lalu mereka-mereka ni ajar jugak lah cara yang sama, tetapi bila dah ramai yang buat ramai jugak yang jadi naik MARAH...rilek bro, benda simple je tu, semua boleh settle.tak elok marah-marah nanti terjejas silaturahim.
Ramai yang marah sebab tak tahu apa fungsi tag tu, sebab diorang ingat nak jual dekat diorang, tu yang MARAH tu. so bila gambar-gambar produk tu ditag, dia akan spread info tentang produk kepada ratusan friends yang ada dalam friend list yang selalu nampak wall mereka tu, so secara tak langsung membina rangkaian network iklannnn. tu yang namanya iklan.
OK..itu selesai bab penerangan kenapa Tag tu dibuat, sekarang macam mana kita yang tak suka di tag ni nak remove kan benda-benda ni, penat je duk komen tapi owner takde response pun, macam mana diorang ni tak response, dah features tu mark zuckerberg dah buat, hanya dihujung jari kita je, kenapa masih perlu nak komen kat tuan punya fb yang tag kita, untag jer lah...apa susahnya.
ada dua cara untuk untag.
1. Ni kaedah pertama
Cara pertama click pada option then click report/remove tag
Cara kedua, click pada kotak yang pertama tu I want to untag myself
2. Kaedah kedua kita hanya akan benarkan gambar yang di tag yang kita suka sahaja akan memasuki wall kita.
a.Pilih Account
b. click pada Pricvacy Settings
c. Click pada Timeline and Tagging di sebelah kiri page FB anda
e. Siap sudah, anda dah boleh click done
f. turn on tag review supaya memastikan sesiapa yang tag anda akan direview dahulu sebelum di post dalam wall anda terlebih dahulu secara manual.
OK. ini antara privacy yang di buat oleh FB untuk elakkan mereka yang tak suka di tag, so lepas ni kita dah tak nampak semak dah tengok wall kita, benda dah ada, activekan aje. habis cerita, tak perlu nak marah-marah. OK kalau susah sangat nak buat, unfriend je terus..habis cerita. kita tak tutup periuk nasi orang, dan elakan dari orang pun komen mengumpat benda yang sama yang kita tak suka, lain pulak jadinya, kita sama-sama ambil dari sudut positif.
Peace you all.
No comments:
Post a Comment