Kini telah di pertingkatkan formulanya dengan khasiat Minyak Ikan yang asli, Koenzim Q10, DHA, EPA
Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Para saintis mendapati jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Tidak ada satu degupan pun boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga.
Menjana tenaga yang banyak tidak menjadi masalah semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10. Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Akibatnya, kita akan berasa letih dan tidak bermaya.
Banyak penyelidikan telah dilakukan terhadap CoQ10 tetapi hasil
yang paling menarik ialah yang dicapai dalam bidang kardiologi.Pada
tahun 1972, Dr. Karl Folkers (dikenali sebagai ‘Bapa CoQ10′ kerana
kajian mendalam beliau mengenai CoQ10) dan Dr. Gian Paolo Littarru
membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung seringkali adalah
mereka yang juga kekurangan CoQ10.
Paras kekurangan CoQ10 telah pun dimantapkan dengan amat jelas
dalam kes-kes kegagalan jantung kongestif dan kardiomayopati (otot
jantung yang berpenyakit) yang merupakan penyakit yang melibatkan otot
jantung itu sendiri.Apabila otot jantung lemah, ia tidak dapat mengepam
semua darah yang diterima daripada badan. Juga, apabila otot jantung
itu lemah, ia memerlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti
disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat mencipta tenaga.
Salah satu nutrien yang paling penting ialah CoQ10. Dengan
mengambil suplemen CoQ10, maka otot jantung yang lemah itu dengan
mudahnya dapat menambah semula simpanan CoQ10-nya. Ini membolehkan otot
jantung menjana lebih banyak tenaga dengan itu memperbaiki keadaannya
yang lemah itu.
Mengikut kata Dr. Peter H Langsjoen, M.D., F.A.C.C. (doktor, ahli biokimia dan penyelidik), “Dari pengalaman klinikal saya, kekurangan CoQ10 adalah penyebab kepada kekakuan otot jantung, yang akan menyebabkan badan bertindak balas dengan adrenalin. Dan seterusnya akan menyebabkan tekanan darah tinggi”.
Terdapat beberapa penyelidikan berkaitan CoQ10 dan semuanya menunjukkan peningkatan fungsi otot jantung dan lama kelamaan menurunkan tekanan darah.
Manfaat daripada CoQ10 untuk jantung kini merupakan suatu fakta yang telah pun diterima ramai di kalangan para doktor pada hari ini. Banyak kajian menunjukkan kebaikan yang konsisten dalam kefungsian jantung di kalangan para pesakit yang mengambil CoQ10. Adalah penting kita menyedari bahawa CoQ10 itu digunakan untuk menyokong rawatan-rawatan tradisi dan bukan sebagai penggantinya.
Khasiat Co-Q10
- selain menambah kesihatan jantung, Co-Q10 juga baik untuk pesakit-pesakit yang telah menderita pelbagai penyakit jantung.
- kajian juga menunjukkan Co-Q10 bagus untuk mereka yang menghidapi migrain
- membantu pesakit kanser daripada kesan sampingan semasa dan selepas rawatan kanser.
- mengelakkan dan mengurangkan pendarahan gusi
- memberi kesan anti-penuaan
- mengurangkan kesan radiasi
- merawat penyakit Parkinson
Jika anda berminat untuk mendaptkan produk terbaru CoQ10 ini. Boleh lah terus menghubungi :-
Nizam - 012-3203604
No comments:
Post a Comment