Ini merupakan artikel yang aku jumpa di internet berkenaan Gout..boleh baca di sini
GOUT
adalah penyakit eksklusif untuk lelaki dan jarang sekali berlaku kepada
wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita
mengalami menopaus. Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak,
panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan.
Gout kronik berupaya untuk mengganggu kehidupan harian yang normal.
Paling digeruni adalah kecacatan sendi dan otot, sama ada kecacatan
ringan atau berat. Kajian menunjukkan bahawa pesakit gout juga berisiko
untuk mendapat penyakit sistem kardiovaskular serta berupaya menyebabkan
kegagalan ginjal.
BAGAIMANA SERANGAN GOUT BERLAKU...??
Akibat pemendapan kristal asid urik dalam rongga sendi. Lama kelamaan
akan menyebabkan kristal garam dan mencetuskan rasa sakit sendi teramat
sangat. Selalunya bermula dari sendi ibu jari kaki dan menular ke sendi
lain. Serangan gout berpunca dari peningkatan kadar asid urik dalam
darah (hyperuriceamia).
JENIS-JENIS GOUT
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; -asimptomatik (tiada
simptom), -akut -simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba;
biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi, interkritikal,
kronik -serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil
polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki
berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak,
merah, panas dan demam.
TOFUS
Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil
di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius,
tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti
kapur.
Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain
seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Jumlah tofus
berkait rapat dengan berat badan dan kadar asid urik di dalam badan
manusia. Tofus akan berkurangan apabila kadar asid urik berada di bawah
paras empat mg/dl, dan menjadi lebih besar berat jika paras asid urik
berlebihan dari 11 mg/dl. Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi
disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat
dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut
dan pergelangan tangan – yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.
RISIKO
Jantina – lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus.
Gaya hidup – Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
Obesiti – individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
Sesetengah penyakit – tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes,
hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan
arteriosklerosis (penyempitan salur darah).
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba.
Ubat tertentu – ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Genetik – kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
Umur – gout biasa menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes
membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita,
kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.
RAWATAN
Tiada rawatan khas untuk menyembuhkan gout tetapi masalah ini boleh
dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit bukan steroid (NSAIDs)
seperti endomethacin, diclofenac atau ubat penahan sakit generasi baru
seperti celebrex dan arcoxia. Individu yang kerap mengalami serangan
gout akan dibekalkan dengan ubat allopurinol oleh doktor untuk
mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang
hayat.
Penyakit Gout amat di takuti bukan?? malangnya ramai dikalangan kita
mendapat penyakit ini!. Cadangan saya, ambil Alpha Lipid Lifeline untuk
mencegah Gout.
No comments:
Post a Comment