Pages

Banner

Friday, December 13, 2013

Cabaran business sambilan


Begitulah gambaran yang boleh digambarkan untuk menunjukan realiti dalam dunia sebenar, tak kisah lah, dalam apa pun, belajar, berniaga, atau apa sahaja, untuk nak menempa sesuatu kejayaan ia cukup berliku. Tidak semudah yang disangka.

Walau sesusah mana, walau sejauh mana kita ditinggalkan, biarpun terpaksa berjalan seorang diri, TERUSKAN BERJALAN, kerana dihujung nanti kita tidak pasti bagaimana penghujungya. pahit ataupun manis

Jangan sesekali timbulkan perasaan negatif dalam diri, kerana ia sebenarnya pembunuh kita untuk terus berjalan.

Tapi yang paling penting kita kena terima hakikat, bila kita pertama kali buat business secara sambilan, kita sebenarnya akan membuatkan kawan-kawan kita lari dari kita, kecuali kalau kita mampu untuk memberikan kelebihan kepada mereka. Mana mungkin, untuk kita yang baru nak berniaga secara sambilan mampu memberikan kelebihan kepada mereka, melainkan kita bermodal besar, sure mereka tak lari punya, siap promote lagi ada....lupakan cerita dulu yang pernah tinggal sekali, makan sekali...kerana itu dah tak penting lagi, itu dah jadi sejarah, sekarang adalah sekarang...begitu juga keluarga...

Jangan tanya mengapa mereka lari, lupakan seketika tentang itu, yang penting anda sebenarnya mencuba untuk membuat yang terbaik, untuk keluarga khususnya. Ingat tujuan asal mengapa anda pilih jalan ini, jangan berhenti di pertengahan jalan diatas ketidakselesaan orang lain terhadap apa yang anda lakukan, kerana business juga patut bermula dengan mereka, mereka sepatutnya membantu anda untuk anda berjaya, tapi sekiranya mereka tak membantu, lupakan, jangan berkecilhati itulah lumrah.

Itu dah memang menjadi kesilapan kita yang tidak dapat kita elak, selalu cepat mencemuh ketidaksempurnaan orang lain, mengapa tidak kita cuba untuk berikan mereka semangat untuk bertindak, setidak-tidaknya kita jadilah pendengar yang setia, sebelum kita pula yang memerlukan orang lain untuk mendengar untuk kita.

Yang pasti cuba cari kawan-kawan yang buat business sama-sama kita bantu sesama kita, hanya kita sahaja yang mungkin memahami sesama sendiri. Untuk tingkatkan keperluan mental, yang mungkin kita takkan perolehi dari sesiapa, kalau nak pergi motivasi, takut mahal sangat, kita bina pemikiran positif melalui diri masing-masing.

Tapi perlu ada SOP yang specifik, bercakap jangan hanya nak memenangkan diri sendiri, sesekali cuba dengar permasalahan orang lain, dan mungkin kita dapat beri satu pandangan untuk selesaikan masalah yang dia ada. Itulah perkongsian yang membina.

Sekian dulu untuk malam ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...