Pages

Banner

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tinggal 2013

Tahun 2013 dah pun melabuhkan tirainya, Tahun 2014 dah pun menyusul masuk 2 minit yang lalu.

Sesungguhnya 2013 bnyak memberikan pengalaman baru buat diriku dan keluarga, samada baik atau buruk ia tetap bermakna, dan yang mana buruk kami jadikan sempadan dan yang mana baik, kami akan kekalkan dan akan terus memperbaiki kelemahan yang ada. Banyak pengalaman yang kami timba terutama, dari segi politik, business, kehidupan, perhubungan dan kerjaya.

Semua pengalaman ini sememangnya setiap tahun hampir sama, cuma tahun 2013 kali ni terlebih, dan terlalu banyak agenda dan aktiviti yang berlangsung. Business dan Politik berjalan seiring dan terlibat secara langsung dan berhubungkait sepanjang 2013 ini. bermula dari selepas PRU sehinggalah penghujung tahun ini.

Selepas diteliti kembali perjalanan kami di tahun 2013 ni, dapat disimpulkan kami mula belajar mengenali siapa sebenarnya yang ada dalam politik dan business, tidak kira apa pun status mereka, Kawan, ahli keluarga, atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam dua dunia ini.

Perjalanan yang penuh berliku ditambah dengan potensi ahli politik yang cukup menjengkelkan. Namun kami tidak pernah berputus asa untuk menambahbaikan status kami, walaupun tercabar dengan situasi semasa, kami gagahkan diri, dan alhamdulillah sehingga penghujung 2013 ini, berjaya kami lalui.

Kami juga ada harapan untuk terus memperbaiki semua kelemahan yang ada di 2013 di 2014 kelak. buat kawan-kawan dan ahli keluarga yang bersama-sama kami sepanjang tahun 2013, kami tak dapat nak zahirkan ucapan terima kasih kami pada anda yang cukup memahami...THANKS..hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa baik anda. semoga anda diberikan kemurahan rezeki yang melimpah ruah.

Nizam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...