Pages

Banner

Sunday, December 30, 2012

Kerja Sambilan yang memberi ruang pendapatan tambahan

Alhamdulillah...dah sampai hujung tahun dah...2012...malam ni ramai yang nak pergi AMBANG TAHUN BARU 2013...penuh la jalan lepas ni...

Ok..bila dah masuk tahun baru ni..ramai yang buka azam baru, macam-macam nak buat...azam tahun lepas pun tak siap lagi...takpelah...janji ada cita-cita...ok aku nak cerita pasal azam ni...
1. nak kurus
2. nak kaya
3. nak senang
4. nak cari kerja bagus..
5. nak berjaya
6. nak score 8A

macam-macam...cuma setakat mana kita berjaya capai azam kita, sebab setengah orang buat je azam...tapi tak pernah tercapai pun, mana tak tercapai, sekerat jalan atau tak ada tindakan pun untuk buat...

especially bila tang kaya atau nak cuba hidup senang tu...berapa ramai yang mencuba?? setiap bulan duk mengeluh itu tak cukup ini tak cukup...orang sekeliling dengar letih tau tak...sebab diorang takde masa nak tolong selesaikan masalah korang yang tak cukup tu..

aku suka tengok orang yang ada semangat nak cuba jadikan azam berjaya...especially yang buka kedai burger..rata-rata bila tanya, cari duit lebih...ada member aku buat burger sampai income 4 angka tu...





cuma aku nak bagi satu lagi kerja sambilan untuk mereka2 yang baru nak mencuba jadikan azam mereka satu kenyataan, bukan tak perlu bekerja, itu yang dinamakan kerja sambilan..income..boleh meningkat dari masa ke semasa, ikut kerajinan kita....takdelah orang kata kita ni hangat2 taik ayam...

bila sebut kerja sambilan, ramai yang dah kelabu mata dengan iklan di Internet, ramai nak mencuba, tapi akan buat separuh jalan jer...sebab kurangya rasa minat...atau mungkin tak membuahkan hasil...sebab tu kalau siapa nak start dengan aku..aku akan bgtau...kena sabar..kalau ada benda ni...In Sha Allah, dia boleh berjaya...mcam orang jual burger, berapa ramai yang boleh berniaga, dan berapa ramai yang boleh berjaya.?? dan tak kurang juga yang berani melabur dalam Skim cepat kaya, semata-mata taknak bekerja...

Business yang aku buka peluang ni...memang dasyatla..silap hari bulan income kita lebih dari gaji kita sekarang...tak percaya?? macam mana aku nak bagi percaya, selagi korang tak bertindak untuk mencuba, sebab hanya yang dah mencuba dan nampak kesannya sahaja yang akan percaya...

kesenangan dan kekayaan takkan datang bergolek pada kita..ia perlu kan kesungguhan...sebab kadang2 aku rasa macam jadi ahli motivasi untuk mereka yang baru nak menceburkan diri dalam bidang business ni...yelah..bila mereka tak mencuba, cuba separuh jalan, itu yang nampak ramai mengatakan benda ni tak berjaya..siapa yang salah sebenarnya???
ini merupakan aku punya leader dalam kerja sambilan ni....dia sendiri menceburkan dalam bidang ni separuh masa je dulu....dulu dia ni farmasi punya orang..buat sambil-sambil je...4 tahun dah dia buat...sekarang dah buat sepenuh masa....sebab gaji dia dah lebih dari gaji dia masa kerja...

aku terpanggil pun bukan apa...sebab dulu teringat...aku sendiri asyik terpikir macam mana nak bantu keluarga aku...kerja makan gaji...dah tentu banyak tu je setiap bulan, takkan bertambah...kalau nak bertambah pun kena tunggu setahun dua...baru dapat...masa aku kerja kilang dulu..tambahan RM40 je..setahun..awal2 kerja..berapa lama aku boleh bantu macam tu...aku kena mencari sesuatu...aku berniaga di uptown..sebelah malam...setahun juga aku buat berniaga tu..sampai tempat tu tutup..walaupun rugi..tp aku tetap bertahan, kerana aku rasa, aku perlu tabah kalau nak naik....

penat?? takde kerja yang tak penat..semua kena kerja...kalau taknak penat..buat la skim cepat kaya tu...tengok berapa lama boleh tahan...??kerana untuk berjaya kita memerlukan masa..

apa yang aku suka dengan biz ni ialah, aku tak perlu sibukan diri aku setiap masa macam masa aku berniaga uptown dulu...siang kerja, malam kena kerja, balik pukul 1.00 2.00 am..esok kerja balik..kalau sabtu atau ahad..ada expo mana2 sure aku amik cuti dan pergi berniaga.....itu pun terpikir kalau aku ada anak masa tu macam mana anak aku??aku taknak babitkan dia dalam perniagaan ni..biar dia membesar seperti orang lain yang takmemikirkan mengenai keluarga..Alhamdulillah aku jumpa biz ni...dia berikan aku ruang dengan anak2 dan keluarga...cuti hujung minggu aku masih bersama mereka...

so fikir-fikir dan cuba bertindak sekarang untuk ubah nasib dengan kerja sambilan yang mudah ni...



Wednesday, December 26, 2012

Project Baru Silk Screen Printing

 Selamat malam...tanggal 12.12.12 bermula episod baru bagi kerjaya baru ku..aku dah mula mencari-cari apakah yang ingin ku lakukan sebagai tambahan kepada ruang-ruang yang ku ada ini...so bila saje adikku cakap nak buat baju utk family day kami yang akan berlangsung pada 23/12/12 tu...aku mula terfikir, why not kita cuba buat baju sendiri, aku pun pernah terjumpa dalam you tube diorang ajar..takdelah susah sangat nampak gayanya...dan peralatan dia pun takde la canggih manggih..setakat kayu kain ngan cat je...

so bermula dari situ aku mula mencari-cari dalam internet, tentang proses-proses ni...ramai blogger yang ajar cara nak buat ni...biasalah dari kaedah pembacaan ni dia lain sikit...tu sebab ramai yang buat class, satu hari...diorang ajar buat semua benda...dan ada juga yang jual starter kit utk buat semua benda tu...tapi kebanyakan takkan jual kat orang yang tak pergi class..sebab takut orang2 ni membazir je beli..aku pun dengan masa yang cukup singkat, dan diperhatikan jadual, langsung takde jadual yang terdekat ni..so terpaksalah mencari alternatif berlatih mengguna kaedah cuba jaya...kalau berjaya, ada la baju utk family day tu..kalau tak...baju kosong ler jawabnya...aku suruh adik aku sponsored baju T-shirt yang murah2....aku akan sponsored beli peralatan dan buat...

susah juga nak mencari peralatan ni...sebab cari dalam internet tak jumpa2, semua orang jual starter kit terus, dan perlu di order, seminggu baru barang sampai....aku takleh tunggu seminggu tu...sebb nak belajar banyak ni...so kena cari sendiri, jumpa satu broder ni dari Sg. Buluh...call terus, tak main dah mesej2 ni...call dia kata boleh dia tolong poskan...aku cakap nak pergi ambil sendiri, dia suruh mesej peralatan yang aku nak...aku pun bgtau status aku yang baru nak belajar, dan mintak dia senaraikan apa peralatan yang aku perlu dan aku juga senaraikan perlatan yang aku rasa aku tahu, utk ketahui harga sebelum buat deal...dia terus senyap...hmm..tak boleh jadi ni...dia nak business ke tak ni??? habis online tak jumpa, KL aku redah..sebab aku rasa takkan takde supplier dia kat KL ni kan..Jalan punya Jalan, tanya orang sana sini, semua kedai stationary dan lukisan aku tanya, kot-kot diorang jual dari pasar seni sampai ke chowkit..sebab sini je kawasan pemborong dan supplier seluruh malaysia utk berniaga..akhirnya ada satu hamba Allah ni aku lupa nak tanya nama dia, dan aku pun lupa apa nama kedai dia....agaknya Allah nak tolong aku berjaya buat ni agaknya..dia bgtau ada satu kedai kat jalan Ipoh..tp bukan jalan ipoh...jalan dia masuk dalam2 sikit...aku pun lupa nama kedai dia..nanti aku ingat aku upload balik..sebab pergi sekali je...staff pun bagus, sebb aku cakap terus terang..aku baru nak mula belajar buat benda ni..tolong suggest kan apa2 barang yang aku perlu...dia pun tlg amik kan barang dan tlg jelaskan....cara nak buat dia cakap "you tengok you tube ma banyak sana tunjuk cara buat..." perghh amoi ni...senang je cara dia cakap...tp apa pun..aku betul2 bersyukur dengan bantuan Hamba Allah tu..dan juga bantuan amoi ni...

apa lagi..balik terus...practice make perfect la....bila dah tgk video..dan cuba sikit2 macam mana nak buat...rupanya indah khabar dari rupa...susah juga benda ni..patut la diorang caj ikut blok...


ni rupa blok aku yang dah siap..ni sample pertama...mula2 belajar buat blok..


 test print atas baju sendiri dulu

 ni corak belakang...nampak kecik sangat...so basuh dan buat balik blok...


dan akhirnya bila dah berjaya buat..akhirnya semua ada baju sendiri..best tengok bila semua orang pakai hasil air tangan sendiri..

bila dah siap..pakai tu..ramai jugak yang tanya..family day mana dik? family day sendiri2 je...takde mana2 pun...huissyy siap buat baju tu...senyum je lah aku pun...so selesai project pertama ku...ni sekarang tengah tunggu kalau-kalau ada project kedua..

Sunday, December 16, 2012

Alpha Lipid dan keberkesanannya

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin...

Dalam tengah-tengah online ni..terbaca satu blog yang membincangkan keberkesanan diet menggunakan Alpha Lipid ni...banyak sangat komen negatif dari positif..bukan sahaja untuk Alpha Lipid..sampai produk lain pun ada..walhal perbincangan hanya untuk Alpha Lipid..sebab follower blog dan penulis blog ni mungkin tak percaya tentang diet jenis ni...takpelah....semua pengedar-pengedar Alpha Lipid pun memang dah di ajar supaya tak ambil pusing pun pasal komen-komen negatif ni..bukan kita taknak ambil bahagian menegakan apa yang betul...tapi kalau kita cuba nak betulkan tentang apa yang kita rasa betul di kalangan orang yang menolak kita, baik tak payah..buang masa sahaja..diorang bukan nak dengar apa yang kita cakap..lagi di cemuhnya kita ada..

Sebab jelik dengar orang komen...tak payah makan la benda-benda ni...saya dulu pun makan tapi bila berhenti berat naik balik, lagi tinggi ada la..rugi jer beli..produk pula disalahkan...

Pada saya proses diet ni...tak kira pun guna lah apa sahaja kaedah, cara normal (iaitu pergi exercise), guna produk sliming, buang lemak ke apa ke, semua terpulang, kalau rasa itu cara yang boleh turunkan berat buat semua orang...pada saya tak perlu kita nak mencemuh produk atau kaedah yang orang guna, sepatutnya kita perlu lebih berfikiran terbuka dan gembira dengan proses yang cuba dilakukan utnuk kelihatan lebih sihat, kerana di Malaysia terdapat berbillion orang yang mungkin mempunyai citarasa berbeza untuk menurunkan berat badan. walau menggunakan apa cara sekalipun, ianya sebenarnya perlu di buat secara berterusan, bukan separuh jalan. Nak berterusan macam mana??nanti saya terangkan.


Syanie hashim
menurunkan berat badan melalui Gastrik ByPass (memendekan usus)...terpaksa turunkan berat badan atas nasihat Dr. dan kerana berat badan nya dah menyebab kan banyak masalah pada dirinya menyebabkan Dr. menyarankan untuk buat Gastrik Bypass.

syanie sendiri mengaku dia tak pernah cuba untuk turunkan berat nya dari dulu lagi, kalau tak mungkin pembedahan ini tidak diperlukan, beliau juga menyarankan orang ramai yang di luar sana, kalau boleh usaha lah menggunakan kaedah lain, biarlah kedah pembedahan ini menjadi sebagai kaedah terakhir.

*dia buat bukan untuk kurus, tapi untuk lebih sihat.

Lisa Surihani
menurunkan berat badan selepas kahwin dengan cara mengurangkan pengambilan nasi dan makan makanan berkhasiat.

tak kurang juga yang mengambil makanan tambahan sebagai pembantu untuk meningkatkan proses penurunan berat badan. banyak makanan tambahan di luar, dengan pelbagai bentuk...kalau pergi Gym sendiri pun ada..ada Gym yang akan sarankan untuk pengambilan makanan tambahan samaada untuk turunkan berat badan atau pembinaan otot.

Aizat
berjaya turunkan berat badan dengan cara tersendiri. kurang pengambilan nasi juga dan plus exercise yang konsisten setiap hari 30 minit, dalam masa 3 bulan beliau berjaya turun ke berat yang di idamkan dari 112 ke 75 kg.

mengapa perlunya makanan tambahan?
Saya bukan nak bercakap kerana kepentingan saya dalam Alpha Lipid, tetapi sebagai orang biasa yang merasakan semua orang perlu ada cara mereka sendiri, dan saya taknafikan semua kaedah berupaya untuk turunkan berat badan, cuma makanan tambahan ni adalah kepada mereka yang merasakan mereka perlu dibantu, kerana keupayaan untuk menjalankan exercise macam atlet tu adalah sukar, mungkin orang yang bekerja di sektor kerajaan mampu untuk jadi seperti itu kerana mempunyai banyak masa (bukan semua la..) yelah balik kerja pun pukul 5.00 atau 6.00 mana tak berpeluangnya, saya sendiri pernah bekerja di sektor kerajaan satu ketika dulu, saya tahu keadaan nya, siap ada yang waktu lunch sempat lagi pergi main badminton (fuhh memang dasyat orang2 ni)..so bila ke swasta tu merupakan satu waktu yang cukup padat (bukan semua la..ada juga yang kerja rilek)....

sebab ada juga yang bagi komen, alah tak perlu semua ni...exercise je cukup...soalan saya...

1. Berapa ramai yang berupaya untuk exercise??
untuk exercise, kita perlukan masa, kena buat dalam keadaan tenang, dan rileks, tanpa perlu untuk memikirkan tentang situasi kerja atau rumah, berapa ramai yang dapat buat sebegitu?..rakyat di malaysia rata-rata dah jadi macam rakyat Jepun, bekerja 12 jam sehari, keluar awal pagi 6.30 am, pukul 9.00 malam baru keluar office, sampai rumah dah penat, kalau yang bujang yes, boleh pergi Gym atau mana2 pusat sukan, main sampai rumah pukul 12.00 pun takpe...bagi yang dah kahwin dan ada anak, pasti perkara ni sukar...yelah anak2 pasti nak tengok mak ayah dia di waktu2 begitu berada dirumah masing2 setiap hari...masa untuk mereka adalah begitu bernilai..

dan ada juga yang cakap tak payah guna makanan tambahan ni, diet je kawal pemakanan + exercise...

2. Berapa ramai yang tahu cara pengawalan makanan?
Tak semua orang tahu apa yang cuba dimakan itu adalah yang sesuai untuk tubuh badan kita agar tidak letih dan lesu. kerana badan kita memerlukan beberapa zat untuk memberikan kita tenaga untuk bekerja seharian dan juga membakar lemak sewaktu exercise atau dalam keadaan biasa. silap hari bulan..ada yang pitam sebab tak cukup tenaga, walaupun dah makan.(kerana tak tahu pengawalan pemakanan), kalau kita tengok jenis2 makanan tambahan ni ada pelbagai jenis, ada yang hanya perlu makan makanan tambahan dia sahaja, ada pula yang boleh makan apa sahaja + makanan tambahan dia, ada juga yang makan makanan tambahan + makan + kawal pemakanan, tak kira apa jenis pun, semua berupaya untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat, jangan sampai tersalah ambil sudah, terambil yang tiruan, kesian kepada kedua2, pengguna dan pengeluar.

lagi satu komen yang susah saya nak terima..
"saya dah guna tapi lepas berhenti berat naik lagi"

3. berapa ramai yang boleh buat secara konsisten
untuk nak mengekalkan keadaan yang sihat ni..kita perlu konsisten, tak kisah la samada kita buat exercise ke  makan makanan tambahan...semuanya bergantung kepada pemakanan kita..kalau buat exercise lepas tu berhenti dan tak kawal pemakanan pun, berat tetap akan naik...sama juga dengan makanan tambahan, selepas dapat berat ideal, berhenti, dan tak kawal pemakanan ni, makan la apa jenis makanan tambahan pun, berat tetap akan naik. walau dah berhenti pemakanan masih perlu dijaga...Cikgu/Dr. tak pernah berhenti menyarankan kita untuk jaga pemakanan yang seimbang...kalau boleh biar berterusan sampai bila-bila.

So terpulang kepada individu itu sendiri kerana semua nya perlu ada tekad dan usaha, pilih jalan masing2 yang dirasakan sesuai untuk diri masing2. kalau nak buat ini tak jadi, itu tak jadi jangan disalahkan produk, kerana produk itu sebagai pembantu, hasil akan datang dari usaha kita, kalau tak turun jugak mungkin ada silap dimana2 yang menyebabkan berat tak turun,...

dan yang pasti setakat ni Produk Alpha Lipid sesuai untuk
- yang sukar nak buat exercise
- yang suka makan
- yang nak cara senang
- yang memang terfikir macam mana nak makan makanan seimbang

*sedih tengok orang duk berbalah, masing-masing cuba nak menyalahkan kaedah lain semua tak betul..dan hanya terfikir mereka sahaja yang betul...


Tuesday, December 4, 2012

Alpha Lipid sebagai satu kerjaya

duk selak-selak gambar dalam google, terjumpa gambar lama Abg Nik Hafiz dan kak Moharina. Mereka ini merupakan Pioneer untuk Alpha Lipid di Malaysia. satu ketika dulu aku juga antara orang yang kurang berminat dengan business berunsurkan MLM ni. tetapi disebabkan oleh mereka berdua ini aku rasa tertarik ingin mencuba sebuah business yang dikatakan mampu meraih dari 4 ke 6 angka sebulan.


kini aku juga sebahagian dari mereka yang mempercayai kualiti produk itu sendiri, yang mana testimoni nya adalah diri kita sendiri. aku tak nafikan apa yang orang selalu sebut tentant MLM ni, tapi aku teruskaan tekad pejamkan mata, untuk jadikan MLM ni sebagai karier. Tentangan, tak payah cerita la, memang ada, terutama dari family sendiri, yelah berapa ramai yang tengok orang lain buat MLM tak berjaya. termasuk adik aku sendiri. Abg Nik Hafiz ni juga, sehingga hari ni, adik-beradiknya masih juga belum cuba untuk menceburi bidang yang dianggap mudah oleh abangnya walaupun gajinya kini sudah mencecah ratusan ribu ringgit sebulan.

so tidak dinafikan mereka yang cuba berjinak dengan business ini, perlu ada jiwa yang kental, dan semangat yang kuat. Bak kata abang Nik, Pekakkan telinga dan terus berjalan kehadapan, jangan pedulikan orang lain yang cuba nak menjatuhkan anda, yang penting Niat kita dalam berbusiness ni mesti Ikhlas, untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan, In sha Allah, keikhlasan itu akan dibalas dengan sesuatu yang mungkin kita takkan jangka.

pada aku buat la apa jenis business pun, konsep dan teknik adalah sama, cuma macam mana kita nak menjalankannya. kalau business konvesional, memerlukan orang yang betul2 pandai untuk mendapat keuntungan yang banyak, contohnya nak buka syarikat construction, modal besar dan pastinya untung pun besar, tapi nak menjalankan nya sudah pasti memerlukan seorang yang pakar tentang construction, tapi MLM tak perlu pandai, tak perlu ada pelajaran tinggi, cukup sekadar kita tahu cara untuk berkongsi kegembiraan yang kita tahu. kita akan berjaya meraih pendapatan seperti mereka yang lain.

Produk Alpha Lipid adalah produk pertama yang menjadikan Malaysia dan negara-negara asia sebagai pengedar Utama, di Asia kini yang aktif hanya Taiwan dan malaysia, dan kini telah dilebarkan sayap ke Thailand, India, dan Indonesia. berbanding dengan produk MLM lain, kebanyakan malaysia merupakan negara terakhir, dan kita sebenarnya menjadi sebagai downline Dunia besar US. tapi kini dengan Business Alpha Lipid, Malaysia merupakan Upline seluruh Dunia, kerana Malaysia akan menjadi pengedar utama dunia. dan ini akan memungkinkan rakyat malaysia menjadi antara yang terkaya di dunia.

Hanya melalui MLM sahaja lah semua orang tidak kira, apa status mereka sebelum ini, mungkin berupaya menjadi Jutawan. apa yang perlu Jiwa yang KENTAL, dan KESABARAN yang tinggi. ini kunci utama dalam business, takde yang boleh dapat duit dengan mudah. yang ada dalam iklan itu hanyalah sekadar promosi. akhirnya anda perlu bekerja juga. tiada yang mudah, kecuali skim cepat kaya. itu pun kalau ada sekejap je tutup..betul tak?

Alhamdulillah setelah beberapa bulan menceburi bidang ni..aku dah mula merasa pendapatan yang setiap bulan semakin meningkat dari 3 angka ke 4 angka..kini dalam proses untuk menjadikan nya 4 angka yang tinggi sedikit valuenya, in sha Allah..doakan untuk kami. kepada sesiapa yang berminat juga, boleh hubungi saya untuk jadi sebahagian dari kami.

Saturday, December 1, 2012

MAHA 2012

Jumaat - 30 Nov 2012 aku berkesempatan juga membawa diri dan family ke sebuah pameran dan jualan yang biasa diadakan sekali setiap tahun. iaitu MAHA..

Bagus juga pameran ni, peluang untuk mereka yang bercita-cita nak jadi petani atau peladang moden. dan juga membuka mata anak-anak muda untuk menceburi bidang yang tak mungkin kita jangka. siapa sangka ada banyak benda baru dalam bidang agriculture yang mungkin semua orang ketingalan, sebab mengejar arus kemodenan. Aku baru follow satu blog ni tentang penternakan, cara yang dia bawa cukup berbeza kerana dia cuba mengetengahkan cara korporat dalam penternakan. Aku suka cara beliau, disamping menaiktaraf status penternak itu sendiri dan dalam masa yang sama cuba menjaga semua pihak yang terlibat dalam penternakan, pekerja mahupun binatang yang diternak itu sendiri. 

Ada gaya tak?


Tahun lepas dah pergi tapi tak sampai ke sini..cuma lepas bahagian tanaman je...tahun ni pergi bahagian ternakan jer...tanaman tak pergi pula. mungkin tahun depan kawasan lain pulak. Ok la tu setahun satu tempat. Luas tu...kalau nak jalan kaki..tak berdaya..kena naik bas..bas pun penuh..tengoklah gaya orang yang datang. nasihat ku untuk yang nak datang, walaupun dah lambat untuk tahun ni, mungkin berguna untuk tahun depan..pesanan buat diriku (buat simpanan dalam blog tahun depan boleh cari dan standby)

1. Datang waktu tengah hari..time ni jalan dah tak jammed banyak parking. (kalau datang pagi pun jammed jugak)
2. Bawa payung sendiri, kalau boleh bawa sorang satu...panas..sedap berpayung lagi..
3. kalau ada anak kecil bawa stroller, senang dia penat tak payah dukung..letih sebab jauh.

sempat menjengah ke beberapa kawasan yang mungkin menarik minat anak2. ladang kambing,lembu ayam, arnab dan kucing, kalau bawa ke bahagian tanaman, confirm lepas tu taknak ikut dah..antara banyak2 binatang tu yang menarik minat aku ialah 
ayam tu siap ada rantai kat kaki.fuh memang garang.agak2 orang melayu Islam boleh gantikan ayam sebagai peneman manusia la dan silap hari bulan boleh jaga keselamatan.



Thursday, November 29, 2012

Cara Mudah Buang lemak terkumpul

"Lemak terkumpul hanya boleh di buang melalaui exercise. Amalkan exercise sekurang-kurang nya 3 kali seminggu."

ya..itu memang tak dinafikan..senaman memang baik untuk turunkan berat badan, tapi ramai yang terlupa, senaman juga memerlukan cara yang betul untuk menurunkan berat badan, kalau salah berat takkan turun. dan berapa ramai yang tahu cara senaman yang betul? Nak tahu kena reg masuk mana-mana fitness center.

Kebanyakan rakyat malaysia masih belum berpeluang untuk meluangkan masa untuk menjalankan senaman 3 kali seminggu tu...yang biasa pergi tu dah memang takde lemak. Yang ada lemak ni biasanya tak sempat, kekangan masa dengan kerja, anak-anak dan macam2 lagi.

so untuk memudahkan mereka maka wujudlah bermacam2 jenis produk slimming yang membantu mereka yang kurang masa untuk exercise untuk turunkan berat badan dalam masa yang singkat.

disini saya senaraikan antara sebab-sebab kenapa ramai yang mencuba dengan exercise tak berjaya turunkan berat badan.
1. Buat dengan cara yang salah
2. kurang fokus untuk turunkan berat badan (buat ala kadar je..janji cukup 3 kali seminggu)
3. tak suka aktiviti yang banyak melibatkan duit kalau ke Gym. (yelah takkan nak jogging malam2 kan..so Gym la tempat sesuai)
4. Pemakanan yang tidak dijaga (yelah lepas exercise bantai roti canai kedai mamak)

faktor-faktor inilah wujudnya satu produk dari New Image Alpha Lipid SDII, dimana ia akan membantu kita dalam mempercepatkan lagi penurunan berat badan. Tak percaya??
tengoklah testimoni-testimoni ini.


takkan nak tengok sahaja mereka berjaya turunkan berat badan dan hidup sihat selepas itu. anda bila lagi?..tak mahal pun..produk alpha lipid adalah produk mampu milik. call kami di ruangan senarai pengedar untuk dapatkan maklumat lanjut atau komen diruangan disediakan.

Tips untuk turunkan berat badan dalam masa seminggu

Selamat Petang...cuti sekolah dah start..ramai yang buat majlis kahwin di waktu-waktu begini, dan ramai juga yang duk merancang memilih pakaian pengantin yang sesuai mengikut badan, dan tak kurang juga yang cuba membina keyakinan diri dengan cuba untuk menurunkan berat badan.


Sebenarnya ia bukan  lah sesuatu yang mustahil, kerana dah banyak produk terhasil di pasaran macam pisang goreng panas, tambahan pula bila ada kajian khas berkenaan masalah kegemukan di Malaysia dan terbit pula didada akhbar..(muka depan pula tu), yang menyebabkan ramai orang yang mula sedar tentang keburukan kegemukan dan kesihatan.


itu belum lagi dikira dari kajian rakyat malaysia yang berpenyakit....ditambah pula Bila dah start cuti ni dan dapat jemputan kenduri bersusun..ada yang dah mengeluh..macam mana nak diet ni??..kenduri bersepah-sepah, makan,makan,makan dan makan..bila nak turun berat macam ni.??

Di atas inisiatif itu, menyebabkan lahirnya Alpha Lipid SDII satu produk dari New Image. produk dari New Zealand, Pengeluar terbesar Kolustrum di dunia.



jangan salah faham, Alpha Lipid SDII ini sebenarnya bukanlah UBAT KURUS, ia sebenarnya makanan kesihatan yang mana dapat membantu dan melatih kita untuk mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang, sebab rakyat malaysia dah lupa cara makan makanan seimbang.tengok sahaja lah bila pergi makan di kedai mamak....nasi dan lauk dah penuh pinggan..

Antara faktor-faktor yang menarik minat saya tentang produk ini ialah
1. KENA MAKAN ok...bukan kena lapar
2. Tak susah nak buat
3. Mampu Milik
4. Main-main pun boleh turunkan berat badan
5. Boleh cuba dengan hanya satu tin sahaja untuk lihat hasilnya.

Kerana cuti dan kenduri ni lah masa yang sesuai untuk turunkan berat badan...so untuk mereka yang berminat nak mencuba boleh contact saya (012-3203604) atau pun pengedar-pengedar sah di talian berikut

Zila 012-9334428 (lembah Klang)
Sue 013-3352434 (Ulu Yam/Batu cave)
Atiqah 012-3936160 (Ampang)
Aween 017-7163650 (Kajang)
Zai 019-2829066 (Putrajaya)
Nurul - 019-7728874 (Kuala Lumpur)
Erni - 019-5331550 (Kota Kinabalu)
Hazliza - 012-2742560 (Kajang/Putrajaya)
Lenny - 0187273253 (KL/Lubuk China)
Ruhaya - 0173681203 (Shah Alam)
Sarini - 0138139452 (Miri)
Zulaikha - 0178926243 (Semenyih)
Asraf - 0129208071(Sg. Chua)
Chrisal - 017-6550388 (KL)

Saturday, September 29, 2012

Aktiviti baru

Bermula selepas raya hari tu aku dah mula dengan aktiviti baru berbusiness melalui online...alhamdulillah sambutan yang menggalakan banyak pengalaman baru yang aku perolehi sebenarnya, selagi kita tak mencuba selagi itu kita tak tahu...

aku dah mula mengentahui perniagaan internet ni dari masa aku start kerja dulu..yelah masa tu start internet meluas di Malaysia, cuma pendedahan terlalu kurang menyebabkan ramai yang masih takut-takut..

Tahun ni aku dah bermula untuk berbusiness secara talian bermula dengan cara sambilan. Apa yang aku buat ada dua business

1. http://www.facebook.com/pages/Nizam-Gadjet/118521841629328?ref=hl

menjual produk telecomunikasi dan internet dari china beberapa contoh gambar yang dapat diselitkan

Tablet - Novo 7 Tornado

Handphone Note

MIFI - device untuk jadikan simcard broadband sebagai Wifi Adapter
 
 
 
 
Produk pelangsingan dari New Image turut menjadi produk ku...
 


 
 
terima kasih kepada kawan-kawan yang percaya dengan aku, yang membeli dengan aku, yang bagi aku support, sebab aku secara jujur masih takut dalam dunia business ini..sebab aku bukan dari kalangan orang yang pandai berbusiness sebab tu buat secara sambilan..doakan aku berjaya dalam dunia baru yang aku ceburi ini...thanks..
 
 

Tuesday, August 28, 2012

Sistem pendidikan semakin bagus atau sebaliknya???

Selamat Hari raya buat semua pembaca blog sekelian...sempena hari baik bulan baik ni, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan ku yang lalu secara sengaja atau tidak sengaja telah menyinggung mana-mana individu..

Biasa lah bila tiba hari raya, semua orang berkumpul sambil bercerita tentang bermacam2 isu, tidak kurang juga dengan aku, masing2 lama tak jumpa yelah sibuk bekerja, dan hari raya merupakan satu hari yang bahagia dapat mengumpulkan semua adik beradik dan sanak saudara. 

aku terpanggil untuk menulis tentang tajuk di atas selepas mendengar luahan adik iparku,seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di kuala lumpur, beliau mengatakan bahawa sistem pendidikan sekarang lebih kepada mencari popularity di kalangan menteri pendidikan sehingga mengabaikan quality pendidikan itu sendiri. tiba-tiba isu ini menjadi makin hangat di persembangkan, kerana aku juga turut bersetuju dengan pendapat itu, kerana tempias itu turut dirasai oleh kawan-kawanku yang bergelar pensyarah di IPTA atau IPTS, kerana kesinambungan mereka ini akan berlarutan ke Institusi pengajian tinggi kelak.

kesian pelajar-pelajar yang menjadi mangsa kepopulariti orang-orang ini, kami bukan komen sistem pendidikan itu tak bagus cuma cara perlaksanaan nya yang mengbimbangkan contoh yang adik aku beritahu :-

pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan PMR (dululah)..masa peperiksaan pertengahan result dia hancur atau kebanykan subject fail...duduk pulak percubaan pun fail, class banyak ponteng..alih-alih bila peperiksaan sebenar, dia dapat gred yang bagus ada yang A dan ada yang B+, tak di nafikan kalau last minit dia belajar dan patut dapat gred sepatutnya, sebagai guru kita patut berpandangan baik sahaja lah, memang kita di luar pun bangga kalau kita dapat result macam ni, tapi cuma jauhari yang mengenal manikam, masuk tingkatan 4 ramai saudara mara kaum keluarga kata ohh..boleh masuk kelas sains ni...amik lah kelas sains...tapi bila bab belajar, masih di takuk yang lama, suruh buat kerja rumah, tetap tak boleh buat, cikgu ulang balik bab simple2 pun tak boleh jawab..macam mana boleh masuk kelas sains ni???

ramai guru-guru kata, gred sistem peperiksaan ini telah di turunkan taraf nya..persoalannya kenapa perlu begini?..kenapa kita tak amalkan ikut berapa sahaja gred yang dia selayaknya dapat, tak perlu nak di bandingkan antara sekolah-sekolah gred yang bagus, kerana yang padahnya anak cucu kita nanti...

Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, mereka sendiri dapat menilai di mana kelebihan dan kelemahan masing-masing, teringat sistem peperiksaan dulu-dulu, siapa tak pass tak boleh naik tingkatan, pada aku sistem ini cukup bagus, tapi aku sendiri tak berkesempatan melalui nya kerana aku sendiri melepasi satu sessi baru bagi PMR. tapi nasib SPM aku sempat merasai keistimewaan sistem "PANGKAT". sebab tu agaknya orang-orang dulu, yang pandai sememangnya pandai.

pada aku, kalau nak ubah, boleh ubah, tapi kajian dan penerangan perlu di perjelaskan, lepas ni dah takde peperiksaan lagi, memang canggih, tapi macam mana nak menilai pelajar semua masih kabur. orang ramai dah nampak, PMR dah takde harga, dulu SRP pun ramai yang nak amik kerja, SPM pun dah tak tinggi nilai dia, dulu Diploma pun dah cukup bagus, sekarang kerani pun perlu ada Degree, so siapa yang belajar sampai degree tu setara dengan SPM dulu-dulu je sekarang, di mana patut diletakkan taraf pendidikan tinggi ni.

sekian wasalam

Saturday, August 11, 2012

Iftar bersama rakan-rakan.

Assalamualaikum...

Selesai sudah iftar bersama rakan-rakan yang pernah bersekolah bersama-sama dengan kami, suami isteri semalam yang dibuat Bandar Sri Putra, majlis berlangsung di rumah salah seorang kenalan. Tahun-tahun lepas, kami buat majlis berbuka di restoran atau mana-mana hotel yang menyediakan hidangan buffet, tapi dulu berbuka hanya 2 orang sahaja, suami isteri, tanpa anak-anak..boleh la.

Bermula tahun lepas, ramai yang dah menyedari bahawa anak-anak semakin membesar dan cuba inginkan kebebasan yang lebih sedikit dari biasa, so kami cadangkan untuk berbuka di rumah salah seorang kenalan, lebih mudah untuk mengawal dan selesa untuk semua untuk berbuka puasa. kalau tak....aku pasti aku pun tak boleh makan dengan senang, dengan si dia yang nak berlari kesana kemari....

Konsep majlis berbuka ini ialah "pot luck" so setiap orang akan membawa sedikit makanan, walaubagaimanapun, sedikit tu kalau dah beberapa family yang datang,,fuhh penuh meja, macam lauk buffet kat hotel juga lagaknya..kekenyangan kami, lauk tetap macam biasa, tak habis...tapi muka masing-masing macam puas, Alhamdulillah, boleh makan, anak-anak boleh main....hampir semua orang anak hampir sebaya, so takde masalah sangat dari segi bermain.

selesai makan, selesai solat, masih ada yang sambung lagi...lauk banyak la katakan...nak buang membazir, budak-budak sampai lupa nak makan, leka bermain...macam-macam ragam...seorang tak boleh tak nampak ayah, tapi dalam masa yang sama nak ikut emak pergi solat, bila duduk dengan ayah, tak boleh tengok emak pergi solat, so macam mana?hehe...yang sorang terkejut tengok orang ramai sangat kat rumah, sampai tak main...berdiri je tengok orang main mainan dia...(anak tuan rumah ni). yang lain-lain belasah je main, lupa kejap kat mak ayah masing2.

Sambil duduk bersembang tu...topik perbualan kami sang suami-suami, beralih-alih...dari topik isu semasa, persiapan raya, rumah, tempat kerja, dan anak-anak...sentiasa bertukar ganti..cuma bezanya, dulu sembang part anak-anak ni jarang keluar, tapi sekarang dah keluar, semua baru berpengalaman ada anak. ada yang dah ada dua, dan tak kurang juga masih satu...sungguh pun begitu..mata masing-masing duk perati tengok anak-anak duk bermain, yelah takut-takut terlebih excited...

sembang-punya sembang jam dah dekat pukul 10.00 lebih, budak-budak ada yang dah berhenti bermain, yang hisap susu, yang tengok Tv, tapi anak aku tetap bermain..dia ni memang takkan berhenti bermain sampai dia tertidur sendiri dengan mainan dia....atau kena paksa tidur..aku rasa yang paling lasak malam tu nampak gaya anak aku, siap lompat dari sofa, orang lain tak buat pun, lepas dia buat tu ada jugak yang mengikut...naik tangga sampai tingkat atas (yelah rumah sendiri tangga kat luar rumah)...

Yang pasti aku akan rindukan waktu ini..waktu melihat anak-anak membesar dengan sihat..sungguh pun penat terjerit2 melarang buat benda-benda yang tak patut, tapi itulah lumrah kanak-kanak, walaupun yang lain nampak macam ok...(tapi aku nampak ada jugak yang kena cubit ngan mak ayah sebab duduk tak diam)...macam-macam ragam dan cara orang mendidik anak...walaupun setiap kali selepas marah anak-anak, hati aku akan turut terguris kerana terpikirkan betulkah tindakan aku ini?..tapi terpulanglah...yang pasti doa untuk anak-anak membesar dengan sihat, menjadi insan yang baik dan soleh atau solehah, pandai, mendengar nasihat akan sentiasa di bibir setiap ibu bapa.

sekian wasalam.


Saturday, May 5, 2012

Siapa yang betul??

Isu yang cukup hangat di pekatakan minggu ni...aku malas nak komen sangat terlalu sensisitf..tapi pada aku..cukup sekadar setiap perkara yang berlaku tetap ada pro and kontra nya..baik bagi pembangkang mahupun kerajaan....betul lah kata orang..politik tu bagus..tapi orang yang menggunakan politik tu yang menjadikan politik kotor....pada aku seperti orang kebanyakan yang tak ambil kisah sangat pasal memperjuangkan benda2 politik ni...cukup sekadar orang yang aku akan undi nanti boleh membuat kebajikan keatas penduduk setempat, itulah tujuan utama mereka di pilih...tetapi malang...selalunya bila sebelum di undi macam2 percaturan yang di buat..tak kira sebelah mana pun semua sama...selepas  di undi..hilang...nak jumpa susah...lepas tu cakap minta je apa sahaja..tulis surat..tapi tak bagi2 pun....bila penduduk di timpa musibah..perghh ramai yang datang bagi sumbangan..macam2 dari adun, parlimen, kerajaan, semua ada, siap masuk berita..(tu yang semua orang tahu tu)lepas tu yang pembangkang buat tak masuk plak...mana yang adil tu..bukan nak marah...cuma rasa geram..kadang2 orang TV yang mengetengahkan mereka2 ni baru datang bantuan tu...kalau takde TV rasanya pun senyap juga..ada alasan yang bunyi...diorang tak register dengan kebajikan macam mana nak tolong...aku tak rasa orang yang susah ni tahu macam mana nak register...itu guna orang yang di lantik...adun, pegawai daerah, JKK, ketua kampung, JK penduduk dan macam2 lagi...

Tugas kita ni macam fardu kifayah (betul ke..kalau salah tolong betulkan lah ye) bukan semua orang boleh buat..macam doktor..tak semua orang boleh jadi doktor..tetiba semua orang berebut nak jadi doktor...kang sapa pula nak belajar jadi arkitek...takde pulak orang buat bangunan..so tak berkembang lah dunia ni..sebab tu memang patut setiap orang kena ambil peranan masing2...dah ada orang jadi ahli politik biar dia perjuangkan apa yang sepatutnya..dan aku tak nafikan dia patut dapat sokongan rakyat...tapi jangan lah salah guna.....tapi orang yang kat luar ni pun macam2 ragam mintak nye...mentang2 dah ada orang minta untuk kebebasan bersuara....sampai nak minta macam2..nak minta seks bebas lah bagai...lesbian, gay, bioseksual dan transeksual(LGBT) pikir pakai otak la weii....aku rasa bersyukur ada di Malaysia yang aman ni...dan semua rakyatnya mempunyai agama...dan setiap agama dah menerapkan nilai-nilai moral yang murni...sebab pada aku yang minta benda-benda macam ni...sebenarnya mereka yang dah jauh terpesong dari agama masing2...sebab mungkin kawan2 aku ramai yang bukan beragama islam pun mengaku benda yang sama...seks di luar tabii ni dilarang..tak mengembangkan generasi yang sihat kata mereka...

Pada aku tak salah nak menyokong apa yang ahli politik tu perjuangkan.....biarlah kita sokong setakat yang patut..sebab yang aku nampak bila menyokong ramai yang jadi taksub, bila taksub, banyak perkara buruk boleh berlaku, ada sahaja provokasi tak kira besar atau kecik, boleh menyebabkan rusuhan berlaku....tak kisah kerajaan atau pembangkang....bila dah rusuhan berlaku semua orang menunding jari, polis salah, pembangkang salah, kerajaan salah, penyokong perhimpunan salah, alih2 orang yang tak pergi ni...semua pening..sapa yang betul?..budak2 muda yang pergi la mangsanya...darah muda la katakan....yelah diorang yang teruk2 kena..tapi orang atas atau ahli politik lain tu rilek je makan cendul bawah pokok...esok masuk paper atau TV cakap mereka yang buat kekacauan patut di kenakan tindakan undang2...siapa yang tahu siapa buat kacau dalam ramai2 tu?pikirlah...aku pun rasa kalau aku di tempat penyokong tu aku pun mungkin akan buat perkara yang sama, begitu jugak kalau aku kat tempat polis tu..kita semua orang yang di cipta olehNya, yang punya perasaan yang sama....so selalulah pikirkan sekiranya kita di tempat mereka...bercakap memang senang dari tindakan semasa..orang tak nampak dan tak lalui saat itu...sebab diluar ramai yang masih tertanya2 siapa yang betul?

Thursday, April 5, 2012

In Memories...

Kini kolej Mutiara kehilangan satu lagi aset penting, pekerja yang berdedikasi dan susah untuk mencari galang gantinya....dahulu dah hilang sorang Mr. Pratheeban bermula Nov 2011.
My exbos yang tak pernah menganggap diri bos..tp kalau orang datang opis pun dah boleh kenal sapa bos..(Kerana size nya yang cukup besar)..tengoklah gambar tu...aku suka konsep yang di pegang, tiada istilah bos, semua orang adalah pekerja...you must trust everybody...sebelum beliau berhenti..dia ada discuss dengan aku..sekiranya dia berhenti adakah aku boleh handle semua tugas ni..aku cakap i will try my best... diakhir waktu tugas beliau..SRC buat satu majlis untuk meraikan pemergian beliau..yang aku suka cara beliau ialah..dia pandai untuk mengontrol audience supaya tidak membanjiri majlis dengan sessi airmata...aku sendiri diminta untuk membuat ucapan terakhir untuk beliau...tiada ucapan yang boleh aku sampaikan...aku sedih masa tu...ucapan tu kupendekkan..sebab takut terburai jugak airmata ini....esok selepas pemerg
ian..aku terasa kosong sekejap..tak tahu nak buat kerja..blank...tang mana nak start pun tak tahu...
setelah itu..aku diperlukan untuk menanggung tugas beliau sementara mendapat pengganti baru bagi jawatan beliau..tapi aku rasa aku tak mampu nak buat sendirian, sama seperti beliau, memerlukan aku sebagai pembantu..begitu juga aku...so aku pun membuat keputusan untuk membawa turun seorang staff Nur Afinnadia Ariffin untuk menggalas dan sama-sama memikul tanggungjawab menentukan hala tuju kolej ke arah yang sepatutnya...
kami bekerja macam biasa tugas dibahagikan mengikut tugas-tugas yang selayaknya...masing-masing nampak terbeban dengan tugas yang banyak ini...tp tetap menjalankan tanggunjawab sebaiknya...akhirnya setelah habis semester 10/2011...najwa datang tanya..boleh tak kalau dia nak berhenti...?? dan kalau nak berhenti notis berapa lama?..aku terkedu jugak..tp jawapan tetap akan sama..mesti boleh...mana boleh tahan orang...kalau company ni aku yang punya...comfirm aku offer dia macam2...akhirnya najwa pun menghantar surat untuk meletakkan jawatan...aku terima lagi dengan redha nya..ialah rezeki orang siapa yang tahu..mungkin rezeki yang lebih baik menanti..tapi aku terkilan hilang seorang staff yang merupakan aset kepada company...bukan senang nak cari staff...
Baru 5 bulan kami bekerjasama, berbincang tentang keputusan yang akan diambil, segala perlaksanaan di buat bersama..akhirnya pada bulan mac Nadia menunjukkan satu surat panggilan dari TNB yang memerlukan dia berkhidmat di TNB..."Sir kalau saya bagi surat ni..sir sakit jantung tak?..." memang berkaca mataku masa tu....tp itulah hakikat yang aku kena terima...rezeki mereka...aku tak menghalang...bos lama pun cakap...kita takkan nak bersara disini mungkin...tapi aku baru nak selesa dengan keadaan tugas yang meruncing...tiba-tiba dia perlu meninggalkan aku...aku rasa macam nak menghilangkan diri masa tu...sedih kejap..tak tau apa nak buat...semalam dia dah takde..aku terasa opis ni kosong...semalam aku pg buat majlis bacaan yaasin..selalu ada orang kat belakang untuk tengok student perempuan...kali ni aku kena duk tengah-tengah nak tengok diorang dengar ceramah..selalu pergi buat sport check hostel tengah2 malam...ada la yang teman(Untuk check perempuan)....nadia dan acap...
saat hari-hari terakhir aku jadi keadaan yang sama seperti bos ku dulu...takboleh nak buat speech...kena cakap pusing2..sedih..takboleh nak tengok muka nadia dan najwa..
namun pemergian mereka meninggal seribu kenangan buat pelajar-pelajar dan staff kolej mutiara..buat pelajar-pelajar kami akhirnya berjaya mencari pendidik yang berdedikasi untuk mendidik mereka mengikut acuan yang dikehendaki...
bagi kolej, kami akan merasa kehilangan yang amat besar bagi mereka ini, kerana dedikasi yang ditunjukkan oleh mereka tanpa berbelah bagi....aku sayang korang semua...semoga korang lebih berbahagia dengan kerjaya masing-masing..
aku perlu kuat kan semangat..meneruskan perjuangan...kadang-kadang terpikir jugak kenapa bukan aku yang pergi dulu dari diorang...kalau tidak aku takkan rasa perasaan ini...tapi takpe..aku masih ada Erda wati...bakal pengganti Nadia Ariffin...kalau orang tak sama...tapi aku rasa dia boleh buat seperti mana nadia buat...Thanks a lot to Nadia...jasa mu disini takkan dilupa dan tetap dikenang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...