Pages

Banner

Wednesday, December 26, 2012

Project Baru Silk Screen Printing

 Selamat malam...tanggal 12.12.12 bermula episod baru bagi kerjaya baru ku..aku dah mula mencari-cari apakah yang ingin ku lakukan sebagai tambahan kepada ruang-ruang yang ku ada ini...so bila saje adikku cakap nak buat baju utk family day kami yang akan berlangsung pada 23/12/12 tu...aku mula terfikir, why not kita cuba buat baju sendiri, aku pun pernah terjumpa dalam you tube diorang ajar..takdelah susah sangat nampak gayanya...dan peralatan dia pun takde la canggih manggih..setakat kayu kain ngan cat je...

so bermula dari situ aku mula mencari-cari dalam internet, tentang proses-proses ni...ramai blogger yang ajar cara nak buat ni...biasalah dari kaedah pembacaan ni dia lain sikit...tu sebab ramai yang buat class, satu hari...diorang ajar buat semua benda...dan ada juga yang jual starter kit utk buat semua benda tu...tapi kebanyakan takkan jual kat orang yang tak pergi class..sebab takut orang2 ni membazir je beli..aku pun dengan masa yang cukup singkat, dan diperhatikan jadual, langsung takde jadual yang terdekat ni..so terpaksalah mencari alternatif berlatih mengguna kaedah cuba jaya...kalau berjaya, ada la baju utk family day tu..kalau tak...baju kosong ler jawabnya...aku suruh adik aku sponsored baju T-shirt yang murah2....aku akan sponsored beli peralatan dan buat...

susah juga nak mencari peralatan ni...sebab cari dalam internet tak jumpa2, semua orang jual starter kit terus, dan perlu di order, seminggu baru barang sampai....aku takleh tunggu seminggu tu...sebb nak belajar banyak ni...so kena cari sendiri, jumpa satu broder ni dari Sg. Buluh...call terus, tak main dah mesej2 ni...call dia kata boleh dia tolong poskan...aku cakap nak pergi ambil sendiri, dia suruh mesej peralatan yang aku nak...aku pun bgtau status aku yang baru nak belajar, dan mintak dia senaraikan apa peralatan yang aku perlu dan aku juga senaraikan perlatan yang aku rasa aku tahu, utk ketahui harga sebelum buat deal...dia terus senyap...hmm..tak boleh jadi ni...dia nak business ke tak ni??? habis online tak jumpa, KL aku redah..sebab aku rasa takkan takde supplier dia kat KL ni kan..Jalan punya Jalan, tanya orang sana sini, semua kedai stationary dan lukisan aku tanya, kot-kot diorang jual dari pasar seni sampai ke chowkit..sebab sini je kawasan pemborong dan supplier seluruh malaysia utk berniaga..akhirnya ada satu hamba Allah ni aku lupa nak tanya nama dia, dan aku pun lupa apa nama kedai dia....agaknya Allah nak tolong aku berjaya buat ni agaknya..dia bgtau ada satu kedai kat jalan Ipoh..tp bukan jalan ipoh...jalan dia masuk dalam2 sikit...aku pun lupa nama kedai dia..nanti aku ingat aku upload balik..sebab pergi sekali je...staff pun bagus, sebb aku cakap terus terang..aku baru nak mula belajar buat benda ni..tolong suggest kan apa2 barang yang aku perlu...dia pun tlg amik kan barang dan tlg jelaskan....cara nak buat dia cakap "you tengok you tube ma banyak sana tunjuk cara buat..." perghh amoi ni...senang je cara dia cakap...tp apa pun..aku betul2 bersyukur dengan bantuan Hamba Allah tu..dan juga bantuan amoi ni...

apa lagi..balik terus...practice make perfect la....bila dah tgk video..dan cuba sikit2 macam mana nak buat...rupanya indah khabar dari rupa...susah juga benda ni..patut la diorang caj ikut blok...


ni rupa blok aku yang dah siap..ni sample pertama...mula2 belajar buat blok..


 test print atas baju sendiri dulu

 ni corak belakang...nampak kecik sangat...so basuh dan buat balik blok...


dan akhirnya bila dah berjaya buat..akhirnya semua ada baju sendiri..best tengok bila semua orang pakai hasil air tangan sendiri..

bila dah siap..pakai tu..ramai jugak yang tanya..family day mana dik? family day sendiri2 je...takde mana2 pun...huissyy siap buat baju tu...senyum je lah aku pun...so selesai project pertama ku...ni sekarang tengah tunggu kalau-kalau ada project kedua..

5 comments:

Unknown said...

Kt mn kedai tu bro

Nizam said...

takde kedai, buat sendiri di rumah..

fudge said...

Salam,

kedai jalan ipoh tu apa nama nya ye?
nak beli gak..

Nizam said...

Sorry baru teringat..Hai Kuang kalau tak salah

Nizam said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...