Pages

Banner

Thursday, February 28, 2013

Pesanan si tua untuk orang muda

 
Antara cerita yang memberi kesan untuk aku meneruskan perjuangan dalam dunia perniagaan ini. jom kita renung-renungkan sambil merehatkan minda.
 
Suatu ketika dahulu, ketika sedang terlantar sakit dan diberitahu oleh tabib bahawa hayatnya sudah suntuk benar, seorang lelaki tua memanggil dua orang anaknya. Dia berpesan kepada kedua-dua anak lelakinya itu supaya menjaga perniagaan yang bakal ditinggalkannya nanti dengan baik.
 
“Anak-anak ayah… bila ayah sudah tidak ada nanti, kamu amalkan dua pesanan ayah ini. Pertama, jangan sekali-kali menagih hutang pada orang yang berhutang dengan kamu. Kedua, apabila hendak pergi dan balik dari kedai, jangan sekali-kali kamu benarkan dirimu terkena cahaya matahari. Amalkan pesanan ayah ini, nanti perniagaan kamu akan Berjaya,” pesan lelaki tua itu.

Tidak berapa lama kemudian, lelaki tua itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
 
Selepas lelaki tua itu meninggal dunia, perniagaan dan kedai-kedai yang ditinggalkannya diuruskan oleh dua anak lelaki tadi. Kedua-dua beradik berkenaan menuruti pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Anehnya, selepas setahun, perniagaan anak yang bongsu jatuh merundum. Sebaliknya, perniagaan yang diuruskan oleh si abang pula bertambah besar dan maju.
 
Suatu petang, si ibu berjumpa dengan kedua-dua anak lelakinya tadi. Dia bertanya, apa terjadi pada perniagaan mereka. Si adik terus mengeluh dan memberitahu, kini dia hamper bankrap.
 
“Apa yang kamu buat? Kamu ikut pesanan arwah ayah kamu,” Tanya si ibu.
 
“Ikut, mak. Saya tidak pernah menagih hutang dari mereka yang  berhutang dengan saya. Tapi masalahnya mereka tak bayar pun hutang-hutang mereka. Hutang itu sudah terlalu banyak sampai saya kehabisan modal.
 
“Untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari, setiap hari juga saya terpaksa keluarkan duit tambahan bagi membayar tambang beca untuk ke kedai. Mak, sekarang duit saya dah tak adalagi, saya kena tutup perniagaan saya.”
 
Si ibu berpaling pula ke arah anak sulungnya. Dia bertanya, bagaimana perniagaannya boleh bertambah maju dan besar.
                
Jawab si abang, “Bila ayah kata jangan tagih hutang daripada orang yang berhutang dengan kita, maka saya buat keputusan semua urusan perniagaan saya mesti dibayar dengan tunai. Tidak boleh hutang. Hasilnya, modal saya bertambah dan perniagaan saya berjalan lancer.

 
“Kemudian, disebabkan ayah kata jangan benarkan diri kita kena cahaya matahari semasa pergi dan balik dari tempat kerja, maka saya pergi kerja sebelum matahari terbit dan pulang bila matahari terbenam. Ayah memang bijak, pelanggan saya semakin hari semakin bertambah sebab kedai saya dibuka paling awal dan ditutup paling lewat.”
 
Si ibu tersenyum. Ternyata anak sulungnya itu dapat membaca maksud di sebalik pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dulu.

Orang tua adalah orang yang tinggi akalnya. Mereka tahu asam garam dunia dan sering menguji kita dengan cara yang tidak kita duga. Tetapi orang muda sering melihat pesanan orang tua pada satu lapis permukaan saja. Orang muda yang Berjaya adalah mereka yang mendengar nasihat orang tua dan bijak membaca ketinggian akal mereka

sumber dari bernama548 blogspot

IBU MENYUSU BOLEH MINUM KE TAK ALPHA LIPID SD2??


JAWAPANNYA: BOLEH

ALSD2 adalah selamat untuk ibu menyusu bayi atau anak.. lepas habis pantang je boleh start diet.. Semasa menyusukan bayi, apa yang paling penting adalah untuk si ibu dapatkan tenaga dan nutrisi yang cukup daripada pemakanan. Ini bertujuan untuk menghasilkan susu dan susu tidak kering. Dengan itu, perlu ambil pemakanan diet yang seimbang dan berkhasiat..

Walaupun ALPHA LIPID SD2 itu sendiri dapat membantu kita mengamalkan cara pemakanan yang sihat, kita perlu memastikan jangan terlampau ketat dalam pengambilan gula.. Takut nanti terketar-ketar pulak tak cukup gula.. Ibu menyusu jugak perlu ambil sedikit nasi, jangan terlalu ketat dalam memilih makanan takut nanti susu kering.. Jadi jangan risau.. You all yang nak kurus cepat dan selamat boleh minum produk ini dan tak akan ada apa2 kesan kepada bayi atau anak anda..

Alpha Lipid SD2: Kalau Tak Turun?

Anda still ambik Alpha Lipid SD2 tetapi berat badan tak nak turun lagi..... Boleh cuba REFRESH atau RESTART balik badan dulu sebelum mula minum ALSDII kembali..

1) sekurang2nya 3 hari.. ambil buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja seperti buah tembikai, epal, kiwi, betik atau apa2 sahaja buah dan apa2 sahaja sayur-sayuran.. makan je sebanyak mungkin..
- tujuan makan buah dan sayur sahaja untuk neutralkan balik PH dalam badan kita..

2) selepas 3 hari mula berdiet dengan ALSDII seperti biasa.. pasti berat akan turun kembali dengan gunakan ketostik pada hari 3 masa berdiet..

Saturday, February 23, 2013

Cara-cara promosi - flyers

Ok, hari ni nak kongsi sikit tentang cara-cara promosi yang boleh dibuat, sebab bukan susah pun, cuma perlu keluarkan modal sikit lah. Untuk tips hari ni, saya nak share tentang buat promosi guna flyers. Business online pun nak kena guna flyers? yes, jangan terkejut, kalau taknak guna pun boleh, tapi berapa ramai yang boleh tahan untuk tunggu dapat sale dari online, so nak mempercepatkan, kena jugak guna cara lama ni.

Jangan ingat bila kita dah guna online, flyers ni dah tak perlu lagi, sebab ini salah satu cara untuk kita kembangkan business online kita juga, terutama untuk yang baru mula-mula nak buat business online, yelah contohnya, bila kita buat blog, kita perlu dapatkan orang untuk baca blog kita baru lah kita dapat sale, kalau takde orang baca macam mana kita nak ada customer, so inilah salah satu cara. Buat permulaan, kita cari orang melalui offline terlebih dahulu.

Dalam tips buat flyers pula, kita tak perlu buat banyak sangat info, cukup sekadar buat ayat supaya orang tertarik untuk baca, kemudian untuk dapatkan cerita penuh, suruh dia masuk laman web atau FB dan mungkin call kita terus untuk dapatkan maklumat penuh.

kemudian bila flyers dah siap, hantar la print. Haaa..kat sini yang perlukan modal. Kalau ada budget boleh buat color punya, kalau takde fotostat je, janji info yang kita nak sampaikan tu dapat dibaca itu yang penting, cuma kalau boleh buat color tu, impact dia besar sikit la.

Dah siap print, haa masa untuk mengedarkannya, ini ada banyak cara untuk edar, nak free pergi hantar sendiri, kalau mampu bayar, bayar je.
antara cara yang boleh dibuat untuk edaran
1. hantar ke rumah rumah - free atau berbayar
2. melalui surat khabar - kena bayar
3. wiper kereta di mana-mana parking lot - free atau berbayar.

untuk flyers ni, jangan kita terlalu kedekut, buat sikit-sikit je sebab takut rugi je buat banyak-banyak, tapi takde orang call. Ini dinamakan pelaburan, anda melabur hari ni, untuk memaklumkan kepada orang ramai dimana mereka boleh cari produk anda. jangan mengharapkan mereka membeli, dan mengharapkan mereka membeli selepas anda hantar.

semua ni perlu diberi masa, saya dapat satu customer yang call saya untuk beli produk Alpha lipid ni, setelah saya letak flyers di kawasan perumahannya 3 bulan sebelum ini. itu pun bukan melalui peti surat rumah dia, kawan dia yang simpan, mungkin dia sendiri yang nak, tapi tak berpeluang untuk beli, alih-alih bila jiran yang berminat (customer saya) baru dia serahkan padanya, itu pun keadaannya dah lunyai, hanya no telefon sahaja yang boleh dibaca.

kita buat satu statistik anggaran, sebab taknak bagi kita terlalu mengharapkan hasil dari flyers ni, company besar-besar pun masih guna flyers ni, tapi dalam keadaan yang berbeza. Sebagai contoh Restoran makanan segera (Pizza, mcd dll). Anggaran yang perlu kita buat ialah 1000 flyers = 1 panggilan, so kalau kita rasa nak dapat 2 panggilan, sila lah buat 2000.

kenapa 2000? kurang pun boleh, cuma takut tak meluas, dan kita termiss kawasan-kawasan potensi tinggi. lagipun anggaran untuk dapat satu call ialah 1000, so kalau kita buat kurang, ada kemungkinan kita tak dapat langsung.

so apa yang penting kat sini, jangan takut untuk melabur, kerana dalam business anda melabur baru anda dapat hasilnya, tak lama pun anda perlu buat semua ni, once orang dah kenali produk anda dan anda, anda dah tak perlu risau lagi, ada kemungkinan, orang lain pula akan promote kan produk anda tanpa anda sedari.

Jom mari kita cuba untuk buat promosi gaya lama ni.

Thursday, February 21, 2013

Berat badan berlebihan merupakan satu kesalahan.

Best kan tajuk ni? terjumpa dalam satu laman di FB, berat badan berlebihan merupakan satu kesalahan, tapi bukan di Malaysia tetapi di Jepun. Undang-undang ini telah dikuatkuasakan pada tahun 2009 yang mana lelaki berumur lebih 40 tahun tidak boleh melebihi 80 sm manakala perempuan pula 90 sm. pemeriksaan berkala akan dijalankan oleh pihak berwajib. Huh sampai macam tu sekali kan.

Habis tu untuk yang jenis ni pulak macam mana yer?? 
hahaa..bayangkan kalau ia terjadi di Malaysia???

Bolehkah Anak kecil minum Alpha Lipid Lifeline?

Alpha Lipid Lifeline sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk bayi berumur 3 bulan dan ke atas, bagi bayi di umur seawal 1 hari hingga 2 bulan 29 hari digalakan untuk mengambil colustrum dari susu ibu terlebih dahulu, selepas dari proses itu, baharulah dibenarkan untuk mengambil colustrum Alpha lipid ini.

Susu ini digalakan untuk diambil sehari sekali. dilarutkan dalam air kosong bersuhu bilik, diberikan di awal pagi, sebelum minum apa-apa jenis susu lain. tetapi sekiranya ada kanak-kanak yang telah berumur lebih setahun, campurkan didalam susu mereka yang telah sejuk, bagi mendapat khasiatnya, kerana susu ini tidak boleh dicampur dengan air yang suam/panas.

Apa khasiat untuk kanak-kanak?
Dewasa ini, terlalu banyak isu kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital kerana asma dan bermacam-macam jenis penyakit kritikal yang tidak diketahui. Hospital juga tiada pilihan yang boleh dilakukan melainkan menahan kanak-kanak ini di wad agar dapat perhatian sewajarnya. Oleh itu wajar mereka juga diberikan nutrition tambahan untuk mengembalikan daya tahan badan masing-masing.

Bagaimana nak merawat resdung?

Ternyata persoalan yang dah lama selalu bermain di fikiran masing-masing, jawapan yang pasti dari saya ialah ALPHA LIPID LIFELINE. Mudah kan, dan ianya ternyata berkesan untuk diri saya sendiri, saya sendiri merupakan penghidap resdung, tapi saya tidak pernah membuat rawatan dengan hospital pakar, dan saya tidak tahu dimana tahap saya, walaupun pernah hilang sebelah pendengaran akibat resdung ini. Dan diluar terdapat pelbagai jenis rawatan resdung, yang saya tak nafikan kebolehan masing-masing. saya sendiri juga menggunakan rawatan alternatif ini.

Kaedah rawatan yang ada (sekadar gambar hiasan.-di copy dari beberapa laman web)




Dahulu, setiap kali waktu pagi, saya akan kerapkali bersin hingga bergegar rumah (kata isteri saya), memang kuat, kalau saya berjalan luar rumah sambil bersin, dia dah kenal itu saya. dan setiap kali selsema memang saya terlalu sensitif.

dan pada Ogos 2012 saya telah di arahkan oleh isteri saya untuk mencuba Alpha Lipid Lifeline ini, hanya minum sewaktu sarapan, menggantikan teh/kopi yang biasa dengan susu Alpha Lipid ni. Hanya dengan segelas sehari, tak sampai sebulan saya dah merasakan kesannya. kini dah tiada lagi Bersin yang kuat, dan selsema yang kerap. saya kini lebih selesa, hidung tidak lagi gatal seperti selalu. Jom sesiapa nak mencuba boleh Call/sms/whatsapp saya di 012-3203604

jangan biarkan resdung anda menghantui anda, (gambar pesakit anda boleh google)

Tuesday, February 12, 2013

Berniaga Kelapo Goncang di Internet

Haa...siapa kata makanan tak boleh berniaga di Internet? Disebabkan internet jugalah banyak kedai-kedai makan yang dulu suram, kini bertukar famous, kenapa? sebab begitu ramainya pengguna internet kini, internet kini dah jadi macam surat khabar, apa sahaja isu, tak kisah yang negatif atau positif semua akan jadi bahan, dan kesannya mungkin di luar jangkaan.

Inilah yang berlaku kepada salah seorang sahabat ku, yang kini menjual coconut shake atau dalam bahasa melayu nya Kelapa Goncang, dahulu sewaktu mula-mula dia berniaga dulu, aku pernah singgah ke tempat beliau di Lubuk china sana, masa tu antara waktu baru-baru buka la, dalam 4-5 bulan macam tu kot. kitorang sembang-sembang lah, pasal business masing-masing, dia cerita dia punya, aku cerita aku punya macam mana, sama-sama share. Dari cara dia bercerita, mulanya aku nampak, susah juga business konvesional ni, yelah, dia cakap bukan senang nak buat sale dekat kampung ni, dia kata nak dapat RM1000 sebulan tu pun berpeluh ketiak la katanya. yelah duduk kawasan kampung jual pulak coconut shake. namanya pun dimelayukan sebab, yolah letak cocunut shake pakcik-pakcik semuo tanyo, apo ni jang?? ponek nak menjawab katanya, tu yang letak je kelapo goncang. Masa aku pergi tu orang memang tak ramai, memang boleh kira dengan jari berapa orang yang datang, tu yang boleh siap bersembang macam duduk dalam rumah sendiri je.

Lepas kami bercerita tentang business masing-masing, dia ternampak satu jalan untuk buat business Online dengan produk dia, cuma aku tak pasti masa kami bersembang tu, dia sebenarnya dah buat atau belum. tapi dari cara dia dengar aku bercerita tentang business online, aku tahu dia ternampak sesuatu. Bukan niat aku untuk ajar dia pun, cuma cerita cara business masing-masing. Dan akhirnya lepas aku balik dari situ, selang beberapa bulan dia invite aku untuk Like  Kelapo Goncang Panchang , aku pun Like, membantu rakan-rakan yang nak mula berniaga online, yang best nya dia ni boleh explore sendiri. Masa aku mula-mula Like dulu dalam berapa orang je baru rasanya tak sampai 30 Like lagi.

Dan Alhamdulillah, cuti CNY yang baru ni, aku berkesempatan untuk melawat dia kembali, kebetulan kami sekeluarga ke Port Dickson, mandi-mandi, dan balik tu singgah nak pekena la Kelapo Goncang ni.  

Kali ni suasana dia lain dari dulu, Orang Penuh, ramai yang datang, kami terpaksa tunggu turn untuk duduk, yelah dah datang dari Port Dickson nak sampai melaka lepas tu nak patah balik KL takkan nak balik sahaja kan, so tunggu lah, dia pun  tak sempat nak layan kami, sampai tak perasan kami datang. Betapa ramainya orang, meja ada setakat 5 buah je, lepas ni kau kena tambah wan. dulu datang, pakai blender kecik je, kali ni dah besar dah, tak cukup power nak tampung jumlah customer katanya.



Dan dalam ramai-ramai tu, kini aku dah tak sempat nak kira berapa ramai yang datang, Alhamdulillah, gembira tengok business rakan-rakan pun berjaya, dari pakcik-pakcik yang dulu petang-petang duk minum cendol/Abc kini dah tukar lepak kat tempat berprofile tinggi, minum coconut shake, mungkin kali ni bukan lagi RM1000 yang di cari kan? masa aku singgah pun, yang aku perhatikan yang datang pun ramainya bukan dari kawasan setempat, tapi dari mana-mana entah, siap berfamily datang, ada yang datang dengan kereta,basikal, motor dari kecik-kecik kenderaan sampai sebesar-besar kenderaan ada ternayata bukan orang tempatan, dia pun macam tak kenal orang-orang ni, dari budak-budak muda, sampai ke peringkat usia emas. sebab dulu aku nampak dia kenal orang-orang yang datang membeli di kedai dia. Pakcik Non, Adik Eni, Pakcik Seman, Pok Ngah Jalil....(nama samaran je tu, sebagai contoh, sebab seingat aku semua yang ditegur dia kenal namanya)
Wifi pun ada. sambil-sambil tunggu boleh layan FB kejap, tak terasa sangat, nak update status minum kelapo Goncang Panchang.

haa..siap BSN pun ada..


Orang yang tengah sabar menunggu sambil beratur...

Aku percaya dengan hanya bermodalkan  Facebook page, hanya bermula dengan invite kawan-kawan terdekat, yang mana mungkin nak melalui jalan pulang ke Melaka, yang mana dulu lalu highway kini dah tukar laluan melalui jalan lama pula semata-mata nak merasai kenikmatan Kelapo Goncang Panchang ni. Ada juga yang jalan-jalan ke Melaka atau johor singgah sekejap sini sambil lalu Pekena Kelapo Goncang Panchang ni..memang terbaik setakat ni.

Nanti aku nak invite dia untuk komen dalam post ni, tentang apa yang dia buat untuk nak berkongsi apa yang patut bagi peniaga-peniaga baru dalam business makanan untuk beronline sebagai satu wadah promosi.

Selepas dia buat baru aku nampak dan percaya, nak berjaya dalam business ni, yang penting ialah bagaimana kita untuk buat promosi, dan kelainan. Jangan kita pikir, duduk di kampung kita takan dapat customer dari luar, dan jangan terkejut sekiranya kita mulakan dengan usaha yang tidak mudah ni, kita akan dapat lebih dari yang kita jangka. 

Kalau kita tak pakar, minta bantuan dari yang pakar, dalam hidup kita banyak pepatah untuk berjaya, "Malu bertanya sesat jalan", cuma kita jarang nak ambil pepatah sebagai pegangan yang berjaya. hanya di biarkan ia bermain di bibir dan buku tulisan sekolah sahaja.

Semoga Usaha beliau untuk memajukan usaha perniagaan ini akan terus maju.

Bagaimana Nak Menjual barang di Internet

Salam pagi Rabu, buat semua rakan-rakan. Sempena Chinese New Year ni, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan yang menyambut Chinese New Year.

Di permulaan hari rabu ni, saya nak berkongsi cerita mengenai menjual barang di internet, kebetulan cuti yang panjang ni, dan bila berkesempatan jumpa rakan-rakan dan saudara-saudara, ramai yang bertanyakan bagaimana nak jual barang di Internet, saya pun cerita la, apa yang saya tahu, kebetulan dulu saya juga salah seorang pengajar untuk subject e-commerce, dan masa tu saya tak buat apa-apa pun dengan knowledge yang saya ada, saya ajar orang, tapi saya tak buat, kini saya cuba nak aplikasikan pengetahuan tu di dunia internet sebenar. Bagaimana berniaga di Internet?

Ok untuk dunia Internet ni, sebenarnya bukan lah lebih mudah, tetapi tidak sesusah macam business konvesional, tapi memerlukan usaha juga untuk berjaya, bukannya, hari ni setup blog/FB, hari juga boleh terus meletup, kena SABAR, dan guna kan internet tu sebaiknya. Alhamdulillah, ada juga yang saya ajar, berjaya, dan tak kurang juga yang tak berjaya, Apa pun itu dah jadi usaha masing-masing. saya hanya mencurahkan apa yang saya tahu, kemudian adalah usaha masing-masing, saya kini pun masih  dalam usaha untuk memperbaiki diri.

Sebenarnya untuk berniaga di internet ni tak semestinya memerlukan barang berbentuk digital, tetapi juga barang-barang berbentuk fizikal, dan juga makanan. Haaa..Makanan pun berupaya di jual dinternet, Tak Percaya??? nanti saya masukan tentang entry rakan yang berjaya berniaga makanan di Internet.

Internet ni sebenarnya adalah ruang untuk mempromosikan barang, dan juga kedai, terpulang kepada owner nak jual apa produk pun, asal pandai gunakan Internet untuk promosikan produk masing-masing, dan tunggulah hasilnya.

Salah satu medium yang digunakan ialah Blog/website dan juga FB, kenapa? kerana ini merupakan medium terhangat abad ini, macam mana? cuba kalau kita pergi melancung ke mana-mana sekarang ni, contohnya nak cari tempat makan, dimana ruang yang selalu kita tanya? bukan kah search engine google, yahoo dan macam-macam lagi? kemana dia akan pergi??mestilah blog atau FB kan, so ini merupakan platform yang telah sedia ada untuk anda promosikan produk anda, mungkin bukan hari ni, mereka nak cari, mungkin satu hari nanti, sebab tu perlukan KESABARAN, yang penting sentiasa update dengan info-info berguna untuk kemudahan orang ramai.

Tips pertama.
Perlu ada produk untuk diniagakan, tak kira la E-Book ke, service ke, atau produk nyata.

Tips kedua
Buat /develop FB/Blog/website terpulang nak yang free atau berbayar. kalau ada budget bayar la, senang nak maintain dan banyak features yang advance bila bayar ni.

kalau yang berbayar modal hanyalah untuk
1. beli domainname :RM30++
2. Sewa hosting : RM100++ setahun, bergantung kepada jenis hosting dan features yang disediakan.

Kalau nak Free
1. pergi je ke blogspot.com reg dan terus guna


Tak pandai nak buat Blog/FB?
Untuk yang baru nak mula, jangan risau, di internet ni terlalu banyak ruang yang menyediakan service untuk anda buat semua ni. ada yang free seperti blogspot.com dan ada yang berbayar seperti di http://murahnya.my/ pilihan di tangan anda. anda nak anda cuba, dan rasai sendiri.

Tips Ketiga
Buat Promosi, macam mana?? haa ni part paling penting..kalau nak business, yang ni tak buat, susah la sikit, macam mana orang nak tahu. takkan nak reg dan tunggu sahaja, so kena ada usaha, kena kerja la...

Tajuk
Ok untuk Blog atau website, untuk permulaan ni kena rajin sikit buat artikel, at least 4 artikel setiap hari..huii..banyakkan??? alah..cari la apa-apa cerita yang sesuai masa kini, yang selalu orang cari untuk dijadikan bahan, dan kemudia, buat tajuk dengan menggunakan keyword yang orang selalu cari, antaranya, mulakan dengan persoalan bagaimana, dimana, apakah. kerana tajuk ini yang selalu akan di Ping oleh search engine untuk dicari, ada rezeki akan kena dengan tajuk kita kan.

Artikel
Penulisan artikel juga penting, jangan nak gunakan bahasa yang susah sangat orang nak baca, shortform2 tu cuba kurangkan, buat macam karangan biasa, tetapi dekat dengan audience.

FB
Sama Juga dengan FB, update dengan info yang menjadikan orang selalu suka untuk baca, bila dah selalu suka singgah, kita selitkan la dengan produk kita secara tak langsung mereka mengetahui produk kita.

cuba tengok Irfan Khairi (Jutawan Internet) punya Page FB, dia selalu update tentang motivasi, yang menyebabkan ramai orang copy dan share status dia, kemudian beberapa ketika dia akan post tentang produk dia, (Diploma pemasaran internet). secara tak langsung dia masih buat marketing sendiri walaupun dah bergelar jutawan.

Tips Ke-empat
Buat promosi, untuk galakan orang membaca blog atau artikel yang kita post.
haa ni juga antara promosi yang penting, macam mana??

Blog
1. cara paling senang dan kita tahu traffic paling tinggi ialah Facebook, kerana dalam tu sahaja kita dah punya Beratus, malah beribu friends yang mungkin nampak apa yang kita post, dan mungkin baca.

2. Cari mana-mana blog, baca artikel mereka, dan kemudian komen dalam status komen mereka, join jadi follower mereka, mungkin nanti mereka pula atau rakan-rakan follower mereka akan ikut blog anda pula.

Untuk FB pula,
1. Sentiasa tambah rakan baru dalam FB anda, kalau yang personal, tapi tambah at least 5 orang sahaja sehari, jangan lebih, nanti FB block akaun anda, sebab dia ingat spam, kalau add lebih dari 10 orang sehari.

2. Kalau Page pula, cuba dapatkan Like yang banyak setiap hari, buat FB ads, bayar dekat FB untuk dia dapatkan mereka yang betul2 minat dengan produk anda untuk Like, baru anda dapat customer yang berkualiti. sebab bila kita dapat banyak LIKE ni, contohnya kita ada 1000 LIKE, bermakna kita akan spread kan info kita kepada 1000 orang, so dekat situ kita dah jimat untuk promosi secara konvesional. contohnya kita nak edar flyers kepada 1000 orang kita akan di caj sebanyak RM70.00 tapi di FB, Free Of Charge. (FOC)

Ok, setakat itu dulu untuk kali ni, bagi yang baru nak cuba-cuba buat, saya harap info ni berguna untuk permulaan, buat yang ni dulu lepas tu baru, dah settle esok  kita boleh pergi ke advance step. kalau banyak sangat takut tak terikut...buat yang ni dulu. tunggu next artikel tentang mereka yang berjaya jual makanan dengan FB.



Thursday, February 7, 2013

Tag Gambar dalam facebook

Haa...salam selamat pagi Jumaat, isu kali ni pasal tag gambar dalam facebook, dah jadi trend sekarang ni, orang suka nak tag gambar, tambah2 yang nak buat business, aku pun buat juga benda ni, antara salah satu cara promosi.

Ok kat sini aku nak bgtahu kenapa ramai sangat orang duk tag-tag gambar produk ni dekat FB. Function tag tu sebenarnya adalah salah satu cara promosi, tapi bukan nak jual kepada empunya FB yang di tag, tetapi kepada kawan-kawan si empunya FB tu, kot-kot la ada yang berkenan dengan produk, sebab tu sebelum-sebelum ni ramai yang dah berjaya buat business guna FB lalu mereka-mereka ni ajar jugak lah cara yang sama, tetapi bila dah ramai yang buat ramai jugak yang jadi naik MARAH...rilek bro, benda simple je tu, semua boleh settle.tak elok marah-marah nanti terjejas silaturahim.

Ramai yang marah sebab tak tahu apa fungsi tag tu, sebab diorang ingat nak jual dekat diorang, tu yang MARAH tu. so bila gambar-gambar produk tu ditag, dia akan spread info tentang produk kepada ratusan friends yang ada dalam friend list yang selalu nampak wall mereka tu, so secara tak langsung membina rangkaian network iklannnn. tu yang namanya iklan.

OK..itu selesai bab penerangan kenapa Tag tu dibuat, sekarang macam mana kita yang tak suka di tag ni nak remove kan benda-benda ni, penat je duk komen tapi owner takde response pun, macam mana diorang ni tak response, dah features tu mark zuckerberg dah buat, hanya dihujung jari kita je, kenapa masih perlu nak komen kat tuan punya fb yang tag kita, untag jer lah...apa susahnya.

ada dua cara untuk untag.
1. Ni kaedah pertama

Cara pertama click pada option then click report/remove tag

Cara kedua, click pada kotak yang pertama tu I want to untag myself

2. Kaedah kedua kita hanya akan benarkan gambar yang di tag yang kita suka sahaja akan memasuki wall kita.

a.Pilih Account

b. click pada Pricvacy Settings

c. Click pada Timeline and Tagging di sebelah kiri page FB anda
 d. Click pada tag Review yang di Off

 e. Siap sudah, anda dah boleh click done

 f. turn on tag review supaya memastikan sesiapa yang tag anda akan direview dahulu sebelum di post dalam wall anda terlebih dahulu secara manual.

OK. ini antara privacy yang di buat oleh FB untuk elakkan mereka yang tak suka di tag, so lepas ni kita dah tak nampak semak dah tengok wall kita, benda dah ada, activekan aje. habis cerita, tak perlu nak marah-marah. OK kalau susah sangat nak buat, unfriend je terus..habis cerita. kita tak tutup periuk nasi orang, dan elakan dari orang pun komen mengumpat benda yang sama yang kita tak suka, lain pulak jadinya, kita sama-sama ambil dari sudut positif.

Peace you all.

Monday, February 4, 2013

JANGAN BELI PRODUK TIRUAN ALPHA LIPID

Takde yang dapat lari dari situasi sebegini, mana-mana product pasti akan terkena, tapi dalam produk kesihatan jangan main-main, silap haribulan Nyawa melayang ohhh.

Syarikat New Image ada Insurance untuk product nya so senang nak claim kalau apa-apa berlaku selepas consume product dari New Image, tapi kena pastikan yang ori sahaja. yang tiruan tak ditanggung tau. Biasalah orang ramai bila dah ghairah dengar ada yang murah, dah takde usul periksa nak beli, janji murah, tapi....takut merana diri jer..

kalau beli produk elektrik/elektronik yang seludup tu ok lagi, tak memudaratkan diri, habis kuat pun rosak, lepas tu beli baru, ini, melibatkan anggota badan, rosak, takde ganti beb...

Ni ada aku copy dari entry http://www.rahsiaslimdiet.com. sebab info yang hampir sama.

Anda ada terbaca Utusan Malaysia pada 23 Ogos yang lepas? Pihak syarikat NZ New Image Sdn. Bhd. telah memberi peringatan kepada kita semua tentang wujudnya produk tiruan Alpha Lipid Slim Diet 2.

Anda perlu memeriksa batch code, manufacturing date dan barcode di bawah setiap tin Alpha Lipid SD2 yang anda beli. Jadi, saya harap anda tidak tertipu dengan produk tiruan ALSD2 yang terdapat di pasaran. Pastikan anda mendapatkannya daripada pengedar yang bertauliah seperti saya sahaja.
Walaupun anda nak kurus dengan cepat, jangan sampai anda pula yang menjadi mangsa!

Berikut ialah gambar keratan akhbar daripada Utusan Malaysia

Mengapa Berat badan tidak turun?

Jangan Kecewa, ini perkara biasa dalam program penurunan berat badan. kalau anda kecewa, anda mungkin menambahkan lagi risiko melambatkan penurunan berat badan, sebaik-baiknya dapatkan nasihat secepat mungkin.
 
Sesetengah pihak mengadu penurunan berat badan yang perlahan @ mendatar setelah agak beberapa lama mengamalkan SDII. Ini bermakna tahap metabolisma anda berkemungkinan lebih rendah daripada orang lain, jadi badan anda lebih perlahan membakar simpanan lemak daripada org lain. Kadangkala juga berlaku masalah sekatan pembakaran lemak menyebabkan berat anda tidak turun langsung, menyebabkan anda berasa kecewa. Mungkin anda harus menyemak kembali beberapa perkara berikut:
  1. Karbohidrat tersembunyi - Perhtaikan karbo tersembunyi seperti salad dressing, kekacang, sos cili/tomato, kuah makanan (gravy) utk chicken/lamb chop, buah2an. Gunakan ketostick dgn lbh kerap utk memastikan anda tiada mengambil karbohidrat yang tinggi. Jika ketostick masih putih, ini bermaksud kandungan karbohidrat yang anda ambil masih tinggi, maka SDII tidak dapat membakar lemak anda.
  2. Masih berlapar, atau meninggalkan waktu makan - Anda tidak boleh berlapar ketika mengikuti program ini. Makanlah 3x sehari, atau 4-5 x sehari, tetapi dgn saiz yang sederhana (makan dengan kerap tetapi sedehana). Mengurangkan makanan @ terlalu lama tidak makan (lebih 6 jam) menyebabkan gula dalam darah berkurangan dan anda akan merasa letih, lesu, menggigil dan kelaparan sehingga memungkinkan sakit kepala atau gastrik. Berlapar juga menyebabkan badan anda membakar lemak lebih perlahan.
  3. Ubat-ubatan @ supplement - Cuba semak ubat2an yg anda ambil, yg berkemungkinan mpy kandungan karbo yg tinggi.
  4. Bersenam - Pada tahap ini anda mungkin perlu pergi bersenam, sekurang2nya 20-30 minit senaman ringan sehari. Ini dapat menyelesaikan masalah sekatan pembakaran lemak.
  5. Kurangkan terlalu byk pemakanan berprotein pada satu masa - Cuba makan dengan saiz yg sederhana tetapi kerap kali (4-5x sehari), supaya berasa puas tetapi tidak terlalu kenyang. Ini kerana terlalu byk protein pada satu masa juga akan menyebabkan protein menjadi gula di dalam darah & proses ini akan mengganggu pembakaran lemak. Makanlah dgn lebih perlahan utk memudahkan anda mengukur samada anda sudah kenyang atau belum. Sekiranya tidak yakin berapa bykkah yang perlu anda makan, cuba kurangkan kuantiti yg anda biasa makan pada setiap kali waktu makan. Selepas 30 minit, jika anda x lagi berasa lapar, maka anda akan tahu beza di antara tabiat makan yang buruk atau lapar yg sebenar.
  6. 2 liter air sehari - Pastikan anda minum sekurang2nya 2 liter air sehari. Selain mengatasi masalah sembelit, ia juga dapat membezakan adakah anda betul2 lapar @ cuma dahaga. Kadangkala anda berasa lapar, sedangkan apa yg diperlukan hanyalah sekadar minuman. Air juga diperlukan untuk tindakbalas pembakaran optima dan pembuangan kumuhan pembakaran.
  7. Period - Tindakbalas kimia mengurangkan kadar pembakaran lemak @ utk sesetengah individu, tiada pembakaran lgsung ketika ini. Berat badan xakan turun & keto stick memang akan sentiasa putih ketika ini. Tetapi anda juga digalakkan untuk terus meminum SDII untuk mendapatkan kulit yang cantik dari proetin soya itu.
  8. Sembelit, lakukan yang sewajarnya - Minumlah air yg banyak, makanlah banyak sayuran & tambahkan fiber atau physillium husk (yg xberperisa) ke dalam minuman anda. Sembelit menyebabkan anda berasa sembab, & lemah utk melakukan senaman.
  9. Jangan terlebih makan pemanis tiruan - Setiap paket pemanis tiruan mengandungi sekurang2nya 1 gm karbo. Jangan mengambil >3 paket sehari. Sesetengah org menghadapi masalah utk menghilangkan ketagihan karbohidrat apabila memakan pemanis tiruan.
  10. Kaffein - Kadangkala kaffein berlebihan seperti di dalam kopi, teh & cola memberi kesan kpd kandungan gula di dlm darah & menyebabkan anda sentiasa ketagihan gula. Mungkin anda perlu beralih kepada minuman decaf tanpa gula.
Sumber : Siri Bimbingan SDII - Vol. 1 oleh Kamarul Nordin

Cara ALSDII membakar lemak

Persoalan biasa orang ramai:

"Ye ke dia bakar lemak, saya beli produk lain dulu dia cakap mana ada produk bakar lemak, semua kena exercise"

Biarlah gambar ni yang menerangkan bagaimana SDII ni membakar lemak, 
 
Ok untuk hari ni kita belajar tengok gambar dan baca, dan fahamkan dulu. Yang tak faham boleh tanya saya kemudian. call atau sms saya di 012-3203604.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...