Pages

Banner

Tuesday, June 4, 2013

Kurangnya kepentingan Supplemen dan Insurans di Malaysia

Ramai yang tak sedar, betapa Insuran dan supplemen itu patut menjadi satu kepentingan, tapi semua orang buat perkara endah tak endah kerana ia tidak berlaku. Kemalangan masih belum berlaku dan dijangka ia tidak akan berlaku.

Kita bukan macam ibu bapa zaman dahulu, walau hidup susah mereka masih ada tanah, lembu yang mungkin boleh dijual untuk menampung kesinambungan hidup yang mendatang walau sakit atau cedera. Orang muda zaman ini, bergantung kepada wang simpanan, tapi berapa ramai yang berjaya simpan?


Dalam dunia serba canggih ni, sakit tu akan jadi pasti, sebab rata-rata statistik menunjukan 2 orang dari 5 orang rakyat malaysia yang mencecah umur 30 tahun pasti akan sakit. Kini ditambah dengan statistik baru, bermula dari kalangan umur yang muda juga dah ada menghidap penyakit-penyakit merbahaya.


Antara Supplemen dan Insuran, pada aku kedua-dua sama penting, supplemen untuk kesihatan, namun dengan supplemen kita tetap tak boleh elak dari kemalangan so, Insurans masih diperlukan. Cuma kesedaran masyarakat kita dalam menyimpan melalui supplemen dan insurance ni masih berkurangan. Sebab kedua-dua mempunyai potensi yang sama, bila dah berlaku, tak guna kalau ambil, macam suplemen, silap haribulan dituduhnya suplemen penyebab kematian.

kedua-dua adalah alat untuk mencegah, bukan untuk memulihkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...