Rezeki kita tidak terhad kepada harta yang dicari, umur juga adalah rezeki, kesihatan juga adalah rezeki, ilmu juga adalah rezeki kepada kita...cuma kadang-kadang kita tak pernah bersyukur untuk semua kurniaan ini.
begitu juga dengan perniagaan ini, kita tidak semestinya mengharapkan rezeki itu datang dari keadaan dimana orang datang membeli kepada kita. anggaplah segala yang berlaku disekeliling kita umpama rezeki yang Allah kurniakan kepada kita tanpa kita sedari. kerana memberi rezeki kepada orang lain juga mengundang rezeki kepada kita. Mungkin bukan hari ini, mungkin satu hari nanti ada orang lain yang boleh atau mampu memberi yang terbaik buat kita.
Teringat kata-kata oleh DAO dalam beberapa siri jelajahnya, untuk jadi kaya dalam business adalah bukan kita berjual.
Apakah kita hari ni sudah cukup membantu orang lain?? fikir-fikirkan....
No comments:
Post a Comment