Pages

Banner

Tuesday, February 12, 2013

Berniaga Kelapo Goncang di Internet

Haa...siapa kata makanan tak boleh berniaga di Internet? Disebabkan internet jugalah banyak kedai-kedai makan yang dulu suram, kini bertukar famous, kenapa? sebab begitu ramainya pengguna internet kini, internet kini dah jadi macam surat khabar, apa sahaja isu, tak kisah yang negatif atau positif semua akan jadi bahan, dan kesannya mungkin di luar jangkaan.

Inilah yang berlaku kepada salah seorang sahabat ku, yang kini menjual coconut shake atau dalam bahasa melayu nya Kelapa Goncang, dahulu sewaktu mula-mula dia berniaga dulu, aku pernah singgah ke tempat beliau di Lubuk china sana, masa tu antara waktu baru-baru buka la, dalam 4-5 bulan macam tu kot. kitorang sembang-sembang lah, pasal business masing-masing, dia cerita dia punya, aku cerita aku punya macam mana, sama-sama share. Dari cara dia bercerita, mulanya aku nampak, susah juga business konvesional ni, yelah, dia cakap bukan senang nak buat sale dekat kampung ni, dia kata nak dapat RM1000 sebulan tu pun berpeluh ketiak la katanya. yelah duduk kawasan kampung jual pulak coconut shake. namanya pun dimelayukan sebab, yolah letak cocunut shake pakcik-pakcik semuo tanyo, apo ni jang?? ponek nak menjawab katanya, tu yang letak je kelapo goncang. Masa aku pergi tu orang memang tak ramai, memang boleh kira dengan jari berapa orang yang datang, tu yang boleh siap bersembang macam duduk dalam rumah sendiri je.

Lepas kami bercerita tentang business masing-masing, dia ternampak satu jalan untuk buat business Online dengan produk dia, cuma aku tak pasti masa kami bersembang tu, dia sebenarnya dah buat atau belum. tapi dari cara dia dengar aku bercerita tentang business online, aku tahu dia ternampak sesuatu. Bukan niat aku untuk ajar dia pun, cuma cerita cara business masing-masing. Dan akhirnya lepas aku balik dari situ, selang beberapa bulan dia invite aku untuk Like  Kelapo Goncang Panchang , aku pun Like, membantu rakan-rakan yang nak mula berniaga online, yang best nya dia ni boleh explore sendiri. Masa aku mula-mula Like dulu dalam berapa orang je baru rasanya tak sampai 30 Like lagi.

Dan Alhamdulillah, cuti CNY yang baru ni, aku berkesempatan untuk melawat dia kembali, kebetulan kami sekeluarga ke Port Dickson, mandi-mandi, dan balik tu singgah nak pekena la Kelapo Goncang ni.  

Kali ni suasana dia lain dari dulu, Orang Penuh, ramai yang datang, kami terpaksa tunggu turn untuk duduk, yelah dah datang dari Port Dickson nak sampai melaka lepas tu nak patah balik KL takkan nak balik sahaja kan, so tunggu lah, dia pun  tak sempat nak layan kami, sampai tak perasan kami datang. Betapa ramainya orang, meja ada setakat 5 buah je, lepas ni kau kena tambah wan. dulu datang, pakai blender kecik je, kali ni dah besar dah, tak cukup power nak tampung jumlah customer katanya.



Dan dalam ramai-ramai tu, kini aku dah tak sempat nak kira berapa ramai yang datang, Alhamdulillah, gembira tengok business rakan-rakan pun berjaya, dari pakcik-pakcik yang dulu petang-petang duk minum cendol/Abc kini dah tukar lepak kat tempat berprofile tinggi, minum coconut shake, mungkin kali ni bukan lagi RM1000 yang di cari kan? masa aku singgah pun, yang aku perhatikan yang datang pun ramainya bukan dari kawasan setempat, tapi dari mana-mana entah, siap berfamily datang, ada yang datang dengan kereta,basikal, motor dari kecik-kecik kenderaan sampai sebesar-besar kenderaan ada ternayata bukan orang tempatan, dia pun macam tak kenal orang-orang ni, dari budak-budak muda, sampai ke peringkat usia emas. sebab dulu aku nampak dia kenal orang-orang yang datang membeli di kedai dia. Pakcik Non, Adik Eni, Pakcik Seman, Pok Ngah Jalil....(nama samaran je tu, sebagai contoh, sebab seingat aku semua yang ditegur dia kenal namanya)
Wifi pun ada. sambil-sambil tunggu boleh layan FB kejap, tak terasa sangat, nak update status minum kelapo Goncang Panchang.

haa..siap BSN pun ada..


Orang yang tengah sabar menunggu sambil beratur...

Aku percaya dengan hanya bermodalkan  Facebook page, hanya bermula dengan invite kawan-kawan terdekat, yang mana mungkin nak melalui jalan pulang ke Melaka, yang mana dulu lalu highway kini dah tukar laluan melalui jalan lama pula semata-mata nak merasai kenikmatan Kelapo Goncang Panchang ni. Ada juga yang jalan-jalan ke Melaka atau johor singgah sekejap sini sambil lalu Pekena Kelapo Goncang Panchang ni..memang terbaik setakat ni.

Nanti aku nak invite dia untuk komen dalam post ni, tentang apa yang dia buat untuk nak berkongsi apa yang patut bagi peniaga-peniaga baru dalam business makanan untuk beronline sebagai satu wadah promosi.

Selepas dia buat baru aku nampak dan percaya, nak berjaya dalam business ni, yang penting ialah bagaimana kita untuk buat promosi, dan kelainan. Jangan kita pikir, duduk di kampung kita takan dapat customer dari luar, dan jangan terkejut sekiranya kita mulakan dengan usaha yang tidak mudah ni, kita akan dapat lebih dari yang kita jangka. 

Kalau kita tak pakar, minta bantuan dari yang pakar, dalam hidup kita banyak pepatah untuk berjaya, "Malu bertanya sesat jalan", cuma kita jarang nak ambil pepatah sebagai pegangan yang berjaya. hanya di biarkan ia bermain di bibir dan buku tulisan sekolah sahaja.

Semoga Usaha beliau untuk memajukan usaha perniagaan ini akan terus maju.

2 comments:

KelapoGoncangPanchang said...

Assalamualaikum Zila and Nizam..terima kasih sebab bagi testimoni yang sangat special kat Kelapo Goncang Panchang ni. Terkejut sey dibuatnya.hehe.. Sebenarnya saya tidak lah seberapa bagus pun dalam perniagaan online ni sebab sey sampai sekarang pun masih belajar teknik-teknik terkini berniaga secara online. Cuma apa yang sey dapat kongsikan di sini cuma pengalaman sey menggunakan media online untuk memajukan bisnes F&B ni. Untuk pengetahuan semua, page Kelapo Goncang Panchang ni baru lagi diwujudkan pada penghujung Disember 2012 dimana ianya dibuka atas permintaan daripada kebanyakan customer.
Perkara pertama yang sey buat selepas buka page Kelapo Goncang Panchang ialah sey terus promosikan page tersebut dengan menggunakan platform yang disediakan oleh facebook. Memang lah kene bayar sebab nama advertising kan? Hehe..Ok tapi yang bagusnya iklan di FB ni..dengan modalkan RM10.00 pun dah boleh buat capai 8000 audience (maksudnya perniagaan kita dilihat oleh 8000 individu). Untuk peniaga warung macam sey ni, iklan di FB membolehkan sey mampu mengiklankan perniagaan walaupun baget terhad. (Pengiklanan adalah amat penting bagi sey walaupun jual seikat petai).
Kesan daripada pengiklanan yang dibuat secara online ini, perniagaan sey mendapat pertambahan pelanggan sebanyak 100%. Sey juga lebih mudah nak berinteraksi dengan para pelanggan terutamanya bila nak bagitahu pelanggan sey ada produk baru ataupun produk sey kehabisan stok mentah. Jadi, nasihat sey kepada peniaga-peniaga baru ni, cubalah iklankan perniagaan anda di internet..untung batu tenggelam,untung sabut timbul..lagipun kita orang-orang muda ni kenelah selalu mengimprovisikan perniagaan kita supaya sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan. 

Nizam said...

Thanks for your comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...