Pages

Banner

Saturday, February 23, 2013

Cara-cara promosi - flyers

Ok, hari ni nak kongsi sikit tentang cara-cara promosi yang boleh dibuat, sebab bukan susah pun, cuma perlu keluarkan modal sikit lah. Untuk tips hari ni, saya nak share tentang buat promosi guna flyers. Business online pun nak kena guna flyers? yes, jangan terkejut, kalau taknak guna pun boleh, tapi berapa ramai yang boleh tahan untuk tunggu dapat sale dari online, so nak mempercepatkan, kena jugak guna cara lama ni.

Jangan ingat bila kita dah guna online, flyers ni dah tak perlu lagi, sebab ini salah satu cara untuk kita kembangkan business online kita juga, terutama untuk yang baru mula-mula nak buat business online, yelah contohnya, bila kita buat blog, kita perlu dapatkan orang untuk baca blog kita baru lah kita dapat sale, kalau takde orang baca macam mana kita nak ada customer, so inilah salah satu cara. Buat permulaan, kita cari orang melalui offline terlebih dahulu.

Dalam tips buat flyers pula, kita tak perlu buat banyak sangat info, cukup sekadar buat ayat supaya orang tertarik untuk baca, kemudian untuk dapatkan cerita penuh, suruh dia masuk laman web atau FB dan mungkin call kita terus untuk dapatkan maklumat penuh.

kemudian bila flyers dah siap, hantar la print. Haaa..kat sini yang perlukan modal. Kalau ada budget boleh buat color punya, kalau takde fotostat je, janji info yang kita nak sampaikan tu dapat dibaca itu yang penting, cuma kalau boleh buat color tu, impact dia besar sikit la.

Dah siap print, haa masa untuk mengedarkannya, ini ada banyak cara untuk edar, nak free pergi hantar sendiri, kalau mampu bayar, bayar je.
antara cara yang boleh dibuat untuk edaran
1. hantar ke rumah rumah - free atau berbayar
2. melalui surat khabar - kena bayar
3. wiper kereta di mana-mana parking lot - free atau berbayar.

untuk flyers ni, jangan kita terlalu kedekut, buat sikit-sikit je sebab takut rugi je buat banyak-banyak, tapi takde orang call. Ini dinamakan pelaburan, anda melabur hari ni, untuk memaklumkan kepada orang ramai dimana mereka boleh cari produk anda. jangan mengharapkan mereka membeli, dan mengharapkan mereka membeli selepas anda hantar.

semua ni perlu diberi masa, saya dapat satu customer yang call saya untuk beli produk Alpha lipid ni, setelah saya letak flyers di kawasan perumahannya 3 bulan sebelum ini. itu pun bukan melalui peti surat rumah dia, kawan dia yang simpan, mungkin dia sendiri yang nak, tapi tak berpeluang untuk beli, alih-alih bila jiran yang berminat (customer saya) baru dia serahkan padanya, itu pun keadaannya dah lunyai, hanya no telefon sahaja yang boleh dibaca.

kita buat satu statistik anggaran, sebab taknak bagi kita terlalu mengharapkan hasil dari flyers ni, company besar-besar pun masih guna flyers ni, tapi dalam keadaan yang berbeza. Sebagai contoh Restoran makanan segera (Pizza, mcd dll). Anggaran yang perlu kita buat ialah 1000 flyers = 1 panggilan, so kalau kita rasa nak dapat 2 panggilan, sila lah buat 2000.

kenapa 2000? kurang pun boleh, cuma takut tak meluas, dan kita termiss kawasan-kawasan potensi tinggi. lagipun anggaran untuk dapat satu call ialah 1000, so kalau kita buat kurang, ada kemungkinan kita tak dapat langsung.

so apa yang penting kat sini, jangan takut untuk melabur, kerana dalam business anda melabur baru anda dapat hasilnya, tak lama pun anda perlu buat semua ni, once orang dah kenali produk anda dan anda, anda dah tak perlu risau lagi, ada kemungkinan, orang lain pula akan promote kan produk anda tanpa anda sedari.

Jom mari kita cuba untuk buat promosi gaya lama ni.

1 comment:

Anonymous said...

Thanks utk info ni. Sangat bermanfaat utk peniaga baru nak mula mcm saya. T.ksh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...