Pages

Banner

Tuesday, July 14, 2015

Ulasan untuk kritik Zahra

Berkenaan Kritikan terhadap Zahra.
Ulasan dari Liew Chin Tong Yang ni aku setuju, untuk membetulkan persepsi orang -orang yang kritik zahra...yg rata-rata kata org melayu pemalas, masih  mengharapkan gaji semata-mata.

Nilai gaji swasta untuk lepasan universiti masih sama untuk sekitar 20 tahun yang lampau, walhal kos sara hidup, barang keperluan dah naik dari dulu, dan tak pernah turun-turun. Itu yang wujud, gaji Branch manager yg company ada sampai 10 cawangan seluruh malaysia pun starting RM2000, dulu starting Lepasan Degree pun RM1800, sekarang dah jadi RM1500, Diploma dulu boleh pergi RM1500..sekarang dah jadi RM1200, (walaupun ada lagi lepasan degree RM1200 sekarang ni), semua harga barang naik, yuran itu naik, yuran ini naik, cukai itu naik, cukai ini naik, tang mana turun?, tapi bab gaji masih macam menurun, ke aku salah kira??

Ada yang akan kata jangan compare, dulu tak sama dengan sekarang. kenapa? soalan aku mudah je. dulu masa gaji RM1800 atau RM1500 utk gaji starting Degree, harga kuih berapa seketul? berapa harga nasi lemak sebungkus? berapa kau kena zakat fitrah? berapa sewa rumah masa tu??? siap boleh buat simpanan, dimana silapnya...

Bukan semua orang perlu jadi peniaga (means perlu ada barang sendiri untuk diniagakan.)
Bukan semua orang ditakdirkan untuk jadi peniaga...semua nak keluar fatwa rezeki itu 9/10 darinya berpunca dari berniaga.

Bekerja juga adalah satu perniagaan. (Business Service)

Duk bising nak suruh orang cari kaedah terbaik, tambahkan gaji, berniaga sambilan la apa la, berapa ramai yang buat business sambilan, yang mampu jaga hubungan dengan Allah dan family? sebab kita disibukan dengan harta Dunia, siang malam mencari rezeki, sedangkan Allah yang bagi rezeki dengan cara sepatutnya, dan ada masa yang patut kita peruntukan untuk Allah dan Family. 
Kadang-kadang kita yang berniaga atas title majikan ini yang lupa untuk sampaikan tanggungjawab sebenar kepada pekerjanya.

Mereka lupa Nabi dulu juga adalah pekerja yang bekerja dengan Siti Khadijah sebagai jurujual. (Dia tak punya business sendiri- dia bekerja dengan Siti Khadijah sebelum berkahwin dengannya, dia dilantik oleh siti khadijah sebagai orang kanan beliau - fahamkan betul-betul dan cuba check balik cerita ni adakah dia peniaga??)

Nak sebut dan suruh orang berniaga tapi mereka sendiri perlukan pekerja yang mereka juga bayar gaji yang mungkin tidak setimpal dengan keadaan semasa...walaupun status mereka dah jadi jutawan dalam usia yang muda, dan dalam masa yang singkat...

kalau betul mereka dah berusaha, dan berjaya tanyalah berapa gaji untuk seorang pekerja yang mereka gajikan untuk seorang kerani??

aku percaya..mereka masih bayar tak lebih dari RM2000 sebulan (estimate je..silap-silap tak sampai RM1500 pun ada, SPM la katakan, walhal mereka jutawan. Ini yang mereka banggakan?? sebab usaha mereka, dan gaji mereka yang mereka perolehi. Tak takut ke dipersoalkan, kenapa duit gaji pekerja mereka tidak setimpal dengan keadaan ekonomi semasa yang menyebabkan mereka terpaksa buat kerja sambilan sehingga lupa kepada Allah??? huhu...aku takut!!! (walaupun soalan tu aku reka, tapi aku tetap takut!!!)

Yang pasti zahra bukan mengeluh kerana ketidakcukupan dia, tapi pada aku, ia lebih kepada sistem yang diguna pakai oleh majikan tidak setaraf dengan situasi, tengok sahaja pada kerajaan, mereka sanggup naikkan gaji semua kakitangan mereka, termasuk dari peringkat bawahan hingga atasan, yang tak terkesan dengan ekonomi juga merasa kenaikan gaji (peringkat atasan yang penuh dengan elaun), dalam situasi ekonomi yang gawat, sepatut perbelanjaan dikurangkan, tapi kenaikan diperingkat bawahan yang perlu, so dimana ketidakcukupan yang akan mereka rasai bersama-sama rakyat??? ini yang dikatakan NONSENSE.

di peringkat swasta, gaji dikurangkan untuk semua peringkat, dan ada pekerja yang dibuang, tapi gaji majikan masih mahu di peringkat Jutawan???

Tak perlu nak kaji ayat aku, aku bukan cerdik umpama mereka yang berjaya jadi Jutawan, sebab aku bukan Jutawan, dan aku hanya pekerja biasa. so normal lah kalau blame aku hanya pada majikan.

Saya Nizam
Ulasan asal dari FB


Bagaimana Zahra boleh dibayar dengan gaji yang lebih baik?

Oleh Liew Chin Tong
Kempen video ‪#‎sayaZahra‬ oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu menyentuh hati ramai warga Malaysia. Kuasa video 6 minit itu cukup hebat. Ia adalah bukti kegagalan dasar awam, meninggalkan satu generasi terpelajar dengan kertas sijil tetapi hidup bagai pengemis.

Zahra bercakap tentang banyak aspek yang dihadapi warga Malaysia biasa, seperti pendapatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan, jaringan keselamatan sosial (ketika berdepan dengan kemalangan atau penyakit). Saya hanya mahu fokus pada persoalan bagaimana Zahra boleh dibayar dengan gaji lebih baik dalam tulisan ini.

Pada 20 tahun yang lalu, seorang peguam yang baru tamat pengajiannya dibayar dengan RM2,000 sebulan di Kuala Lumpur. Ia dianggap bayaran yang amat memuaskan. Hari ini, peguam yang baru tamat pengajian dibayar dengan gaji sedikit lebih daripada RM2,000 sebulan. Satu penurunan paras pendapatan yang ketara untuk peguam muda seandainya mengambil kira faktor inflasi.

Zahra bercita-cita untuk menjadi seorang peguam yang berkelayakan, dan beliau kini dibayar mungkin lebih rendah daripada seorang peguam yang baru tamat pengajian. Jadi, bagaimana untuk membayar beliau dengan gaji yang lebih baik? Bagaimana kita meningkatkan semula pendapatan peguam muda yang sedang menyaksikan penurunan?

Untuk membayar Zahra dengan gaji yang lebih baik, maka penstrukturan semula ekonomi Malaysia secara drastik perlu disegerakan.

Menetapkan gaji minima boleh menjadi salah satu jawapannya. Namun, gaji minima hanya berkesan di peringkat bawah. Hampir mustahil untuk kerajaan menetapkan skala pendapatan yang tegar di peringkat lain. Namun kerajaan melalui dasarnya boleh mempengaruhi akibatnya dengan cara yang berlainan.

Satu-satunya jalan untuk meningkatkan pendapatan Zahra adalah dengan memastikan satu perkitaran yang baik untuk pendapatan tinggi, kemahiran tinggi dan produktiviti tinggi. Ia hanya boleh berlaku apabila Malaysia tidak lagi bergantung kepada buruh asing yang kurang kemahir.

Pemungut sampah

Untuk membayar gaji yang lebih baik kepada Zahra dan golongan yang setara dengannya, ekonomi Malaysia perlu bermula dengan pembayaran gaji yang lebih baik kepada pemungut sampah. Hanya apabila golongan peringkat bawahan dibayar dengan lebih baik, barulah ia akan mencetuskan gelombang untuk melambung pendapatan.

Andaikata pemungut sampah dibayar gaji bulanan RM2,000, maka masyarakat Malaysia akan membayar RM4,000 kepada seorang peguam yang baru tamat pengajiannya (barangkali nilainya setara dengan RM2,000 pada tahun 1995). Jikalau pemungut sampah dibayar RM2,000, maka pendapatan golongan selainnya akan meningkat. Jikalau tidak, peguam muda yang baru tamat pengajiannya akan memilih untuk menjadi pemungut sampah.

Anda semestinya menganggap saya sedang berjenaka. Apakah mungkin seorang pemungut sampah dibayar RM2,000 sebulan dalam pasaran kerjaya sekarang? Namun ia menjadi mungkin seandainya kita menyusun semula ekonomi kita.

Buat masa sekarang, pengutipan sampah dan pembersihan bandaraya adalah kontrak yang menjanjikan pulangan lumayan, diberikan kepada kontraktor kroni oleh kerajaan tempatan atau agensi pengurusan sisa pepejal.

Kebiasaannya kroni ini akan mengambil jalan mudah dengan menyerah tugas ini kepada sub-kontraktor. Dan biasanya terdapat lebih satu orang tengah atau perentir (rent-seeker) yang tidak melakukan apa-apa tetapi dimanfaatkan melalui kontrak atau lesen yang dia perolehi daripada hubungan politiknya.

Ia tidak lagi menguntungkan apabila projek ini sampai ke tangan sub-kontraktor. Sub-kontraktor, yang sentiasa memikirkan cara untuk mengurangkan kos, akan mengupah buruh asing kurang mahir untuk menjalankan kerja kononnya 3D (dangerous, dirty, and demeaning) ini, iaitu bahaya, kotor dan keji. Mereka dibayar dari RM600 hingga RM900 sebulan.

Trak sampah yang tipikal biasanya akan dikendalikan seorang pemandu Malaysia yang dibayar gaji rendah, bersama 4 atau 5 orang buruh Bangladesh. Di banyak negara maju, trak pemungut sampah biasanya dipandu hanya seorang pemandu, dengan kerja selebihnya diautomasikan. Dalam ekonomi yang bergantung kepada automasi, mesin, kemahiran dan teknologi, seseorang pemandu yang memandu trak sampah automatik dibayar untuk peranannya sebagai pemandu mahir dan pengoperasi mesin.

Mampukah kita membayar seorang pemungut sampah yang berkemahiran ini dengan RM2,000 sebulan? Adakah ia mungkin? Jawapannya, ya, dalam nada yang tegas. Kuncinya menyingkirkan kontraktor kroni yang memperolehi untung daripada rangkaiannya untuk mendapat kontrak, dan buruh asing kurang mahir yang melambak.

Buruh asing kurang mahir
Bukan hanya dalam kes pemungutan sampah tetapi hampir setiap sektor, Malaysia, sebagai institusi ekonomi, tidak menghargai kemahiran, tidak membangunkan teknologi baru dan tidak berminat dalam inovasi.

Industri tidak memanjat tangga nilai. Banyak yang berpuas hati dengan mengaut untung daripada buruh asing kurang mahir sebagai jalan singkat. Namun, mempersalahkan industri sahaja tidak menyelesaikan masalah. Industri tidak mendapat sokongan kewangan untuk memperkembangkan alat mesinnya dan pengautomasian. Terlalu sedikit sokongan untuk Kajian dan Pembangunan (Research and Development, R&D).

Menyedari bahawa mereka tidak mampu memanjat tangga nilai, majikan berpuas dengan mengupah buruh asing kurang mahir yang bekerja bagai mesin dalam bilangan yang besar. Ramai majikan kemudiannya merungut, buruh Malaysia sentiasa malas dan kebanyakan masanya dibebani dengan komitmen kekeluargaan, kalau dibandingkan dengan buruh asing.

Kunci masalah bersandar pada dasar untuk membawa masuk lebih ramai buruh asing kurang mahir.
Untuk setiap buruh asing yang dibawa masuk ke negara ini, akan ada kroni yang mendapat untung daripadanya. Menteri Sumber Manusia, Richard Riot mendakwa bahawa Malaysia mempunyai lebih 6 juta buruh asing, di mana kira-kira 2.5 juta daripadanya berdaftar. Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi mahu membawa masuk lagi 1.5 juta buruh Bangladesh dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Apabila sektor perkhidmatan seperti hotel dan kedai serbaneka 7-11 juga mengambil pekerja asing kurang mahir, warga Malaysia di peringkat bawahan kehilangan kerja dengan bayaran gaji yang berpatutan. Sesetengahnya mencari kerja yang gajinya lebih rendah. Sesetengah hidup tanpa arah. Sesetengah pula melakukan jenayah.

Kroni
Untuk Zahra dan golongan setara dengannya yang mempunyai ijazah universiti, mereka tersepit memandangkan ekonomi keseluruhannya tidak menghambat kemahiran dan nilai yang tinggi.
Majikan hanya memerlukan "pekerja baik" yang berfungsi bagai mesin. Mereka tidak bernilai sama ada dengan atau tanpa ijazah. Sudah tentu, dalam kitaran yang buruk sedemikian, sistem pendidikan kita juga tidak mempersiap-sediakan pelajar kita ke arah itu.

Sesetengah pekerja mahir yang tidak tahan dengan keadaan sedemikian memilih untuk tinggalkan tanahair dan mencari rezeki di tempat lain. Sekurang-kurang 1.5 juta warga Malaysia, kebanyakannya berkelayakan dan berkemahiran tinggi bekerja di luar negeri.

Bagaimana Zahra boleh dibayar dengan gaji yang lebih tinggi? Hapuskan kroni yang memperolehi manfaat daripada pengimportan buruh asing kurang mahir, mengurangkan buruh asing kurang mahir dalam ekonomi kita (terutamanya dalam sektor perkhidmatan), dan menjadikan agenda kita untuk memperuntukkan sumber bagi memacu momentum ke arah peningkatan kemahiran dan teknologi.

Ketika saya berusia 20 pada tahun 1997, Malaysia dilanda krisis kewangan Asia. Sejak itu juga ekonomi dan politik Malaysia terjerumus ke dalam kancah tanpa reformasi dan transformasi yang utama.

Saya sangat terkesan dan terharu ketika menyaksikan ucapan Zahra. Kita telah mensia-siakan generasi saya. Jangan kita sia-siakan generasinya pula.

Wednesday, July 8, 2015

10 Kerja Yang Sebabkan Stress

Kerja sememangnya sukar dan boleh menyebabkan tekanan. Namun, antara satu kerja dengan satu kerja yang lain ianya mempunyai tekanan yang berbeza. Disini disenaraikan 10 kerja yang paling terdedah kepada tekanan dan boleh menyumbang kepada kemurungan mengikut kajian;
 
1. Pusat Asuhan Orang Tua /Penjagaan Kanak-kanak
Bidang pengasuhan adalah tertinggi daripada senarai tersebut. Kerja seharian mereka adalah seperti mamberi ubat, menberi makan dan menjaga orang yang terkadang sepertinya tidak dapat menghargaii apa yang telah dilakukan oleh perkerja bidang ini. Ini mungkin kerana mereka terlalu tua, terlalu sakit,terlalu muda atau sememangnya tidak tahu menghargaii. Ia adalah tekanan melihat orang yang sakit dan tidak memahami.

2. Pelayan restoren




Kedudukan hanya dibawah kerja profesional dan mereka adalah orang yang menghantar makanan dan minuman yang telah anda pesan ke meja. Pelayan selalunya mempunyai gaji yang rendah, tetapi kerja yang memenatkan hanya kerana setiap hari pelanggan akan menyuruh melakukan kerja-kerja yang berbeza(tempahan berbeza). Disamping berhadapan perangai pelanggan yang berbeza setiap hari, terkadang ada yang terlalu kasar. Kerja ini dikatakan memerlukan banyak tenaga untuk dilakukan.

3. Pekerja Sosial
Berhadapan dengan masalah-masalah sosial seperti penderaan dan krisis keluarga ditambah pula dengan karenah birokrasi antara agensi, tidak dinafikan mereka antara pekerja yang mempunyai risiko berhadapan tekanan. Kerana kerja mereka yang berhadapan dengan mangsa yang amat memerlukan, tidak dapat disangkal mereka terpaksa berkorban banyak semata-mata menyelamatkan atau menolong mangsa.

4. Sektor Kesihatan
Termasuk doktor,jururawat mahupun pakar dalam bidang kesihatan. Dengan kerja yang tidak mempunyai masa yang tetap dan nyawa orang sepertinya berada didalam tangan mereka. Tekanan harapan daripada keluarga atau saudara mara pesakit yang boleh dikira sebagai melampaui batas. Setiap hari kerjaya ini akan melihat orang sakit, trauma dan kematian, berhadapan dengan orang ramai yang menaruh harapan. Ini boleh menyebabkan mereka melihat dunia sebagai tempat yang penuh dengan kesedihan secara keseluruhan!

5. Artis, Penghibur dan Penulis
Kerja yang mempunyai gaji yang agak tidak menentu, masa yang tidak terjadual dan terkadang seperti terbiar dan tidak langsung diketahui terutamanya penulis. Pekerja yang kreatif dalam bidang ini dikatakan mempunyai risiko menghadapi kecelaruan Perasaan"Mood Disorder" kerana terlalu memikirkan bahan yang akan sampai kepada penonton, pembaca mereka. Berblog macam mana pulak?

6. Guru



Cabaran dalam bidang ini sepertinya semakin hari semakin meningkat! Kerja di sekolah boleh bersambung sebagai kerja di rumah. Banyak tekanan dari perbagai pihak untuk kerjaya ini. Antaranya murid-murid, ibu-bapa dan sekolah itu sendiri(pencapaian sekolah), semuanya mempunyai misi yang berbeza yang harus digalas oleh Guru.

7. Pekerja Pembantu Pentadbiran
Mereka selalu ditempatkan dibarisan hadapan, mengambil arahan dari pihak luar.Mereka juga dikatakan berada dalam barisan belakang organisasi kerana menerima setiap kerja dari pihak atasan. Mereka mungkin mempunyai hari yang tidak dijangkakan, dan mungkin juga tidak dihargai atas kerja-kerja yang memudahkan kerja orang lain.

8. Pekerja Penyelenggaraan
Kerja yang bergantung kepada panggilan telefon atau tawaran orang lain. Panggilan untuk mendapatkan khidmat membaikpulih. Kerja yang juga mempunyai gaji yang tidak tetap, tidak juga peduli siang dan malam. Kerja untuk membaiki kerosakan yang dilakukan oleh orang lain dengan hanya menerima gaji yang agak rendah. Terkadang kerja penyelenggaraan juga terlibat dalam keadaan yang merbahaya.

9. Penasihat Kewangan dan Akauntan
Pernah kehilangan wang keluarga atau rakan-rakan yang berada dalam pegangan anda? Bayangkan anda kehilangan wang yang berjuta bilion wang yang diamanahkan kepada anda? Apa perasaan anda sekarang? Tanggungjawab untuk menjaga keluar masuk wang adalah antara kerja yang mempunyai risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan tekanan. Wang juga boleh diklasifikasikan sebagai kes sensitif untuk sesetengah orang.

10. Jurujual
Gaji kebanyakan berdasarkan komisen jualan dengan kata lain, anda tidak mungkin mengetahui apakah gaji yang akan diterima pada hujung bulan. Kerja ini memerlukan mereka untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk meningkatkan hasil jualan. Jauh dari rumah, keluarga dan rakan-rakan. Kerja dengan pendapatan yang tidak tentu, masa yang panjang, orang yang berbeza dan sasaran hasil jualan yang tinggi. Kerja yang amat memenatkan dengan faktor tekanan yang amat tinggi.
 
kredit to Azim Aris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...