Pages

Banner

Wednesday, November 27, 2019

SPM vs SPMV

Baru baru ni ada tular cerita SPMV yg guru nya kecewa tentang tanggapan orang tentang SPMV. Sebenarnya cerita ni bukan baru, lama dah, pada aku, kebanyakan rakyat malaysia yang tak faham.

Kisah bermula saat aku tingkatan 3 lagi,  waktu ni aku baru berpindah dari manjung ke Bangi. Dan saat aku bersekolah dibangi ni, aku tak boleh terima suasana nya. Jadi aku nekad utk bertukar sekolah sewaktu tingkatan 4. So bermula pencarian aku tentang sekolah lain yang aku boleh masuk di tingkatan 4 nanti. Mostly semuanya sekolah berasrama la yang aku cari. Yelah sekolah berasrama je yang boleh kau pindah masuk lepas form 3.
1. MRSM
2. SEKOLAH TEKNIK
3. SEKOLAH VOKASIONAL
Dan dalam 3 sekolah ni. Aku dapat rasa yang aku mmg tak layak untuk MRSM. Sbb aku sedar keputusan aku bukan sebaik itu. Jadi pilihan aku hanya 2 iaitu Teknik atau Vokasional.

Jadi aku study habis berkenaan dua sekolah ni. So aku faham vokasional waktu tu ada dua aliran. Satu SPMV dan SKM. Yang orang nampak Bila sebut Vokay ni, dia takde SPM takde masa depan. Tak pernah terdedah bahawa Vokay ada SPMV. Masa aku isi borang, ada sorang makcik tu siap cakap dengan memperlekehkan aku,
"Kau minta vokay buat apa? bukan ada SPM. Rugi kau nanti."
Aku cakap ada, tapi dia berkeras kata takde. 

Aku pun sebab tak mau bertekak, sebab aku faham borang tu, aku teruskan juga, sebab ada ruang utk kau pilih SPM, SPMV atau SKM. SPM tu utk Teknik. Masa tu anak dia nak isi untuk Teknik waktu tu, borang vokay dan teknik sama waktu tu. So mak dia ada kawan, mak dia nak hantarkan, aku cakap, takpe. Aku hantar sendiri, guna pos.

Antara yang aku tak boleh lupa, budak vokay budak budak jahat. Kau masuk situ sure kena ragging punya. Macam-macam cerita buruk pasal vokay. Biarlah, janji aku pundah waktu tu.

Alhamdulillah aku dapat. Anak dia?tak dapat, still masih kat sekolah yang sama. Aku tahu aliran vokay ni sebenarnya lebih kearah teknikal dan teori. So aku dapat dua-dua sekali disini. Dan aku juga lihat budak yang ambil aliran SKM, 100% mereka didedahkan dengan amali sepenuhnya. Akademik hanya untuk perkara asas. Dan akhir sekali mereka akan digred dengan tahap tahap tertentu.

Sebagai contoh aliran elektrik sekiranya mereka berada sampai satu tahap 4 contohnya mereka bukan sahaja boleh jadi juruteknik, tapi boleh sampai ke tahap chargeman jika ditambah beberapa sijil lain yang diperlukan, yang mana merupakan tahap yg lebih tinggi dari SPM. Hanya orang teknikal sahaja yang tahu.

Makcik-makcik kat rumah atau mereka yang tak terdedah hanya nampak, Vokay ni hanya tempat budak yg takde masa depan.

Betul ramai yg masuk sini untuk aliran SKM tak perlukan kelayakan tinggi pun, sebab memang aliran ni, sesuai untuk mereka yang jenis malas dengan sistem akademik yang biasa, yang lebih sukakan kearah teknikal, main spanar, main mesin, mereka dapat lebih fokus dan cekap. Why not pilih vokay, dari kau membazir masa 2 tahun, lebih baik cari skill. Dah tak minat akademik, sistem menghafal, membaca tapi duk teruskan kerana percaya yang vokay takde masa depan?kau rasa dengan kau teruskan di sekolah biasa dan keputusan kau terus teruk, kau rasa apa yang kau dapat? Skill takde. 

At least budak SKM tu boleh keluar paling tidak boleh jadi Technician. Yang acah amik SPM tu? Still jadi operator. Bukan aku nak memperlekehkan mereka-mereka ni, kerana adik-adik aku juga serupa. Aku sendiri nampak kebolehan masing-masing, tapi apakan daya, aku tak mampu nak beri petunjuk, dah puas paksa, tapi mereka juga tak ikut. Masih ada pemikiran begitu dalam koloni keluarga ku sendiri.

Pernah ditanya oleh seorang guru, untuk anak dia, dia nampak anak dia tak minat belajar,tak.minat dengan buku, aku sarankan jangan buang masa, teruskan dengan sistem skill. Tapi apakan daya. tetap tak percaya, masih ada faktor takut takde SPM.

SPM hanya tiket. Takde SPM kau masih boleh bekerja. Atau kalau nak sangat SPM amik jadi pelajar tumpang, kalau nak sangat. Tengok result macam mana. Silap silap tak guna juga SPM tu. Sebab tak kerja dengan goverment.😁

Yang pasti setiap cabang pendidikan yang disediakan itu pasti ada ruang untuk masa depan, yang jadinya ramai salah pilih sebab asyik fikir kan apa orang kata!!!

18 comments:

Unknown said...

saya nak jadi jurutera kapal terbang so kene amik jurusan teknologi automotif atau jurusan lain? saye rase cerita abg ni sama macam saye ni.. sbb skrg ni saye sekolah dekat sekolah agama menengah so agak struggle sbb terlalu byk subjek yg berkaitan agama..apapon terbaiklah!!!

Syakirah said...

Spmv ni layak ke mohon kerja dgn spa9 ?

Syakirah said...

SPMV NI LAYAK TAK MOHON SPA9 ?

Syakirah said...

SPMV NI LAYAK TAK MOHON SPA9 ?

Nizam said...

untuk yang sekarang, Setahu saya la, SPM ditiada kan terus, tapi diberikan tahap Diploma selepas selesai 4 tahun di Kolej Vokasional tu, tapi kalau nak Apply SPA9 rasanya kena tunggu kerajaan ubah status kelulusan min SPM tu dulu. sebab mereka yang buang SPM dari pelajar aliran Vokasional, tapi masih tetap memerlukan SPM sebagai syarat min diterima kerja di sektor kerajaan, itu pening namanya.

Tapi kalau dah buat sampai dapat Diploma, buat apa perlu fikir untuk kerja dengan kerajaan. Bidang skill ni, untuk swasta lebih lumayan gajinya, dan peningkatan kendiri lebih cepat berbanding kerajaan. Apa pun Good Luck!

Sm92 said...

Sokong sepznuhnya bro sebab carrier saya hampur sama dgn bro. Masuk Smv

Unknown said...

kalau spmv ni bole masuk universiti ke

AnnDeSweet said...

Saya bantu jawap dengan apa yang saya telah baca dan pengetahuan saya ya. kalau salah harap betulkan.

Setahu saya,
KV, 2 tahun pengajian - keputusan peperiksaan dia panggil SPMV, exam pelajaran kursus dan wajib lulus BM dan sejarah.
Bagi yang mengambil peperiksaan sepenuhnya pelajaran kursus dia keluarkan sijil SKM.
2 tahun ni tahap sijil.

Boleh lanjutkan terus ke Diploma di KV (2 tahun 5 bulan - termasuk latihan industri atau prektikal)

SKM pun ada tahap dia juga, walau tak ada akedemik, dia pun setaraf dengan Diploma.

kalau di sekolah menengah biasa berada di tingkatan 4 & 5. dan keputusan peperiksaan dia panggil SPM

Lepas SPM, baru lah nak cari apa peluang melanjutkan pelajaran. Itu pun tengok lah pada kelayakan.

Saranan saya. Jika bercita-cita nak kerja dengan Kerajaan, ambillah SPM terus. tak buang masa nanti nak ambil persendirian untuk SPM.

JIka akedemik baik, eloklah teruskan SPM.

KV untuk mereka yang nak berkerja dengan swasta, yang belajar skill seawal di bangku sekolah, yang nak berkerja sendiri. Doakan nanti kerajaan menerima SKM dan SPMV atau SVM

Pengalaman dari anak kawan2. Selepas habis DVM (diploma) di KV, dah ramai yang melanjutkan pelajaran ambil Degree.

Sekadar pandangan dari pembacaan yang sedikit. Kalau salah harap betulkan.

Nizam said...

Betul juga apa yang di kata AnnDeSweet.

sekarang zaman pendidikan dah berubah, siapa sahaja boleh masuk universiti, Ada SPM atau tidak, anda boleh ke Universiti, caranya sahaja berbeza. nanti ada masa saya tulis, bagaimana nak masuk Universiti tanpa SPM pula.

GOOD LUCK!!!

Anonymous said...

Saya sebagai budak form 3 sangat dilema ya allah kau tolonglah sape yg tengok komen ni lapangkanlah dada diorg nak berfikir

Hanif Yahya said...

Boleh lepas diploma boleh sambung 4 universiti, UniMap, UMPerlis, Uthm dan UTeM.

Anonymous said...

untuk yang ada spmv (before KV) layak je untuk kerja kerajaan, masuk universiti, masuk tingkatan 6 atau pergi overseas. SPMV singkatan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) dimana untuk lulus SPM perlu sekurang-kurangnya lulus 3 subjek vokasional. Masa zama gred, untuk dapat pangkat 1 mesti sekurang-kurangnya kredit 2 subjek vokasional & 1 lulus. Andai ada subjek vokasional gagal, maka anda gagal SPM. Bukankah lebih susah dari SPM.

Bekas pelajar SPMV dan bakal ada Master dari Universiti terkemuka Malaysia.

Unknown said...

Blh, kwn saya Dari spmv skrng dia sambung belajar ambik degree kt umt

Unknown said...

Dan insyaallah saya pun akan sambung belajar Dan akan buktikn yg ada sijil spmv ni ada masa depan

Anonymous said...

spmv x layak mohon spa9.yg layak svm dan skm...x taw la klu akn dtg syarat dh berubah...

Anonymous said...

Sebagai student kv , sis saran sangat awak masuk kv . Awak dapat sijil svm which is setaraf dengan spm . Also awak dapat skm(sijil kemahiran malaysia level three) bukan senang tau nak dapat . Kat luar kena bayar mahal . Cari lah minat awak dekat bidang mana . InshaAllah, akak doakan yg terbaik utk awk . Btw saya baru habis intern kv and currently tunggu convo hehe

Anonymous said...

Dekat website spp ada spmv

Anonymous said...

Sijil SKM memang laku dah skrg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...