Pages

Banner

Friday, September 11, 2015

Teknik Mudah FB Ads bagi business Online atau Internet

Ni saya sediakan beberapa cara untuk buat FB ads cara mudah, untuk basic, kalau korang nak advance kena pergi class...walaupun saya tak pernah pergi class, tapi ada few FB ads yang saya buat berjaya. dan dapat hasilnya.

Apa yang korang perlu ada ialah
1. Akaun Bank yang ada DebitCard/Credit Card
    Sebab kat sini lah diorang nak tolak duit korang bila iklan dah berjalan nanti.

2.  UPDATE STATUS
Create apa-apa cerita atau iklan macam mana yang korang nak appear dekat wall orang lain.
Kalau korang pernah pergi class/beli buku tentang storytelling/copywriting bagus lah, practice kan apa yang di pelajari...

kalau yang tak pernah pergi??
Saya nasihatkan korang study iklan orang-orang yang berjaya, yang mana buat iklan di wall korang tu cuba buat ayat mcm yang dia buat..nak tahu iklan yg macam mana?? tu yg ada tulis 'sponsored'. tu iklan la tu, tapi pilih la iklan yang ada komen di dalamnya...yg orang berlumba-lumba nak suruh PM beli macam tak sabar tu, tapi kena cari yang nichie sama macam korang punya tau....Kaji buat RnD sendiri. cuma ambik masa la benda ni nak jadi...kadang-kadang orang buat berjaya, tapi bila kita buat hampeh...kena cuba try and error..

Bukan tak boleh nak buat ayat biasa, cuma takut orang tak nampak...kan nak buat Iklan..kena guna ayat Iklan.
 
3. GUNA TEKNIK BOOST POST
Untuk yang first time...saya nasihatkan cuba buat Boost Post dulu...jangan target cari Like...itu tak penting...sebab kita nak buat sale dulu...kemudian bila ada orang minat dia automatik akan Like page kita, mungkin bukan hari ni, mungkin esok, mungkin lusa siapa tahu, mereka like dan mereka berminat...daripada kita cari Like, walaupun dah berpuluh ribu tapi satu pun tak beli...kan lagi teruk.

Sebab memang ada orang yang memang jenis suka Like dan jangan Lupa FB ni ada robot, dia berfungsi atas robot dan tingkah laku kita, kalau kita jenis suka like dia akan tunjukan page-page yang perlukan Like, tapi mereka tak membeli..jangan Lupa itu...sebab mereka juga ada target untuk dicapai setiap hari mengikut berapa banyak kredit untuk kita berikan pada mereka dan mereka akan cuba untuk habiskan dalam masa tersebut. Mereka juga Business Oriented.

4. SET TARGET IKLAN
 Haa yang ni agak penting dalam Fb Ads, kalau tak membazir je buat fb ads kalau tak setting yang ni.
ada beberapa perkara anda kena tahu.
      i. Kemana anda nak tujukan iklan ni.?
         Jangan Target besar-besar, buat untuk lokasi kawasan anda sahaja, contohnya Kalau Kajang, buat Kajang, takl perlu tempat lain, atau boleh buat kawasan berdekatan, bangi, Putrajaya. cukup 3 jangan banyak-banyak.
     ii. Siapa mereka??
         Ini pembeli, setkan umur mereka yang dijangka membeli,
         setkan jantina, kalau produk untuk wanita, biarkan wanita sahaja, kalau lelaki biarkan lelaki.
         Setkan Relationship - kalau produk untuk mereka yang dah berkahwin setkan untuk married
         Setkan Employers - kalau nak jual produk kepada golongan tertentu dalam sektor pekerjaan contohnya alat bantuan mengajar, kena set pada cikgu.
         Setkan interest - untuk mereka yang selalu like page-page yang berkaitan nichie kita atau page-page dalam malaysia, kerana ada kemungkinan iklan kita akan pergi ke warganegara lain, so yang ni kena specifikkan...nanti kalau kita nampak ada orang yang pelik-pelik tu, cuba ubah bahagian ini untuk kita lebih specifik, cari Page-page yang selalu rakyat malaysia kunjungi.

     iii. Berapa lama??
          berapa lama Iklan ini akan berjalan di FB customer target anda?? kalau boleh biarkan ia berjalan selama seminggu dahulu atau biarkan ia continues berjalan tanpa henti.
   
     iv. Berapa Kos yang akan kita berikan kepada FB sebagai ganjaran
          Setkan kepada minimum RM15/day kalau lagi banyak kita laburkan lagi ramai potensi customer yang akan dia jumpa.

Dah siap semua tu boleh place order, tunggu dia approve nanti dia akan berikan notification. then nanti kita juga akan dapat iklan yang sama. boleh tunggu dan lihat.

Penggunaan FB ads ni boleh dikategorikan agak penting juga...selain dari Group Iklan yang ada, cuma Group Iklan kini dah nampak kurang pembeli, bukan takde, tapi KURANG, cuma ini cara terbaik untuk kita cari fresh customer.

Ruang pengiklanan ini walaupun berbayar namun ia menjadikan kita berpeluang menemui customer baru tanpa perlu bersemuka, Nak target untuk jumpa 1000 orang sehari dah sememangnya mustahil kalau untuk offline ni, so kena la guna FB ads, Group juga boleh cecah lebih dari itu, tapi perasan tak FB Group dah bagi option pada customer untuk hiddenkan view di wall masing-masing, so ada kemungkinan customer langsung tak nampak walau dah ada beratus ribu ahli dlm group tu. namun itu juga potensi jangan dilupakan..lebih baik kita buat dan guna semua option yang ada. lagi banyak option lagi cerah peluang untuk close sale.

sekian coretan dari NewBie untuk NewBies.

Mohammad Nizam Bin Hussin

Wednesday, September 2, 2015

Cara-cara nak deactive voice mail

Haa..ni ada cara sikit, macam mana nak deactive voice mail, kat Malaysia ni jarang sangat orang yang suka pakai, kalau oversea tu mungkin. walaupun sebenarnya dia ada kepentingan namun ada juga pembazirannya, sebab kita dikenakan caj, cuba la tak payah caj, kan senang?? Apa pun terpulang pada individu, kalau dia rasa nak buang dia punya voice mail, boleh buang, membantu ramai orang dari di caj.

Ok ni ada beberapa step, tak sure valid tak untuk telco masing-masing. tapi boleh cuba

For Celcom
Dial : ##002#

For Digi
Dial : *128#

For Maxis
Dial : ##109#

For Umobile
Call 018-3881318

Selamat mencuba

Google adsense dah approved ye ye ye..

Ohh...lama juga nak dapat akaun ni rupanya...Walaupun dah berapa kali di reject...akhirnya...untuk kali yang pertama, biarlah orang lain dah jauh pun, tapi aku tetap nak mencuba merasakan bagaimana orang lain boleh buat duit melalui google ads ni...saje buka akaun dashboard tengok..berapa dapat...huhu....tak sampai seminggu...alhamdulillah oklah kan?


Tuesday, September 1, 2015

Buat Toneexcel tanpa UPLINE

Mermang ini realiti yang terpaksa saya hadapi sejak saya sertai business MLM atau affiliate, UPLINE tak pernah muncul dan tak pernah tanya bagaimana saya nak buat. Tapi yang saya tahu, saya perlu bekerja, dan memang saya bekerja sendirian, tanpa apa-apa guide dari mereka...

walau ramai orang yang berikan kata-kata kena ikut upline, kena ada mentor...ahhh itu semua mampu di pelajari dan dicari, yang penting kita mahu atau tidak.

Cuba baca coretan Sifu mazelan Abas ini untuk renungan.

Salam sejahtera rakan2 semua,
Ramai orang datang rumah saya, komplain pasal upline itulah, inilah. Aduhai... Pening saya dengar.
Dari dulu sampai sekarang, untuk kesekian kalinya saya memberi cadangan,
Petua untuk buat bisnes toneexcel ini, jangan bergantung walaupun 0.001% kepada upline anda, kerana upline anda layak dihormati dan dimuliakan, tetapi bukan tempat bergantung.
Orang yang bergantung kepada orang lain atau upline akan gagal dan kecewa lebih cepat daripada upline mereka sendiri, kerana upline yang membenarkan orang bergantung kepada mereka akan putus bila sudah tidak mampu menampung beban dan ketika itulah, bila bebanan jatuh terhempas, kegagalan akan bermula.
Apa akan terjadi jika anda mengikuti arahan daripada seorang yang mereka sendiri tersesat dan tidak berjumpa jalan. Bagaimana saya nak tahu upline tersesat? Jawapannya, cuba lihat, jika mereka masih lagi tercari2 jalan dan peluang, maksudnya mereka masih belum berjumpa lagi lah.
Jangan bergantung kepada upline, tetapi jangan mengutuk upline, jangan mencaci upline, hormati dan muliakan mereka. Jangan jadi orang yang tidak bersyukur, pasti kecelakaan menunggu dihadapan.
Cara paling mudah nak buat bisnes ini, berhenti berhubungan dengan upline, buat sorang-sorang, tiada upline, tiada downline, yang ada hanyalah ANDA dan promosi dan promosi dan promosi.
Pandangan 2 sen dari saya dipagi jumaat ini.
Daripada:
Mazelan Abas

Sebab mengapa orang benci sangat MLM

1. Suka Menunjuk
    - Ini trend biasa, ada yang antaranya terpaksa sewa kereta semata-mata nak tunjukkan hasil kononya dia dah berjaya buat business tu walau pun tak sampai 3 bulan.
    - Tunjuk duit banyak sangat, dengan gaya hidup. walau pun gaji sebenar tak banyak mana lagi pun

2. Terlalu Memaksa
    -  suka push untuk paksa orang join...kalau tak join, "jangan menyesal"
    - Aku just nak tolong kawan, biar sama-sama kita senang nanti

3. Buat semua cara nampak Mudah
    - Senang giler tunjuk cara cari orang
    - Dia tak cerita pula payahnya nak pujuk orang.

4. Takpe saya boleh bantu..
    - Ayat standard yang buat orang terperangkap
 
Explaination aku
Ini konsep yang aku nampak.....dan aku rasa ramai yang tersilap, kerana kalau diikutkan business MLM ni sama juga dengan business lain, konsep asasnya ialah MENJUAL....mahirkan diri dalam menjual, tapi kalau dah program pun jual marketing, macam mana nak datang skill menjual..asyik pujuk orang untuk sertai...mana orang tak lari bila dengar orang MLM. Sepatutnya bila tidak diterima kita kata NEXT!!! mereka tak berminat, mengapa perlu paksa mereka...

Yes!!! kalau tak pujuk macam mana kita nak kata mereka berminat...perkara membeli terlalu subjective, itu kuasa mereka, mereka ada banyak perkara yang mereka perlu tahu untuk mereka beli.

Sebab konsep menjual ni sebenarnya luas...MLM tu sekadar cara dan bonus diberi kalau kita dapat rekrut ahli baru yang pandai menjual....sebab tu yang mana pandai menjual mereka dapat bertahan dalam business ni dalam tempoh masa yang panjang.

mereka tak menjual kepada orang yang mereka kenali sahaja, mereka jual kepada semua orang, event orang yang mereka tak kenali, mereka pergi dari meja ke meja, kalau dulu rumah ke rumah menjual produk mereka, tak perlu nak susun kawan-kawan bagai.

Orang beli sebagai ahli itu bonus, orang beli product biasa, itu retail. habis...biar pun tak ramai yang jadi jutawan dengan kaedah begini, tapi mereka konsisten dengan income mereka yang mereka sendiri usahakan. Bukan dengan kaedah rekrut ahli, kemudian mereka juga tak pandai menjual, dan sampai satu tempoh mereka kata business dah tepu...tepu tang mana, kalau dah hangpa pujuk orang yg tak mau menjual sampai dia kesian dan tolong beli, lepas tu mereka pun lepas tangan, macam mana business nak jalan. Dalam malaysia berjuta lagi ada rakyat malaysia...satu daerah tu pun belum tentu kita dah jumpa semua orang. Friend FB pun tak cecah 5000, page pun tak sampai 1 juta...itu kita kata tepu???

Mari kita Kaji sikit
Berapa ramai kita dengar Jutawan MLM yang lama-lama masih kekal sampai hari ni??? yang dulu cepat sekali naik nya...rakan-rakan kita yg ajak buat MLM dulu??

Berapa ramai businessman MLM, yang buka kedai atau jadi stokis MLM ni, bertahan??? cuba tengok stokis Luxor, stokis CNI, stokis Revell, Stokis Elken, stokis Cosway, Stokis Tupperware....mereka masih maintain...tapi tak dicanangkan sebagai Jutawan, masih buka kedai di tempat asal seperti dahulu lagi...kenapa?? sebab mereka pandai jual produk bukan Marketing Plan.

Membeli
Rasa nya part ni, biar kita serahkan kepada pembeli, biar mereka tentukan samada nak beli atau tak....habis tak sempat explain dah tak nak beli, macam mana??? Inilah kesan nila setitik tu, ramai yang bakal lari, kita yang hari ni, kena pandai tackle hati mereka kembali. ubah mind set untuk memberi penerangan terbaik tentang produk, cuba jadikan MLM itu satu channel business terbaik.

Lihat konsep Affiliate di Internet, mereka tak perlu memaksa, tapi orang yang ikut mereka secara sukarela, kerana Affilaite hanya bercakap di hadapan PC. tiada yang push untuk kita membeli.paling tidak dia hanya push dalam web/blog dia sahaja, paling kuat pun, push dalam email...

Konsep Membantu Downline
Rasanya istilah ni sinonim dengan MLM...dah join, lepas tu tinggal. atau pun sekadar nak call tanya ada buat belian tak bulan ni, followup sekadar nak pickup point dia...

Yang sepatutnya kita buat ialah guide dia untuk menjual, kalau kita pandai jual online, ajar dia untuk online, kalau tak pandai offline, bagi dia training dengan orang lain...lepas tu ajak buat test, itu baru leader!!! bukan mengharap, anak buah datang melutut, walau itu sebenarnya konsep berguru...ikut step jadi guru,...mula-mula terpaksa, kemudian suka, kemudian volunteer.

sebab bukan semua orang mampu untuk keluar dari kepompong sendiri, ada yang perlu di pimpin, mereka nak buat, tapi masih perlu dipegang tangannya, kita ajar, sampai mereka mampu dilepaskan tangannya...kalau kita ada niat nak membantu, bantu secara jujur dan seikhlas, tak perlu nak ikut ego, nak belajar kena datang berlutut..InsyaAllah Rezeki Allah itu cukup pemurah...

Tuesday, August 25, 2015

Bagaimana Teknik nak Buat ToneExcel

Nak tahu tak bagaimana ToneExcel mampu bagi duit kat mak kita, tanpa kita keluarkan satu sen pun duit kita..tiap-tiap bulan duit tu masuk ke akaun mak kita...TIAP-TIAP BULAN!!!!

Nak tak??

Ok  step pertama.

1. Tukarkan telefon Mak terlebih dahulu dengan Toneexcel
2. Tukarkan line telefon ayah pula Toneexcel
3. Tukarkan juga telefon adik-adik pula ke Toneexcel
4. Topup lah macam biasa - kalau nak suruh mak dapat banyak tiap-tiap bulan...topup lah banyak sikit.
5. Setiap hujung bulan 21hb, Mak akan dapat hasil dari Topup kita dan adik-adik kita.Ok tak?? duit free dia dapat, tak payah minta,duit akan masuk akaun automatik.. kan senang??

Inilah konsep mengkayakan orang lain, yang orang taknak buat tu....taknak ke mak kaya?? 

Boleh ke kaya?? Boleh, kalau mak buat...nak suruh mak buat tu memang tidak lah...tapi anda yang mampu jadi kaya dengan asbab nak bantu mak dapat income setiap bulan.

kalau tak nak bagi mak kaya..cuba jangan topup?? boleh?? sure tak boleh...sebab ni barang keperluan...anda tak topup anda tak boleh guna....dan sememangnya anda guna...apalah sangat, bagi kat mak sen sen tu...

Sebab diorang tak tahu...sekarang ni, rekod dalam ToneExcel Tn. Mazelan Abas lebih banyak income dia dari Tn. Ishak Din(penaja Tn Mazelan). 

Berminat ?? nak buat...sila contact 018-9500177 untuk keterangan detail.


Sunday, August 23, 2015

Melayu terbangsat???

Merujuk kepada kenyataan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak

“Tiada Umno berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini. Saya sebagai presiden akan lakukan supaya Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi bertuah ini.” - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/najib-bangsa-melayu-bukan-bangsa-bangsat-zairil-khir-johari#sthash.MJBWoyEk.dpuf

huhu....Rasanya rata-rata bukan sahaja dari Parti pembangkang, parti UMNO sendiri pun ada yang tak setuju dengan kenyataan ini, Semua parti yang ada mempunyai satu agenda yang sama, iaitu tidak akan membiarkan pemimpin yang salah guna kuasa terus menerajui kepimpinan negara, tak kira dari parti mana sekali pun.

sekarang sebenarnya, kita dah nampak penyatuan semua parti secara tak langsung dalam hal ini, tapi tak berani menyatakan kesamaan itu, kerana masing-masing mempunyai agenda politik masing-masing, iaitu kekal memerintah.

Namun rakyat ramai yang tak sabar menunggu saatnya

1. Pemilihan Umno yang dijangka tahun depan - (tapi telah ditunda oleh Presidennya selama 18 bulan)
2. Pembubaran parlimen jika berkenaan.
3. Perletakan Jawatan Perdana Menteri

Kerana ini sahaja jalannya yang membolehkan kerajaan kita menukar pucuk pimpinan, ataupun yang terakhir campur tangan Yang di Pertuan Agong.

Berharap semua akan berakhir sebelum nilai matawang jatuh ke peringkat yang lebih parah..sentiasa mendoakan yang terbaik buat ekonomi dan politik negara.

Ini cerita orang business tak nak dengar

Pesanan Mazelan Abas ini cukup dalam...

27.Julai.2015, genap sudah umur saya 5 tahun didalam ToneExcel. Setiap tahun saya akan kongsikan pencapaian, pengalaman dan pemerhatian dengan anda semua, semoga ada yang boleh dijadikan panduan, sempadan bekal perjalanan untuk rakan2 seperjuangan.
Komisyen TopUp saya dipenghujung tahun pertama (lebih kurang RM4,000), tahun kedua (lebih kurang RM13,000), tahun ketiga (lebih kurang RM45,000), tahun keempat (lebih kurang RM140,000), tahun kelima (lebih kurang RM500,000), tahun keenam (lebih kurang.. tak tahu jawapannya, kalau masih ada umur insyaAllah saya akan update rakan2 semua pada tahun 2016 nanti).
Apa yang telah saya lakukan untuk mencapai pendapatan yang sedemikian, selama 60 bulan saya menaja diantara 15-20 orang rakan2 baru di level-1. Tidak ada satu bulan pun daripada 60 bulan tersebut yang saya ter-miss. Itu sahaja yang saya lakukan. Itu sahaja yang saya fokuskan.
Bagaimana dengan anda atau rakan2 lain didalam toneexcel ini?
Pemerhatian saya, rata2 saya lihat graf penajaan mereka satu bentuk sahaja. Menaja ramai orang diperingkat awal (beberapa bulan pertama), kemudian menurun akhirnya. Boleh dikatakan 99% mempunyai bentuk penajaan seperti ini. Mengapa ini berlaku? Pendapat saya, mungkin betul, mungkin salah, sewaktu awal2 mereka join toneexcel, mereka masih mempunyai ramai kawan2 yang belum tahu pasal bisnes ini, apa lagi, mereka baru join, semangat tengah tinggi, habis kesemua rakan2 dan saudara-mara dalam senarai telefon dia pergi jumpa untuk menerangkan peluang bisnes ini. Selepas beberapa bulan, kesemua orang yang dia kenal habis diterangkan, habis dipromote, maka habislah kerja beliau dan terbahagi dan tetaplah rakan2 mereka kepada beberapa golongan. Golongan yang join toneexcel bawah dia, golongan yang tak mahu join, golongan yang suruh dia buat dulu, bila kaya baru datang semula, golongan yang tolak mentah2, golongan yang memperlekehkah, golongan yang 50/50, golongan tunggu dan lihat dan macam2 golongan lagi.
Apabila sudah habis dipromote kesemua orang yang dia kenal, so, what next? Cuba2 cara online dan offline promote pada orang yang dia tak kenal, kesudahnya, tiada siapa yang nak join. Sangat payah rupanya nak promote pada orang yang tidak dikenali. Akhirnya duduk diam2 sajalah, berapa komisyen yang dapat, kira itulah rezeki dia didalam toneexcel ini, komisyen dia dah tak berapa nak meningkat lagi. Orang bawah dia pun akan menghadapi sindrom penyakit yang sama. Mereka hanya tahu menaja orang yang mereka kenal sahaja, tak ramai orang tahu cara nak menaja atau nak buat closing pada orang tak kenal. Jika kita dengar orang beri alasan, susah nak buat bisnes ini, sebab susah nak cari orang, saya sangat setuju, kerana statement ini sebenarnya, adalah susah nak cari orang "yang tak kenal".
Sebab itu, kalau seseorang itu ramai kenalan sebelum join toneexcel, maka dia akan dapat komisyen yang tinggi, kalau kawan tu tak ramai kenalan, maka dia akan dapat komisyen bulanan yang rendah. Dulu awal2, bolehlah menaja berpuluh orang setiap bulan, malahan ada yang beratus, tetapi sekarang nak menaja 5 orang pun amat susah. Dulu awal2, komisyen topup naik dengan laju, tetapi sekarang naik tak laju lagi. Maka mula rasa pasif income didalam toneexcel sudah tidak boleh naik lagi, tepu, tidak naik seperti yang diharapkan dan tidak cukup banyak, kalau naik pun dengan kadar yang peratusan yang rendah, malah ada yang lebih menakutkan, komisyen topup mereka mula menurun, maka ada yang saya perhatikan mula kembali kepada aktif income.
Macam2 perkara yang mereka lakukan untuk dapatkan aktif income. Kepada yang ramai kawan2 atau ramai network, untuk dapatkan aktif income agak mudah dilakukan diperingkat awal, kerana hanya perlu recyle kawan2 yang sedia ada, ulang balik proses yang sama semasa join toneexcel, promote benda baru pada mereka, tetapi rakan2 yang tak ramai kawan, akan jadi pengikut dan dipergunakan sehingga akhir hayat mereka, apa yang suruh dilakukan mereka akan ikut, tetapi mereka tidak akan dapat aktif income seperti orang yang menyuruh tersebut, kerana mereka tak ramai kawan. Fokus untuk menaja dilevel-1, hilang entah kemana, maka aktiviti menaja level-1 juga mula ditinggalkan. Rakan2 yang ikut arahan kita dua tiga kali untuk dapatkan aktif income, mula tersedar yang mereka sudah terpesong dari matlamat asal, ada yang kembali ke pangkal jalan, ada yang memberontak, ada yang declare dah tak mahu ikut lagi dan ada yang terus hanyut dengan target aktif income yang tak kesampaian sampai bila2.
Kalau ia terjadi pada kita, kita sendiri pun malu nak ingatkan orang supaya menaja di Level-1, sebab kita sendiri pun dah tak fokus menaja level-1, kita sendiri sudah susah nak taja orang di level-1, lama kelamaan komisyen topup mereka akan menjadi tepu. Tak naik seperti graf exponencial, melengkung ke atas, ia menjadi plato, malah ada yang gradualy discrease, turun perlahan2.
Yang lebih sedih, ada yang bertukar kapal kerana dalam toneexcel pendapatan tak cukup banyak. Mereka nak dapat lebih dan itu bukan salah mereka, kerana semua orang nak dapat lebih income, kerana kos sara hidup sekarang bukannya rendah. Cuma silapnya, jika kita tidak mampu menambah orang di level-1 dalam toneexcel ini, atau dengan kata lain tak tahu cara nak dapatkan pelanggan secara berterusan, tak tahu cara menaja orang yang tidak kita kenali, tak tahu ilmu marketing yang seterusnya, maka dengan berpindah kapal, kita akan menghadapi masalah yang sama, kita boleh ajak rakan2 yang sedia ada sahaja kepada kapal baru kita, lepas habis semua kawan yang diajak, selepas habis semua mereka tetap didalam golongan tertentu, bila kapal baru pun sama tidak boleh memberikan income yang dihajatkan, gerenti kita akan berpindah ke kapal yang lain. Inilah yang akan berlaku secara berterusan sehingga akhir hanyat kita. Bertukar kapal bukan penyelesaian kepada masalah penajaan, ia hanya penyelesaian sementara, kerana kita boleh menggunakan kawan2 yang sedia ada untuk melompat kekapal yang lain. Lepas itu, back to square one. Tak tahu nak kembangkan bisnes baru tersebut.
Kita tidak perlu setia dengan sesuatu kompani, kerana kesetiaan itu hanya bergantung kepada kepentingan satu pihak sahaja, iaitu diri kita sendiri. Contohnya, jika anda sudah bekerja selama 10 tahun dalam sesebuah kompani, bukan bermakna anda setia dengan kompani tersebut, tetapi ada berada sisitu kerana ia sentiasa berpegan teguh kepada perjanjian mereka dengan anda, mereka jaga kepentingan anda, iaitu gaji, mereka sentiasa bayar gaji yang dijanjikan. Katalah tiba2 mereka ada masalah, 6 bulan mereka tak bayar gaji anda, adalah anda masih setiap pada kompani yang sudah 10 tahun anda bekerja itu. Anda ada keluarga yang nak diberi makan, anda perlukan gaji, anda perlukan duit dan itulah kepentingan satu pihak sahaja, adakah 'setia' boleh bagi makan keluarga anda?
Tetapi dalam toneexcel, setakat ini, mereka sentiasa berpegang teguh kepada perjanjian kepentingan satu pihak sahaja, mereka tidak pernah mungkir janji bayar komisyen kepada kita. Kesetiaan pada kompani seperti ToneExcel adalah satu perkara yang amat berbaloi untuk dilakukan. Jadi bertukar kapal bukan penyelesaian kepada masalah menaja, tetapi kita sendiri yang kekurangan ilmu menaja. Kita hanya tahu menaja orang yang kita kenal, kita tak tahu menaja orang yang tidak kita kenal.
Ada yang berpegang pada prinsip, jangan letak telur dalam satu bakul, takut semua pecah. Itu maknanya jika kita sudah berjaya mendapatkan duit yang sangat banyak dari satu sumber, cari jalan untuk dapat duit yang sangat banyak menggunakan sumber yang lain atau bidang yang lain. Bukan dengan gagal dapat duit yang banyak dalam bisnes networking ToneExcel, buat bisnes networking yang lain. Kalau sebijik telur pun tak ada, apa yang nak diletakkan kedalam bakul, biar pun kita ada bakul yang banyak sekali pun. Belajar buat telur betul2, dah pandai, baru buat telur emas yang lain, baru boleh letak dalam bakul2 yang lain.
Baru2 ini ada orang call saya, ingatkan saya yang ada orang cuba menfitnah toneexcel. Letak senarai toneexcel dalam senarai BNM sebagi blacklist. Dia kata, en. Mazelan mesti lakukan sesuatu kalau tidak, susahlah nanti saya nak menaja orang baru sebab orang dah tak percaya pada ToneExcel. OK, saya tanya dia, bulan lepas kamu menaja berapa orang di level-1, he he dia jawab, sorang. Saya kata kamu baru sahaja berjaya menjumpai satu alasan yang baik untuk tak mahu menaja orang di level-1. Jadi sekarang kamu berjaya memasukkan nama kamu dalam senarai orang yang tidak akan berjaya dalam ToneExcel ini. Tahniah, teruskan perangai macam tu.
Saya berkongsi pandangan ini, hanya kerana ada satu tujuan sahaja, melihat ramai rakan2 yang bebas dari bebanan kewangan mereka, boleh hidup keadaan selesa, bukan hidup dalam kerisauan dikejar hutang setiap saat. Boleh ramai2 menikmati nikmat hidup ini. Caranya, mungkin dengan memberi cabaran supaya anda boleh memotong apa yang saya capai didalam toneexcel ini. Contohnya, jika ramai rakan2 dalam toneexcel ini, potong pendapatan saya, katalah anda boleh dapat RM2 juta sebulan, dan saya dapat hanya RM1 juta sebulan, adakah saya akan jadi malu kerena saya bukan lagi menjadi top earner dalam toneexcel, adakah saya akan bertukar menjadi orang munafik dan tidak pandai bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan. Satu juta tu, bukan sikit2 anak rezeki yang diberikanNya. Itu pun tak reti nak bersyukur, tunggu masanya, gerenti hilang tak lama lagi.
Nama sebagai top earner, sebagai sifu, adalah gelaran yang saya tidak pinta, saya tidak suruh sesiapa pun yang memanggil saya dengan panggilan tersebut, malah saya sendiri tak suka dengan gelaran tersebut, tetapi nampaknya ia terjadi dengan pakej yang saya tak boleh tolak walaupun saya tidak suka. Apakah pakej tersebut? Tahu teknik marketing terbaik cara menaja orang yang anda kenal dan yang anda tidak kenal.
Jadi, pesanan saya pada rakan2 didalam ToneExcel ini, carilah ilmu yang betul dan belajarkan cara untuk menaja orang yang tidak kenal, jika tidak income anda tidak akan naik ketahap yang anda mahu.
Barang siapa yang tahu mendapatkan pelanggan dari kalangan orang yang tidak dikenali, dia akan berjaya dalam apa jua bidang perniagaan yang diceburi.
(Saya punya pepatah pepatung yang baru dicipta tadi).
Jika anda ingin belajar cara yang saya gunakan untuk menaja orang yang tidak dikenali hanya dari rumah sahaja, saya tahu sikit2 je, tak banyak mana pun, cumanya ia berkesan pada diri saya selama 5 tahun ini dalam toneexcel, jika anda nak tahu dan nak belajar cara saya itu, anda boleh lihat di www.hasil100fb.com/main.php
Baca patah demi patah, ayat demi ayat, baris demi baris, insyaAllah itulah ilmu dan cara yang saya gunakan sehingga saya mencapai apa yang dicapai hari ini.
Jika anda tidak mahu belajar cara saya, jika anda tidak suka cara pendekatan yang saya gunakan, jika anda memang tak suka saya sejak azali lagi dan dah benci tengok muka saya, mungkin anda ada perasaan yang saya juga ingin mengambil kesempatan dari nasihat ini (anda mungkin betul), saya cadangkan, jika anda ingin betul2 berjaya buat duit yang sangat banyak dalam toneexcel ini, pergilah cari orang yang boleh memberi nasihat tanpa meminta upah atas nasihat mereka, pergilah cari orang yang betul2 tahu cara menaja orang yang tidak dikenali, carilah orang yang betul2 mengamalkan apa yang diajar, dan dia tidak meminta upah dari apa yang diajarkan. Sebab saya tahu masih ramai orang2 diluar sana yang berjaya dan hebat, tetapi tidak popular mana, tidak meminta upah atas nasihat mereka, tidak ada kepentingan peribadi diatas jalan yang mereka tunjukkan. Nescaya anda akan mendapat nasihat yang berfaedah dari mereka dan insyaAllah kita sama2 akan berjaya dunia dan akhirat
Daripada:
Mazelan Abas
010-5232047
Rujukan, AL-AN’AM:90, AL-FURQON:57, AL-MU’MINUUN:72

BAHASA MUDAH KALAU RINGGIT JATUH TERUK

Banyak bunyi yang tak sedap didengar tentang kejatuhan nilai mata wang, ada menteri yang sanggup mengatakan itu adalah kebaikan..kerana ramai orang nak masuk ke negara ini untuk melancong disebabkan nilai matawang yang rendah.

Hari ni setakat aku coretkan cerita ini, harga dah mula mencecah RM4.18 (ikut Google) untuk USD 1.
Tapi kenyataan menteri-menteri tak menampakan mereka cuba nak membantu menanggani isu-isu ini. Tengok je lah isu nak bawa masuk 1.5 juta Rakyat Bangladesh. Dia tak terfikir agaknya usaha itu akan menambahkan pengaliran wang keluar.

Begitu juga dengan perbelanjaan kepada pengeluar dari negara luar, juga akan meningkatkan pengaliran wang keluar, jadi kita kena banyakan pembelian barangan tempatan.
Dengan kejatuhan nilai ringgit ini juga memungkinkan banyak sector-sektor korporat swasta mahupun kerajaan akan gulung tikar akibat nilai matawang yang mungkin tidak laku setelah di letakan status POA. Kalau laku pun, kita terpaksa tukar ke nilai yang jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini. Kerana kebanyakan syarikat menggunakan bahan mentah dari luar yang menggunakan USD sebagai nilai matawang

apabila Malaysia mengimport barang2 keperluan dr negara luar, Malaysia akan mengeluarkan lebih wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai Ringgit yg jatuh menjunam skrg.. dalam bahasa mudah, Malaysia membayar harga yg lebih tinggi berbanding harga asal disebabkan kejatuhan nilai Ringgit. Nilai USD mungkin tidak berubah, tapi duit kita yang makin jatuh nilainya

kemudian, di sinilah punca kenaikan harga barang berlaku..ia berlaku apabila pembekal yg mengimport barangan tersebut tidak akan menanggung kerugian kesan dr kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna..so, dalam kata lain dorang akan naikkan harga barangan tersebut dan pengguna yg mendapat kesannya.
Ini bahasa mudah. Kenapa ramai yang bantah, sebelum nilai ini jatuh, dah ada syarikat gergasi yang gulung tikar, ni lepas ni kita tunggu dan lihat sahaja.

Rakyat nak tengok usaha kerajaan dalam menangani isu ini, kalau rakyat Nampak ketidaktentuan dalam perlaksanaan, pasti ramai yang bangkang. Tambah-tambah kenyataan menteri tak masuk dek akal lagi la, cuma kita takde kuasa nak suarakan kepada mereka, mereka tak dengar walau yg cakap tu pakar ekonomi. kita yang bukan pakar ni lagi la tak dengarnya.


Sekadar untuk pemahaman bahasa mudah.

Tuesday, July 14, 2015

Ulasan untuk kritik Zahra

Berkenaan Kritikan terhadap Zahra.
Ulasan dari Liew Chin Tong Yang ni aku setuju, untuk membetulkan persepsi orang -orang yang kritik zahra...yg rata-rata kata org melayu pemalas, masih  mengharapkan gaji semata-mata.

Nilai gaji swasta untuk lepasan universiti masih sama untuk sekitar 20 tahun yang lampau, walhal kos sara hidup, barang keperluan dah naik dari dulu, dan tak pernah turun-turun. Itu yang wujud, gaji Branch manager yg company ada sampai 10 cawangan seluruh malaysia pun starting RM2000, dulu starting Lepasan Degree pun RM1800, sekarang dah jadi RM1500, Diploma dulu boleh pergi RM1500..sekarang dah jadi RM1200, (walaupun ada lagi lepasan degree RM1200 sekarang ni), semua harga barang naik, yuran itu naik, yuran ini naik, cukai itu naik, cukai ini naik, tang mana turun?, tapi bab gaji masih macam menurun, ke aku salah kira??

Ada yang akan kata jangan compare, dulu tak sama dengan sekarang. kenapa? soalan aku mudah je. dulu masa gaji RM1800 atau RM1500 utk gaji starting Degree, harga kuih berapa seketul? berapa harga nasi lemak sebungkus? berapa kau kena zakat fitrah? berapa sewa rumah masa tu??? siap boleh buat simpanan, dimana silapnya...

Bukan semua orang perlu jadi peniaga (means perlu ada barang sendiri untuk diniagakan.)
Bukan semua orang ditakdirkan untuk jadi peniaga...semua nak keluar fatwa rezeki itu 9/10 darinya berpunca dari berniaga.

Bekerja juga adalah satu perniagaan. (Business Service)

Duk bising nak suruh orang cari kaedah terbaik, tambahkan gaji, berniaga sambilan la apa la, berapa ramai yang buat business sambilan, yang mampu jaga hubungan dengan Allah dan family? sebab kita disibukan dengan harta Dunia, siang malam mencari rezeki, sedangkan Allah yang bagi rezeki dengan cara sepatutnya, dan ada masa yang patut kita peruntukan untuk Allah dan Family. 
Kadang-kadang kita yang berniaga atas title majikan ini yang lupa untuk sampaikan tanggungjawab sebenar kepada pekerjanya.

Mereka lupa Nabi dulu juga adalah pekerja yang bekerja dengan Siti Khadijah sebagai jurujual. (Dia tak punya business sendiri- dia bekerja dengan Siti Khadijah sebelum berkahwin dengannya, dia dilantik oleh siti khadijah sebagai orang kanan beliau - fahamkan betul-betul dan cuba check balik cerita ni adakah dia peniaga??)

Nak sebut dan suruh orang berniaga tapi mereka sendiri perlukan pekerja yang mereka juga bayar gaji yang mungkin tidak setimpal dengan keadaan semasa...walaupun status mereka dah jadi jutawan dalam usia yang muda, dan dalam masa yang singkat...

kalau betul mereka dah berusaha, dan berjaya tanyalah berapa gaji untuk seorang pekerja yang mereka gajikan untuk seorang kerani??

aku percaya..mereka masih bayar tak lebih dari RM2000 sebulan (estimate je..silap-silap tak sampai RM1500 pun ada, SPM la katakan, walhal mereka jutawan. Ini yang mereka banggakan?? sebab usaha mereka, dan gaji mereka yang mereka perolehi. Tak takut ke dipersoalkan, kenapa duit gaji pekerja mereka tidak setimpal dengan keadaan ekonomi semasa yang menyebabkan mereka terpaksa buat kerja sambilan sehingga lupa kepada Allah??? huhu...aku takut!!! (walaupun soalan tu aku reka, tapi aku tetap takut!!!)

Yang pasti zahra bukan mengeluh kerana ketidakcukupan dia, tapi pada aku, ia lebih kepada sistem yang diguna pakai oleh majikan tidak setaraf dengan situasi, tengok sahaja pada kerajaan, mereka sanggup naikkan gaji semua kakitangan mereka, termasuk dari peringkat bawahan hingga atasan, yang tak terkesan dengan ekonomi juga merasa kenaikan gaji (peringkat atasan yang penuh dengan elaun), dalam situasi ekonomi yang gawat, sepatut perbelanjaan dikurangkan, tapi kenaikan diperingkat bawahan yang perlu, so dimana ketidakcukupan yang akan mereka rasai bersama-sama rakyat??? ini yang dikatakan NONSENSE.

di peringkat swasta, gaji dikurangkan untuk semua peringkat, dan ada pekerja yang dibuang, tapi gaji majikan masih mahu di peringkat Jutawan???

Tak perlu nak kaji ayat aku, aku bukan cerdik umpama mereka yang berjaya jadi Jutawan, sebab aku bukan Jutawan, dan aku hanya pekerja biasa. so normal lah kalau blame aku hanya pada majikan.

Saya Nizam
Ulasan asal dari FB


Bagaimana Zahra boleh dibayar dengan gaji yang lebih baik?

Oleh Liew Chin Tong
Kempen video ‪#‎sayaZahra‬ oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu menyentuh hati ramai warga Malaysia. Kuasa video 6 minit itu cukup hebat. Ia adalah bukti kegagalan dasar awam, meninggalkan satu generasi terpelajar dengan kertas sijil tetapi hidup bagai pengemis.

Zahra bercakap tentang banyak aspek yang dihadapi warga Malaysia biasa, seperti pendapatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan, jaringan keselamatan sosial (ketika berdepan dengan kemalangan atau penyakit). Saya hanya mahu fokus pada persoalan bagaimana Zahra boleh dibayar dengan gaji lebih baik dalam tulisan ini.

Pada 20 tahun yang lalu, seorang peguam yang baru tamat pengajiannya dibayar dengan RM2,000 sebulan di Kuala Lumpur. Ia dianggap bayaran yang amat memuaskan. Hari ini, peguam yang baru tamat pengajian dibayar dengan gaji sedikit lebih daripada RM2,000 sebulan. Satu penurunan paras pendapatan yang ketara untuk peguam muda seandainya mengambil kira faktor inflasi.

Zahra bercita-cita untuk menjadi seorang peguam yang berkelayakan, dan beliau kini dibayar mungkin lebih rendah daripada seorang peguam yang baru tamat pengajian. Jadi, bagaimana untuk membayar beliau dengan gaji yang lebih baik? Bagaimana kita meningkatkan semula pendapatan peguam muda yang sedang menyaksikan penurunan?

Untuk membayar Zahra dengan gaji yang lebih baik, maka penstrukturan semula ekonomi Malaysia secara drastik perlu disegerakan.

Menetapkan gaji minima boleh menjadi salah satu jawapannya. Namun, gaji minima hanya berkesan di peringkat bawah. Hampir mustahil untuk kerajaan menetapkan skala pendapatan yang tegar di peringkat lain. Namun kerajaan melalui dasarnya boleh mempengaruhi akibatnya dengan cara yang berlainan.

Satu-satunya jalan untuk meningkatkan pendapatan Zahra adalah dengan memastikan satu perkitaran yang baik untuk pendapatan tinggi, kemahiran tinggi dan produktiviti tinggi. Ia hanya boleh berlaku apabila Malaysia tidak lagi bergantung kepada buruh asing yang kurang kemahir.

Pemungut sampah

Untuk membayar gaji yang lebih baik kepada Zahra dan golongan yang setara dengannya, ekonomi Malaysia perlu bermula dengan pembayaran gaji yang lebih baik kepada pemungut sampah. Hanya apabila golongan peringkat bawahan dibayar dengan lebih baik, barulah ia akan mencetuskan gelombang untuk melambung pendapatan.

Andaikata pemungut sampah dibayar gaji bulanan RM2,000, maka masyarakat Malaysia akan membayar RM4,000 kepada seorang peguam yang baru tamat pengajiannya (barangkali nilainya setara dengan RM2,000 pada tahun 1995). Jikalau pemungut sampah dibayar RM2,000, maka pendapatan golongan selainnya akan meningkat. Jikalau tidak, peguam muda yang baru tamat pengajiannya akan memilih untuk menjadi pemungut sampah.

Anda semestinya menganggap saya sedang berjenaka. Apakah mungkin seorang pemungut sampah dibayar RM2,000 sebulan dalam pasaran kerjaya sekarang? Namun ia menjadi mungkin seandainya kita menyusun semula ekonomi kita.

Buat masa sekarang, pengutipan sampah dan pembersihan bandaraya adalah kontrak yang menjanjikan pulangan lumayan, diberikan kepada kontraktor kroni oleh kerajaan tempatan atau agensi pengurusan sisa pepejal.

Kebiasaannya kroni ini akan mengambil jalan mudah dengan menyerah tugas ini kepada sub-kontraktor. Dan biasanya terdapat lebih satu orang tengah atau perentir (rent-seeker) yang tidak melakukan apa-apa tetapi dimanfaatkan melalui kontrak atau lesen yang dia perolehi daripada hubungan politiknya.

Ia tidak lagi menguntungkan apabila projek ini sampai ke tangan sub-kontraktor. Sub-kontraktor, yang sentiasa memikirkan cara untuk mengurangkan kos, akan mengupah buruh asing kurang mahir untuk menjalankan kerja kononnya 3D (dangerous, dirty, and demeaning) ini, iaitu bahaya, kotor dan keji. Mereka dibayar dari RM600 hingga RM900 sebulan.

Trak sampah yang tipikal biasanya akan dikendalikan seorang pemandu Malaysia yang dibayar gaji rendah, bersama 4 atau 5 orang buruh Bangladesh. Di banyak negara maju, trak pemungut sampah biasanya dipandu hanya seorang pemandu, dengan kerja selebihnya diautomasikan. Dalam ekonomi yang bergantung kepada automasi, mesin, kemahiran dan teknologi, seseorang pemandu yang memandu trak sampah automatik dibayar untuk peranannya sebagai pemandu mahir dan pengoperasi mesin.

Mampukah kita membayar seorang pemungut sampah yang berkemahiran ini dengan RM2,000 sebulan? Adakah ia mungkin? Jawapannya, ya, dalam nada yang tegas. Kuncinya menyingkirkan kontraktor kroni yang memperolehi untung daripada rangkaiannya untuk mendapat kontrak, dan buruh asing kurang mahir yang melambak.

Buruh asing kurang mahir
Bukan hanya dalam kes pemungutan sampah tetapi hampir setiap sektor, Malaysia, sebagai institusi ekonomi, tidak menghargai kemahiran, tidak membangunkan teknologi baru dan tidak berminat dalam inovasi.

Industri tidak memanjat tangga nilai. Banyak yang berpuas hati dengan mengaut untung daripada buruh asing kurang mahir sebagai jalan singkat. Namun, mempersalahkan industri sahaja tidak menyelesaikan masalah. Industri tidak mendapat sokongan kewangan untuk memperkembangkan alat mesinnya dan pengautomasian. Terlalu sedikit sokongan untuk Kajian dan Pembangunan (Research and Development, R&D).

Menyedari bahawa mereka tidak mampu memanjat tangga nilai, majikan berpuas dengan mengupah buruh asing kurang mahir yang bekerja bagai mesin dalam bilangan yang besar. Ramai majikan kemudiannya merungut, buruh Malaysia sentiasa malas dan kebanyakan masanya dibebani dengan komitmen kekeluargaan, kalau dibandingkan dengan buruh asing.

Kunci masalah bersandar pada dasar untuk membawa masuk lebih ramai buruh asing kurang mahir.
Untuk setiap buruh asing yang dibawa masuk ke negara ini, akan ada kroni yang mendapat untung daripadanya. Menteri Sumber Manusia, Richard Riot mendakwa bahawa Malaysia mempunyai lebih 6 juta buruh asing, di mana kira-kira 2.5 juta daripadanya berdaftar. Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi mahu membawa masuk lagi 1.5 juta buruh Bangladesh dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Apabila sektor perkhidmatan seperti hotel dan kedai serbaneka 7-11 juga mengambil pekerja asing kurang mahir, warga Malaysia di peringkat bawahan kehilangan kerja dengan bayaran gaji yang berpatutan. Sesetengahnya mencari kerja yang gajinya lebih rendah. Sesetengah hidup tanpa arah. Sesetengah pula melakukan jenayah.

Kroni
Untuk Zahra dan golongan setara dengannya yang mempunyai ijazah universiti, mereka tersepit memandangkan ekonomi keseluruhannya tidak menghambat kemahiran dan nilai yang tinggi.
Majikan hanya memerlukan "pekerja baik" yang berfungsi bagai mesin. Mereka tidak bernilai sama ada dengan atau tanpa ijazah. Sudah tentu, dalam kitaran yang buruk sedemikian, sistem pendidikan kita juga tidak mempersiap-sediakan pelajar kita ke arah itu.

Sesetengah pekerja mahir yang tidak tahan dengan keadaan sedemikian memilih untuk tinggalkan tanahair dan mencari rezeki di tempat lain. Sekurang-kurang 1.5 juta warga Malaysia, kebanyakannya berkelayakan dan berkemahiran tinggi bekerja di luar negeri.

Bagaimana Zahra boleh dibayar dengan gaji yang lebih tinggi? Hapuskan kroni yang memperolehi manfaat daripada pengimportan buruh asing kurang mahir, mengurangkan buruh asing kurang mahir dalam ekonomi kita (terutamanya dalam sektor perkhidmatan), dan menjadikan agenda kita untuk memperuntukkan sumber bagi memacu momentum ke arah peningkatan kemahiran dan teknologi.

Ketika saya berusia 20 pada tahun 1997, Malaysia dilanda krisis kewangan Asia. Sejak itu juga ekonomi dan politik Malaysia terjerumus ke dalam kancah tanpa reformasi dan transformasi yang utama.

Saya sangat terkesan dan terharu ketika menyaksikan ucapan Zahra. Kita telah mensia-siakan generasi saya. Jangan kita sia-siakan generasinya pula.

Wednesday, July 8, 2015

10 Kerja Yang Sebabkan Stress

Kerja sememangnya sukar dan boleh menyebabkan tekanan. Namun, antara satu kerja dengan satu kerja yang lain ianya mempunyai tekanan yang berbeza. Disini disenaraikan 10 kerja yang paling terdedah kepada tekanan dan boleh menyumbang kepada kemurungan mengikut kajian;
 
1. Pusat Asuhan Orang Tua /Penjagaan Kanak-kanak
Bidang pengasuhan adalah tertinggi daripada senarai tersebut. Kerja seharian mereka adalah seperti mamberi ubat, menberi makan dan menjaga orang yang terkadang sepertinya tidak dapat menghargaii apa yang telah dilakukan oleh perkerja bidang ini. Ini mungkin kerana mereka terlalu tua, terlalu sakit,terlalu muda atau sememangnya tidak tahu menghargaii. Ia adalah tekanan melihat orang yang sakit dan tidak memahami.

2. Pelayan restoren




Kedudukan hanya dibawah kerja profesional dan mereka adalah orang yang menghantar makanan dan minuman yang telah anda pesan ke meja. Pelayan selalunya mempunyai gaji yang rendah, tetapi kerja yang memenatkan hanya kerana setiap hari pelanggan akan menyuruh melakukan kerja-kerja yang berbeza(tempahan berbeza). Disamping berhadapan perangai pelanggan yang berbeza setiap hari, terkadang ada yang terlalu kasar. Kerja ini dikatakan memerlukan banyak tenaga untuk dilakukan.

3. Pekerja Sosial
Berhadapan dengan masalah-masalah sosial seperti penderaan dan krisis keluarga ditambah pula dengan karenah birokrasi antara agensi, tidak dinafikan mereka antara pekerja yang mempunyai risiko berhadapan tekanan. Kerana kerja mereka yang berhadapan dengan mangsa yang amat memerlukan, tidak dapat disangkal mereka terpaksa berkorban banyak semata-mata menyelamatkan atau menolong mangsa.

4. Sektor Kesihatan
Termasuk doktor,jururawat mahupun pakar dalam bidang kesihatan. Dengan kerja yang tidak mempunyai masa yang tetap dan nyawa orang sepertinya berada didalam tangan mereka. Tekanan harapan daripada keluarga atau saudara mara pesakit yang boleh dikira sebagai melampaui batas. Setiap hari kerjaya ini akan melihat orang sakit, trauma dan kematian, berhadapan dengan orang ramai yang menaruh harapan. Ini boleh menyebabkan mereka melihat dunia sebagai tempat yang penuh dengan kesedihan secara keseluruhan!

5. Artis, Penghibur dan Penulis
Kerja yang mempunyai gaji yang agak tidak menentu, masa yang tidak terjadual dan terkadang seperti terbiar dan tidak langsung diketahui terutamanya penulis. Pekerja yang kreatif dalam bidang ini dikatakan mempunyai risiko menghadapi kecelaruan Perasaan"Mood Disorder" kerana terlalu memikirkan bahan yang akan sampai kepada penonton, pembaca mereka. Berblog macam mana pulak?

6. Guru



Cabaran dalam bidang ini sepertinya semakin hari semakin meningkat! Kerja di sekolah boleh bersambung sebagai kerja di rumah. Banyak tekanan dari perbagai pihak untuk kerjaya ini. Antaranya murid-murid, ibu-bapa dan sekolah itu sendiri(pencapaian sekolah), semuanya mempunyai misi yang berbeza yang harus digalas oleh Guru.

7. Pekerja Pembantu Pentadbiran
Mereka selalu ditempatkan dibarisan hadapan, mengambil arahan dari pihak luar.Mereka juga dikatakan berada dalam barisan belakang organisasi kerana menerima setiap kerja dari pihak atasan. Mereka mungkin mempunyai hari yang tidak dijangkakan, dan mungkin juga tidak dihargai atas kerja-kerja yang memudahkan kerja orang lain.

8. Pekerja Penyelenggaraan
Kerja yang bergantung kepada panggilan telefon atau tawaran orang lain. Panggilan untuk mendapatkan khidmat membaikpulih. Kerja yang juga mempunyai gaji yang tidak tetap, tidak juga peduli siang dan malam. Kerja untuk membaiki kerosakan yang dilakukan oleh orang lain dengan hanya menerima gaji yang agak rendah. Terkadang kerja penyelenggaraan juga terlibat dalam keadaan yang merbahaya.

9. Penasihat Kewangan dan Akauntan
Pernah kehilangan wang keluarga atau rakan-rakan yang berada dalam pegangan anda? Bayangkan anda kehilangan wang yang berjuta bilion wang yang diamanahkan kepada anda? Apa perasaan anda sekarang? Tanggungjawab untuk menjaga keluar masuk wang adalah antara kerja yang mempunyai risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan tekanan. Wang juga boleh diklasifikasikan sebagai kes sensitif untuk sesetengah orang.

10. Jurujual
Gaji kebanyakan berdasarkan komisen jualan dengan kata lain, anda tidak mungkin mengetahui apakah gaji yang akan diterima pada hujung bulan. Kerja ini memerlukan mereka untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk meningkatkan hasil jualan. Jauh dari rumah, keluarga dan rakan-rakan. Kerja dengan pendapatan yang tidak tentu, masa yang panjang, orang yang berbeza dan sasaran hasil jualan yang tinggi. Kerja yang amat memenatkan dengan faktor tekanan yang amat tinggi.
 
kredit to Azim Aris

Wednesday, March 4, 2015

2 Jenis Bisnes Model Yang Disarankan Untuk Tambah Duit Poket Tahun 2015

Hidup makin terhimpit? terdesak harga barang makin naik? Gaji tak naik-naik? Bebanan keluarga semakin bertambah? Semakin hari semakin mencabar, dengan ekonomi negara yang tidak menentu.
Pasti anda tercari-cari peluang perniagaan atau side income untuk menambah pendapatan anda, yang pastinya anda tak mahu rugi. Bukan semua orang ada bakat dalam perniagaan. Orang berniaga dan berpengalaman juga rugi dalam bisnes. Ini fakta! Saya bukan sengaja mahu menakut-nakutkan anda, tapi ia realiti.
Salah satu cara untuk mengurangkan risiko anda dari terus rugi, dan membazir masa buat perkara yang sia-sia dalam menjalankan sesuatu bisnes adalah dengan mencari mentor atau ilmu yang betul dalam perniagaan.
Pemilihan bisnes model yang sesuai juga sangat penting supaya ia dapat mengurangkan risiko anda bertemu dengan kegagalan dalam bisnes pertama anda. Dalam artikel ini, saya akan berkongsi 2 bisnes model yang susuai untuk anda yang memang tiada modal sangat mahu berniaga.

Bisnes Model #1 – Jual Servis

Apabila bercakap tentang servis, ia melibatkan kemahiran yang anda ada. Cari servis yang sesuai dengan kemahiran yang anda ada.
Basuh kereta
Sebagai contoh:
  • Servis menulis teesis untuk pelajar universiti
  • Servis mencuci atau basuh kereta
  • Servis menulis Ebook
  • Servis menulis Copywriting
  • Servis penghantaran makanan
  • Servis lipat kain
  • Servis atau kelas belajar berenang
  • Servis atau kelas belajar piano, gitar atau alat muzik lain
  • Servis mengajar atau tuisyen ke rumah
Dan banyak lagi! Kenapa saya sarankan anda untuk mula buat servis? Kerana apabila anda buat servis, anda tidak perlukan modal yang sangat besar dan ia ada dalam diri anda. Kemahiran ini adalah kemahiran yang anda sudah pelajari sama ada di universiti atau sepanjang anda hidup.
Jika anda mahu mencari idea untuk buat servis yang pelik-pelik, boleh pergi ke fiverr.com. Saya sendiri pernah buat servis design yang mampu hasilkan income sekurang-kurangnya 5 USD untuk setiap tempahan yang saya terima. Paling menarik, saya mampu siapkan servis tersebut kurang 5 minit! Wow! Anda boleh cuba sendiri.

Bisnes Model #2 – Jadi “Orang Tengah

Maksud orang tengah di sini adalah dengan menjadi Agen kepada pemilik produk. Contoh orang tengah yang saya maksudkan adalah:
  • Dropship
  • Affiliate
Apabila menjadi orang tengah, anda tidak perlu risau dengan stok. Anda hanya perlu fokus kepada pemasaran sahaja. Sebab itu dalam berniaga, apa yang paling penting bukan anda perlu mempunyai kedai yang cantik, tapi anda perlu fokuskan kepada pemasaran.
Anda perlu fokus kepada bagaimana mahu memasarkan produk anda kepada pelanggan yang betul-betul perlukan produk yang anda pasarkan. Satu lagi kelebihan bila menjadi agen dropship, atau affiliate anda akan dibekalkan dengan tool promosi seperti gambar, ayat iklan dan juga cara promosi.
usahawan
Tapi awas! Anda juga perlu berhati-hati dalam memilih pemilik produk yang menawarkan dropship atau affiliate. Ini kerana tidak semua mereka boleh memberikan servis penghantaran yang pantas kepada pelanggan.
Tip untuk anda mencari pemilik produk yang menganjurkan agen dropship adalah, pastikan anda kenal dengan pemilik produk. Seboleh-bolehnya berhubung dengan mereka terlebih dahulu, sebelum menyatakan hasrat untuk menyertai sebagai salah seorang agen mereka.
Pastikan servis mereka pantas dan mereka boleh dipercayai. Kita tak mahu ada masalah nanti seperti barang tidak sampai kepada pelanggan atau lambat sampai.
Jika anda bernasib baik, cari pemilik produk yang memberikan insentif atau hadiah bonus bulanan kepada anda, jika berjaya mencapai target jualan tertinggi. Anda bukan sahaja boleh buat duit dengan jadi orang tengah, malah terima bonus dan hadiah lagi. Menarik kan?
Kredit: Vipurva dan majalah niaga

Friday, January 23, 2015

statistik Iklan berbayar di FB

Mencuba untuk mengodek godek kaedah promosi, rata-rata ramai cakap macam mudah, sebab tu tak mustahil ada yang kata dah pernah buat makan tahun baru berjaya dan sebagainya, walaupun kat online banyak orang tawarkan khidmat service/e-book atau sebagainya bagi memudahkan kita untuk buat promosi, tapi hasilnya sebenarnya datang dari kita juga, bagaimana untuk kita laksanakan, kena try and error juga terutama ayat-ayat iklan. yang pasti kena cuba...selagi tak cuba selagi itu kita takkan berjaya..mereka mungkin sudah memudahkan kita mencari kaedah yang mereka berjaya, tapi kita belum tentu, menggunakan kaedah mereka dengan berjaya.

Iklan dapat dah kos paling kecil RM0.05 tapi masih tak melekat lagi, takpe cuba lagi....ada yang kata boleh dapat lagi kecik...compare dengan flyers...kalau satu RM0.07/helai, 1000 helai dah RM70 tak kisah orang tengok ke tidak tetap kena RM70, tapi online dia akan caj kepada yang tengok atau engage dengan iklan kita...so memang lagi murah...

So selamat mencuba...

Tips mencari customer pontential tanpa bayaran

Ramai yang dah fedup berniaga di Online sebab tak jumpa customer yang betul bila berniaga, Ok kat sini saya bagi satu tips la macam mana nak dapatkan customer yang  betul-betul ikut niche produk kita. tapi ni sesuai untuk FB personal tau bukan FB Page...

tambahan pula ada yang malu nak menjual di FB personal kan, ini merupakan kaedah yang boleh digunakan, so create lah FB baru,  tapi kebarangkalian nak berjaya tu maybe meningkat la sikit, Saya tak jamin boleh berjaya..tapi boleh dicuba...

Buka mana-mana group iklan dalam FB cuba cari iklan yang niche yang sama dengan kita, kemudian tengok mereka yang like dan komen, Add mereka dalam FB kita sebagai friend. dan kemudian mulalah beriklan, tapi jangan lah selalu, buat mcam FB personal anda yang biasa, cuma selitkan lah iklan sesekali, supaya mereka akan tertarik lama-kelamaan nanti, sebab proses pengiklanan ini memerlukan masa. maybe mereka dah beli dengan penjual di Group, biar mereka dengar dan baca dulu description produk anda pula. mana tahu boleh beralih arah kan?

selamat mencuba.

Note : Jangan lupa jangan add lebih dari 10 orang sehari, nanti kena blok.

Wednesday, January 21, 2015

Kantin dan Budak sekolah

Teringat cerita masa sekolah dulu-dulu masa baca whatsapp pasal sekolah ni..tak tahu nak credit pada siapa, tapi bersyukur masih ada orang yang sedar tentang ini.

1. Pagi tadi dibincangkan di dalam tb, betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif.

2. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:

3. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.

4. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."

5. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.

6. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.

7. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.

8. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.

9. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.

10. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.

11. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T

12. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.

13. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.

14. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.

15. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.

16. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?
# share pada group2 lain..
anak kita..harta kita..aset kita..
tQ

Biar bagaimana pun kita, terapkan lah kembali sistem membawa bekal dari rumah, itu jalan terbaik, makan dari air tangan ibubapa sendiri. banyak huraian yang menyatakan kebaikan makan dari air tangan ibu itu sendiri, tyak perlu lah dihuraikan disini namun, kesannya hari ni kita nampak didepan mata kita sendiri, masalah sosial berleluasa, mungkin ada yang akan kata, itu bukan penyebabnya, tapi hakikatnya ia menyumbang terus ke hati sanubari kanak-kanak itu.

fikir-fikirkan...

Thursday, January 15, 2015

Murah ke Line Tunetalk-ToneExcel?

Antara persoalan yang selalu bermain di fikiran setiap mereka yang diajak bertukar ke telco ni.

Soalan  : Murah ke Telco ni yang ye ye kau duk ajak orang tukar?

Jawapan aku :

kalau tanya pasal murah aku tak pandai nak jawab, sebab bukan jenis aku yang duk calculate mahal murah tu, sbb aku tengok semua sama je rate dia, duk kelentong serupa tu juga gunanya, walaupun RM0.05 sen seminit, aku bayar RM10 pun tetap akan habis, masa aku pakai bil dulu pun, aku tak pakai sangat pun habis dekat RM 100 juga sebulan, tang mana murahnya?

Pernah ke korang cek betul-betul bil tu sebenarnya? itulah no yang korang selalu telefon?..hahaa jangan tak tahu ada service provider yang tipu bil telefon tau...nampak memang macam korang punya bil sebab no yang sama, tapi...hmmm

larat ke nak kaji setiap kali call berapa minit korang cakap, berapa habis, pastu nak pergi complain kalau tak sama dengan iklan diorang?

Pada aku yang penting ada line dan boleh guna cukup bagus, tambah pula dia bagi lagi macam-macam lagi kalau pakai (Tiket Flight, Insurance, Cash Back, Redeem handphone, Diskaun Hotel, komisyen lagi kalau tolong buat kerja)...kau punya ada??? setakat line free time harijadi tu alah apa la sangat, larat ke nak bergayut dan sms 24 jam hari tu semata-mata nak collect yang free? diorang tak rugi pun bagi service tu kat korang...setahun sekali juga...

so berfikirlah secara bijak..kalau nak tukar call 018-9500177

Thursday, January 8, 2015

Banjir Kelantan 2014

Alhamdulillah dah masuk ke tahun 2015 dah, baru je nak masuk, kenapa lambat? sebab ada misi banjir...so terlupa sekejap pasal tahun baru ni...sampai tak teringat dah masuk tahun baru rupanya. Biarpun sekejap je melaksanakan misi banjir tu, terasa sedih sampai kehari ni. sedih melihat suasana selepas banjir, tak terjangkau dek akal banjir akan jadi seumpama begitu sekali.

Kami berdua ke Kota Bharu - kerana disana lebih hampir dengan kampung halaman, dan disana terdapat rakan-rakan dan saudara-mara yang turut kehilangan harta benda. jadi kami cuba membantu setakat yang mampu disana.

Laluan ke Kota Bharu melalui Gua Musang, terasa sangat menyedihkan....kami tak mampu masuk kedalam kampung berhampiran kerana tak mahu memenuhkan kenderaan dengan hanya untuk melihat kemusnahan yang berlaku, cukuplah kami melihat dari luar. Dah banyak gambar-gambar tentang kemusnahan di Gua Musang dan Kuala Krai di Internet dan media Sosial, tak perlulah saya letakan disini. cuma saya nak letakan beberapa keping gambar untuk kita fikir tentang betapa hebatnya banjir kali ini.



Bayangkan air setinggi lori ini melalui jalan ini. maknanya kita berjalan di bawah air. Dan sememangnya bantuan teramat sukar bila laluan dan jadi macam laut, laut lagi selamat kot, sebab takde halangan, yang ni bot nak lalu pun macam-macam halangan yang bakal di temui dengan kabel elektrik lagi, pokok lagi, sure tersangkut enjin bot lagi, dengan kekuatan arus yang tak mampu dijangka.

cuma kesimpulannya, bencana ini bukan sahaja untuk mereka, tapi juga untuk kita, untuk memikirkan sejauh mana kita teringat akan kekuasaanNya. BerSABAR lah yang hanya mampu kita katakan, tetapi jauh disudut hati patut timbul rasa kekesalan kerana selama ini kita alpa denganNya..bersyukur untuk mereka yang ditimpa kerana dengan ini, mereka masih mampu bersyukur, kerana nyawa masih dipanjangkan, tapi bagi kita? adakah kita nampak yang musibah ini juga ujian buat kita, untuk turut sama merasa betapa hidup ini sebenarnya perlu dikongsi, diuji untuk meringankan tulang, diuji untuk bersedekah, diuji untuk terus menerus berdoa...berapa ramai yang mampu??....


Mohammad Nizam Bin Hussin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...