Pages

Banner

Thursday, August 5, 2021

Cara nak lembutkan daging dan urat Gearbox

 Aku suka dengan gearbox, kadang-kadang makan di kedai tak rasa puas, adakalanya dapat yang lembut sedap, kena yang liat aduh seksanya. tu yang biasa nya sup tulang atau gearbox aku biasa masak sendiri di rumah, puas makan.

Ok sementara tengah senang buat blog ni, aku nak update sikit cara aku, lembutkan daging tulang, dan gearbox TANPA PRESSURE COOKER. cara ni mungkin Old School, tapi sebenarnya mudah.

Bersihkan daging, tulang atau gearbox yang kita nak tu, macam biasa, kemudian rebus selama 3 jam, sambil tutup periuk tu, pastikan air sentiasa menutupi tulang dan gearbox tersebut. kalau tambah petua orang lama pun bagus juga, ada yang letak sudu besi, rebus sekali pun takpe.

Kredit gambar dari azie Kitchen


Setelah 45 minit terakhir, jangan tambah air, biar air dia kering sikit, dan selesai 3 jam tersebut baru tambah bahan-bahan untuk sup ikut kesukaan masing-masing, daging ni pasti lembut sehinggakan budak pun pasti suka, dan orang tua yang giginya tak berapa nak kuat juga mampu makan.

Yang pasti teknik ni memerlukan kesabaran (Lama kot), aku suka dengan kaedah ni, senang. buka api dan biar. so kalau nak makan tengah hari, pagi dah kena masak, kalau nak makan malam kena masak dari petang.

Yang jenis tak sabar dan gelojoh, memang tak boleh guna teknik ni, tapi yang pasti urat pun jadi lembut macam lemak, daging pun koyak dengan sudu pun boleh.




Cara basuh kerang sehingga bersih isi perutnya

 Ok sempena PKP 2021 ni, aku kongsikan sikit cara korang nak bersihkan kerang, kebetulan time PKP ni, aku pergi kedai, cari lauk, jumpa kerang, terus teringat nak makan kerang rebus, lama dah tak makan sejak PKP last year.

So kali ni, aku nak share cara simple dan senang nak cuci kerang sehingga kau makan nanti tak terasa pasir-pasir dalam kerang tu. kalau kau google, jumpa banyak cara, ni aku bagi salah satu cara, yang pada aku bahan-naham dia senang dan boleh kata sentiasa ada dirumah.

Bahan-bahan yang kau perlukan ialah

1. Kerang (kalau boleh fresh atau hidup lagi la)

2. Garam segenggam. (tak kisah kasar atau halus)

3. Cili kering beberapa batang (agak-agak je)


Cara-cara

1. Basuh kerang macam biasa, kemudian penuhkan air.

2. Masukkan garam segenggam dan potong-potong cili kering tu dan rendam sekali

3. Gaul agak-agak dalam 10 minit dan biarkan lebih kurang 30 minit

4. selepas 30 minit, kau akan nampak air akan menjadi kehitaman , sebab kerang tu muntahkan kembali pasir yang ada dalam nya.

5. Bilas dan sedia untuk di rebus, buang semua cili yang ada.

6. kau akan nampak kerang pun akan bertambah bersih selepas di bilas.


Ok dah waktu merebus, aku bagi tips satu lagi untuk kau mudahkan kopek kerang tu nanti.

Bahan-bahan

1. Kerang yang dah bersih tadi dan air rendaman yang baru

2. Minyak masak (agak-agak dalam 10 sudu besar ke)


Cara-cara

1. rebuskan kerang tadi dengan minyak masak

2. dah masak atau sebelum betul-betul masak baru kau boleh masukkan bahan lain kalau nak seperti serai, daun limau atau sebagainya.

3. lepas tu nanti kau akan nampak kerang tadi lebih bersih dan lebih mudah terbuka berbanding biasa.

itu sahaja. selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...