Pages

Banner

Sunday, February 14, 2016

Isu 3D - Dangerous, Difficult, Dirty

Isu 3D (Dangerous, Dirty, Difficult)
ini juga isu yang aku bincangkan dengan ibu yang bertanya soalan kat aku hari tu pasal anak dia....tp taknak kupas pasal tu.
Tapi cadangan aku satu je...
Cuba buat satu seminar/bengkel/preview/training dan gubal undang-undang khas untuk train majikan pulak, macam mana nak tarik pekerja dari kalangan rakyat Malaysia. itu lebih bagus,
Macam company jepun yang pernah aku kerja satu ketika dulu, boleh pula dia bagi career enhancement dekat staff yang ada kelayakan UPSR sahaja. Dari Operator biasa sampai jadi supervisor orang tu, dan kekal setia sampai sekarang.(maybe mereka ada MOU dengan kerajaan tapi why not implement kepada syarikat dalam malaysia)
Jangan Pandai masa minta, Bila minta ikut rule...tapi bila implement ikut tengkolok sendiri je...lepas tu komen rakyat malaysia tak mahu kerja. Banyak je program yang ajar tentang binaan bangunan tu, ramai je orang tukang rumah dari kalangan orang melayu. tapi tak ramai yang mahu bekerja dengan syarikat-syarikat ni, sebab gajinya.
Selaras kan gaji, berikan elaun yang sepatutnya mereka terima sebagai seorang pekerja seperti pekerja di sektor lain. Kerana rakyat malaysia bukan pendatang yang tidak punya apa-apa komitmen "dirumah" sendiri.
mereka juga punya keluarga, dan bercita-cita untuk ada keluarga, mereka juga punya tuntutan untuk bersosial bersama keluarga
mereka juga punya keturunan yang perlu mereka lihat untuk terus membesar
Ramai pakar motivasi duk cerita, kebanyakan punca kerosakan akhlak dan keruntuhan moral adalah datang daripada keluarga yang tak punya masa untuk membesarkan anak-anak sendiri, anak-anak terbiasa duduk bebas dek ibu bapa sibuk menyiapkan keperluan orang lain. Siapa yang salah??
p/s : teringat masa kerja sapu jalan highway lebuhraya persekutuan tu...berpanas juga.. Ada juga experienced DDD aku...
+ Jiran aku kerja Driver lorry Thailand -> Malaysia -->Singapore
+ Bos aku pernah bawa lori hantu dalam kawasan projek, sebelum dia jadi bos.
siapa kata orang tak sanggup???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...